MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
TAHUN : 4 ZUHAL
TARIKH : 25 JANUARI 2021
TAJUK : AZAM SAYA
KEMAHIRAN : MEMBACA DAN MENULIS
Sudahkah kamu bersedia untuk belajar Bahasa Melayu pada hari ini?
Kalau sudah, mulakan dengan membaca kalimah:
dan kemudian baca doa untuk belajar:
[1]
Apakah itu azam?
Ingat, azam yang cikgu maksudkan di atas ialah bukannya orang.
Kalau orang, cikgu akan tanya
Siapakah Azam?
Baiklah, azam mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua membawa maksud
tujuan yg hendak dicapai;
apa-apa yg dimaksudkan.
berazam bercita-cita; bertujuan:
Contoh ayat: Dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya lagi.
mengazamkan berniat akan; memaksudkan; mencita-citakan
ooh senyum.com
[2]
Setiap manusia di dunia ini pasti akan memasang azam pada setiap
awal tahun. Ada yang memasang azam pada awal tahun baharu
miladiah iaitu pada 1 Januari dan ada yang memasang azam pada
setiap awal tahun hijrah iaitu pada 1 Muharram.
id.pinterest.com
Tidak kira bila kamu memasang azam, yang paling penting ialah kita
mestilah berusaha untuk mencapai azam yang kita telah pasang pada
awal tahun.
Ini bermakna, semua azam yang akan kita sematkan mestilah bersifat
POSITIF
dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.
[3]
Baiklah, hari ini kamu akan diminta untuk berkongsi tentang azam
masing-masing kepada cikgu.
Kamu hendaklah menulis mengikut karangan biasa. Hari ini kamu
diminta menulis dalam lima perenggan sahaja.
Jangan risau, cikgu akan mengajar langkah demi langkah sehingga
kamu berjaya menulis karangan tersebut.
id.pinterest.com
Sudah sedia dengan alat tulis?
Gunakan buku karangan jika kamu sudah membeli.
Belum!
Tak mengapa, gunakan kertas kajang (minta daripada abang / kakak )
atau gunakan kertas apa sahaja; janji kertas yang kemas dan jangan
lupa simpan sebab nanti apabila buka sekolah, kamu kena serahkan
kepada cikgu.
[4]
PERENGGAN 1
APA
Apakah itu azam?
Dalam perenggan ini kamu mesti menerangkan apakah itu azam.
Jadi…
Kamu gunakan definisi maksud yang cikgu berikan pada muka surat 2.
Ingat, setiap kali mulakan karangan mestilah jarakkan ke tengah sedikit
dalam 2 cm ya.
Kamu tulis
Setiap manusia di dunia ini haruslah memasang azam pada
setiap awal tahun. Azam ialah _______________________________.
(Nanti kamu gunakan maksud yang cikgu berikan pada muka surat dua
untuk menyambung ayat di atas ya).
bobo.grid.id
[5]
PERENGGAN 2
APA
Apakah azam kamu pada tahun ini?
Dalam perenggan ini, cikgu mahu kamu menulis azam kamu. Hanya
kamu sahaja yang tahu azam masing-masing.
Kalau belum ada azam, sila pasang azam kamu sekarang.
Ada yang berazam hendak jadi murid cemerlang, mungkin ada yang nak
memenangi pertandingan sukan, ada yang berazam ingin mendapat
tempat pertama dalam peperiksaan dan sebagainya.
Ingat, hanya kamu sahaja yang tahu azam sendiri.
Sila tulis…
Pada tahun 2021 ini, saya berazam untuk ___________________
sahabatnesia
[6]
PERENGGAN 3
MENGAPA
Mengapakah kamu memasang azam ini pada tahun 2021? Ceritakanlah
kepada cikgu mengapa azam ini yang kamu pilih.
Berikan pendapat kamu kenapa kamu memilih azam ini dan bukannya
azam yang lain. Bagi perenggan ini, kamu kena berfikir dahulu sebelum
menjawab dan setiap jawapan yang logik adalah dianggap betul.
Fikirkan sekarang!
my.lovepik.com
Saya memilih azam ini pada tahun 2021 adalah kerana saya ingin
________________________________________________________.
[7]
PERENGGAN 4
BAGAIMANA
Dalam perenggan ini, kamu mesti menceritakan kepada cikgu
bagaimanakah cara kamu ingin memastikan azam ini tercapai.
Apakah langkah-langkah yang akan kamu ambil bagi memastikan azam
yang kamu pasang pada tahun ini berjaya dicapai?
Baik, fikirkan cara-acaranya dan kalau boleh cikgu hendak dua langkah
ya.
my.lovepik.com
Bagi memastikan azam ini tercapai pada penghujung tahun ini, saya
akan ______________________________________________
[8]
PERENGGAN 5
APA
Ini ialah perenggan akhir. Kebiasaanya dalam perenggan ini penulis
akan menulis berkaitan harapan sendiri. Jadi, jika mahu kamu menulis
tentang harapan atau doa kamu dalam perenggan ini.
Mungkin kamu berharap agar azam pada tahun ini akan diberkati oleh
Allah. Doa kamu agar pendemik COVID 19 akan selesai supaya kamu
boleh mencapai azam tersebut. Ini adalah sebahagian daripada contoh
harapan / doa yang perlu dituliskan.
akurat.co
Sudah dapat harapan kamu? Kalau sudah, mulakan perenggan kamu
Saya sentiasa berdoa dan berharap agar ____________________.
Semoga azam tahun 2021 saya ini akan tercapai pada penghujung
tahun ini.
[9]
Alhamdulillah, selesailah tugasan Bahasa Melayu kamu pada hari ini.
Sebelum menyimpan karangan kamu ini, sila semak perkara di bawah.
1. Mulakan semua ayat dengan huruf besar.
2. Akhiri ayat dengan tanda noktah.
3. Gunakan huruf besar bagi setiap perkataan yang menunjukkan nama
khas.
4. Pastikan tulisan kamu kemas dan cantik.
Sentiasa ingat bahawa Allah s.w.t. itu amat menyukai kecantikan.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ALLAH itu cantik dan amat sukakan kecantikan. Allah
suka melihat kesan-kesan nikmat kepada hamba-Nya serta ALLAH benci kesusahan dan bala
bencana.
(Riwayat al-Baihaqi)
Setakat ini sahaja pelajaran kita pada hari ini dan sebelum cikgu
tinggalkan kamu, jangan lupa SOLAT ya.
JUMPA LAGI.
[10]