BAHASA MELAYU PENULISAN (012)
CATATAN HARIAN
1
CATATAN HARIAN / DIARI
1. Karangan jenis ini mudah untuk dijawab tetapi calon mestilah menguasai
format catatan terlebih dahulu.
2. Catatan harian / diari terbahagi kepada dua jenis iaitu :
2.1 Catatan untuk aktiviti dalam 24 jam
2.2 Catatan untuk aktiviti melebihi 24 jam.
3. Murid-murid biasanya akan diminta untuk menulis catatan harian yang
melibatkan persekitaran hidup mereka sama ada aktiviti di rumah, taman /
kampung dan sekolah.
4. Antara catatan aktiviti yang perlu dikuasai oleh murid-murid ialah :
4.1 aktiviti harian di rumah.
4.2 aktiviti harian pada hujung minggu.
4.3 persiapan menyambut perayaan.
4.4 menyambut sesuatu perayaan.
4.5 sambutan perayaan di sekolah (sukan, Hari Guru dan Hari Penyampaian
Hadiah).
4.6 perkhemahan unit beruniform.
4.7 lawatan sambil belajar.
4.8 pertandingan aktiviti kokurikulum.
4.9 acara-acara panitia / sambutan bulan panitia.
5. Urutan peristiwa amat penting bagi memastikan cerita yang disampaikan logik
dan mempunyai kesinambungan.
6. Pastikan catatan yang ingin dipaparkan ialah catatan yang memberi impak
yang besar dan catatan tersebut boleh dikembangkan isi-isi pentingnya.
7. Pastikan juga catatan mestilah menjawab kehendak soalan yang ditanya.
8. Untuk catatan sehari, perlu ada masa aktiviti dilaksanakan dan diikuti aktiviti
yang dilaksanakan oleh penulis.
9. Bagi catatan yang melebihi 24 jam (1 hari), penulis mestilah menulis tarikh, hari
dan masa serta diikuti dengan aktiviti utama yang dilaksanakan. Cuba elakkan
untuk bercerita aktiviti-aktiviti kecil kerana ini akan memanjangkan cerita.
2
CONTOH FORMAT KARANGAN :
Catatan 24 jam
Hari , Tarikh
Masa
Masa (Selang satu baris)
Masa : Pendahuluan:
Masa
Masa Aktiviti penulis.
Masa
(Selang satu baris)
: Pengembangan isi
Aktiviti penulis utama -1
Karangan yang baik ialah karangan yang mempunyai:
1. Isi utama.
2. Huraian isi.
3. Contoh
(Selang satu baris)
: Aktiviti penulis utama – 2
(Selang satu baris)
: Aktiviti penulis utama – 3
(Selang satu baris)
: Aktiviti penulis utama – 4
(Selang satu baris)
: Penutup catatan harian.
Nota :
Jangan lukis kotak semasa menulis.
Kotak adalah sebagai panduan untuk menunjukkan format penulisan yang kemas bagi
menarik hati pemeriksa.
3
Catatan melebihi 24 jam
Hari , Tarikh
Pendahuluan
Pilih aktiviti utama untuk dikembangkan menjadi isi yang menarik.
Elakkan memilih aktiviti-aktiviti yang kurang penting bagi mengelakkan cerita menjadi
meleret.
Hari , Tarikh
Isi pertama
Pilih aktiviti utama untuk dikembangkan menjadi isi yang menarik.
Kembangkan isi bagi menarik hati pemeriksa.
Isi kedua
Pilih aktiviti utama untuk dikembangkan menjadi isi yang menarik.
Isi ketiga
Pilih aktiviti utama untuk dikembangkan menjadi isi yang menarik.
Isi keempat
Pilih aktiviti utama untuk dikembangkan menjadi isi yang menarik.
Hari , Tarikh
Penutup
Pilih aktiviti utama untuk dikembangkan menjadi isi yang menarik.
(Selitkan pandangan / perasaan / ulasan pada penutup bagi menunjukkan calon seorang
yang berfikir
Nota :
Jangan lukis kotak semasa menulis.
Kotak adalah sebagai panduan untuk menunjukkan format penulisan yang kemas bagi
menarik hati pemeriksa.
4
Contoh karangan catatan harian
Anda telah mengikuti rombongan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur anjuran Persatuan
Sejarah sekolah.
Tulis sebuah karangan catatan harian bagi menceritakan pengalaman tersebut.
A. Langkah pertama. B
Analisis soalan.
A
Anda telah mengikuti rombongan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur anjuran Persatuan
Sejarah sekolah. C
D
Tulis sebuah karangan catatan harian bagi menceritakan pengalaman tersebut.
A – Calon mengikuti rombongan sekolah :
bas , guru penasihat, rakan-rakan dan uniform sekolah.
B - Kawasan lawatan mestilah hanya terdapat di Kuala Lumpur sahaja.
C - Tempat lawatan mestilah berkaitan mata pelajaran Sejarah :
Muzium Negara, Tugu Negara, Istana Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Masjid Negara.
D - Karangan memerlukan calon menulis menggunakan format catatan harian.
Yang mana satu?
Lawatan kebiasaanya melibatkan aktiviti satu hari tanpa perlu bermalam melainkan
tempat yang dilawati sangat jauh.
Pilihan = Karangan catatan harian untuk 24 jam.
5
B. Bina peta minda.
5.00 – balik – 8.00 – kumpul di
serah borang sekolah – taklimat
kuiz - gembira sebelum naik bas
2.30 – Muzium Lawatan ke 9.00 – Tugu Negara
Negara – Kuala Lumpur – jasa tentera
terkorban
melihat artifak menentang
tinggalan orang komunis
purba
12.30 – Masjid 10.30 – Dataran
Negara – ziarah Merdeka –
kubur bekas PM di
Makam Pahlawan – bendera Union
makan tengah hari Jack diturunkan
6
C. Bina karangan berdasarkan peta minda yang dibina.
Sabtu, 31 Oktober 2020.
8.00 pagi : Semua peserta lawatan telah berkumpul di perkarangan sekolah.
Kami mendengar taklimat daripada Cikgu Rohilah sebelum menaiki
bas sekolah.
9.00 pagi : Bas tiba di Tugu Negara di Jalan Parlimen. Kami dibahagikan
kepada lima orang dalam satu kumpulan. Cikgu Haslam
menerangkan bahawa Tugu Negara disiapkan pada 8 Februari
1966 bagi memperingati perajurit yang gugur dalam
mempertahankan tanah air tercinta.
10.30 pagi : Kami tiba di Dataran Merdeka. Ramai pelancong yang telah tiba
lebih awal di sini. Dataran yang terletak di hadapan Bangunan
Sultan Abdul Samad ini adalah antara tempat bersejarah di
Malaysia. Di sinilah bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos
1957 dan dinaikkan bendera negara kita.
12.30 tengah hari : Usai di Dataran Merdeka, kami bertolak ke Masjid Negara. Kami
makan tengah hari di sana sementara menantikan waktu Zohor.
Kami juga sempat menziarahi Makam Pahlawan yang
menempatkan jenazah orang kenamaan Malaysia.
2.30 petang : Keempat-empat buah bas tiba di tempat letak bas Muzium Negara
yang terletak di Jalan Damansara. Di sini kami banyak mencatat
dan melihat pelbagai tinggalan artifak orang-orang purba. Kami
juga dapat melihat transformasi negara kita dari sebelum
kemerdekaan hingga ke hari ini.
5.00 petang : Bas bertolak pulang ke sekolah. Di dalam bas kami menyiapkan
tugasan kuiz yang disediakan oleh guru penasihat Persatuan
Sejarah kami. Walaupun badan berasa amat penat namun kami
berasa amat gembira kerana mendapat banyak pengetahuan dan
pengalaman.
7
Contoh karangan catatan harian (melebihi 1 hari)
Anda telah terpilih untuk menyertai program perkhemahan perdana unit beruniform sekolah
anda di salah sebuah pusat perkhemahan
Tulis sebuah karangan catatan harian bagi menceritakan pengalaman perkhemahan tersebut.
A. Langkah pertama.
Analisis soalan.
AB
Anda telah terpilih untuk menyertai program perkhemahan perdana unit beruniform sekolah
anda di salah sebuah pusat perkhemahan
CD
Tulis sebuah karangan catatan harian bagi menceritakan pengalaman perkhemahan tersebut.
A – Calon mengikuti perkhemahan perdana yang dianjurkan oleh sekolah :
bas , guru penasihat, rakan-rakan dan peralatan perkhemahan.
B - unit beruniform = satu sahaja. Pilih unit beruniform yang anda sertai sekarang.
C - Tempat perkhemahan mestilah di luar sekolah.
Buktikan dengan elemen pergerakan dari sekolah ke tempat perkhemahan.
D - Karangan memerlukan calon menulis menggunakan format catatan harian.
Yang mana satu?
Perkhemahan perdana kebiasaannya melibatkan perkhemahan pada hujung minggu
dan memakan masa lebih daripada sehari.
Pilihan = Karangan catatan harian melebihi 24 jam.
8
B. Bina peta minda.
Meredah hutan – Jumaat - kumpul di
penutupan – sekolah – taklimat –
seronok – bawa masuk barang
pengalaman baru perkhemahan –
pasang khemah
Malam – Perkhemahan pelajari ikatan gajet
persembahan – perdana – tidur lewat buat
operasi burung pasukan
Pengakap gajet
hantu - SKBBBK
menakutkan
Belajar pertolongan Sabtu – senaman
cemas – belajar pagi – belajar
berkawad –
ikatan – kumpulan panas terik
terbaik
9
C. Tulis karangan berdasarkan peta minda yang telah dibina.
Jumaat , 4 September 2020.
Semua peserta perkhemahan mendengar taklimat daripada Cikgu Haslam
sebelum bertolak. Kami memasukkan barang di dalam bas untuk menuju ke Kem
Perkhemahan Tekali. Sebaik sahaja sampai, kami mendirikan khemah masing-
masing dengan tunjuk ajar Cikgu Hassanal.
Selepas solat Isya’, kami belajar membuat gajet yang akan digunakan
sepanjang program perkhemahan ini. Malam itu ramai peserta yang tidur lewat
kerana bersungguh-sungguh menyiapkan gajet kumpulan masing-masing.
Sabtu , 5 September 2020.
Sebaik sahaja selesai senaman pagi, kami terus dibawa ke padang kawad
untuk menjalani latihan kawad. Jurulatih dari kem tentera telah datang untuk
mengajar kami. Pengalaman berkawad di bawah panas terik mentari amat menduga
kesabaran kami.
Selepas berkawad, kami belajar pertolongan cemas dan ikatan pula. Setelah
selesai kedua-dua slot tersebut, kami dikehendaki menduduki ujian bagi mendapatkan
lencana. Alhamdulillah, kesemua peserta perkhemahan telah lulus dengan jayanya
ujian lencana tersebut.
Pada malam itu kami membuat persembahan kumpulan bersempena Malam
Kebudayaan Perkhemahan Perdana Pengakap 2020. Pelbagai persembahan
disajikan pada malam itu oleh setiap kumpulan. Selesai persembahan, kami telah
dibawa ke dalam hutan dengan mata tertutup bagi slot “Burung Hantu”.
Ahad , 6 September 2020.
Pagi ini kami mulakan aktiviti dengan slot meredah hutan. Tanpa disedari kami
telah berjalan sejauh 5 kilometer di dalam hutan. Sebaik sahaja tiba semula di kem,
kami mula berkemas untuk majlis penutupan. Walaupun badan terasa amat penat,
namun pengalaman baru ini memberikan kenangan terindah buat kami.
10
Cikgu Mohd. Hasren bin Damiri
Guru Bahasa Melayu,
SK Bandar Baru Batang Kali,
Seksyen 3, Bandar Utama,
44300 Batang Kali.
[email protected]
“ Mereka yang berjaya pada masa hadapan ialah mereka yang memulakan usaha pada hari ini ”
11