The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP SEJARAH 4 [TOKOH NEGARA PERDANA MENTERI MALAYSIA] CEMERLANG NUR NAYLI ALESYA BINTI FARIZAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Raihana Fadzil, 2021-09-28 17:43:32

BUKU SKRAP SEJARAH TOKOH NEGARA PERDANA MENTERI MALAYSIA (4 CEMERLANG NUR NAYLI ALESYA BINTI FARIZAN)

BUKU SKRAP SEJARAH 4 [TOKOH NEGARA PERDANA MENTERI MALAYSIA] CEMERLANG NUR NAYLI ALESYA BINTI FARIZAN

Keywords: tokoh negara,perdana menteri,sejarah tahun 4

TOKOH
NEGARA

PERDANA
MENTERI
MALAYSIA

BBUUKKUU SSKKRRAAPP

DISEDIAKAN OLEH

NUR NAYLI ALESYA BINTI FARIZAN
4 CEMERLANG

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1. PENDAHULUAN 3-4
2. PENGHARGAAN 5-6
3. OBJEKTIF KAJIAN 7-8
4. LAPORAN KAJIAN 9-26
5. KAEDAH KAJIAN 27-28
6. KESIMPULAN 29-30
7. LAMPIRAN 31-39
8. RUJUKAN 40

Pendahuluan
 

3

PENDAHULUAN

Assalamualaikum wbt. Tugasan kajian kes ini
menumpukan kepada tokoh negara iaitu Perdana
Menteri Malaysia yang kita hormati dan disegani oleh
rakyat berbilang kaum di negara ini. Saya akan
memfokuskan kepada laporan kajian yang berkaitan
dengan tokoh negara ini termasuk tugas-tugas mereka.

Perdana Menteri
Perdana Menteri Malaysia merupakan ketua kepada
Jemaah Menteri yang dilantik memegang jawatan yang
terpenting di Malaysia. Perdana Menteri adalah ketua
kerajaan dan mempengerusikan Kabinet yang dibentuk.

Perdana Menteri juga merupakan ketua eksekutif negara
dan melaksanakan kuasa eksekutif sementara kuasa
eksekutif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara.

Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut
budi bicara baginda dan tertakluk kepada syarat-syarat
tertentu. Perdana Menteri mestilah seorang anggota
Dewan Rakyat dan mendapat kepercayaan daripada
majoriti ahli Dewan Rakyat. Kewarganegaraan beliau
mesti diperolehi melalui kuat kuasa undang-undang.

4

Penghargaan
 

5

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya
dapat saya menyiapkan buku skrap yang ditugaskan oleh Cikgu
Razak Ismail dalam tempoh yang ditetapkan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam membantu menyiapkan buku skrap sejarah
ini. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
kedua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan bantuan
untuk menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya terima kasih juga diucapkan kepada guru Sejarah,
cikgu Razak Ismail yang telah memberikan bimbingan dalam
melaksanakan buku skrap ini.

Dengan membuat buku skrap ini, ia dapat membantu saya
mengenali Perdana Menteri Malaysia dengan lebih jelas lagi. Di
samping itu, saya dapat mengetahui tugas-tugas yang perlu
dipikul oleh seorang Perdana Menteri. Sekiranya terdapat
kekurangan dan kesilapan dalam menghasilkan tugasan ini, saya
dengan rendah hati memohon kemaafan.

6

Objektif
Kajian 

7

OBJEKTIF KAJIAN

Membuat dan menyediakan laporan kajian kes berkenaan
tokoh negara dengan lebih mendalam dengan:
1) Menyatakan sejarah kewujudan jawatan Perdana Menteri
2) Menyatakan biodata dan urutan senarai Perdana Menteri
3) Menjelaskan bidang tugas-tugas dan peranan Perdana
Menteri
4) Menyatakan ciri-ciri kepimpinan yang unggul

8

Laporan
Kajian

9

LAPORAN KAJIAN

i-Tampuk Pentadbiran Negara
Jawatan Perdana Menteri telah wujud dalam beberapa
kerajaan melayu pada masa dahulu. Jawatan Perdana
Menteri mula digunakan apabila negara kita mencapai
kemerdekaan sehingga hari ini.
Sejarah kewujudan jawatan Perdana Menteri :
1) Pada 27 Julai 1955, Pilihan Raya Majlis Perundangan
Persekutuan telah diadakan sebagai langkah ke arah
berkerajaan sendiri Persekutuan Tanah Melayu.
2)Parti Perikatan iaitu UMNO, MCA, dan MIC memenangi 51
daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya
tersebut.

10

LAPORAN KAJIAN

3) Kemenangan tersebut membolehkan Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj selaku Ketua Perikatan dilantik sebagai
Ketua Menteri.
4) Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah
mencapai kemerdekaan dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-
haj dilantik sebagai Perdana Menteri.
5)Jawatan Perdana Menteri ini telah dikekalkan selepas
pembentukan Malaysia dan diteruskan sehingga ke hari ini.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Berkerajaan sendiri bermaksud proses mentadbir negara
oleh orang tempatan sebelum mendapat kemerdekaan.

11

LAPORAN KAJIAN
ii- Biodata
Perdana Menteri Malaysia - Pertama

12

LAPORAN KAJIAN
Perdana Menteri Malaysia - Ke-2

13

LAPORAN KAJIAN
Perdana Menteri Malaysia - Ke-3

14

LAPORAN KAJIAN
Perdana Menteri Malaysia - Ke-4 Dan Ke-7

15

LAPORAN KAJIAN
Perdana Menteri Malaysia - Ke-5

16

LAPORAN KAJIAN
Perdana Menteri Malaysia - Ke-6

17

LAPORAN KAJIAN
Perdana Menteri Malaysia - Ke-8

18

LAPORAN KAJIAN
Perdana Menteri Malaysia - Ke-9

19

LAPORAN KAJIAN
iii- Urutan Senarai Perdana Menteri Malaysia

20

LAPORAN KAJIAN

iii- TUGAS DAN PERANAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Beliau ialah
ketua kerajaan dan mempengerusikan Kabinet. Beliau menjalankan
tugas mentadbir negara bagi kemakmuran bersama. Beliau juga
merupakan ketua eksekutif negara dan melaksanakan kuasa
eksekutif. Sementara kuasa eksekutif negara dipegang oleh Yang
di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Antara tugas-tugas yang
dipegang oleh Perdana Menteri adalah seperti berikut :

a)Penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.
-Perdana Menteri akan menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam
hal ehwal pentadbiran negara.
-Beliau juga menasihati baginda dalam hal perlantikan pegawai
kerajaan atau ahli dalam bidang eksekutif, perundangan,
suruhanjaya dan kehakiman.

b)Pengiring kepada Yang di-Pertuan Agong
-Perdana Menteri akan mengiringi baginda dalam majlis-majlis
rasmi kerajaan dan antarabangsa.

c)Ketua Kabinet (Jemaah Menteri)
-Perdana Menteri menjadi ketua kabinet ketika bersidang di
Parlimen Malaysia.

21

LAPORAN KAJIAN

d) Pengerusi Mesyuarat Kabinet
-Tugas utama beliau ialah mempengerusikan mesyuarat Kabinet
bersama menteri-menteri bagi membincangkan dasar-dasar dan
sesuatu isu dalam negara.

e) Menamakan senarai menteri kabinet bagi membentuk kabinet
baru untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
-Perdana Menteri akan memilih serta boleh memecat ahli-ahli
kabinet, dan memperuntukkan jawatan kepada ahli-ahli dalam
kerajaan.

f) Perancang dan Penyelaras Dasar Negara
Perdana Menteri akan merancang, dan menyelaraskan tentang
semua dasar negara untuk rakyat.

g) Menjaga hal ehwal dalam negeri.
-Perdana Menteri bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada
Yang di-Pertuan Agong tentang pentadbiran negara.
-Beliau bertanggungjawab memastikan keselamatan, kesejahteraan
dan ekonomi negara sentiasa terpelihara.

22

LAPORAN KAJIAN

h) Menjaga Kebajikan Rakyat
-Beliau juga mengambil berat tentang masalah rakyat dan
menjaga kebajikan rakyat yang mengalami musibah agar
kebajikan rakyat terjamin.

i) Menjadi jurucakap dalam hal ehwal antarabangsa dan dalam
negara.

j) Perdana Menteri mempunyai tugas memohon kepada Yang di-
Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen apabila sampai
tempohnya.

-Beliau akan memegang jawatannya selagi mendapat
kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat. Sekiranya
kepercayaan ini gagal diperolehi, beliau perlu meletak jawatan
bersama-sama menteri kabinetnya atau membubarkan Parlimen
dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong bagi tujuan
pilihanraya umum baru.

23

24

Maklumat tambahan
Kabinet ialah badan eksekutif yang membuat dasar negara
yang dianggotai oleh menteri dan dipengerusikan oleh Perdana
Menteri.

25

LAPORAN KAJIAN
v) Ciri-ciri Kepimpinan yang Unggul
.

26

Kaedah
Kajian 

27

KAEDAH KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah kajian yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini:

1. Melalui bacaan dan rujukan dari buku teks digital KSSR
Sejarah tahun 6.
·Daripada pembacaan dan rujukan buku teks digital,
memudahkan saya untuk mengumpul seberapa banyak
maklumat dan gambar berkaitan dengan Perdana Menteri
yang terdahulu hingga kini.

2. Melalui penggunaan media massa iaitu laman sesawang
atau internet.
·Saya melayari beberapa laman sesawang berkaitan
dengan Perdana Menteri bagi mendapatkan maklumat
dengan lebih mendalam.

28

Kesimpulan

29

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian kes ini, kita sedia maklum bahawa
Perdana Menteri merupakan tonggak pemerintahan negara yang
akan menentukan perpaduan rakyat berbilang kaum. Beliau juga
turut memastikan keperluan dan kehendak rakyat dipenuhi
disamping berusaha menaikkan taraf kehidupan rakyat di negara
ini. Selain itu beliau bertanggungjawab menjamin keselamatan
dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara. Kejayaan dan
kekayaan negara dalam setiap aspek, baik di dalam negara
mahupun di arena antarabangsa amat bergantung kepada
kepimpinan dan corak pemerintahan seorang Perdana Menteri.

Akhir kata, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya
berbangga dan menghargai jasa dan sumbangan yang telah
diberikan oleh para Perdana Menteri yang terdahulu sehinggalah
sekarang. Sokongan kepada Perdana Menteri perlu diberikan
oleh rakyat agar beliau dapat melaksanakan tugas dengan lancar
demi kesejahteraan negara. Semoga Perdana Menteri sentiasa
diberikan kesihatan dan kesejahteraan yang baik di bawah
naungan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan
seluruh rakyat Malaysia yang dicintai.
.

30

Lampiran

31

LAMPIRAN

Sejarah Hari Kemerdekaan bermula pada Tahun 1957 yang
di laungkan oleh Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri
Pertama yang di gelar “Bapa Kemerdekaan” pada tanggal
31 Ogos .
.

32

LAMPIRAN

33

LAMPIRAN

34

LAMPIRAN

LAMPIRAN GAMBAR TUGAS-TUGAS PERDANA MENTERI

35

LAMPIRAN

LAMPIRAN GAMBAR TUGAS-TUGAS PERDANA MENTERI

36

LAMPIRAN

KELUARGA PERDANA MENTERI YANG TERDAHULU

· Tunku Abdul Rahman berkahwin dengan Tun Syarifah Rodziah binti
Syed Alwi Barakbah.



·· Tun Abdul Razak berkahwin dengan Tun Dr. Rahah binti Tan Sri Mohd
Noah dan memperoleh lima orang anak lelaki.
· Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib ialah anak sulung
pasangan ini dan meneruskan legasi dalam bidang politik.

37

LAMPIRAN

KELUARGA PERDANA MENTERI YANG TERDAHULU

·Tun Hussien berkahwin dengan Tun Suhailah binti Tan Sri Mohd Noah dan
mempunyai enam orang anak.
·Dato’ Seri Hishammuddin merupakan anak beliau yang masih
meneruskan legasi dalam bidang politik.

··Tun Dr. Mahathir berkahwin dengan Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali
dan memperoleh empat orang anak.
·Dato’ Seri Mukhriz merupakan salah seorang anak beliau yang terlibat
dalam bidang politik.

38

LAMPIRAN

KELUARGA PERDANA MENTERI YANG TERDAHULU

··Tun Abdullah berkahwin dengan Tun Endon binti Dato’ Mahmood
dan memperoleh dua orang anak.
·Setelah Tun Endon meninggal dunia, beliau berkahwin dengan Tun
Jeanne Abdullah.

·Dato’ sri Mohd Najib berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah binti
Mansor dan mempunyai dua orang anak.

39

RUJUKAN

1.Buku teks digital Sejarah KSSR tahun 6: Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur 2015. Online.anyflip.com
2.Buku teks Sejarah KSSR tahun 6-By Pocats. Unit 9.
Fliphtml5.com/ktp2m/utfq.
3.BADAN EKSEKUTIF https://ms.m.wikipedia.org
4.Badan Eksekutif. www.slideshare.net
5.Tugas Perdana Menteri. gayuti.blogspot.com
6.Syarat menjadi Perdana Menteri.Bulkiducki.web.app
7.Urutan langkah perlantikan Perdana Menteri. www.1media.my
8.Senarai Perdana Menteri Malaysia beritaup2date.blogspot
9.Loverrato.bogspot.com
10.Tajuk 3 Pencapaian dan kebanggaan Negara Unit 9-
Slidetodoc.com
11.Perdana Menteri -slideshare.net
12.Biodata Perdana Menteri -slideshare.net
13.9 best Perdana Menteri -pinterest.com
14.Bab 9 Jentera Pentadbiran. Slideplayer.com
15.Perdana Menteri Malaysia -worldwall.net
16.Peranan Perdana Menteri -Liveworksheets.com
17.1954 Pilihanraya peringkat negeri.docplayer.info
18. 446-Pada hari ini dalam tahun 1955.m.facebook.com
19. BELAJAR SEJARAH: Pilihanraya umum
pertama.kotasejarah.blogspot.com

.

40


Click to View FlipBook Version