Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd 370 Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved Kemahiran Belajar dan Guru Pelatih (Learning Skill and Teacher Trainee) Kok Kean Hin1* 1 Jabatan Perancangan Penyelidikan & Inovasi, IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Malaysia *Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 June 2021 | Published: 1 July 2021 _________________________________________________________________________________________ Abstrak: Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kepuasan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (PPISMP) ambilan Jun 2019 terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek generik Kemahiran Belajar. Sampel kajian adalah sebanyak 50 pelajar PPISMP ambilan Jun 2019. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik GKBJPIPK-19. Data yang dikumpul secara deskriptif dalam min skor purata. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min skor purata persediaan keseluruhan terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Belajar adalah memuaskan dengan min skor purata 4.34. Kata kunci: Kemahiran belajar, kepuasan pelajar Abstract: The purpose of this research was to investigate the satisfaction of PPISMP preparatory programme (Jun 2019 intake) students towards teaching and learning of generic subject Kemahiran Belajar. There were 50 PPISMP (Jun 2019 intake) teacher trainees participated in this study. The instrument used was GKBJPIPK-19 questionnaire. The descriptive data were presented with average mean score. The results showed that the average mean score of students satisfaction towards the preparation of teaching and learning of generic subject Kemahiran Belajar was satisfactory with average mean score 4.34. Keywords: Learning skill, students satisfaction _________________________________________________________________________ 1. Pengenalan Kemahiran Belajar (Kod kursus GKB1053) ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai dan mengaplikasi pelbagai alat berfikir dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi bagi meningkatkan kemahiran untuk belajar (Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2016). Kursus ini membincangkan konsep kemahiran belajar, pengurusan pembelajaran dan kemahiran perolehan dan pengurusan maklumat. Kandungan kursus merangkumi tiga komponen; kemahiran literasi maklumat, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dan kemahiran pengurusan diri. Keupayaan belajar dipertingkatkan dengan pendedahan kepada penggunaan perisian komputer dan sistem pengurusan maklumat. Aspek-aspek pentaksiran dan menangani masalah pembelajaran juga dibincangkan. Mod penyampaian kursus disampaikan secara kuliah, tutorial dan perbincangan (IPGM, 2016). 2. Ulasan Kajian Lepas Kepuasan pelajar dirangsang oleh persekitaran kelas yang kondusif. Ia meliputi keadaan fizikal, psikologi dan sosial sesuatu kelas. Selain daripada itu, kepuasan kelas boleh dipertingkatkan jika semangat, motivasi dan prestasi dalam sesebuah kelas adalah pada tahap
Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd 371 Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved yang membanggakan (Yazid & Mohd Shafiq, 2013). Apabila seseorang memerlukan sesuatu dan keperluan itu dapat dipenuhinya, dia akan berasa puas. Seseorang pekerja akan berasa puas hati dengan kerja yang dilaksanakannya jika cita-cita kerja dan persekitaran adalah selari dengan nilai-nilai peribadi dan jangkaan kerjanya. Di samping itu, kepuasan pelanggan sentiasa berkait dengan aspek keperluan psikologi (Maslow, 1970). 3. Pernyataan Masalah Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana muda Pendidikan dengan Kepujian (PPISMP) ambilan Jun 2019 terdiri daripada tiga opsyen berlainan, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Pelajar ketiga-tiga opsyen berpendapat bahawa kaedah pengajaran oleh pensyarah A dalam ketiga-tiga kelas juga berbeza semasa sesi temuduga tidak berstruktur (Hin & Ahmad Saad, 2019; Hin & Mohd Nasri, 2019; Hin & Siti Nur Fazlina, 2019). Tidak dinafikan bahawa kelas subjek Kemahiran Belajar yang diajar oleh pensyarah A yang sama mungkin berbeza dari segi pelaksanaannya (Hin, K.K., personal communication, Julai 11, 2019). Namun, ia semestinya mengikut kehendak ringkasan maklumat kursus yang ditetapkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia. Pengaji berpendapat bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk kursus yang sama telah dijalankan secara berkala dan mantap. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi PdP kursus yang sama dalam tiga kelas yang berlainan mungkin adalah berlainan mengikut keadaan semasa. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh latar belakang akademik dan keluarga pelajar-pelajar opsyen PPISMP yang berlainan. Selain itu, komunikasi timbal balik dan respons yang diberikan oleh pelajar adalah berlainan. Pengaji perlu menggunakan kaedah pengajaran yang berlainan. Justeru, kajian ringkas ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kajian kepuasan pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh pensyarah A. 4. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk; i. Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh pensyarah A. ii. Mengenal pasti perhubungan di antara maklum balas pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh pensyarah A dengan jantina pelajar iii. Mengenal pasti perhubungan di antara maklum balas pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh pensyarah A dengan opsyen pelajar 5. Soalan Kajian Soalan kajian ini adalah; i. Apakah tahap kepuasan pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh pensyarah A? ii. Apakah perhubungan di antara maklum balas pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh pensyarah A dengan jantina pelajar? iii. Apakah perhubungan di antara maklum balas pelajar terhadap pengajaran dan
Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd 372 Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh pensyarah A dengan jantina pelajar 6. Sampel Kajian Sampel kajian ialah 50 orang pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 di sebuah Institut Pendidikan Guru Kampus yang berada di zon tengah semenanjung. Bilangan responden perempuan adalah sebanyak 31 dan bilangan responden lelaki adalah sebanyak 19. Pelajar ini terdiri daripada 16 pelajar opsyen Bahasa Inggeris, 17 pelajar opsyen Bahasa Melayu dan 17 pelajar opsyen Pendidikan Islam. 7. Batasan Kajian Pengkaji berfokus kepada maklum balas kepuasan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053. Kajian ini juga hanya berfokus kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 yang dikendalikan oleh pensyarah A dan tidak boleh digeneralisasikan kepada pensyarah lain yang mengajar subjek yang sama. Selain itu, dapatan kajian ini juga tidak boleh digeneralisasikan kepada kesemua 221 pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus berkenaan yang mengambil subjek ini tetapi hanya berfokus kepada 50 pelajar PPISMP yang terpilih. 8. Metodologi 8.1 Cara Pengumpulan Data Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik GKBJPIPK-19. Instrumen ini telah diubah suai daripada borang maklum balas latihan pembangunan staf Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan kebenaran. Instrumen ini telah dinilai dan disahkan oleh pakar-pakar rujuk di IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. 8.2 Analisis Data Item-item dalam soal selidik GKBJPIPK-19 telah dinilai dengan skala Likert 5-poin, iaitu daripada julat skala 1: sangat kurang baik hingga skala 5: sangat baik. Dapatan kajian telah dianalisis selepas soal selidik GKBJPIPK-19 dijalankan. Data kuantitatif yang dikumpul telah dianalisis secara deskriptif dengan frekuensi dan min skor purata. Data kualitatif turut dikumpul dan dianalisis untuk menyokong data kuantitatif. 9. Dapatan Dan Perbincangan Jadual 1 menunjukkan tahap kepuasan pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Kemahiran Belajar GKB1053. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 berpuas hati dengan PdP subjek Kemahiran Belajar GKB1053 secara keseluruhan dengan min skor purata sebanyak 4.34. Skor min purata untuk kesembilan-sembilan item yang diuji melebihi 4.00 (rujuk Jadual 1). Dalam kajian Hin (2019), pakar-pakar kesahan kandungan bersetuju dengan kesesuaian modul M-Biotek-STEM yang dibina apabila min skor purata setiap item yang dinilai secara puratanya melebihi 4.00 dalam skala Likert 5-poin.
Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd 373 Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved Jadual 1: Tahap kepuasan pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Kemahiran Belajar GKB1053 Descriptive Statistics N Mean Std. Deviation Jantina 50 1.6800 .47121 Opsyen 50 2.0000 .83299 jangkamasa 50 4.1400 .60643 ringkasanmaklumatkursus 50 4.1800 .71969 formatkerjakurusus 50 4.2600 .66425 penyampaianisikandungan 50 4.2800 .57286 penilaiankeseluruhan 50 4.3400 .55733 penyebaranmaklumat 49 4.3878 .60609 membantupenyiapantugasan 50 4.5400 .57888 meningkatkanpengetahuan 50 4.5600 .57711 pengetahuanyangpraktikal 50 4.6000 .49487 Valid N (listwise) 49 Nota: N=Bilangan sampel Jadual 2: Analisis kualitatif GKBJPIPK-19 Nota: 1)n=Bilangan sampel; L=Bilangan pelajar lelaki; P=Bilangan pelajar perempuan 2)Transkripsi dianalisis dalam bahasa yang difahami oleh pengkaji walaupun maklum balas sampel tidak disebutkan dalam bahasa standard 3)Kekerapan tidak ditetapkan untuk maklum balas pelajar Meskipun min skor purata adalah memuaskan, pelajar telah memberi komen-komen yang membina untuk penambahbaikan pada masa depan. Peserta telah memberi komen masingmasing seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Namun, penambahbaikan-penambahbaikan yang dinyatakan boleh diberi perhatian oleh pihak pengurusan institut pendidikan guru dan Opsyen Maklum balas sampel/ Kekerapan (f) A) Bahasa Inggeris (n=16; L=5; P=11) ⚫ Menggunakan lebih banyak alat berfikir(1) ⚫ Tugasan kerja kursus perlu diterangkan dengan lebih mendalam(2) ⚫ Pembentangan berbentuk visual perlu diperbanyak(2) ⚫ Buku dicadangkan perlu bersesuaian dengan topik perbincangan(1) ⚫ Berfokus kepada pengaplikasian dan cuba jaya dalam kelas(1) ⚫ Pembelajaran secara lakonan situasi sebenar(1) ⚫ Perbanyakkan aktiviti fizikal dalam kelas(3) ⚫ Belajar topik pengkomputeran dalam makmal komputer (1) ⚫ Aktiviti luar kelas seperti permainan diperbanyakkan (7) ⚫ Kurangkan soalan esei(3) ⚫ PdP kelas yang kondusif(2) ⚫ Kuiz selepas kelas(1) B) Bahasa Melayu (n=17; L=7; P=10) ⚫ Memperbanyakkan kemahiran belajar secara praktikal (1) ⚫ Memberi tunjuk ajar sebagai fasilitator (1) ⚫ Pengajaran kreatif (1) ⚫ PdP berpusatkan pelajar (1) C) Pendidikan Islam (n=17; L=7; P=10) ⚫ Kesesuaian ringkasan maklumat kursus perlu relevan dengan tahap pemahaman pelajar (1) ⚫ Pensyarah subjek ini boleh terus mengajar subjek dengan cemerlang pada masa akan datang (1)
Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd 374 Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved pensyarah, yakni berkaitan dengan kesesuaian ringkasan maklumat kursus dan tugasan kerja kursus, pendekatan pengajaran dengan alat berfikir dan aktiviti luar kelas serta PdP berpusatkan pelajar. Dapatan kajian ini boleh dibandingkan kepada maklum balas pelajar dalam sistem ITEMS IPGM dengan kebenaran pengarah kampus (Rujuk Jadual 3 dan Jadual 4). Dapatan daripada sistem ITEMS IPGM adalah selari dengan dapatan kajian, iaitu pelajar PPISMP terpilih ini berpuas hati dan memberi maklum balas yang positif terhadap PdP pensyarah A. Namun, min skor purata daripada Sistem ITEMS IPGM (IPPK-CDL) adalah 4.76 berbanding dengan dapatan kajian ini, min skor purata=4.34. Dalam sistem ITEMS IPGM, pelajar menilai pensyarah A melalui instrumen penilaian pelaksanaan kurikulum (LAM-PT-05-03a) yang disediakan oleh IPGM dalam talian. Dapatan kajian ini dinilai melalui soal selidik GKBJPIPK19 oleh Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus berkaitan. Disebabkan oleh konstruk yang berbeza, nilai min skor purata yang didapati juga berbeza. Walau bagaimanapun, dapatan kedua-dua instrumen memberi maklum balas yang positif terhadap PdP Pensyarah A dalam subjek Kemahiran Belajar GKB1053. Penambahbaikan yang dicadangkan juga memberi maklum balas yang hampir serupa seperti perbanyakkan aktiviti luar, praktikal dan keprihatian pensyarah. Dalam Jadual 1, elemen penyebaran maklumat menunjukkan penglibatan bilangan sampel sebanyak 49 berbeza dengan jumlah sampel, 50. Sampel berkenaan tidak mengisi maklum balasnya tetapi elemen soal selidik ini perlu diambil kira dan tidak terkeluar daripada jurang nilai purata data keseluruhan atau nilai outlier. Jadual 3: Keputusan ITEMS subjek GKB1053 PPISMP Ambilan Jun 2019 GKB1053 Kemahiran Belajar Bilangan calon Kelulusan /Frekuensi (f) Purata Lelaki Perempuan A+(90-100) A(80-89.9) A-(75-79.9) B+(70-74.9) Min markah= 86.10% 94 127 20.36% (45) 76.47% (169) 2.71% (6) 0.45% (1) Min gred=A Jumlah 221 100 Sumber: Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam(2019) dengan kebenaran pengarah kampus Jadual 4: Respon pelajar terhadap GKB1053 Kemahiran Belajar (IPPK-CDL) Opsyen Maklum balas pelajar tentang Pensyarah A/frekuensi (f) Pelbagai (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Pendidikan Islam) C=221, L=94,P=127 ⚫ Memberi informasi yang penuh ⚫ Bersistematik ⚫ Berkongsi pengalaman ⚫ Memberi semangat ⚫ Meningkatkan pemahaman pelajar ⚫ Cakna terhadap isu semasa ⚫ Penyampaian mudah difahami ⚫ Komited ⚫ Kelas yang ceria ⚫ Prihatin Cadangan penambahbaikan ⚫ Perbanyakkan aktiviti (11) ⚫ Kurang praktikal pada kes teknologi maklumat
Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd 375 Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved seperti membuat blog (1) Sumber: Institut Pendidikan Guru Malaysia(2019) dengan kebenaran pengarah kampus Nota: C=Jumlah calon subjek GKB1053 Ambilan Jun 2019; L=Lelaki;P=Perempuan Kajian ini juga mengambil kira perhubungan maklum balas sampel dengan jantina dan opsyen pelajar (Rujuk Jadual 5 dan Jadual 6). Menurut Fraenkel, Wallen & Hyun (2015) dan Wan Azlinda (2013), saiz sampel melebihi 30 adalah mencukupi untuk kajian berkaitan korelasi. Jadual 5: Hubungan di antara maklum balas pelajar dengan jantina pelajar Pearson correlation-Jantina Pearson constant, r Mean Std. Deviation Jantina N=50 1.6800 .47121 Opsyen - 2.0000 .83299 jangkamasa 0.089 4.1400 .60643 ringkasanmaklumatkursus 0.053 4.1800 .71969 formatkerjakurusus 0.010 4.2600 .66425 penyampaianisikandungan 0.263 4.2800 .57286 penilaiankeseluruhan 0.267 4.3400 .55733 penyebaranmaklumat 0.160 4.3878 .60609 membantupenyiapantugasan 0.272 4.5400 .57888 meningkatkanpengetahuan 0.072 4.5600 .57711 pengetahuanyangpraktikal 0.228 4.6000 .49487 Valid N (listwise) Secara keseluruhannya, perhubungan maklum balas sampel dengan jantina ialah r=0.267 (Rujuk Jadual 5). Menurut Cohen, Manion & Morrison (2011), kebanyakan pekali korelasi, r adalah di bawah 0.50 untuk bidang sains sosial. Pekali korelasi yang sangat rendah dan menuju ke arah r=0 merujuk kepada perhubungan yang lemah atau tidak signifikan. Pekali korelasi, r di bawah nilai 0.35 menunjukkan perhubungan yang lemah dan kurang signifkan (Fraenkel, Wallen & Hyun, 2015). Dalam bidang pendidikan secara umumnya, nilai r di antara 0.4 dan 0.6 selalunya diterima kerana nilai ini mempunyai nilai teoritikal dan nilai praktikal yang diperlukan untuk membuat sesuatu kajian (Fraenkel, Wallen & Hyun, 2015). Nilai r melebihi 0.65 pula akan memberi jangkaan yang lebih tepat tentang ketepatan data. Manakala, nilai r melebihi 0.85 pula menunjukkan pehubungan yang sangat signifikan dan jarang didapati dalam bidang pendidikan kecuali dalam penilaian aspek kebolehpercayaan sesuatu kajian (Fraenkel, Wallen & Hyun, 2015). Justeru, perhubungan di antara maklum balas pelajar dengan jantina pelajar adalah tidak signifikan (r=0.267; r<0.35). Jadual 6: Hubungan di antara maklum balas pelajar dengan opsyen pelajar Pearson correlation-opsyen Pearson, constant, r Mean Std. Deviation Jantina - 1.6800 .47121 Opsyen N=50 2.0000 .83299 jangkamasa -0.162 4.1400 .60643 ringkasanmaklumatkursus -0.102 4.1800 .71969 formatkerjakurusus -0.148 4.2600 .66425 penyampaianisikandungan -0.086 4.2800 .57286 penilaiankeseluruhan 0.088 4.3400 .55733 penyebaranmaklumat -0.082 4.3878 .60609 membantupenyiapantugasan 0.085 4.5400 .57888 meningkatkanpengetahuan 0.255 4.5600 .57711 pengetahuanyangpraktikal 0.149 4.6000 .49487 Valid N (listwise) 49
Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd 376 Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved Secara keseluruhannya, perhubungan maklum balas sampel dengan opsyen ialah r=0.088 (Rujuk Jadual 6). Pekali korelasi, r di bawah nilai 0.35 menunjukkan perhubungan yang lemah dan kurang signifkan (Fraenkel, Wallen & Hyun, 2015). Rentetan itu, perhubungan di antara maklum balas pelajar dengan jantina pelajar juga adalah tidak signifikan (r=0.088; r<0.35). 10. Kesimpulan Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa maklum balas pelajar PPISMP terhadap pengajaran dan pembelajaran pensyarah A dalam subjek GKB1053 Kemahiran Belajar adalah memuaskan (min skor purata>4.30). Selain itu, perhubungan di antara maklum balas pelajar dengan jantina pelajar adalah tidak signifikan (r=0.267; r<0.35). Di samping itu, perhubungan di antara maklum balas pelajar dengan opsyen pelajar juga adalah tidak signifikan (r=0.088; r<0.35). Oleh itu, maklum balas pelajar PPISMP terhadap pengajaran dan pembelajaran pensyarah A dalam subjek GKB1053 Kemahiran Belajar adalah tidak dipengaruhi oleh jantina dan opsyen sampel dan dipengaruhi oleh pendekatan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah A dalam kajian ini. Cadangan penambahbaikan yang dicadangkan boleh dijadikan panduan dalam pengajaran subjek ini pada masa depan. Rujukan Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2011). Research Methods in Education (7th ed.). Oxon: Routledge. Fraenkel, J.R., Wallen, N.E., & Hyun, H.H. (2015). How to Design and Evaluate Research in Education (9th ed.). New York: McGraw Hill. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI).(2019). Keputusan kerja kursus GKB1053 Kemahiran Belajar PPISMP ambilan Jun 2019. Retrieved from items-ipgm.edu.my/bkkp/laporAnalisis.php? Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).(2016). Ringkasan maklumat kursus Kemahiran Belajar GKB1053. Cyberjaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).(2019). Keputusan instrumen penilaian pelaksanaan kurikulum. Retrievedfromwww.muedusoft.com/cgibin/cdl/Ippk_CapaiRespons Hin, K.K. (2019). Keberkesanan modul bioteknologi dalam subjek sains tambahan sekolah menengah aliran teknik dan vokasional (Unpublished doctoral dissertation).Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Hin, K. K. (interviewer), & Ahmad Saad (interviewee). (2019). Maklum balas pengajaran & pembelajaran GKB1053 Kemahiran belajar PPISMP opsyen Bahasa Melayu. [unretrieved interview transcript]. Hin, K. K. (interviewer), & Mohd Nasri (interviewee). (2019). Maklum balas pengajaran & pembelajaran GKB1053 Kemahiran belajar PPISMP opsyen Bahasa Inggeris. [unretrieved interview transcript]. Hin, K. K. (interviewer), & Siti Nur Fazlin (interviewee). (2019). Maklum balas pengajaran & pembelajaran GKB1053 Kemahiran belajar PPISMP opsyen Pendidikan Islam. [unretrieved interview transcript]. Maslow, A.H. (1970). Motivation and Personality. New York: Harper & Row. Wan Azlinda Wan Mohamad. (2013). Penyelidikan korelasi. In Noraini Idris (Ed.), Penyelidikan dalam pendidikan (pp. 223-237). Kuala Lumpur: McGraw Hill. Yazid Abdul Manap, & Mohammad Shafiq Sim Abdullah. (2013). Kepuasan kerja dalam kalangan staf Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 6: 85-93.