Perniagaan ting . 4 1.0.1 Konsep asas perniagaan Dsediakan oleh : Ramadhaniyah , Atiqah , Firzana , Muiz , Luqman
1.0.1 konsep asas perniagaan - merupakan perkara utama dan asas yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual dengan pembeli .
(a) Barang dan perkhidmatan Barang : - Sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal - Merupakan objek yang dapat dilihat serta disentuh Perkhidmatan : - Aktiviti yang memberikan faedah kepada pengguna dan peniaga - Tidak mempunyai bentuk fizikal secara khusus dan disalurkan terus kepada pengguna oleh peniaga yang menyediakan perkhidmatan tersebut . Contoh : Barang : perabot , makanan dan pakaian Perkhidmatan : pengangkutan , insurans dan pelancongan
(b) Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna Keperluan • Sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan hidup • Terhad dan mudah dipuaskan serta sama bagi semua individu Kehendak • Keinginan manusia untuk hidup dengan lebih selesa • Tidak terhad dan sukar dipuaskan serta berbeza antara individu
(c) Pertukaran nilai • Aktiviti urus niaga yang melibatkan tindakan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai (wang) kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh . • Urus niaga akan berlaku sekiranya wujud persetujuan antara penjual dengan pembeli tentang harga yang ditetapkan . (d) Keuntungan perniagaan • Lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos yang terlibat . • Contoh kos – kos yang terlibat ialah kos pengeluaran dan kos operasi . Keuntungan = Jumlah jualan – jumlah kos
(e) Penjual dan pembeli Penjual : - Individu yang menawarkan barang atau perkhidmatan Pembeli : - Pihak yang memerlukan atau menghendaki barang atau perkhidmatan tersebut (f) Kontrak perniagaan • Perjanjiqn yang dimeterai oleh dua atau lebih individu . • Akan terikat secara sah kepada perjanjian yang telah dipersetujui . • Kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak 1950 .