The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
KUMPULAN 5
BAHASA MELAYU 8

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iffah najidah, 2023-03-28 10:28:49

KESALAHAN KATA DAN PEMBENTUKAN KATA BAHARU

BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
KUMPULAN 5
BAHASA MELAYU 8

Keywords: MORFOLOGI

KUMPULAN 5 HAFIZ IFWAT, IFFAH NAJIDAH, AMIRA KHAIRUNISA KESALAHAN KATA & PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU


NAMA: MUHAMMAD HAFIZ IFWAT BIN HASHIM NO. I/C : 030914-06-0091 NO. MATRIK: P21086417 NAMA: NUR IFFAH NAJIDAH BINTI AHMAD RUSDI NO. I/C: 030620-06-0192 NO. MATRIK: P21083987 NAMA: NURUL AMIRA KHAIRUNISA BINTI MAT SALLEH NO. I/C: 030906-06-0876 NO. MATRIK: P21084043 MAKLUMAT DIRI AHLI KUMPULAN 5 BM 8


ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 2. ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI DALAM PELBAGAI SUMBER 3. PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU 4. RUMUSAN


PENGENALAN KESALAHAN PENGGUNAAN KATA KEPADA


Kesalahan penggunaan kata dalam bahasa Melayu merupakan salah satu daripada aspek kesalahan umum bagi kebanyakan penutur. Kesalahan penggunaan perkataan berpunca daripada kekurangan pemahaman mengenai fungsi, makna dan konteks penggunaan sesuatu perkataan. Kesalahan yang paling sering dilakukan ialah penggunaan kata pemeri "adalah" , kata sendi nama "di" , kata tunjuk "ini" , kata soal, kata ganti nama dan juga kesalahan ejaan. Bentukbentuk kesalahan seumpama ini sememangnya biasa digunakan oleh penutur-penutur bahasa Melayu tetapi salah dari segi tatabahasa.


Kesalahan penggunaan kata merupakan aspek kesalahan umum bagi kebanyakan penutur bahasa melayu dari segi tatabahsa. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA


Kesalahan ejaan Teks Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri. 1. Contoh teks perutusan khas PKP Fasa 1 ' … sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.. ' ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA Perkataan yang digariskan itu mempunyai kesalahan dari segi pembentukan kata imbuhan pinjaman pra-. Perkataan pinjaman awalan asing apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan. Ejaan yang betul ialah prauniversiti. pra-universiti= salah ❌ prauniversiti = betul ✅


Contoh teks Perutusan Khas Perkembangan Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). ' Jangan kerana kes-kes COVID-19 semakin berkurangan, kita tidak lagi memakai pelitup muka di tempat awam. Pakai lah. Jangan tak pakai.' Dalam bahasa Melayu kata penegas seperti 'lah' perlu ditulis rapat dengan kata yang mendahuluinya. Perkataan pakai lah mempunyai kesalahan dari segi ejaan partikel. Ejaan yang betul harus ditulis sebagai pakailah. ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA Contoh teks perutusan khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). '… Malaysia berada di tangga ke empat daripada 105 buah negara dari segi tahap kepuasan hati rakyat terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani wabak COVID-19. ' Perkataan ke empat haruslah dieja sebagai keempat kerana kata bilangan berimbuhan 'ke...' perlu dieja secara rapat dengan kata bilangan. pakai lah = salah ❌ pakailah = betul ✅ ke empat = salah ❌ keempat = betul ✅


Contoh petikan ' ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA Terdapat tiga kesalahan ejaan yang ditemui dalam petikan di atas iaitu terok, berdisplin dan masaalah. Dalam bahasa Melayu, perkataan terok haruslah dieja sebagai 'teruk', perkataan 'berdisplin' haruslah dieja sebagai berdisiplin dan perkataan masaalah haruslah dieja sebagai 'masalah.' terok = salah ❌ teruk = betul ✅ berdisplin = salah ❌ berdisiplin = betul ✅ masaalah= salah ❌ masalah = betul ✅


ISU KESALAHAN DALAM MEDIA CETAK Papan tanda kedai Banting


Berdasarkan Rajah 1 (papan tanda kedai) , terdapat kesalahan ejaan yang jelas iaitu "perabut". Dalam bahasa Melayu, "perabut" sepatutnya dieja sebagai "perabot". Dalam erti kata lain yang lebih teliti; perabut = salah ❌ perabot = betul ✅ Berdasarkan Rajah 2 (banting) , terdapat kesalahan ejaan yang jelas iaitu "ais kerim". Dalam bahasa Melayu, "ais kerim" sepatutnya dieja sebagai "aiskrim". Dalam erti kata lain yang lebih teliti; ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ais kerim = salah ❌ aiskrim = betul ✅


ISU KESALAHAN DALAM MEDIA CETAK Petikan akhbar


Berdasarkan Rajah 3 (petikan akhbar) , terdapat kesalahan ejaan yang jelas iaitu "cemin diri". Dalam bahasa Melayu, "cemin diri" sepatutnya dieja sebagai "cermin diri". Dalam erti kata lain yang lebih teliti; ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA cemin diri = salah ❌ cermin diri = betul ✅


ISU KESALAHAN DALAM MEDIA SOSIAL


Berdasarkan Rajah 4 , terdapat kesalahan kata yang jelas iaitu "x". Pada zaman ini, "x" ini telah digunakan oleh masyarakat yang membawa maksud "tak". Dalam bahasa Melayu, "x" ini sepatutnya dieja sebagai "tak". Dalam erti kata lain yang lebih teliti; ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA x = salah ❌ tak = betul ✅ Antara contoh perkataan lain yang salah dalam perbualan teks tersebut adalah seperti berikut; kat = salah ❌ dekat = betul ✅ nk = salah ❌ nak = betul ✅ tpi = salah ❌ tapi = betul ✅ lmbt = salah ❌ lambat = betul ✅


Teks Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri. 2. Kesalahan pemajmukan Contoh teks perutusan khas PKP Fasa 2 ' Saya juga telah mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.' ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA Perkataan berkuatkuasa merupakan kata majmuk tidak mantap dan perlu dieja secara terpisah. Ejaan yang betul ialah berkuat kuasa. berkuatkuasa= salah ❌ berkuat kuasa= betul ✅


Contoh petikan ayat Contoh teks perutusan khas PKP Fasa 1 ' Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam ….' ' Kapal terbang-kapal terbang itu sedang membuat pertunjukan di udara.' Perkataan pasaraya seharusnya dieja secara terpisah kerana tidak tergolong dalam kata majmuk yang mantap. Ejaan yang betul ialah pasar raya. ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA Dalam penggandaan kata majmuk, perkataan pertama sahaja yang digandakan manakala perkataan kedua dibiarkan kekal. pasaraya= salah ❌ pasar raya = betul ✅ Kapal terbang-kapal terbang= salah ❌ Kapal-kapal terbang = betul ✅


Teks Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri 3. Kesalahan kata pemeri Contoh Perutusan Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 ' Saya bertuah kerana anda semua adalah insan yang berdisiplin dan patuh kepada undang-undang. ' ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA Penulis telah menggunakan kata pemeri “adalah” di hadapan frasa nama “… insan yang berdisiplin dan patuh kepada undang-undang.”. Berdasarkan penggunaan yang betul, frasa nama seharusnya digandingkan dengan kata pemeri ‘ialah’. Maka, frasa 'adalah' harus digantikan dengan frasa 'ialah' . Saya bertuah kerana anda semua adalah insan yang berdisiplin dan patuh kepada undang-undang. = salah ❌ Saya bertuah kerana anda semua ialah insan yang berdisiplin dan patuh kepada undang-undang. = betul ✅


Contoh teks Perutusan Khas Perkembangan Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 'Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka . ' Kata pemeri “ialah” digunakan di hadapan frasa sendi nama “… untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.”. Berdasarkan penggunaan yang betul, frasa sendi nama seharusnya digandingkan dengan kata pemeri ‘adalah’. ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA 'Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka . ' = salah ❌ 'Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita adalah untuk melindungi mereka . ' . = betul ✅


Media cetak : Akhbar Berita Harian. 17 Oktober 2018. ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA Kata pemeri 'adalah' tidak boleh digunakan pada awal ayat dan di hadapan kata kerja. Penggunaan kata pemeri 'adalah' dalam ayat tersebut dianggap menyalahi tatabahasa bahasa Melayu. Bagi membetulkan kesalahan ini, 'Adalah dimaklumkan bahawa ...' perlu ditukarkan kepada ' Dengan ini dimaklumkan bahawa ...' 'Adalah dimaklumkan bahawa. ' = salah ❌ 'Dengan ini dimaklumkan bahawa' . = betul ✅


mengenepikan = salah ❌ mengetepikan = betul ✅ ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA "Saya berharap, semua Ahli Parlimen dapat mengenepikan perbezaan politik untuk memastikan Bajet 2021 diluluskan demi kepentingan rakyat dan negara. " Menurut PRPM,perkataan mengetepikan membawa maksud mengalihkan ke tepi atau tidak mengendahkan. Jika menggunakan perkataan mengenepikan, makna untuk mengalihkan dan tidak menghiraukan perbezaan politik tidak dapat dizahirkan. Perkataan mengenepikan pula tidak wujud dalam bahasa Melayu kerana kata dasarnya 'ketepi' dan dalam kosa kata ini. Oleh itu, hanya huruf pertama iaitu huruf 'k' digugurkan. ASPEK KESALAHAN PENGIMBUHANAN


simtom = salah ❌ simptom = betul ✅ ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA "Oleh kerana ramai pesakit COVID-19 tidak mempunyai apa-apa simtom, kita tidak dapat pastikan dengan tepat siapa di antara mereka yang membawa virus ini dan menyebabkan jangkitan dalam komuniti. " Menurut PRPM,perkataan simptom membawa maksud gejala penyakit. Jika menggunakan perkataan simtom, makna untuk tidak mempunyai apa-apa gejala penyakit tidak dapat disampaikan. Perkataan simtom pula tidak wujud dalam bahasa Melayu pada asalnya kerana merupakan kata pinjaman bahasa Inggeris iaitu 'symptom' tetapi telah dimantapkan menjadi simptom. ASPEK KESALAHAN KATA PINJAMAN


daripada = salah ❌ dari = betul ✅ ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA "Bagi yang bekerja, seboleh-bolehnya bekerjalah daripada rumah. Saya bimbang kerana sekarang ini telah ada beberapa kluster baru yang berpunca daripada jangkitan di tempat kerja. " Daripada - dari Penggunaan perkataan daripada adalah salah dari segi hukum tatabahasa kerana perkataan daripada merujuk kepada punca sesuatu perkara manakala perkataan dari merujuk kepada tempat, arah dan masa. Perkataan dari membawa maksud tempat rumah dalam ayat di atas. Baru - baharu Penggunaan perkataan baru adalah salah dari segi makna kata kerana baru membawa erti masa yang singkat, manakala baharu merujuk kepada sesuatu yang moden ataupun tidak lapuk. 1. a. b. 2. a. ASPEK KESALAHAN KATA SENDI NAMA DAN MAKNA KATA baru = salah ❌ baharu = betul ✅


ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA "Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk berterawih. " Berterawih - bertarawih Menurut PRMP, bertarawih membawa maksud sembahyang sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan (selepas Isyak). Jika menggunakan perkataan berterawih, maksud sebenar ayat iaitu untuk menunaikan sembahyang sunat pada bukan Ramadan tidak dapat disampaikan dengan jelas. Perkataan bertarawih merupakan pinjaman bahasa Arab yang telah di Melayukan dan telah mantap dalam bahasa Melayu. 1. a. b. c. ASPEK KESALAHAN EJAAN PERKATAAN berterawih = salah ❌ bertarawih = betul ✅


berhati-hati lah = salah ❌ berhati-hatilah = betul ✅ ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA "Jika pilihanraya tidak dapat ditangguhkan atas apa-apa sebab sekalipun, rayuan saya kepada kepada penduduk di Batu Sapi dan Sarawak berhati-hati lah. " Dalam bahasa Melayu, partikel -lah merupakan morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan harus ditambah pada bentuk yang lain, iaitu kata dasar sebelum tanda sempang (-). Fungsi partikel -lah bertindak sebagai kata penegas. Dalam konteks ayat ini, partikel -lah telah melembutkan ton pada ayat dan meningkatkan waspada terhadap wabak COVID-19. ASPEK KESALAHAN PENGGUNAAN PARTIKEL


pilihan raya = salah ❌ pilihanraya = betul ✅ ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA "Tetapi apa boleh buat kerana itu adalah kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan maka kita terpaksa mengadakan pilihan raya. " Dalam bahasa Melayu, perkataan pilihanraya termasuk dalam 16 golongan kata majmuk mantap. Kata majmuk mantap telah ditetapkan untuk dieja rapat. Oleh itu, ayat yang sepatutnya ditulis seperti: "Tetapi apa boleh buat kerana itu adalah kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan maka kita terpaksa mengadakan pilihanraya. " ASPEK KESALAHAN KATA MAJMUK MANTAP


KESALAHAN PENGGUNAAN KATA MAJMUK Perkataan pasaraya perlu dieja jarak kerana bukan kata majmuk mantap. pasaraya =❌ pasar raya = ✅ ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA Perkataan lebuhraya perlu dieja jarak kerana bukan kata majmuk mantap. lebuhraya =❌ lebuh raya = ✅ Kesalahan pada papan tanda kedai dan lebuh raya.


KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI Perkataan disini perlu dieja jarak kerana selepas kata sendi 'di' menunjukkan tempat dan masa mestilah dijarakkan manakala jika menunjukkan perbuatan mestilah dirapatkan. disini =❌ di sini = ✅ ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA 'Elakkan dari kenderaan anda disita' sepatutnya ditulis sebagai, 'Elakkan daripada kenderaan anda disita.' Kata dari menunjukkan tampat, arah dan masa, manakala daripada menunjukkan akibat. dari = ❌ daripada = ✅ Kesalahan pada gegantung iklan di sebuah kedai.


KESALAHAN EJAAN Perkataan baucer perlu dieja baucar. Walaupun pada asalnya baucar merupakan perkataan pinjaman bahasa Inggeris, voucher, baucar telah diserap dalam bahasa Melayu. baucer = ❌ baucar = ✅ ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA Perkataan sahlaku perlu dieja jarak kerana bukan kata majmuk mantap. sahlaku= ❌ sah laku = ✅ Kesalahan pada potongan kertas di sebuah sekolah. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA MAJMUK


KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA ASING Perkataan online perlu ditukar kepada dalam talian kerana menggunakan bahasa Inggeris yang menyebabkan kerancuan bahasa. Online juga telah diterjemah dan dimantapkan penggunaannya dalam bahasa melayu iaitu dalam talian. online =❌ dalam talian = ✅ ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA Perkataan kencing perlu diubah kepada kencang untuk menyampaikan maksud sebenar. Kencing merupakan air najis keluar dari kemaluan, manakala kencang merupakan tagang, cepat dan pantas. kencing =❌ kencang = ✅ Kesalahan dalam petikan akhbar (media cetak). KESALAHAN PENGGUNAAN ISTILAH KATA


KESALAHAN EJAAN YANG TELAH MANTAP Perkataan sungei sepatutnya dieja sungai. Menurut PRPM, sungai merujuk kepada tali air semula jadi. Namun, kerana Sungei Ujong Walk merupakan kata nama khas bagi tempat yang telah berdaftar, maka ejaan sungei dianggap mantap bagi kawasan tersebut. Hal ini kerana, perkataan ini telah didaftarkan dengan sebegitu. ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA Pengguaan ejaan lama yang telah mantap.


PENGENALAN PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU KEPADA


DALAM BAHASA MELAYU, BANYAK PERKATAAN YANG DIPINJAM DARIPADA BAHASA ASING. PERKATAAN INI MUNCUL KERANA BAHASA BERKEMBANG AKIBAT PERTEMBUNGAN BUDAYA, LEDAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KEPERLUAN ISTILAH SEMASA YANG BERKAITAN. NIK SAFIAH KARIM (2002) MENYATAKAN BAHAWA PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU MERUJUK KATA YANG BARU DICIPTA ATAU DIREKA YANG MENDUKUNG SESUATU KONSEP ATAU PERKARA YANG TIMBUL DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAHASA.


Pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing. Imbuhan bahasa Sanskrit Imbuhan bahasa Arab - Parsi Imbuhan bahasa Yunani-Latin-Inggeris Maka, terbentuknya perkataan baharu yang akan digunakan oleh penutur Melayu sehari-harian. Berlakunya penambahan bentuk imbuhan akibat daripada kemasukan bahasa pinjaman yang perlu disesuaikan dengan bahasa Melayu iaitu: 1. 2. 3. PEMBENTUKAN KATA


IMBUHAN BAHASA SANSKRIT Imbuhan yang berasal daripada bahasa Hindu kuno. Sudah lama terserap ke dalam bahasa Melayu dan menjadi sebati dalam penggunaan seharian penutur Melayu. 1. Contoh imbuhan bahasa Sanskrit dalam petikan. a) Anwar Ridhwan Peneliti Sastera yang Berani - oleh Syafiqah Abdul Kadir (Dewan Sastera). Menurut PRPM, 'mahasiswa' merujuk kepada pelajar di universiti. Awalan Sanskrit 'maha-' apabila bergabung dengan kata dasar siswa akan membentuk mahasiswa. Imbuhan awalan 'maha-' berfungsi untuk membentuk kata nama.


Awalan juru- bermaksud orang yang ahli atau pakar dalam sesuatu bidang. Menurut PRPM, 'jurulatih' bermaksud orang yang melatih orang lain. Contoh dalam media cetak : Surat khabar Harian Metro. 12 Ogos 2019. b) Bahasa Pengantar Sebagai Alat Komunikasi di Universiti- oleh Atiqah Abd Rahim (Dewan Siswa) Awalan dwi bermaksud bilangan dua yang digunakan untuk menerbitkan kata nama. Menurut PRPM, 'dwibahasa' merujuk kepada perkara yang ditulis dalam dua bahasa.


Awalan pra- bermaksud sebelum / syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. 'Prasekolah' bermaksud pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. Pembentukan kata berimbuhan 'pra-' pada papan tanda bangunan. Pembentukan kata berimbuhan 'tata-' pada papan poster. Awalan poli- merupakan a. Menurut PRPM, 'dwibahasa' merujuk kepada perkara yang ditulis dalam dua bahasa.


Imbuhan ini terbentuk akibat daripada pengaruh bahasa Arab dan bahasa Parsi. Imbuhan ini tidak banyak dalam bahasa Melayu. Berfungsi membentuk kata nama dan kata adjektif. 2. IMBUHAN BAHASA ARAB-PARSI Contoh imbuhan bahasa Arab-Parsi dalam petikan. a) Cerpen ' Senyum Hati' oleh Ismaeropah. Imbuhan ahiran -ah digunakan untuk menerbitkan kata nama yang menunjukan jantina khususnya wanita. Menurut PRPM, 'ustazah' bermaksud guru agama perempuan.


Contoh imbuhan bahasa Arab-Parsi pada papan tanda. Imbuhan ahiran -in digunakan untuk menandakan jamak / kategori lelaki. 'Muslimin' bermaksud lelaki muslim yang beragama Islam. Contoh imbuhan bahasa Arab-Parsi pada media sosial. Sumber: Facebook Imbuhan ahiran -wi membentuk kata adjektif yang mendukung sifat pada kata dasar Menurut PRPM, 'duniawi' bermaksud keduniaan / bersifat dunia


Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu. Diperolehi daripada istilah bahasa Inggeris yang semakin meningkat dalam bidang tertentu. Contohnya, bidang sains. 3. IMBUHAN BAHASA YUNANI-LATIN-INGGERIS Contoh imbuhan bahasa Yunani-Latin-Inggeris dalam petikan. a) Anwar Ridhwan Peneliti Sastera yang Berani - oleh Syafiqah Abdul Khalid (Dewan Siswa). Perkataan materialistik dan individualistik mempunyai imbuhan akhiran ik- yang berfungsi untuk menyesuaikan perkataan dalam ejaan bahasa Melayu. Materialistik bermaksud kebendaan manakala individualistik bermaksud seseorang yang tidak dikongkong oleh pihak lain.


Contoh imbuhan bahasa Yunani-Latin-Inggeris dalam media elektronik a) Berita Malaysia Kini. 10 Februari 2023. b) Berita Mstar. 3 November 2014 Imbuhan awalan pro- digunakan untuk menunjukan tanda sesuatu pihak menyokong sesuatu pihak. Perkataan 'prokerajaan' perlu dieja secara rapat kerana digunakan ke atas nama am. Jika imbuhan pro- digunakan ke atas kata nama khas, maka perlu ada tanda sempang. Contohnya, Pro-Amerika.


di-kayoh = dikayuh ka-hilir = ke hilir di-langit = di langit di-sana sini = di sana sini sa-olah = seolah-olah perahu-nya = perahunya maseh = masih tammat = tamat kampong-nya = kampungnya saperti-nya = sepertinya ayer-nya = airnya untok = untuk lebeh = lebih 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. ANALISIS PEMBENTUKAN KATA BAHARU Pengguaan ejaan dengan tidak menggunakan pembentukan kata baharu dalam petikan buku. Buku Amrun (1962), novel lama yang diterbitkan dan tidak dikemaskini mengikut pembentukan kata baharu selaras Dewan Bahasa dan PRPM. KESALAHAN EJAAN PERKATAAN MENGIKUT EJAAN LAMA


SALAH PENERANGAN di-kayoh = dikayuh di merupakan kata sendi nama dan akan dieja rapat dengan kata kerja, kayuh ka-hilir = ke hilir ke merupakan kata sendi dan perlu dieja jauh dengan kata nama hilir di-langit = di langit di merupakan kata sendi nama dan dieja jarak dengan kata nama, langit di-sana sini = di sana sini di merupakan kata sendi nama dan dieja jarak dengan perkataan sana sini yang bukan kata kerja sa-olah = seolah-olah imbuhan awalan se- perlu dieja rapat dengan kata selepasnya kerana tidak dapat berdiri sendiri perahu-nya = perahunya imbuhan akhiran -nya perlu dieja rapat kerana tidak mampu berdiri sendiri maseh = masih ejaan maseh telah diberi nafas baharu dengan ejaan masih tammat = tamat tamat merupakan ejaan baharu yang telah diselaraskan oleh DBP kampong-nya = kampungnya kampung merupakan kata nama yang diperlukan oleh -nya supaya mempu mambawa maksud kampung kepunyaan saperti-nya = sepertinya seperti telah ditulis sebagai ejaan baharu dan telah mantap ayer-nya = airnya air juga telah ditetapkan ejaan dengan menggunakan diftong ai untuk menggantikan fungsi huruf 'y' untok = untuk ejaan untuk telah dikemaskini daripada sebelumnya untok lebeh = lebih perkataan lebih telah mantap digunakan berbanding lebeh yang sudah lama ditinggalkan ANALISIS PEMBENTUKAN KATA BAHARU


KESALAHAN MENGGUNAKAN EJAAN LAMA Perkataan zalim merupakan kata pinjaman bahasa Arab, iaitu لمِظا َyang bermaksud kejam. Dalam PRPM, ejaan lama zhalim telah ditukar kepada zalim dan penggunaannya telah mantap. zhalim = ❌ zalim = ✅ ANALISIS PEMBENTUKAN KATA BAHARU Pengguaan ejaan dengan pembentukan kata baharu yang telah mantap... Kulit buku pada rajah A, menunjukkan ejaan zhalim yang lama. Ejaan ini tidak lagi diterima pakai. Kulit buku pada rajah B, menunjukkan ejaan zalim dengan pembentukan kata baharu. Ejaan ini relevan dan diterima umum dalam penulisan kini menurut PRPM.


KESALAHAN EJAAN IMBUHAN dwi- merupakan imbuhan pinjaman bahasa Sanskrit yang membawa maksud dua. Menurut Tatabahasa Dewan, ejaan bagi perkataan yang bergandingan dengan imbuhan awalan dwi- mestilah rapat. Hal ini kerana, imbuhan merupakan morfem dan tidak boleh berdiri bersendirian. ANALISIS PEMBENTUKAN KATA BAHARU Pengguaan imbuhan pinjaman bahasa Sanskrit yang salah. Kain rentang dalam rajah A menunjukkan penggunaan imbuhan dwi- yang salah. dwi tahunan ❌ > dwitahunan ✅ Dwitahunan membawa maksud setiap dua tahun Kulit buku dalam rajah B menunjukkan penggunaan imbuhan dwi- yang betul, iaitu dwibahasa membawa erti dua bahasa.


ISU IMBUHAN PINJAMAN Imbuhan awalan pro- merujuk kepada menyokong, maka properniagaan membawa erti menyokong perniagaan (PRPM) Dalam konteks ini, penggunannya betul kerana imbuhan ialah morfem yang memerlukan sambungan kata lain ANALISIS PEMBENTUKAN KATA BAHARU Penggunaan pembentukan kata baharu dalam akhbar cetakan dan dalam talian. Imbuhan awalan anti- merujuk kepada melawan atau menolak. Antivaksin membawa maksud individu yang menolak vaksin (PRPM). Imbuhan ini perlu dieja rapat dengan kata lain kerana tidak mampu berdiri sendiri. Dalam rajah ini, antivaksin mempunyai kesalahan ejaan. anti vaksin = salah ❌ antivaksin = betul ✅


RUMUSAN Terdapat banyak bentuk kesalahan kata yang diamalkan dalam masyarat kini seperti kesalahan ejaan, kesalahan istilah, kesalahan penggunaan kata sendi dan kesalahan dalam mengaplikasikan kasa pinjaman. Dalam konteks pembentukan kata baharu pula, kekeliruan jelas masih banayk terutamanya dalam menggunakan imbuhan pinjaman. Terdapat juga individu dan bahan bacaan yang tidak mengikut perubahan sistem bahasa Melayu seperti masih menggunakan ejaan Melayu lama dalam berkarya. Konklusinya, penggunaan bahasa Melayu baku secara holistik dapat dicapai sekiranya masyarakat peka akan perubahan dan perincian terbaru DPB dan sentiasa membuat pemerhatian dengan pembinaan kata baharu dalam PRPM. Setelah menelaah aspek kesalahan bahasa dan pembentukan kata baharu, terdapat beberapa berkara yang boleh disimpulkan:


Click to View FlipBook Version