The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DBF3A SESI 2 2022/2023
MUHAMMAD SYAMIL
NUR ATHIRAH NADIRA
ADLINA SYAHIRAH
NURL NAZIFA
AINON ROSMINI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainonrosmini26, 2022-11-05 03:52:04

E-KOMIK PERMAINAN MESIN CLAW FIQH MUAMALAT 1 ECO2073

DBF3A SESI 2 2022/2023
MUHAMMAD SYAMIL
NUR ATHIRAH NADIRA
ADLINA SYAHIRAH
NURL NAZIFA
AINON ROSMINI

Keywords: E-KOMIK,FIQH MUAMALAT,PERMAINAN MESIN CLAW

SSTTAARRTT

EECCOO 22007733

EE--KKOOMMIIKK
PPEERRMMAAIINNAANN
MMEESSIINN CCLLAAWW





GGAAMMEE OOVVEERR

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
DIPLOMA IN ISLAMIC BANKING AND FINANCE

FIQH MUAMALAT 1
ECO 2073

TAJUK TUGASAN:
E-KOMIK MUAMALAT PERMAINAN MESIN CLAW

DISEDIAKAN OLEH: NO. MATRIK
BMF21-11-021
NAMA BMF21-11-019
AINON ROSMINI BINTI ABDUL RAZAK BMF21-11-023
ADLINA SYAHIRAH BINTI AMINUDIN BAKI BMF21-11-010
NUR ATHIRAH NADIRA BINTI ABD RASHID BMF21-11-031
NURUL NAZIFA BINTI BAHANORDIN
MUHAMMAD SYAMIL BIN MOHD RAFI

KELAS:

DBF 3A

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZAH HAZWANI ADILAH BINTI ZAKI

TARIKH PENYERAHAN:
5 NOVEMBER 2022

Isi Kandungan

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 1

2. PENGENALAN TERHADAP KOMIK 2

3. WATAK-WATAK YANG TERLIBAT 3
5
4. PLOT PENCERITARAAN BERKAITAN PERMAINAN 13
MESIN CLAW 14
19
5. ELEMEN YANG MENGHARAMKAN KONTRAK PERMAINAN
MESIN CLAW

6. PERBAHASAN, PENDAPAT DAN HUKUM TERHADAP
PERMAINAN MESIN CLAW

7. REFLEKSI INDIVIDU

8. KUIZ MENGENAI PERMAINAN MESIN CLAW 21

9. RUJUKAN DAN LAMPIRAN 22

Penghargaan

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh, setinggi-tinggi kesyukuran
kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kami menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna dan jayanya. Tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan baik tanpa
kerjasama dan usaha dari ahli kumpulan ini sendiri. Walaupun terdapat perkara yang
tidak dapat dielakkan namun ia tidaklah menjadi satu masalah yang besar kepada
kami dalam menyiapkan tugasan ini. Namun, alhamdulillah dengan bantuan dan
keizinan Allah S.W.T kami dapat menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan.

Seterusnya, disini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah yang kami hormati bagi subjek Fiqh Muamalat ini iaitu, Ustazah Hazwani
Adhilah binti Zaki kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan
tugasan ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada Ustazah Hazwani kerana banyak
membantu dan memberi idea untuk kami menyelesaikan tugasan ini sehingga habis.
Tanpa bantuan ustazah, mungkin kami tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Dengan adanya tugasan ini, kami berpeluang untuk mempelajari ilmu baharu
kerana tugasan ini adalah berlainan daripada kebiasaan iaitu kami perlu menyediakan
papan cerita dan menjadikannya sebagai sebuah komik ilmiah tentang permainan
mesin claw yang berkaitan dengan Fiqh Muamalat.

Akhir sekali, kami ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan kami sendiri
kerana memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi semasa melakukan tugasan ini.
Semoga segala pengorbanan dan kerja keras yang kita semua lakukan terhadap
tugasan ini, dapat membuahkan hasil yang setimpal dengan usaha kita.

1

Pengenalan Terhadap Komik

Mesin claw adalah sejenis permainan arked yang menggunakan cakar besi
untuk memperolehi barangan-barangan yang dipertaruhkan di dalam mesin tersebut.
Secara khususnya, praktikal dalam permainan ini mempunyai unsur perjudian yang
diharamkan oleh syariat agama Islam. Segelintir masyarakat percaya bahawa
permainan mesin claw dapat mencabar kecekapan diri dan ada juga yang tertarik
dengan hadiah yang ditawarkan iaitu patung yang beraneka pilihan.

Mesin claw dianggap sebagai judi. Judi boleh menjadikan orang yang
memerlukan menjadi kaya. Akan tetapi, amalan ini juga boleh memeras orang yang
berharta. Ia kerana orang yang kalah buat pertama kali akan berasa tercabar untuk
melakukannya buat kali kedua dengan harapan akan menang dan akan berlanjutan
sehingga ia puas dengan hasil yang diperolehi. Permainan ini akan membiasakan diri
agar bergantung kepada nasib dalam setiap perkara yang dilakukan. Ini menjadikan
mereka menyangka bahawa nasib adalah penentu segala-galanya dalam dunia ini.
Permainan jenis ini sebenarnya memberi banyak kesan negatif kepada diri manusia.

Konsep yang diketengahkan dalam permainan mesin claw ini adalah menafikan
hak pembeli dalam memilih barangan yang dikehendakinya dan disukainya dengan
harga yang setimpal dengan apa yang telah dibayar. Di samping itu, permainan seperti
ini adalah lebih kepada keberuntungan nasib pemain dimana permainan seperti ini
tidak dibenarkan di dalam Islam.

Dalam kisah ringkas komik ini, terdapat sekumpulan kanak-kanak yang tidak
tahu akan hukum bermain permainan mesin claw. Pada suatu hari, Uwais telah
mengajak tiga orang rakannya untuk pergi ke arcade baharu yang dibuka di Ehsan
Mall. Ketika mereka sedang bermain, tiba-tiba mereka didatangi oleh seorang pemuda
yang bernama Yusuf iaitu jiran kepada Uwais. Dia mula menegur mereka tentang
hukum hakam serta elemen-elemen yang haram dalam permainan ini. Jika anda ingin
mengetahui dengan lebih lanjut tentang hukum serta dalil tentang mesin claw ini,
bacalah komik ini.

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Elemen Yang Mengharamkan Kontrak Permainan Mesin Claw

Secara umumnya, permainan mesin claw dianggap sebagai perjudian. Judi
dikenali dalam bahasa Arab sebagai al-maysir atau al-qimar. Definisi judi dari segi
bahasa bererti permainan pertaruhan golongan Arab dengan menggunakan anak
panah. Permainan judi juga ditakrifkan sebagai permainan dengan anak batu, atau
dengan dadu atau segala jenis pertaruhan.

Judi dihadkan kepada aktiviti permainan yang ada unsur pertaruhan, menang
atau kalah, untung atau rugi bergantung kepada risiko kemungkinan dan nasib. Walau
bagaimanapun ada juga pandangan yang telah memperluaskan maksud judi kepada
semua aktiviti yang mempunyai risiko kepada pemain atau pesertanya sama ada
untung atau rugi dengan wujudnya unsur pertaruhan dalam perolehan harta. Judi
juga adalah setiap permainan yang disandarkan dengan harta yang akan diperolehi
oleh pemenang dengan mengambil daripada yang kalah.

Terdapat fatwa yang memberikan takrifan judi sebagai semua aktiviti yang
pesertanya sama ada hanya mendapat untung atau pun rugi.

Oleh hal yang demikian, judi ialah satu permainan yang mengandungi
pertaruhan daripada pihak bertanding di mana ia mengakibatkan kemenangan pada
sebelah pihak manakala pihak yang lain mengalami kerugian.

Menurut perspektif islam, Judi merupakan salah satu perolehan harta secara
batil. Islam menegah perolehan harta secara batil iaitu melalui aktiviti curi, rompak,
rampas, riba, judi, tipu ghubn, najasy, ihtikar, spekulasi, dan manipulasi. Perolehan
dan pemilikan harta yang dibenarkan mestilah berlaku mengikut konsep dan peraturan
muamalat yang ditetapkan dengan adanya unsur keredaan. Barulah harta yang
diperolehi statusnya halal dan mendapat keberkatan daripada Allah.

13

Perbahasan, Pendapat dan Hukum Terhadap Permainan Mesin Claw

Terdapat beberapa perbahasan dan pendapat yang dikemukakan oleh para
ulama antaranya dari Ibn Hajar al-Makki yang berpendapat bahawa judi merujuk
kepada sebarang jenis pertaruhan. Selain itu, Al-Mahalli pula mengatakan bahawa judi
ialah sebuah bentuk pertaruhan yang diharamkan yang terdedah untuk menang atau
kalah. Di samping itu, Al-Mawardi mengatakan judi ialah suatu pertandingan yang
menjadikan pihak yang terlibat tidak terlepas daripada menjadi pemenang
(mengambil) atau tewas (menyerahkan) hadiah yang dipertaruhkan. Seterusnya, Ibn
Qudamah pula mengatakan judi ialah pertandingan yang tidak sunyi salah satu
daripada keduanya untuk menang atau kalah. Tambahan pula, bagi Ibn Taimiyyah,
judi merupakan pengambilan sebahagian daripada harta seseorang, kemudian
dipertaruhkan sama ada seorang itu mendapat hasil atau tidak mendapat apa-apa.
Selain itu, Ibn Qayyim pula berpandangan judi adalah suatu situasi di mana salah
seorang daripada keduanya untuk menang ataupun kalah. Kemudian, bagi Imam Malik
pula, beliau berpandangan judi terdiri daripada dua jenis iaitu judi yang bersifat sia-
sia (lagha) seperti permainan yang menggunakan buah dadu, catur dan sebarang
elemen hiburan yang tidak bermanfaat dan juga judi yang bersifat pertaruhan ialah
apa-apa yang membahaya atau mengadaikan diri orang lain.

Jumhur ulama tidak berbeza pendapat tentang hukum judi iaitu haram kecuali
dari segi perincian judi. Berlaku beberapa perbezaan dalam penetapan jenis aktiviti
judi. Pengharaman judi adalah berdasarkan dalil al-Quran, al-Sunnah, ijmak ulamak
dan juga dalil aqli.

14

Firman Allah SWT:

‫يَ ْسأَلُونَ َك َع ِن اْْلَْمِر َوالْ َمْي ِسِر قُ ْل فِيِه َما إِْثٌ َكبِيرٌ َوَمنَافِ ُع لِلَنّا ِس َوإِْثُُه َمآ أَ ْكََبُ ِمن َنّْفعِِه َما َويَ ْسأَلُونَ َك‬
‫َما َذا يُنِفُقوَن قُِل الَْعْفَو َك َذلِ َك يُبُِِّي اّلِلُ لَ ُك ُم الآََي ِت لََعَلّ ُك ْم تَتََف َّكُروَن‬

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: 'Pada
keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa
keduanya lebih besar dari manfa'atnya'. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang
mereka nafkahkan. Katakanlah: ' Yang lebih dari keperluan.' Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,
(Surah Al-Baqarah: 219)

Daripada ayat di atas jelaslah bahawa berjudi itu diharamkan kerana berdosa
besar seperti meminum arak. Walaupun syarak memperakui ada faedah atau
kebaikan dalam permainan, tetapi dosa dan mudaratnya lebih besar, manfaatnya
tidak bernilai dari sudut syara'. Kemudian pada ayat seterusnya, Allah
swt mengklasifikasikan permainan itu sebagai rijs iaitu keji dan
kotor sebagai amalan kegemaran syaitan. Syaitan menjadikannya alat permusuhan
dan merosakkan roh dan juga menghalang kita daripada mengingati dan menyembah
Allah.

Dalam surah yang lain, Allah SWT berfirman:

‫ََي أَُيَّها اَلّ ِذي َن آَمنُواْ إَِّنَا اْْلَْمُر َوالْ َمْي ِسُر َوالأَن َصا ُب َوالأَْزلاَُم ِر ْج ٌس ِِم ْن َع َمِل ال َّشْيطَا ِن فَا ْجتَنِبُوهُ لََعَلّ ُك ْم‬
‫تُْفلِ ُحون‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi,
dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al-Maidah: 90)

15

‫إَِّنَا يُِري ُد ال َّشْيطَا ُن أَن يُوقِ َع بَْينَ ُك ُم الَْع َداَوةَ َوالْبَ ْغ َضاء ِف اْْلَْمِر َوالْ َمْي ِسِر َويَ ُص َّدُك ْم َعن ِذ ْكِر اّلِلِ َوَع ِن‬
‫ال َّصلاَِة فَ َه ْل أَنتُم ُّمنتَ ُهوَن‬

Maksudnya: Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan
dan kebencian di antara kamu lantaran arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu
dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu.
(Surah Al-Maidah: 91)

Ayat di atas menggunakan kalimah ‫ الميسر‬merujuk kepada judi. al-Maysir adalah salah

satu bentuk qimar (perjudian) amalan masyarakat Jahiliah.

Ibn Abbas r.a berkata:

.‫ فأييما قمر صاحبو ذىب بأىلو ومالو‬،‫كان الرجل ِف الجاىلية يخاطر على أىلو ومالو‬.‫الميسر القمار‬

Maksudnya: “al-Maysir itu adalah qimar. (iaitu) Pada zaman jahiliah terdapat orang
yang bertaruh dengan keluarga dan hartanya, sesiapa yang menang atas pertaruhan
rakannya maka dia akan mengambil keluarga dan hartanya”.

Meskipun kalimah maysir lebih khusus maksudnya apabila dilihat kepada
sejarah penggunaannya, namun Rasulullah juga pernah merujuk muqamarah bi al-
nard (judi dengan dadu) dengan kalimah maysir Penggunaan kedua-dua kalimah ini
dengan maksud yang sama juga telah dipersetujui oleh kebanyakan ulama. Mu`jam
Lughatul Fuqaha menjelaskan maksud al-maysir adalah qimar iaitu: “Semua
permainan atau pertaruhan yang mensyaratkan yang kalah mesti membayar ganjaran

kepada yang menang”. Selain itu ‫( رها ن‬rihan: bertaruh) juga adalah termasuk di dalam

qimar.

16

Jelaslah di sini bahawa kalimah qimar adalah lebih umum kerana merangkumi
kesemua jenis judi. Walau bagaimanapun jika dirujuk kepada pandangan Imam Malik,
Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim dan beberapa ulama yang sependapat dengannya,
mereka telah meletakkan maksud maysir merangkumi maysir qimar (ada pertaruhan
harta) dan maysir al- lahwi (hiburan yang melalaikan tanpa pertaruhan harta).

Keadaan ini menjadikan maksud maysir itu lebih umum daripada qimar bagi
mereka. Dari sudut hukum, sebagaimana yang digambarkan melalui ayat al-Qur`an
di atas bahawa perjudian adalah perbuatan yang diharamkan secara jelas. Pelakunya
berdosa besar dan disamakan statusnya seperti minum arak, tetapi hukuman ke atas
pelakunya tidak sama dengan kesalahan minum arak. Dalam Islam ia boleh dikenakan
hukuman ta`zir.
Buruknya aktiviti judi ini digambarkan oleh Rasulullah:

‫ من لعب بالنردشير فكأاا صبغ يده ِف لحم خنزير‬:‫عن بريدة أن النبي – صلى الله عليو وسلم – قال‬
‫ودمو‬

Maksudnya: “Daripada Buraidah bahawa Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa bermain
Nardasyir (dadu) maka seolah-olah dia mencelup tangannya ke dalam daging dan
darah babi”. (Riwayat Muslim, Abu Daud)

Pengharaman judi juga disebut dalam hadis Rasulullah SAW antaranya:

‫من قال لصاحبه تعال أقامرك فليتصدق‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata pada temannya: Marilah kita bermain judi!
Maka hendaklah dia bersedekah. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

17

Selain itu, pengharaman judi ini juga telah diijmakkan oleh para ulama tanpa
terdapat seorang pun ahli ilmu yang menafikannya. Perkara telah dinyatakan oleh Ibn
Hazim al-Zahiri, al-Jassas, Abu Hayyan al-Andalusi, Ibn Taimiyyah dan juga al-Qurtubi.
Setelah dibentangkan nas-nas syarak berkenaan judi, maka diadapati Allah SWT telah
mengharamkan sebarang bentuk perjudian kerana ia merupakan salah satu daripada
cara memakan harta orang lain secara batil dan seterusnya mengundang kepada
konflik permusuhan dan kebencian. Dalam mengklasifikasikan sesuatu permainan
sebagai judi, para ulama telah mensyaratkan iaitu disertai oleh dua orang atau lebih
atau dua kumpulan manusia atau lebih. Selain itu, setiap pihak mempertaruhkan
sesuatu harta atau manfaat. Seterusnya, mana-mana pihak yang menang akan
memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta
dan mafaat yang ia pertaruhkan.

18

Refleksi Individu

1. AINON ROSMINI BINTI ABDUL RAZAK
Ahli kumpulan saya telah bersepakat untuk memilih isu permainan mesin

claw untuk dijadikan sebagai e-komik muamalat dalam tugasan ini.
Berdasarkan pemahaman saya setelah melakukan tugasan ini, jelaslah bahawa
permainan mesin claw adalah diharamkan kerana terdapat unsur perjudian.
Islam adalah agama yang sejajar dengan fitrah manusia. Oleh itu, Islam
mengharuskan hiburan dan pelbagai permainan. Mengikut prinsip hukum
Islam, apa jua hiburan dan permainan adalah diharuskan kecuali ada dalil yang
menjadikannya haram. Atas dasar ini, pada hakikatnya terdapat pelbagai
hiburan dan permainan yang dibenarkan dibandingkan dengan apa yang tidak
dibenarkan. Oleh itu, adalah satu kesilapan untuk melabel islam sebagai satu
agama yang sempit dan jumud kerana sikap tegasnya terhadap judi.

2. ADLINA SYAHIRAH BINTI AMINUDIN BAKI
Refleksi yang dapat saya peroleh dalam melakukan tugasan fiqh

muamalat ini adalah masih ramai yang belum cakna tentang isu permainan
mesin claw ini. Hanya disebabkan rekaan serta hadiah yang ditawarkan unik,
ianya telah menarik perhatian orang ramai terutamanya kanak-kanak serta
orang dewasa untuk bermain permainan ini. Malah, mereka masih leka dalam
keseronokan ketika bermain sehinggakan mereka lupa tentang hukum halal
dan haram sesuatu perkara itu.

19

3. NUR ATHIRAH NADIRA BINTI ABD RASHID

Refleksi yang saya peroleh dalam melakukan tugasan ini adalah masih
ramai lagi kanak-kanak mahupun orang dewasa yang tidak mengambil tahu
tentang isu mesin claw ini. Kebanyakan daripada mereka hanya merasakan
permainan mesin ini suatu permainan yang menyeronokkan tanpa mengetahui
bahawa permainan mesin claw ini terdapat unsur-unsur perjudian.

4. NURUL NAZIFA BINTI BAHANORDIN

Untuk tugasan pada kali ini, isu permainan mesin claw adalah topik yang
kami pilih untuk dijadikan sebagai E-Komik. Refleksi yang saya peroleh dalam
melakukan tugasan ini ialah saya dapat mengetahui tentang elemen yang
mengharamkan kontrak dan hukum berkaitan permainan mesin claw. Jelaslah
disini bahawa permainan mesin claw adalah diharamkan dalam islam kerana ia
terdapat unsur pertaruhan. Namun masih ramai yang tidak ambil tahu tentang
isu ini kerana mereka menganggap permainan ini hanyalah permainan biasa
yang membuatkan mereka seronok untuk bermain tanpa mengetahui bahawa
terdapat unsur pertaruhan dalam permainan mesin claw. Secara umumnya
permainan yang mengandungi unsur pertaruhan adalah dilarang dan walau
apapun caranya sekiranya sesuatu aktiviti itu mempunyai elemen judi iaitu
wujud unsur pertaruhan dalam perolehan harta yang hanya bersandarkan nasib
maka ia termasuk dalam kategori judi.

5. MUHAMMAD SYAMIL BIN MOHD RAFI

Refleksi saya terhadap tugasan eco 2073 adalah cenderung mengatakan
bahawa hukum permainan mesin claw ini adalah haram dan dilarang. Ini
kerana, permainan tersebut secara langsung dilihat sebagai menafikan serta
mengabaikan hak pemain selaku pembeli untuk memilih barangan yang
dikehendakinya setimpal dengan harga yang dibayar. Di samping itu,
permainan seperti ini adalah lebih kepada keberuntungan nasib pemain dimana
permainan seperti ini tidak dibenarkan di dalam Islam.

20

Kuiz Mengenai Permainan Mesin Claw
Quizizz

Google Form
https://forms.gle/VLh4a4W8ERXUpG1f8

21

Rujukan dan Lampiran
Bermain mesin “Claw” termasuk dalam kategori perjudian dan hukumnya haram -
Mufti Perlis. (2022, June 10). Era Baru.
https://www.erabaru.com.my/2022/06/10/bermain-mesin-claw-termasuk-dalam-
kategori-perjudian-dan-hukumnya-haram-mufti-perlis/
Ashraf, M. (2019, April 12). AL-KAFI #1210: HUKUM BERMAIN PERMAINAN MESIN
CLAW. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-
kafi-li-al-fatawi/3294-al-kafi-1210-hukum-bermain-permainan-mesin-claw

22


Click to View FlipBook Version