The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozitar, 2023-06-18 23:42:24

BUKU SKRAP PERDANA MENTERI MALAYSIA

BUKU SKRAP PERDANA MENTERI MALAYSIA

Keywords: PERDANA MENTERI MALAYSIA

1) PENGENALAN 2) TAHUN KEPIMPINAN PERDANA MENTERI 3) BIODATA PERDANA MENTERI MALAYSIA 4) ERA PENTADBIRAN PERDANA MENTERI 5) HAL BERKAITAN PERDANA MENTERI


Perdana Menteri ialah pemimpin utama Kerajaan Malaysia. Seorang Perdana Menteri juga adalah bertanggungjawab untuk mengetuai barisan Badan Eksekutif, Jemaah Menteri. Secara rasmi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai selaku Ketua Negara dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih dan dilantik dan perlu mendapat sokongan majoriti daripada para Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri hanya berasal daripada parti UMNO, salah satu parti politik terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Parti Perikatan hingga 1974). Tetapi pada 2018, jawatan Perdana Menteri disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti komponen baharu dalam Pakatan Harapan apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 Kabinet Malaysia 2018 atau lebih dikenali sebagai Kabinet Mahathir Ketujuh (Mahathir VII) telah dibentuk selepas diperkenankan oleh Sultan Muhammad V untuk memulakan kerajaan baharu dalam sejarah politik negara berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU) ke14 pada 9 Mei 2018. Selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan secara tiba-tiba pada 24 Februari 2020, maka berlakulah Krisis politik Malaysia 2020 selepas beliau tidak mencalonkan nama Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti kepada Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah. Demi menyelamatkan keadaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyembahkan nama beliau kepada Al-Sultan Abdullah untuk menjadi calon sebagai Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong telah menemu ramah seramai 221 Ahli Dewan Rakyat Malaysia bagi menentukan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin. Selepas baginda berpuas hati dengan jawapan daripada para Ahli Dewan Rakyat dan meyakini bahawa Tan Sri Muhyiddin telah mendapat sokongan majoriti. Maka, Tan Sri Muhyiddin telah dipilih sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 dan telah mengangkat sumpah jawatan dan setia serta menyimpan rahsia pada 1 Mac 2020 lalu. Beliau kemudiannya telah melantik barisan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Malaysia 2020 pada 10 Mac 2020 lalu.


TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (1903 - 1990) Perdana Menteri Malaysia Pertama 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970 TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN (1922 - 1976) Perdana Menteri Malaysia Kedua 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976 TUN HUSSEIN ONN (1922 - 1990) Perdana Menteri Malaysia Ketiga 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981 TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (1925) Perdana Menteri Malaysia Keempat 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003


TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI (1939) Perdana Menteri Malaysia Kelima 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009 DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (1953) Perdana Menteri Malaysia Keenam 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018. TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (1925) Perdana Menteri Malaysia Ketujuh 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020. TAN SRI DATO' HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN (1947) Perdana Menteri Malaysia Kelapan 1 Mac 2020 hingga kini.


BAPA KEMERDEKAAN Nama: Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah Agama: Islam Tempat Lahir: Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah, Malaysia (Istana Pelamin) Tarikh Lahir: Jumaat, 8 Februari 1903 Pendidikan 1911 Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar 1916 Penang Free School, Penang 1924 Cambridge University 1926 Inner Temple, London Kerjaya 1946 Bertugas dengan kerajaan Kedah sebagai D.O, (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim & Sg Petani, (Sebelum lulus LLB) dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor 1951 Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa dengan UMNO 1956 Rombongan Merdeka ke London 1957 Malaysia Merdeka, Perdana Menteri Pertama 1962 Rombongan ke London – Gagasan Malaysia 1963 Gagasan Malaysia – 16 September 1963 1970 Bersara daripada politik Penghargaan 1961 Order of the Companions of Honour (CH) by Queen Elizabeth II 1987 Order of Australia


BAPA PEMBANGUNAN Nama: Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein Agama: Islam Tempat Lahir: Kampung Pulau Keladi, Pekan Pahang Tarikh Lahir: 11 Mac 1922 Pendidikan 1928 Sekolah Melayu Langgar Pekan Pahang 1934 Maktab Melayu Kuala Kangsar MCKK 1940 Raffles College Singapura - Pentadbiran 1947 Ke England Sebagar Queen’s Scholar Dalam Bidang Undang-Undang 1950 Lulus L.L.B (Hons) dari Lincoln’s Inn. Barristar at Law Kerjaya 1951 Timbalan Presiden UMNO 1952 Setiausaha Kerajaan Pahang 1955 Menteri Besar Pahang. Meletak jawatan bertanding pilihan raya pertama & menang Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan penyata Razak yang menentukan Sistem Pelajaran Negara pada 16 Mei 1956 Digelar Bapa Pembangunan Luar Bandar kerana usaha gigih menaikkan taraf luar Bandar 1970 Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada 22 September 1970


BAPA PERPADUAN Nama: Tun Hussein Bin Dato Onn Agama: Islam Tempat Lahir: Johor Bahru Tarikh Lahir: 12 Februari 1922 Pendidikan English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge 1940 Maktab Tentera Di Dehra Dunn, India 1958 Lulus Ijazah Undang-Undang dari Lincoln’s inn, London Kerjaya 1942 Bertugas di Mesir 1945 Pemerintah Polis Depot, Johor Bahru 1946 Menyertai UMNO bersama ayah beliau, setiausaha UMNO Pertama 1950 ADO, Kuala Selangor Klang 1970 Menteri Pelajaran 1973 Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri 1976 Perdana Menteri Malaysia Ketiga 1981 Bersara daripada politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia


BAPA PEMODENAN MALAYSIA Nama: Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad Agama: Islam Tempat Lahir: Alor Setar, Kedah Tarikh Lahir: 20 Disember 1925 Pendidikan Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar 1932 Government English School (GES) (kini Sultan Abdul Hamid), Alor Setar 1945 Sultan Abdul Hamid College (sambung pendidikan selepas perang dunia ke II) STPM 1953 Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura untuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) Kerjaya 1945 Aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS & UMNO 1954 Bertugas sebagai Pegawai Perubatan, di Alor Setar, Langkawi & Perlis 1957 Membuka klinik sendiri di Alor Setar iaitu Klinik MAHA 1964 Memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan 1973 Dilantik Pengerusi FIMA 1975 Naib Presiden UMNO 1976 Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri 1981-2003 Perdana Menteri Malaysia Keempat


BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN Nama: Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi Agama: Islam Tempat Lahir: Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang Tarikh Lahir: 26 November 1939 Pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang Universiti Malaya Sarjana Muda Sastera Dalam Bidang Pengajian Islam Kerjaya 1964 Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam 1969 Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan 1978 Setiausaha Parlimen, Kementerian Wilayah Persekutuan 1980 Timbalan Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan 1981 Menteri di Jabatan Perdana Menteri 1984 Menteri Pelajaran 1986 Menteri Pertahanan 1991 Menteri Luar Negeri 1999 Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2003-2009 Perdana Menteri Malaysia Kelima


Nama: YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Agama: Islam Tempat Lahir: Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang Tarikh Lahir: 23 Julai 1953 Pendidikan Institut St, John, Kuala Lumpur Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974 Kerjaya 1978-1980 Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos 1980-1981 Timbalan Menteri Pendidikan 1981-1982 Timbalan Menteri Kewangan 1982-1986 Menteri Besar Pahang 1986 -1987 Menteri Kebudayaan di Kementerian Belia & Sukan 1990-1995 Menteri Pertahanan 1995-1999 Menteri Pendidikan 1999-2008 Menteri Pertahanan 2004-2009 Timbalan Perdana Menteri 2009-2018 Perdana Menteri Malaysia Keenam


Nama: Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad Agama: Islam Tempat Lahir: Lorong Kilang Ais Seberang Perak Alor Setar, Kedah Tarikh Lahir: 20 Disember 1925 Pendidikan Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar 1932 Government English School (GES) (kini Sultan Abdul Hamid), Alor Setar 1945 Sultan Abdul Hamid College (sambung pendidikan selepas perang dunia ke II) STPM 1953 Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura untuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) Kerjaya 1945 Aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS & UMNO 1954 Bertugas sebagai Pegawai Perubatan, di Alor Setar, Langkawi & Perlis 1957 Membuka klinik sendiri di Alor Setar iaitu Klinik MAHA 1964 Memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan 1973 Dilantik Pengerusi FIMA 1975 Naib Presiden UMNO 1976 Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri 1981-2003 Perdana Menteri Malaysia Keempat 2004-2016 Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) 2016 Pengerusi parti Pribumi Bersatu Malaya (PPBM) 2018 Menteri Dalam Negeri Malaysia, Ahli Dewan Negeri Gambir Johor 2018-2020 Perdana Menteri Malaysia Ketujuh


Nama: Tan Sri Dato' HJ. Muhyiddin Bin HJ. Mohd. Yassin Agama: Islam Tempat Lahir: Bandar Maharani Muar, Johor Darul Takzim Tarikh Lahir: 15 Mei 1947 Pendidikan 1954 Sekolah Kebangsaan Maharani 1957 Sekolah Kebangsaan Ismail (Aliran Inggeris) 1960 Government English School di Muar (Sekolah Menengah) 1968 Universiti Malaya – Ijazah Sarjana Muda 1970 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi & Pengajian Melayu Di Universiti Malaya Kerjaya 1970 Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Latihan & Biasiswa) 1974 Penolong Pegawai Daerah Muar 1976 Setiausaha & Ketua Pemuda UMNO di Pagoh 1978-1982 Ahli Parlimen untuk Pilihan Raya Umum Pagoh 1984 Ketua UMNO Bahagian Pagoh di Pagoh menggantikan Tan Sri Othman Saat Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar Negeri; Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Timbalan Menteri 1986-1995 Di lantik sebagai Menteri Besar Johor, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor 1995-1999 Menteri Belia & Sukan 1999-2004 Menteri Hal Ehwal Pengguna 2000-2008 Naib Presiden UMNO, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia 2008-2009 Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri 2009 Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pelajaran Malaysia, Timbalan Presiden UMNO 2013 Timbalan Perdana Menteri Malaysia & Menteri Pendidikan Malaysia 2016 Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2017 Timbalan Presiden Pakatan Harapan dan Pengerusi Pakatan Harapan Johor 2018 Menteri Dalam Negeri Malaysia 2020 Perdana Menteri Malaysia Kelapan


Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman (1955-1970) Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein. Era Pentadbiran Tun Abdul Razak (1970-1976) Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Haji Ismail bin Dato' Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Haji Hussein bin Dato' Haji Sir Onn. Era Pentadbiran Tun Hussein Onn (1976-1981) Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Haji Sir Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.


Era Pentadbiran I Tun Dr. Mahathir (1981-2003) Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Haji Abdul Ghaffar bin Baba, Dato' Seri Anwar bin Dato' Seri Haji Ibrahim dan Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Era Pentadbiran Tun Abdullah Badawi (2003-2009) Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya iaitu, Dato' Seri Haji Mohamed Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Era Pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak (2009-2018) Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji Hamidi.


Era Pentadbiran II Tun Dr. Mahathir (2018-2020) Perdana Menteri Malaysia ke-7 menyaksikan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti dan nuansa yang berbeza dengan sebelum ini. Beliau juga mempunyai jumlah bilangan Kabinet Malaysia yang tertinggi daripada semua Perdana Menteri iaitu sebanyak 7 Kabinet. Kabinet Mahathir Ketujuh merupakan Kabinet Malaysia yang dibentuk pada 2018 dianggotai oleh beliau sendiri, Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu, Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail dan juga beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang terdiri daripada parti komponen Pakatan Harapan. Tun Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020 berkuat kuasa serta-merta susulan daripada peristiwa Langkah Sheraton yang diketuai oleh anggota kabinetnya sendiri. Sebagai tambahan kepada Kabinet, pasukan penasihat yang dipanggil "Majlis Penasihat Kerajaan" (Council of Eminent Persons) telah diwujudkan (sehingga mencapai mandat pada 20 Ogos 2018) dan dianggotai oleh: 1. Mantan Menteri Kewangan Malaysia, YABhg. Tun Dr. Daim bin Zainuddin 2. Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Y.M. Tan Sri Prof. Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Prof. Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz 3. Mantan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, YBhg. Tan Sri Mohd. Hassan bin Merican 4. Ahli ekonomi Malaysia yang terkemuka, YBhg. Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram 5. Hartawan Malaysia yang berpusat di Hong Kong, YBhg. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien


Era Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-kini) Perdana Menteri Malaysia ke-8, iaitu Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah selepas desakan pemimpin Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri ke-7 menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim dan melakukan tindakan kontroversi, Langkah Sheraton, bersama Ahli Pembangkang dan beberapa Ahli Kabinet yang lain yang menyebabkan Perdana Menteri ketika itu meletak jawatan berkuat-kuasa serta merta kerana kehilangan kepercayaan terhadap ahli kabinetnya sendiri. Beliau juga merupakan Perdana Menteri pertama yang dilantik tanpa melalui pilihan raya umum untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional setelah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14. Kabinet beliau tidak mempunyai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya fungsi tersebut diisi oleh 4 orang Ahli Parlimen yang diberikan nama sebagai Menteri Kanan seperti berikut: Menteri Kanan (Kluster Kewangan dan Ekonomi) :Mohamed Azmin Ali (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia) Menteri Kanan (Kluster Keselamatan dan Perpaduan) :Ismail Sabri Yaacob (Menteri Pertahanan Malaysia) Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) :Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya Malaysia) Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia) :Mohd Radzi Md Jidin (Menteri Pendidikan Malaysia)


Kediaman Rasmi Kediaman rasmi bagi Perdana Menteri Malaysia adalah Seri Perdana yang terletak di Putrajaya. Pintu masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri Seri Perdana Kereta Rasmi Kereta rasmi bagi Perdana Menteri Malaysia adalah Proton Perdana Eksekutif Limousine yang berciri keselamatan dan telah digunakan sejak 2013 lalu. Kereta rasmi Perdana Menteri di Istana Negara Pengangkutan Udara Pesawat eksekutif kerajaan Airbus ACJ319 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Terdapat beberapa pesawat rasmi eksekutif kerajaan yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia, termasuklah Airbus ACJ319-115X (CJ), Airbus ACJ320, Boeing 737- 700, Bombardier BD-700-1A10 Global Express, Dassault Falcon 900. Ia termasuk juga dengan helikopter Sikorsky S-70A-30 Blackhawk dan Sikorsky S-70A-34 Blackhawk. Kesemua pesawat rasmi kerajaan ini dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia di Pangkalan TUDM, Subang, Selangor. Disamping itu juga helikopter Agusta Westland AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia turut digunakan oleh Perdana Menteri.


Click to View FlipBook Version