The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arain.sdarian, 2021-10-10 17:09:05

BM - Kata Majmuk

BM - Kata Majmuk

BAHASA MELAYU
TAHUN 4

KATA MAJMUK

1

Nota Kata Majmuk.

1. Kata majmuk ialah gabungan dua kata dasar atau lebih untuk menghasilkan
satu kata yang baharu.

2. Kata majmuk mempunyai maksud yang tertentu dan dieja secara terpisah
tetapi dikira sebagai satu perkataan.

3. Kata majmuk boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

JENIS KATA MAJMUK CONTOH
Bebas
biru laut, terima kasih, menteri besar, perdana
menteri, raja muda, sarug tangan, bola sepak, jam
tangan, tong sampah, pensel warna

Istilah khusus garis pusat, kanta tangan, kertas kerja, lut sinar, mata
pelajaran, model linear, segi tiga, telefon bimbit

Kiasan banyak mulut, buah hati, duit kopi, cari jalan, kaki
ayam, makan angina, pilih kasih, ringan tulang

Mantap antarabangsa, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama,
matahari, olahraga, setiausaha, sukarela, tandatangan,
tanggungjawab, warganegara

4. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas ialah dua kata dasar
yang dirangkaikan untuk membentuk satu perkataan baharu yang ditulis
secara terpisah.
Contoh ayat:
4.1 Aziq memasukkan sampah ke dalam tong sampah.
4.2 Qistina mengira jumlah kaki semut dengan menggunakan kanta mata
yang diberikan oleh guru.
4.3 Malique diejek kawan-kawannya kaki bangku kerana dia tidak pandai
bermain bola.

5. Kata majmuk mantap ialah dua kata dasar yang ditulis secara bercantum.
Contoh ayat:
5.1 Datuk Siti Nurhaliza bukan sahaja terkenal sebagai penyanyi di
Malaysia malahan juga di peringkat antarabangsa.

2

Isi tempat kosong dengan kata majmuk yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1. Murid-murid Tahun Empat Zuhal _______________ membersihkan kelas
mereka.

bekerjasama bergurau senda berputus asa

2. _______________ bangunan Masjid Negara itu direka oleh seorang arkitek
yang terkenal.

Reka letak Reka bentuk Seni anyaman

3. Seluruh keluarga _______________ apabila Pak Samad meninggal dunia
akibat COVID-19.

berpenat lelah bersatu hati berduka cita

4. Alatan persekolahan Wazif _______________ dengan alat tulis kakaknya di
dalam kotak.

bercampur gaul bercampur aduk bersatu padu

5. Borang penyertaan itu perlu diserahkan kepada pihak _______________
sebelum tengah hari esok.

kakitangan atur cara urus setia

6. _______________ di simpang jalan ke Taman Liga Mas itu sudah condong.

Lampu isyarat Rumah tangga Jalan raya

7. Ahli _______________ Panitia Bahasa Inggeris SK Rasa sedang bertaklimat
untuk mengadakan Minggu Bahasa 2021.

Jawatan kuasa Sukarela Kakitangan

8. Haziq membeli senaskhah _______________ harian di Kedai Runcit
Muhaimin.

kad ucapan surat khabar buku teks

3

9. Murid baharu di kelas kami ini ialah murid ________________ Indonesia.

warganegeri warganegara antarabangsa

10. Kebanyakan tikus putih dibiak di makmal itu untuk dijadikan bahan
_____________ saintis.

soal siasat kaji selidik uji kaji

11. Ahli pasukan ___________________ itu sedang mengagih-agihkan makanan
kepada mangsa-mangsa banjir.

jawatankuasa sukarela khidmat awam

12. ___________________ kerajaan diminta meningkatkan mutu perkhidmatan
agar lebih cemerlang.

Warganegara Bumiputera Kakitangan

13. Hari Doktor Muda 2021 itu berjaya dijalankan atas ___________________
pihak sekolah dan ibu bapa.

kakitangan kerjasama urus setia

14. Cikgu Ery datang ke pejabat sekolah untuk mendapatkan _______________
guru besar.

tanggungjawab usahasama tandatangan

15. Puan Hanani bekerja sebagai ___________________ di Syarikat Takaful
Nasional, Kuala Lumpur.

setiausaha urus setia penolong kanan

16. Terdapat pelbagai warisan budaya yang unik diwarisi oleh masyarakat
___________________ di Sabah dan Sarawak.

antarabangsa bumiputera suruhanjaya

17. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali telah selesai mengadakan
kejohanan ___________________ di padang sekolah.

atur cara olahraga sukanraga

4

18. ___________________ asing yang tidak mempunyai permit bekerja di
Malaysia telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Warganegara Pesuruhjaya Kakitangan

19. Beberapa badan ___________________ terlibat dalam mengumpul dana
untuk membantu mangsa tanah runtuh di Genting Highlands.

kawal selia tanggungjawab sukarela

20. Atlet sukan bertaraf dunia itu mempunyai ___________________ yang
sangat tinggi ketika berjuang di Sukan Olimpik Tokyo.

garis pusat jangka hayat semangat juang

21. Tanah pusaka itu menjadi ___________________ pewarisnya selepas Mak
Ton meninggal dunia.

tunjuk ajar hak milik campur tangan

22. Murid-murid sedang menjalankan ___________________ tentang spora di
makmal sekolah.

soal siasat kaji selidik uji kaji

23. Penunggang motosikal diwajibkan memakai _______________ sebagai
langkah keselamatan.

tali pinggang topi keledar sarung tangan

24. Hakim Abdullah menggunakan _______________nya semasa menjatuhkan
hukuman kepada pesalah itu.

akal fikiran rasa hati budi bicara

25. Tepat pada pukul enam pagi, _______________ yang dikunci oleh Amni
Damia berbunyi.

komputer riba jam randik jam loceng

5


Click to View FlipBook Version