The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arain.sdarian, 2021-02-28 12:01:31

Karangan Autobiografi

KARANGAN AUTOBIOGRAFI

KARANGAN AUTOBIOGRAFI

1. Karangan ini adalah karangan tidak berformat.
2. Karangan jenis ini memerlukan penulis membayangkan sesuati benda secara

terperinci. Benda ini kebiasaanya adalah benda yang tidak bernyawa.
3. Penulis perlu menceritakan kisah riwayat hidup benda tersebut seperti kehidupan

manusia biasa.
4. Cerita kebiasaannya bermula daripada benda itu dilahirkan, membesar dan

kehidupannya berakhir.
5. Penulis perlu menceritakan pahit manis kehidupan benda tersebut, jasa baik benda

itu kepada pemiliknya dan bagaimana pemilik benda itu menjaganya dari mula
hingga akhir.
6. Penulis boleh mengakhiri karangan berdasarkan kisah sedih, gembira ataupun
bahagia.
7. Penulis juga boleh menulis karangan ini dalam bentuk rencana, cerita ataupun
penerangan.
8. Bagi menjadikan karangan ini menarik, unsur suspend an dramatik boleh ditulis.
Dalama karangan ini juga, penulis boleh menulis dialog antara benda itu dengan
rakannya.
9. Antara benda yang boleh dijadikan karangan autobiografi ialah pensel. pen, basikal,
radio, telefon bimbit, komputer, baju dan kasut.

CONTOH KARANGAN AUTOBIOGRAFI

Aku sebuah kereta.

Aku sebuah kereta. Aku diberi nama Toyota Vios di kilang tempat aku dilahirkan. Aku
dilahirkan di Kilang Toyota di Jepun.

Tubuh badanku direka khas untuk memenuhi cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah
siap diproses, aku dan rakan-rakan dibawa menaiki kapal ke Malaysia. Setibanya di sini, kami
telah ditempatkan di bilik pameran kereta.

Pada suatu hari, ada seorang kaya datang bilik pameran. Setelah melihat kami, dia
telah memilih aku untuk dibeli. Rupa-rupanya dia membeli aku sebagai hadiah untuk anak
lelakinya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Tuan baruku bernama Aiman. Dia seorang yang sangat rajin dan pandai. Setiap pagi
dia memanduku dengan berhati-hati ke universiti. Setiap hujung minggu dia akan
membawaku ke kedai untuk memandikanku.

Aku sangat gembira berkhidmat kepada tuanku. Selain sahaja seorang yang
pembersih, dia juga amat menghormati ibu bapa. Setiap hujung bulan dia akan pulang ke
kampung untuk menziarahi ibu bapanya.

Setelah lima tahun berulang alik membawa tuanku menghadiri kuliah di universiti,
akhirnya tuanku telah lulus dengan cemerlang. Aku cukup berbangga dapat berkhidmat
kepada tuanku yang kini bergelar seorang doctor di Hospital Selayang.

Latihan :

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Aku sebuah televisyen

Aku sebuah televisyen. Aku dilahirkan di negara ______________. Semasa
dilahirkan, aku diberi nama ______________.

Di dalam ______________ terdapat banyak komponen elektrik. Setelah siap, aku dan
kawan-kawan dimasukkan ke dalam ______________ untuk di hantar ke kedai elektrik. Di
sana, aku lihat banyak kawanku dipamerkan di atas rak. Ada yang bernama Philips, Toshiba
dan Panasonic.

Setelah beberapa hari di dalam kedai, tiba-tiba kedai itu didatangi oleh seorang
______________. Dia ingin membeli televisyen untuk rumah barunya. Setelah melihat
beberapa buah televisyen, akhirnya dia telah memilih ______________ untuk dibawa balik.

Aku diletakkan di ______________ rumahnya. Aku dipasang dengan perkhidmatan
ASTRO. Anak-anak tuanku menonton aku dari pagi hingga ke ______________. Mereka
hanya menutupku apabila hendak pergi mandi sahaja.

Lama-kelamaan badanku menjadi semakin panas. Tambahan pula anak sulung
tuanku sangat kasar dan suka ______________ badanku. Aku menjerit kesakitan apabila
diperlakukan begitu setiap hari.

Pada suatu petang, anak tuanku yang sulung telah bergaduh dengan adiknya. Ketika
mereka sedang tolak-menolak, tanpa disengajakan adiknya tertolak aku lalu jatuh ke atas
______________. Badanku hancur berkecai dan tidak boleh digunakan lagi. Tuanku
mengambil keputusan untuk ______________ dan membeli televisyen yang baru bagi
menggantikan tempat aku. Akhirnya, riwayatku berkhir di tempat pembuangan
______________.


Click to View FlipBook Version