The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Alia Aniessa, 2024-05-15 00:21:27

syak ragu

syak ragu

Tajuk 8: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan MPU23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM Nama ahli kumpulan ALIYA NATASYA BINTI MOHAMAD NAZRI (19DUP23F1040) 1. ALIA ANIESSA BINTI AHMAD KHUZAIRI (19DUP23F1063) 2. NURAINI SYAMIMI BINTI ABDULLAH (19DUP23F1027) 3. 4.NURSYAMIMI BINTI ZAIDI (19DUP23F1046) NURUl SYAHIRAH BINTI MAT AISA (19DUP23F1059) 5. Pensyarah: MOHD FIRDOUS BIN MOHD HALIN


OBJEKTIF Menerangkan maksud yakin dan syak dari segi bahasa dan istilah dalam kaedah fikh Menyatakan perbezaan situasi antara syak dan yakin Menjelaskan punca perasaan syak dalam kehidupan seharian Membincangkan kesan buruk syak Menyenaraikan perbezaan yakin, syak, zann dan wahan Menyatakan cara mengatasi masalah


PENDAHULUAN Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan syak memberi maksud yang menjelaskan bahawa setiap perkara yang telah kita berlaku yakin tidak akan terbatal dengan sebarang keraguan yang akan datang kemudian. Hal ini bermaksud sesuatu perkara yang pada asalnya kita yakin dan jelas akan sesuatu benda, hukumnya benda itu tidak boleh ditinggalkan atas sebab kita ada perasaan syak atau ragu-ragu tentang perkara yang diperselisihkan. Oleh itu, keyakinan terhadap sesuatu perkara hukumnya tidak boleh diubah atas sebab keraguan yang ada pada diri.Jika seseorang itu telah yakin pada sesuatu perkara kemudian timbul pula perasaan syak dan ragu-ragu terhadap keyakinan tadi, maka keyakinan yang asal itu tidak boleh dihindarkan kecuali ada keyakinan baharu yang dapat menghindarkannya. HURAIAN Kaedah tersebut bermaksud sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku dan sebarang keraguan yang datang pada diri yang bertujuan untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira.Ia boleh hilang dengan yakin seperti itu. Ertinya apabila telah berkenaan dengan sesuatu perkara atau keadaan yang yakin kemudian dengan tibatiba datang perasaan syak yang dapat menghilangkannya , maka perkara yang telah diyakini itu telah diambil kira hinggalah perkara itu betul menghilangkan.Perkara asas yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan syak atau keraguan.Kaedah ini juga bertindak untuk menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak akan berubah dengan mudah oleh keraguan yang belum pasti sejauh mana kebenarannya. Dalam ertikata lain, pada prinsipnya yakin tidak akan diketepikan hukumnya semata-mata ada perasaan syak. Kaedah ini diambil daripada hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika sembahyang iya tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukan sama ada tiga atau empat, maka ketepikan keraguan tersebut dengan keyakinan".


1) Maksud Keyakinan Tidak Dapat Dihilangkan Dengan Keraguan KEYAKINAN Bahasa Keyakinan membawa erti Suatu ilmu yang tidak ada bersamanya keraguan. Istilah Keyakinan dalam istilah membawa erti Terhasilnya kepastian yang jazam sama ada sesuatu itu berlaku atau tidak berlaku. SYAK Bahasa Syak bermaksud “Ragu-ragu” dari segi bahasa Istilah Ragu-ragu terhadap sesuatu perkara sama ada berlaku atau tidak berlaku. Tidak ada murajjih (sesuatu yang memberatkan salah satu ke atas satu yang lain).


Segi Bahasa Kaedah fiqh adalah gabungan dua perkataan Bahasa Arab, iaitu 'Qawaid' dan 'fiqh'. 'Qawaid' merupakan kata jamak daripada 'Qaidah' yang bermaksud asas, tapak, atau prinsip. Manakala 'fiqh' atau 'fiqah' merujuk kepada kumpulan kaedah untuk menentukan hukum dalam sesuatu permasalahan. Sebahagian ulama berkata dalam mensyarahkan kaedah ini: Jika seseorang telah memastikan sesuatu, kemudian dia merasa ragu apakah benda yang telah dipastikan itu telah hilang atau tidak, maka prinsipnya adalah perkara yang dipastikan tetap kekal. Oleh itu, sesuatu itu kekal di atas apa yang telah dipastikan. Apakah itu kaedah fiqh? Kaedah fiqh adalah suatu panduan umum yang digunakan dalam membuat hukum-hukum Islam untuk menyelesaikan masalahmasalah yang timbul. Dengan menggunakan prinsip umum ini, hukum-hukum berkaitan dengan masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mudah dengan merujuk kepada sumbersumber hukum yang lain. Kaedah fiqh juga digunakan sebagai panduan dalam mengeluarkan hukum-hukum cabang atau pecahan dalam Islam. Selain itu, dalam menyelesaikan masalah-masalah, kaedah fiqh juga berfungsi sebagai sumber hukum dan hujah sokongan. Kaedah Fiqh Istilah Syarak Hukum yang umumnya terpakai dalam menangani sebahagian besar masalah cabang ialah ‘fiqh’


Kaedah fiqh juga sering disebut sebagai 'prinsip' dalam istilah perundangan, tetapi ia dirumuskan dalam perkataan yang lebih ringkas dan padat, dengan makna yang lebih luas untuk merangkumi masalah cabang dan furu' (prinsip-prinsip fiqah yang bersifat umum) yang berkaitan. Kaedah fiqh telah didefinisikan oleh sebahagian ulama sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifat umum yang bersumberkan dari dalil-dalil al-Quran dan hadis. Perbezaa antara Yakin dan Syak beserta contoh Yakin Syak Dari sudut istilah ia membawa maksud terhasilnya kepastian yang jazam sama ada sesuatu itu berlaku atau tidak berlaku. Sebagai contoh, dalam isu wuduk, seseorang yang telah selesai mengambil wuduk kemudian dia berasa ragu-ragu sama ada wuduknya telah terbatal atau tidak, maka hendaklah dia berpegang dengan keyakinan bahawa dia masih berada dalam keadaan taharah iaitu suci dalam hadas. Syak membawa maksud ragu-ragu terhadap sesuatu perbuatan sama ada berlaku atau tidak berlaku. Iaitu tidak ada murajjih (suatu yang memberatkan salah satu ke atas satu yang lain). Sebagai contoh, Apabila salah seorang berasa syak di dalam solatnya, kemudian dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan sama ada tiga rakaat atau empat rakaat, maka hendaklah dia menghilangkan syak dan dia perlulah yakin dengan atas perbuatannya itu.


Buruk sangka adalah salah satu sifat mazmumah manakala mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan buruk dalam hati. Apabila timbul buruk sangka, sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan timbul sehingga terbuka kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu. Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka dengan sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT. Dosa orang yang buruk sangka adalah besar dan termasuk dalam perbuatan jahat. Juga tidak sewajarnya kita untuk mencari kesalahan, keburukan atau aib orang lain yang biasanya kesan daripada prasangka yang buruk. Dalam kata lain, kita digalakkan tidak terpengaruh dengan individu yang suka bersangka. Kesan buruk syak: Perbezaan Yakin, syak, zann dan wahan Yakin Ibn Mansur : Ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu perkara Abu al-Baqa’ : Pegangan yang kukuh mantap dan tetap serta menepati kenyataan Raghib al-Asfahani : Tetapnya atau diamnya sesuatu kefahaman berserta tetap hukum. Yakin merupakan sifat yang lebih tinggi daripada makrifah, buktinya dikatakan ilmu al-yaqin dan tidak dikatakan makrifa al-yaqin Sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti iaitu sesuatu yang menjadi tetap melalui penglihatan atau dengan adanya dalil


Syak Keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesutau perkara iaitu keraguan tidak dapat ditentukan mana satu yang kuat. Tidak diterima dalam hukum Fiqh Wahan. Keraguan yang dialami oleh seseorang yang cenderung kepada lemah atau tidak kukuh. Suatu bayangan atau lintasan pada hati atau diri seseorangg yang dikira sebagai sangkaan meleset atau salah Keraguan yang tidak dapat dipastikan asal atau sumbernya, sama ada haram atau harus. Al-Hamawiy: Seseorang yang berada dan berhenti diantara dua yang mana ia dapat mengukuhkan atau dapat ditentukan salah satu antara keduanya. Berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran, namun tidak mencapai tahap keyakinan dan ghalabah Al-zan. Harus dibina hukum dan diterima Al-Allamah: Penjelasan dan ibarat tentang ketenangan zan. Perlu diasakan hukum fiqh berdasaarkan ghalabah zan ketika tidak ada yakin dan selagi ia berasaskan penelitian bukti. Dzan Wahan Keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh. Suatu bayangan atau lintasan pada hati atau diri seseorang yang dikira sebagai sangkaan meleset atau salah Tidak diterima dalam hukum fiqh


CARA MENGAPLIKASIKAN KAEDAH FIQH Jika semasa solat anda ragu-ragu sama ada telah melakukan sesuatu yang membatalkan solat, seperti tertinggal rukun atau syarat solat, dan tidak ada bukti yang jelas, maka anggap solat anda sah dan teruskan. Jika anda telah memastikan makanan yang dimakan adalah halal tetapi kemudian timbul keraguan, tetap berpegang kepada keyakinan asal bahawa makanan tersebut adalah halal. Hanya jika ada bukti jelas yang menunjukkan makanan tersebut tidak halal, barulah perlu dielakkan. Jika anda yakin telah membayar hutang kepada seseorang tetapi kemudian ragu-ragu sama ada telah membayarnya atau tidak, pegang kepada keyakinan asal bahawa anda telah membayarnya kecuali jika ada bukti yang jelas menunjukkan sebaliknya. Jika anda yakin bahawa sesuatu tempat atau benda bersih tetapi kemudian ragu-ragu sama ada terkena najis atau tidak, anggap ia masih bersih kecuali anda melihat atau mengetahui dengan pasti ada najis di situ. Jika anda telah berwuduk dan kemudian ragu-ragu sama ada wuduk anda telah batal atau tidak, anda harus berpegang pada keyakinan bahawa wuduk anda masih sah. Kecuali jika anda yakin secara pasti bahawa wuduk anda telah batal, anda tidak perlu mengulangi wuduk. Jika anda telah melakukan transaksi jual beli dan kemudian raguragu tentang kesahihan syarat-syaratnya, seperti jumlah bayaran atau barangan, pegang pada apa yang anda yakin telah dipersetujui dan dilaksanakan. Hanya jika ada bukti yang jelas bahawa ada kesalahan atau kekurangan, barulah tindakan pembetulan diperlukan.


CARA MENANGANI MASALAH Berpegang teguh pada keyakinan Amalkan sikap tenang dan yakin Pelajari hukum-hukum Fiqh Berdoa dan bertawakkal Mengabaikan keraguan yang tidak berasas Merujuk dengan Ulama atau Ahli Fiqh KESIMPULAN: Kaedah fiqh "keyakinan tidak hilang dengan keraguan" (Al-Yaqin La Yazulu bil Syakk) adalah prinsip penting dalam Islam yang membantu mengekalkan kepastian dan kestabilan dalam ibadah serta kehidupan seharian. Prinsip ini menekankan bahawa sesuatu yang telah diyakini tidak boleh dibatalkan atau dihilangkan hanya kerana keraguan tanpa bukti yang jelas. Oleh itu, seseorang harus berpegang teguh pada keyakinan asal dan mengabaikan keraguan yang tidak berasas. Dalam menghadapi keraguan, rujukan kepada ulama atau ahli fiqh adalah penting untuk mendapatkan panduan yang sahih. Sikap tenang dan yakin serta amalan doa dan zikir membantu menghindari perasaan was-was yang dibisikkan oleh syaitan. Dengan memahami dan mengamalkan prinsip ini, individu dapat menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan tenang, menghindari kekeliruan dan memastikan setiap tindakan selaras dengan prinsip-prinsip syariah.


Click to View FlipBook Version