The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozitar, 2023-06-18 23:50:33

Formula Termodinamik

Formula Termodinamik

Keywords: Formula Termodinamik

1 ISI KANDUNGAN 1) SINOPSIS BAB 1 - 16 2) TEMA DAN PERSOALAN 3) WATAK DAN PERWATAKAN 4) LATAR (TEMPAT, MASA, MASYARAKAT) 5) NILAI MURNI 6) PENGAJARAN


2 1 Sinopsis Bab 1-16


3 Sinopsis bab 1 Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan Formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput yang terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan projek tersebut.


4 Sinopsis bab 2 Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya ketika di Polikteknik dulu walaupun dia tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia tidak lemah, dia bijak dan handal serta mampu menyaingi Amir dan Usamah. Dia tidak akan membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa nama di Kampung Warisan. Aswan menyuarakan hasrat tersebut kepada kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercandang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot, Fikri dan Majibon agak kurang senang dengan hasrat dan tujuan Aswan yang ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga berlaku sedikit percanggahan prinsip di Antara mereka dengan Aswan. Bagi Fikri dan Majibon persaingan biarlah sihat dan tidak bermusuhan. Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan Aswan. Projek tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan Majibon namun yang menjadi masalah ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak pernah belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik. Namun begitu, semua nota-notanya telah hilang dan banyak perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun dengan sedikit pengetahuan, Aswan tetap yakin mampu menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak mahu meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor Othman seperti yang disarankan oleh Fikri dan Majibon.


5 Sinopsis bab 3 Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat pengubahsuaian bagi memastikan projek mesin 2 dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut menggunakan kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA, iaitu singkatan Sabah, Malaysia. Mana-mana komponen yang tidak boleh dibuat sendiri kerana kekurangan kelengkapan seperti membentuk mata pisau cangkul dihantar ke kedai besi untuk dibentuk. Aswan, Fikri dan Majibon telah datang melihat projek mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh pasangan sepupu itu. Fikri dan Majibon sangat berminat dengan projek tersebut. Mereka telah diberi penerangan terperinci tentang proses pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir, penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih berminat melihat bilik operasi. Sinopsis bab 4 Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1 siap, Zaid dan Adnin mengajak Amir dan Usamah pergi memancing di sawah untuk menenangkan fikiran. Semasa memancing itulah Zaid dan Adnin telah bercerita tentang kecurian baja subsidi orang Kampung Warisan dari stor dewan. Zaid yakin bahawa Aswan dan rakan-rakannya yang telah mencuri baja tersebut.


6 Sinopsis bab 5 Aswan sangat gembira kerana telah berjaya memperoleh formula yang diperlukan untuk melaksanakan projek impiannya, mencipta mesin menanam padi. Mesin ini amat relevan untuk masa depan yang dapat mengurangkan risiko generasi menjadi bongkok. Lakaran grafik yang telah disediakan oleh Aswan diperlihatkan kepada Fikri dan Majibon. Aswan secara terperinci menerangkan cara projek itu akan dimulakan sehinggalah ke peringkat operasi. Sinopsis bab 6 Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Tiba-tiba sahaja storan data formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai dan tidak menyimpan storan dengan baik. Bertahun-tahun dia mengumpul data untuk menyiapkan formula tersebut dan dibantu oleh Profesor Othman. Dia tidak tahu orang yang telah menceroboh masuk ke bilik operasi mereka. Bukan mudah untuk dia mengingati formula tersebut. Amir risau tidak dapat menunaikan janjinya kepada nenek untuk membajak tapak semaian dengan mesin 2 dalam 1 tersebut.


7 Sinopsis bab 7 Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai sahaja di rumahnya, Amir terus ke pejabat persendirian ayahnya untuk mencari Formula Termodinamik dan melayari data Syarikat Bahagia. Amir amat terkejut mendapati ada pencerobohan sedang berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir dan Usamah berusaha untuk menyekat pencerobohan tersebut dengan menerbit kod baru Adang Keselamatan Rahsia. Sinopsis bab 8 Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh Amir tentang pencerobohan data Syarikat Bahagia. Tetapi Amir tidak berpeluang untuk menceritakan peristiwa itu kepada ayahnya kerana dia berada di Manila atas urusan perniagaan. Amir dan Usamah pulang semula ke Kampung Warisan. Mereka sangat gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin sedang menolong neneknya di tapak semaian. Adnin sedang menolak mesin 2 dalam 1 untuk menyediakan tapak semaian. Neneknya tersenyum bangga. Amir mewarisi kepintaran anaknya, Damit.


8 Sinopsis bab 9 Amir bangga melihat semangat bergotong royong masih menjadi amalan penduduk Kampung Warisan. Ramai penduduk kampung datang menolong menanam padi di sawah neneknya. Usamah bersungut tentang mesin ciptaan Aswan yang belum disiapkan lagi, jika tidak bolehlah digunakan oleh orang kampung pada musim menanam kali ini. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suasana hingar bingar. Amir dan Usamah terperanjat melihat nenek jatuh ke dalam air paya. Pak Cik Suib, ayah Asma mengangkat nenek ke batas sawah. Nenek tidak bersuara. Amir dan Usamah berusaha memberi pertolongan kepada nenek. Setelah sedar nenek dibawa pulang ke rumah. Atas desakan Asma nenek kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sinopsis bab 10 Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya untuk memastikan tidak ada pendarahan dan bagi mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain. Semua ahli keluarga Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya serta Usamah turut berada di hospital menemani nenek. Nenek sangat terharu dengan layanan dan kasih sayang daripada anak cucunya.


9 Sinopsis bab 11 Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin menanam padinya tetapi banyak masanya dihabiskan di hadapan komputer. Dia tidak berpuas hati selagi pencariannya belum berhasil. Aswan mencuba meramal beberapa nombor digital sehinggalah dapat ditembusi. Maklumat yang ditemui beberapa hari lalu muncul semula. Pengaliran data itu tidak dapat disekat lagi. Aswan terpukau melihat jumlah aset syarikat tersebut. Dia sangat teruja dan memperlihatkan data tersebut kepada Fikri dan Majibon. Aswan bercadang memindahkan wang sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam akaunnya. Majibon membantah keras hasrat Aswan itu atas prinsip agama melarang mengambil hak orang lain. Aswan kemudiannya bercadang untuk mengambil RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan projek mereka. Fikri pula menentang hasrat Aswan dan mengingatkan mereka perlu berpegang teguh pada etika kerja serta bersaing secara sihat. Dalam masa yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan dan data syarikat ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha keras mengesan kebocoran data tersebut dan cuba menyekatnya. Akhirnya mereka bersepakat untuk menyiasat perkara tersebut.


10 Sinopsis bab 12 Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepada ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah menceritakan pencerobohan dan kebocoran maklumat syarikat mereka. Pada masa yang sama Amir dan Usamah telah kembali semula ke Kampung Warisan. Nenek mereka telah beransur sihat dan akan keluar dari hospital. Amir berasa bangga melihat mesin 2 dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh bapa Zaid dan orang-orang kampung untuk membajak tanah. Hasil ciptaan mereka telah dapat berbakti kepada orang kampung. Zaid dan Adnin pula telah melaporkan peristiwa yang telah dapat menjejak penjenayah Kampung Warisan yang menyimpan barang-barang curi di sebuah pondok tidak jauh dari pangkalan. Amir telah mengatur strategi untuk memerangkap penjenayah itu. Sinopsis bab 13 Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi, Amir dan rakanrakannya bergerak selepas Isyak menuju ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid. Setengah jam perjalanan mereka sampai di pangkalan. Dari situ mereka bergerak ke sebuah pondok dan bersembunyi di tempat yang sukar dikesan oleh penjenayah. Dari situ mereka mengatur strategi untuk memerangkap penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop dan Oyong pemuda Kampung Warisan yang diupah menjaga pondok tersebut dapat diberkas dan dihantar ke balai polis. Amir menemui CD yang menyimpan seribu rahsia yang sukar ditafsir.


11 Sinopsis bab 14 Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang ditemukan semasa operasi penangkapan dua orang pemuda di pondok berhampiran dengan pangkalan. Amir dan Usamah berasa kehilangan Formula Termodinamik ada kaitan dengan CD tersebut. Tiba-tiba ada e-mel masuk. Orang yang tidak dikenali menghantar mesej meminta maaf. Mereka kehairanan dan mengesyaki itulah orang yang telah mencuri formula mereka. Mereka cuba bertanya tentang penghantar e-mel itu tetapi tiada jawapan. Kemudian Zaid datang membawa berita bahawa Asma akan berkahwin. Adnin pula menyusul dalam keadaan basah kuyup dan mengajak mereka membantu memindahkan orang kampung kerana air telah naik melepasi satu meter. Sinopsis bab 15 Aswan, Fikri dan Majibon dibawa arus deras. Mereka hanya berpaut pada sebatang kayu untuk menyelamatkan diri. Aswan rasa menyesal tidak mendengar nasihat ibunya supaya tidak menghadiri majlis sambutan Krismas di rumah Majibon kerana cuaca buruk. Dia juga mulai sedar mungkin itu adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah dilakukannya. Dalam suasana gelap malam mereka bertiga terus berpaut pada sebatang kayu sehinggalah diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya. Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usamah serta mengaku dialah yang mencuri Formula Termodinamik dan penghantar e-mel.


12 Sinopsis bab 16 Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah telah membolehkan mereka memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara. Pada hari keberangkatan, semua ahli keluarga berada di lapangan terbang. Aswan, Fikri dan Majibon turut sama. Asma datang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dengan menghulurkan sejambak mawar putih buat Usamah dan mawar merah buat Amir.


13 2 TEMA DAN PERSOALAN


14 TEMA Tema novel ini ialah cabaran hidup remaja dalam usaha mengubah suai mesin terpakai yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk kampung. Hal ini dibuktikan menerusi watak Amir dan Usamah yang ingin mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah dengan bantuan Profesor Othman yang meminjamkan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Apabila usaha tersebut diketahui oleh Aswan, lelaki tersebut ingin menyaingi rakannya itu dengan mencipta model yang sama tetapi berbeza fungsinya. Aswan melakukan jalan pintas dengan mencuri Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. persoalan 1. Rasa kecewa apabila orang yang dikasihi akan berkahwin dengan orang lain. Contohnya Amir berasa kecewa apabila mendapat tahu Asma akan berkahwin dengan Asman menyebabkan dia terjelopok lalu tapak tangannya terluka. 2. Sikap iri hati terhadap kebolehan orang lain. Contohnya Aswan berasa tergugat apabila mendapat tahu Amir dan Usamah boleh mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah. Dia juga yakin mampu mencipta mesin yang boleh berfungsi menanam padi, lalu mencuri formula Dua Hukum Popular Termodinamik. 3. Selain itu persoalan pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan diri. Contohnya Fikri dan Majibon berakhlak mulia, tetapi sanggup bersekongkol melakukan perbuatan yang negatif hasil persahabatannya dengan Aswan. 4. Mengambil jalan singkat untuk kesenangan diri sendiri sehinggakan menyusahkan orang lain. Contohnya Lahop dan Oyong mencuri harta pertanian penduduk Kampung Warisan sehingga menyusahkan penduduk kampung.


15 3 WATAK DAN PERWATAKAN


16 WATAK DAN PERWATAKAN 1. Amir (Watak Utama) - Seorang yang pemaaf dan tidak berdendam. Sebagai contoh, Amir memaafkan Aswan walaupun banyak kesalahan yang dilakukan oleh Aswan terhadap dirinya. - Seorang yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan inovasi. - Seorang yang bijaksana. Sebagai contoh, Amir membuat rancangan untuk memberkas penjenayah yang mencuri baja subsidi penduduk kampung dengan bijaksana. - Seorang yang penyayang. Sebagai contoh, Amir menyayangi neneknya. - Seorang yang bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan penduduk kampung. 2. Usamah (Watak Sampingan) - Seorang perempuan yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan inovasi. - Seorang yang penyayang.Sebagai contoh, Usamah menyayangi neneknya. - Seorang yang bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan penduduk kampung. - Seorang yang kurang sabar. Sebagai contoh, Usamah berasa sangat marah apabila seorang pengguna Internet yang menghantar e-mel kepada Amir untuk meminta maaf tidak menjawab pertanyaan mereka. - Penuntut Politeknik di Perak - Seorang yang rajin berjoging - Sepupu dan kawan baik Amir - Dua pupu Asma


17 WATAK DAN PERWATAKAN 3. Aswan (Watak Sampingan) - Seorang anak kepada ahli perniagaan yang Berjaya - Anak jati Kampung Warisan Papar - Seorang yang berbadan gempal dan berkulit cerah - Berdarah Dusun dan Bajau - Sikapnya pantang dicabar dan suka berfoya-foya tetapi pemurah - Mempunyai seorang abang iaitu Asman yang menuntut di United Kingdom - Lepasan Politeknik - Sombong dan ego - Dua pupu dengan Amir dan Usamah 4. Asma - Anak Mak Cik Jinab - Dua pupu kepada Amir dan Usamah - Menuntut di Maktab Perguruan - Sikapnya tidak suka mengungkit soal peribadi dengan keluarga Aswan - Tunang Asman iaitu abang Aswan 5. Adnin dan Zaid - Remaja menunggu keputusan SPM - Bersama Amir dan Usamah menyiapkan projek pengubahsuaian mesin rumput 2 dalam 1 - Tanggapan buruk terhadap Aswan, Fitri dan Majibon


18 4 latar (tempat, Masa, Masyarakat)


19 Latar tempat 1. Sebuah rumah dua tingkat terletak di Putatan dan pejabat itu kepunyaan Damit. 2. Kampung Warisan, Papar iaitu tempat kelahiran Amir dan Usaniah dan di kampung itulah proses mengubah suai mesin dilakukan berdasarkan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik, sehingga terhasilnya mesin 2 dalam 1 untuk dimanfaatkan oleh para petani. 3. Tapak semaian, di Kampung Warisan iaitu tempat mesin 2 dalam 1 digunakan untuk menggantikan cangkul. 4. Lapangan terbang iaitu tempat Amir dan Usamah dihantar oleh ahli keluarga mereka sebelum berlepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.


20 - Malam sambutan Hari Krismas, iaitu semasa berlakunya kejadian air Latar masa bah yang sangat dasyat sehingga hampir meragut nyawa Aswan, Majibon, dan Fikri. - Selepas waktu isyak, iaitu Amir dan rakan- rakannya bersiap- siap untuk memulakan misi memerangkap dan menangkap pejenayah siber. Pada pukul 12.00 tengah malam, iaitu Amir dan Usamah tiba di rumah dan terus ke pejabat persendirian Damit. Mereka meneliti komputer ayah Amir dan mendapati ada orang yang berusaha untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia. - Pada suatu pagi, iaitu hujan lebat mencurah-curah, air naik sehingga satu meter, dan semua penduduk kampung dipindahkan ke balai raya. Latar masyarakat - Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Asma menuntut maktab perguruan, manakala Amir dan Usamah pula merupakan penuntut politeknik serta bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Masyarakat yang masih mengamalkan sikap bergotong-royong. Contohnya, orang kampung bergotong-royong untuk menyiapkan sawah milik nenek Amir. - Masyarakat yang masih mempunyai sifat iri hati dan hasad dengki apabila melihat kejayaan Amir dan Usamah mengubah suai mesin rumput. - Masyarakat golongan muda yang mengamalkan semangat kerjasama. Contohnya, Adin yang sedang menunggu keputusan SPM mengajak Amir dan Usamah untuk membantu mangsa banjir yang telah pindah di kampung mereka. - Masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri. Contohnya, Aswan telah mencuri pemacu pena [pen drive] milik Amir yang mengandungi Formula Termodinamik demi kepentingan.


21 5 Nilai murni


22 Nilai murni 1. Kerjasama Contohnya penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat. 2. Kasih sayang Contoh Intan berasa risau dan amat bimbang akan keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan rumah tanpa memberi sebarang pesan. 3. Kejujuran Contohnya Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral. 4. Keberanian Contohnya Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan.


23 6 pengajaran


24 pengajaran 1. Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama Contohnya penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat. 2. Kita semestinya memiliki sikap kasih sayang Contoh Intan berasa risau dan amat bimbang dengan keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan rumah tanpa memberi sebarang pesan. 3. Kita sewajarnya memiliki sikap jujur Contohnya Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral. 4. Kita hendaklah memiliki sikap berani Contohnya Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan. 5. Kita tidak harus bersikap iri hati apabila melihat kejayaan orang lain. Hal ini terbukti bahawa sikap Aswan yang berasa sangat tercabar dan iri hati apabila mengetahui kejayaan Amir dan Usamah dalam mencipta mesin 2 dalam 1. 6. Kita perlulah berhati hati dalam memilih rakan-rakan. Fikri dan Majibon yang sentiasa menasihati Aswan dalam segala hal. Fikri dan Majibon merupakan rakan setia Aswan.


Click to View FlipBook Version