The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Zulaikha, 2023-12-25 22:48:24

CASE STUDY KES RASUAH ISA SAMAD

CASE STUDY KES RASUAH ISA SAMAD

KAJIANKES KES RASUAH ISA SAMAD KUMPULAN I OLEH : NEPO SISWA MPU1062 INTEGRITI DAN ANTIRASUAH NEPO SISWA


NEPOSISWA KAJIAN KES SITI ZULAIKHA 297379 NUR AFIQAH 300843 NUR AMIZZA 299575 TUAN KHAYRIN QISTINA TUAN HAZLI 297868 NABILAH IZZATI 299761 NURUL NABILA BINTI ABDUL RAHIM 297235


NEPOSISWA KAJIAN KES HANIF HAIKAL 299669 AMIR QAYYIM 299315 WAN AHMAD 299897 FARAH ANESYA NATASYA 298084 FATIN NURLIYANA BT AZHAR 298228


ISIKANDUNGAN KAJIAN KES 1.Pengenalan 2.Punca utama rasuah 3. Biodata Isa Samad 4.Ringkasan kes 5.Kronologi kes 6.Rentetan kes 7.Hukuman terhadap Isa Samad 8.Kesan rasuah 9.Cara menangani rasuah 10. Kesimpulan


PENGENALAN KAJIAN KES RASUAH Satu bentuk penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.


PUNCA UTAMA RASUAH Kegagalan pentadbiran (manipulasi terhadap sistem & prosedur). Konflik kepentingan(kuasa budi bicara, kuasa mutlak & campurtangan politik). Kelemahan kawalan dalaman & ketidakpatuhan. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah.


SIAPAKAH ISA SAMAD ? Nama : Tan Sri Dato' Seri Utama Mohd Isa bin Dato' Haji Abdul Samad Lahir : 14 November 1949 Merupakan bekas: 1.Menteri Wilayah Persekutuan (2004-2005) 2.Naib Presiden UMNO Menteri Besar Negeri Sembilan (April 1982-Mac 2004) 3. 4.Pengerusi Felda (2011-2017) Terlibat dalam kontroversi: 1.Digantung keahlian UMNO 2.Kontroversi sebagai Pengerusi Felda 3.Kontroversi FGV


RINGKASAN KES RASUA H MOHD ISA ABDUL SAMAD (73) Didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas sembilan pertuduhan rasuah sebanyak RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak, oleh Felda pada 3 Februari 2021. Kesalahan itu dilakukan di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, di Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 sehingga 11 Disember 2015.


Isa Samad dituduh menerima wang secara berperingkat kerana membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suite (MPHS), di Kuching. Menerima wang dari Ikhwan Zaidel, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. (GAPSB), menerusi bekas pegawai politik khas belia, Muhammad Zahid Md. Arip. PERTUDUHAN KRONOLOGI KES RASUAH ISA SAMAD


Didakwa melakukan rasuah tersebut di tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015. Seksyen 16(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama. Hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tak kurang lima kali ganda jumlah dan nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


4 Disember 2018: Isa Samad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 1 pertuduhan pecah amanah dan 9 pertuduhan terima rasuah. Beliau mengaku tidak bersalah. 4 April 2019: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 11 April 2019: Sebutan kali pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 8 Oktober 2019: Perbicaraan bermula 14 Januari 2020: Pendakwaan tutup kes. Perbicaraan peringkat pendakwaan berlangsung selama 15 hari. 20 Mei 2020: Hujahan akhir pendakwaan. Rentetan Kes:


Rentetan Kes: 16 Jun 2020: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohd Isa untuk membela diri atas sembilan pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan segala intipati pertuduhan. Bagaimanapun mahkamah melepaskan dan membebaskan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu daripada pertuduhan pecah amanah dengan meluluskan cadangan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching Sarawak dengan harga RM160 juta tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Felda. 17 Ogos 2020: Mohd Isa mula memberi keterangan bela diri secara bersumpah dari kandang saksi. 3 September 2020: Pembelaan menutup kes selepas memanggil enam orang saksi. 24 Disember 2020: Hujahan di akhir kes pembelaan. 3 Februari 2021: Keputusan di akhir kes pembelaan. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta kepada beliau. Mahkamah juga membenarkan permohonan Mohd Isa untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan. Mahkamah turut membenarkan jaminan berjumlah RM1.5 juta oleh pemohon untuk dibayar sebelum 2 petang Khamis.


x x Pada 3 Februari 2021, Hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun kepada tertuduh bagi setiap pertuduhan dan ianya menjadikan keseluruhan hukuman selama 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan. HUKUMAN TERHADAP ISA SAMAD Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak. BERSALAH


x x x Mohd Isa dituduh dibawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Bagi hukuman denda, Mohd Isa dikenakan 5 kali jumlah suapan bagi setiap pertuduhan. Jika tertuduh gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara selama 18 tahun. Kata hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, pihak pembelaan Mohd Isa gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes yang dibawa oleh pihak pendakwaan. HUKUMAN TERHADAP ISA SAMAD


x x x Isa sebelum ini dihadapkan dengan sembilan pertuduhan menerima rasuah untuk dirinya sendiri. Dia didakwa menerima wang bernilai RM3.09 juta daripada anggota Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, melalui Muhammad Zahid Md Arip. Habuan berkenaan diberi kepada Mohd Isa sebagai imbuhan atas bantuannya meluluskan Hotel Merdeka Palace & Suites berharga RM160 juta. Mohd Nazlan juga menetapkan agar wang ikat jamin ke atas Mohd Isa naikkan kepada RM1.5 juta berbanding RM800,00 yang ada sekarang. HUKUMAN TERHADAP ISA SAMAD


KELUARGA: KESAN RASUAH KEPADA INDIVIDU DAN KELUARGA Menyebabkan individu hilang pekerjaan Menjatuhkan maruah diri Timbul masalah psikologikal serta penghargaan kendiri yang rendah bila berhadapan dengan masyarakat. Peluang meluaskan kerjaya terjejas. Keluarga akan dipandang hina serta tiada keberkatan dalam keluarga. Masa depan pasangan dan anak-anak gelap/ terjejas. Keruntuhan keharmonian berumahtangga. Segala bentuk pemilikan harta dan zuriat akan dipersoalkan. INDIVIDU:


KESAN RASUAH KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA MASYARAKAT: Merosakkan moral dan etika masyarakat. Meruntuhkan ekonomi Malaysia. Melahirkan masyarakat yang tidak berkemahiran. Membebankan golongan orang susah. NEGARA: Merosakkan sistem perundangan dan pemerintahan negara yang berkesan. Menghalang pembangunan negara dan menjadi tidak seimbang. Menjatuhkan imej dan kredibiliti negara. Pentadbiran negara lemah dan huruhara


CARA CARA MENANGANI RASUAH Menjalankan kempen yang berkesan dan efektif untuk memberi kesedaran pada masyarakat Memperkasa pasukan pemeriksa dalam secara berkala serta rawak Menjatuhkan hukuman yang berat kepada pemberi dan penerima rasuah Memastikan gaji penjawat awam diberikan setimpal dengan kerja yang mereka lakukan


KESIMPULAN Secara keseluruhannya, rasuah merupakan perkara yang harus dibanteras dan dihapus dari diamalkan oleh masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, rasuah akan meruntuhkan kecekapan sesuatu institusi. Oleh itu, semua pihak tidak kira sama ada pihak kerajaan atau pihak badan bukan kerajaan (NGO) mahupun masyarakat harus bersama-sama untuk menggembleng tenaga dalam usaha membanteras isu rasuah ini daripada semakin membarah dalam kalangan jentera pentadbiran negara dan rakyat Malaysia. Sekiranya semua pihak bersama-sama dan bersepakat untuk menangani isu ini, sudah pasti kes rasuah akan berjaya ditangani. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengatakan TIDAK kepada rasuah.


KATAKAN TIDAK KEPADA RASUAH ! KAJIAN KES NEPO SISWA TERIMAKASIH


Click to View FlipBook Version