PERINTANG
OBJEKTIF
Objektif am : Mengetahui istilah am bagi rintangan serta mengetahui jenis-jenis
perintang. Di samping itu memahami faktor-faktor yang
mempengaruhi rintangan dan juga mengetahui tentang kod warna
perintang.
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
➢ Mentakrifkan rintangan.
➢ Menerangkan jenis-jenis perintang.
➢ Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan.
➢ Menyatakan kod warna bagi perintang.
PERINTANG
3.0 PENGENALAN
Rintangan (R) ialah komponen ketiga yang terdapat dalam litar. Rintangan melawan
pengaliran arus dalam litar dan diukur dalam ohm (). Satu ohm adalah sama
dengan rintangan yang berada di dalam litar di mana tekanan elektrik 1 V
menyebabkan arus 1 A mengalir.
Simbol bagi rintangan ialah R
Unitnya adalah ohm ()
Nilai rintangan (ohm) dikod mengikut warna di atas perintang.
3.1 TAKRIF PERINTANG
Perintang ditakrifkan sebagai sesuatu komponen atau bahan yang boleh
menghalang atau menghadkan aliran arus dalam litar. Ia juga menghasilkan
susutan voltan dan melesapkan tenaga elektrik.
Simbol bagi perintang
R
3.2 JENIS-JENIS PERINTANG
Secara umumnya, perintang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
perintang tetap dan perintang boleh ubah.
3.2.1 Perintang tetap
Perintang tetap ialah dimana nilai sesuatu perintang itu boleh didapati
daripada kod warna atau kod bercetak pada perintang tersebut. Nilai
yang dinyatakan oleh kod warna dan kod bercetak disebut sebagai
nilai namaan (nilai terkadar).Empat perkara yang penting perlu
diambil kira apabila memilih perintang ialah nilai perintang, had
terima, kadar kuasa dan kestabilan. Had terima ialah nilai kelegaan
bagi nilai sebenar. Jika satu perintang dengan nilai namaan sebanyak
100 dan had terima 10%, perintang tersebut mempunyai nilai sebenar
antara 90 dan 110. Lebih kecil nilai had terima maka lebih tepat
bacaan nilai perintang. Kadar kuasa ialah kuasa maksimum yang
boleh diterima oleh perintang tanpa mengalami kerosakan. Jika kadar
kuasa dilampaui, perintang akan rosak disebabkan oleh haba yang
berlebihan. Saiz fizikal sesuatu perintang biasanya berkait rapat
dengan kadar kuasa. Kestabilan ialah keupayaan sesuatu perintang
untuk mengekalkan nilai rintangannya walaupun suhu sekitar berubah
dan umur perintang bertambah.
3.2.2 Perintang boleh ubah
Perintang boleh ubah ialah perintang yang boleh diubah nilai
rintangannya dengan menggerakkan sesentuh di atas elemen
perintang. Perintang boleh ubah digunakan pada litar yang
memerlukan perubahan arus dan voltan. Terdapat tiga jenis perintang
boleh ubah iaitu perintang gelangsar, reostat dan meter upaya.
1) Perintang gelangsar mengubah rintangan dengan menggerakkan
kolar gelangsar di sepanjang elemen rintangan belitan dawai. Ia
digunakan pada litar yang tidak memerlukan perubahan rintangan
yang kerap.
2) Reostat mempunyai dua tamatan dan disambung bersiri dengan
beban yang dikawal. Ia diguna untuk mengawal arus litar.
3) Meter upaya mempunyai tiga tamatan. Rintangannya diubah
dengan menggerakkan pengelap di atas elemen karbon. Meter
upaya yang lebih kecil dipanggil perapi atau praset. Ia banyak
digunakan pada litar bercetak yang tidak memerlukan perubahan
rintangan yang kerap untuk mengawal voltan dan beza upaya
seperti mengawal bunyi dan nada radio.
3.3 FAKTOR–FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RINTANGAN
Nilai bagi rintangan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut;
a) Panjang pengalir (wayar)
Panjang pengalir adalah dalam unit meter (m). Rintangan adalah berkadar terus
dengan panjang pengalir R L di mana semakin panjang sesuatu pengalir, maka
nilai rintangan juga akan meningkat.
b) Luas muka keratan rentas pengalir
Luas keratan rentas adalah dalam bentuk meter persegi (m2). Rintangan pula
berkadar songsang dengan luas keratan rentas pengalir R 1 di mana semakin
A
kecil luas keratan rentas pengalir, maka semakin tinggilah nilai rintangannya dan
begitulah sebaliknya.
c) Jenis bahan
atau kerintangan adalah mewakili sifat atau jenis bahan pengalir. Kerintangan
ditakrifkan sebagai rintangan di antara permukaan-permukaan yang bertentangan
bagi sesuatu kiub yang berukuran 1 meter padu.
RL
A
d) Suhu
3.4 KOD WARNA PERINTANG
Kod warna perintang digunakan pada perintang bersaiz kecil. Nilai perintang
didapati dengan membaca jaluran kod warna pada perintang. Jadual di bawah
menunjukkan jadual kod warna perintang. Kebanyakkan perintang mempunyai
empat jalur. Tiga jalur yang pertama memberikan bacaan nilai namaan perintang,
manakala jalur yang keempat menunjukkan nilai had terima.
Warna Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3 Jalur 4
No. 1 No. 2 Pendarab Had
Hitam
Coklat 0 0 1 Terima
Merah 1 1 10 -
Jingga 2 2 100 -
Kuning 3 3 1000 -
Hijau 4 4 10000 -
Biru 5 5 100000 -
Ungu 6 6 1000000 -
Kelabu 7 7 10000000 -
Putih 8 8 100000000 -
Emas 9 9 1000000000 -
Perak 0.1 -
Tiada 0.01
5%
10%
20%
Kod warna perintang
Contoh :
Satu perintang mempunyai jaluran warna berikut : kuning, ungu, merah dan emas.
Tentukan :
i) Nilai namaan
ii) Julat nilai sebenar rintangan
Jawapan :
i) Diberi
Kuning Ungu Merah Had terima
4 7
100 = 4700 atau 4.7 k
Oleh itu, namaan perintang ialah 4.7 k
ii) Diberi :
Jalur had terima ialah emas iaitu 5%.
Oleh itu, had terima = 4700 0.05
= 235
Oleh itu, julat nilai rintangan = (4700 + 235) hingga (4700 - 235)
= 4935 (had atas) hingga 4465 (had bawah)
AKTIVITI 3a
• UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA.
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.
3.1) Berikan takrif bagi perintang.
3.2) Nyatakan 4 perkara penting yang perlu di ambil semasa memilih perintang.
3.3) Nyatakan 3 jenis perintang boleh ubah.
3.4) Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi rintangan.
MAKLUMBALAS 3a
PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan
dalam aktiviti 3a.
JAWAPAN :
3.1) Takrif bagi perintang ialah sesuatu komponen atau bahan yang boleh menghalang
atau menghadkan aliran arus dalam litar.
3.2) Semasa memilih perintang, 4 perkara penting yang perlu diambil kira ialah ;
i) Nilai perintang
ii) Had terima
iii) Kadar kuasa
iv) Kestabilan
3.3) 3 jenis perintang boleh ubah ialah ;
i) Perintang gelangsar
ii) Reostat
iii) Meter upaya
3.4) 4 faktor yang mempengaruhi rintangan ialah ;
i) Panjang pengalir (wayar).
ii) Luas muka keratan rentas pengalir.
iii) Jenis bahan.
iv) Suhu
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri
ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!
SOALAN
1) Jelaskan mengapakah faktor-faktor berikut penting semasa pemilihan sesuatu
perintang?
a) Kadar kuasa
b) Kestabilan
2) Jelaskan kegunaan bagi perintang-perintang boleh ubah berikut.
a) Perintang gelangsar
b) Reostat
c) Meter upaya
3) Satu perintang mempunyai jaluran warna berikut : jingga, biru, merah dan perak.
Kirakan julat sebenar nilai perintang tersebut.
MAKLUMBALAS
Adakah anda telah mencuba dahulu ???
Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .
JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI
1) a) Kadar kuasa
Kadar kuasa ialah kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang tanpa
mengalami kerosakan. Jika kadar kuasa dilampaui, perintang akan rosak disebabkan
oleh haba yang berlebihan.
b) Kestabilan
Kestabilan ialah keupayaan sesuatu perintang untuk mengekalkan nilai rintangannya
walaupun suhu sekitar berubah dan umur perintang bertambah.
2) a) Perintang gelangsar
Digunakan pada litar yang tidak memerlukan perubahan rintangan yang kerap.
b) Reostat
Diguna untuk mengawal arus litar.
c) Meter upaya
Digunakan pada litar bercetak yang tidak memerlukan perubahan rintangan yang
kerap untuk mengawal voltan dan beza upaya seperti mengawal bunyi dan nada radio.
3) Diberi :
Jalur pertama (Jingga)= 3
Jalur kedua (Biru) = 6
Jalur ketiga (Merah) = 100
Jalur had terima ialah perak iaitu 10%.
Oleh itu, had terima = 3600 0.1
= 360
Oleh itu, julat nilai rintangan = (3600 + 360) hingga (3600 - 360)
= 3960 (had atas) hingga 3240 (had bawah)