The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozitar, 2023-06-18 23:59:45

Buku skrap badminton

Buku skrap badminton

Keywords: BBuku skrap badminton

NAMA: ARIF HAZIM BIN MOHAMAD FARID SEKOLAH: SEK KEB SG KERTAS KELAS: 5 ARIF SUKAN & PERMAINAN: BADMINTON


Setiap manusia mempunyai permainan kegemaran tersendiri. Saya juga tidak terkecuali. Permainan atau sukan kegemaran saya ialah badminton. Minat ini bermula apabila ayah saya membelikan saya sepasang raket badminton dan bulu tangkis. Ayah selalu mengajak saya bermain bersamanya di padang berdekatan rumah kami. Saya juga menyertai kelab badminton di sekolah. Bermain badminton bukan sahaja dapat mengisi masa lapang, malahan juga dapat menyihatkan badan kita. Semasa bermain badminton, badan akan mengeluarkan peluh menjadikan kita semakin cergas dan peroleh minda yang cerdas. Dalam setiap permainan sukan, semestinya mempunyai pelbagai peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Saya akan kongsikan kepada semua tentang sejarah badminton serta peraturan dan undangundang yang patut kita pelajari di dalam permainan badminton ini. Saya berharap buku skrap ini akan bermanfaat kepada semua yang membacanya.


Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring. Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.


Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan. Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton. Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899. Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global. Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana Malaysia sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.


Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan beregu : Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan kedudukan dunia. Peraturan dan undang-undang permainan Undang-Undang Asas Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau secara pertandingan. Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan. Memulakan Permainan (A) Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis atau syilling boleh digunakan dalam undian. (B) Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang. (C) Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.


Sistem Pengiraan Mata (A) Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (B) Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali. (C) Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang. (D) Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya. (E) Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya. Masa Rehat (A) Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama 60 saat akan diberikan. (B) Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu game tamat. Servis (A) Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang. (B) Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang. (C) Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap. (D) Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis. (E) Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis. (F) Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia. Servis Semula ( Let ) (A) Penerima belum bersedia dan tidak mencuba. (B) Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak. (C) Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring. (D) Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut. (E) Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan. (F) Pengadil tidak dapat membuat keputusan.


Larangan Untuk Pemain (A) Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan. (B) Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan. (C) Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain menyentuh papan iklan. (D) Tidak berkelakuan kasar. (E) Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil. Berlaku Batal Sekiranya (A) Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian. (B) Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan. (C) Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat tangan. Perlawanan Perseorangan (A) Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil. (B) Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak lawan. (C) Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis dalam game berikutnya.


• Perlawanan Beregu • (A) Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis kanan. • (B) Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak servis masing-masing. • (C) Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak lawan. • (D) Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis. • (E) Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya


UKURAN GELANGANG a. Bentuk gelanggang badminton berbentuk segi empat tepat berukuran 13.40m x 6.10m. Lebar garisan 40mm . b. b. Tinggi jaring 1.55m di tiang dan 1.524m di tengah gelanggang. c. Untuk perseorangan dan beregu, kawasan garisan pendek dikira keluar (out) semasa servis. d. Dalam beregu, kawasan antara garisan belakang gelanggang(long) dan garisan servis beregu (short) adalah luar (out) semasa servis. e. Dalam beregu, kawasan gelanggang 6.10m x 13.40m digunakan. f. Manakala gelanggang perseorangan adalah 5.18m x 13.40m.


Raket Raket diperbuat daripada besi, aluminium atau grafit. Setiap raket akan dipasang dengan jaring yang diperbuat dari sinar(string). Bulu Tangkis Terdapat dua jenis bulu tangkis iaitu yang diperbuat daripada bulu angsa dan nilon plastik. Bulu tangkis adalah lebih sesuai untuk perlawanan sebenar


Pakaian harus selesa dan tidak menghalang pergerakan. Keperluan berpakaian dalam permainan badminton adalah baju T, seluar, stokin, tuala dan kasut Kasut Badminton i. Kefleksibelan tapak penting untuk mendapatkan pergerakan kaki yang selesa. ii. Tapak kasut harus mempunyai cengkaman yang baik untuk mengatasi sebarang masalah di permukaan gelanggang. iii. Tapak kasut harus berlapik dan mempunyai daya serapan yang baik untuk mencegah kecederaan kepada sendi dan otot.


Daripada tugasan, saya dapat memahami tentang sejarah, undang-undang serta peraturan permainan dalam sukan badminton ini. Permainan ini juga melatih otak menjadi lebih cerdas dan cergas. Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan sokongan dalam menyiapkan buku skrap. Walaupun mereka sentiasa sibuk, masa singkat yang berkualiti dengan ideaidea bernas banyak membantu saya untuk menjalankan kajian ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat yang sama-sama berbincang dan berkongsi maklumat untuk menyiapkan buku skrap ini. Terima kasih sekalung budi.


Click to View FlipBook Version