KOD KHUSUS : MPU23042 PENSYARAH : PUAN FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR PROGRAM : DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
ISI KANDUNGAN / 2 OBJECKTIF 3 PENDAHULUAN 4 - 5 FAKTOR CABARAN JENAYAH SIBER 6 - 10 KESAN CABARAN JENAYAH SIBER 11 - 14 CARA – CARA MENGATASI JENAYAH SIBER 15 - 20 CONTOH ISU CABARAN JENAYAH SIBER 21 - 22 KESIMPULAN 23 AKTIVITI PENGUKUHAN 24 RUJUKAN 25 - 26 LAMPIRAN 27 SINOPSIS 28
OBJEKTIF . Memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang bahayanya jenayah siber . . Dapat membantu masyarakat menghindari gejala jenayah siber . . Dapat mengenalpasti punca jenayah siber serta cara langkah mengatasi . . Melindungi masyarakat Malaysia daripada menjadi magsa jenayah siber . OBJEKTIF / 3
Jenayah siber merujuk kepada sebarang kesalahan atau aktiviti jenayah yang dilakukan dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Jenayah siber boleh melibatkan penggunaan komputer, peranti mudah alih, laman web, rangkaian, dan aplikasi untuk melancarkan serangan ke atas individu, organisasi, dan kerajaan. Contoh jenayah siber termasuklah serangan penggodaman, serangan dalam talian, penggodaman laman web, penipuan dalam talian, pengambilan alih akaun media sosial, penyebaran maklumat palsu dan serangan penggodaman perisian. Serangan penggodaman bermaksud memasuki sistem atau rangkaian tanpa kebenaran dengan niat untuk mencuri maklumat, mengubah maklumat atau merosakkan sistem. Serangan dalam talian pula termasuklah serangan Pengagihan Perkhidmatan (DDoS), serangan ransomware, dan serangan malware. Serangan DDoS dilakukan dengan menghantar trafik internet yang berlebihan ke laman web atau rangkaian tertentu sehingga menyebabkan laman web atau rangkaian tersebuttidak dapat diakses oleh pengguna. PENGENALAN / 4
Ransomware pula adalah jenis serangan yang mengunci sistem atau fail seseorang dengan syarat untuk membayar wang tebusan untuk mendapatkan akses semula ke sistem atau fail tersebut. Malware pula adalah perisian berbahaya yang digunakan untuk mencuri maklumat peribadi seperti kata laluan, maklumat kad kredit, dan butiran perbankan. Penipuan dalam talian melibatkan penipuan atau aktiviti jenayah lain yang dilakukan dalam talian, seperti penipuan kad kredit dan penipuan pengiklanan palsu. Pengambilan alih akaun media sosial melibatkan pencerobohan ke dalam akaun media sosial seseorang dengan niat untuk mencuri maklumat peribadi atau menggunakan akaun tersebut untuk melancarkan serangan. Untuk melindungi diri daripada jenayah siber, penting untuk menjaga keselamatan rangkaian, memastikan perisian keamanan dan peranti terkini digunakan, serta berhati-hati dengan maklumat peribadi dan e-mel atau mesej teks yang mencurigakan. Selain itu, kesedaran keselamatan siber yang tinggi juga penting untuk membantu melindungi diri dan organisasi daripada jenayah siber. APAKAH MAKSUD JENAYAH SIBER ? PENGENALAN / 5
FAKTOR - FAKTOR JENAYAH SIBER / 6 FAKTOR - FAKTOR JENAYAH SIBER
1.Sikap Mengenalpasti Jenayah Siber 2 . Sikap Individu Yang Sukar Dikawal FAKTOR - FAKTOR JENAYAH SIBER / 7 Penjenayah siber melakukan kegiatan jenayah di alam maya yang tanpa sempadan. Oleh itu, lokasi siber sukar dikenalpasti. Jika pun, pendakwaan terhadap penjenayah siber sukar dilakukan di mahkamah kerana ketiadaan bukti yang kukuh .Misalnya, mereka akan melakukan jenayah siber terhadap institusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu dan biasanya mereka susah ditangkap. Berkemungkinan kawan kita, mungkin pelajar ,ataupun profesor atau siapa sahaja. Sikap individu yang inginkan keseronokan dan ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya golongan remaja menyebabkan mereka mengakplikasikan kemahiran mereka dengan cara yang salah seperti mencuri maklumat .Hal ini demikian, ramai masyarakat kurang pengetahuan tentang media massa tertipu dengan individu yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula,individu yang melakukan jenayah siber ini bermotifkan keuntungan. Misalnya, penjenayah siber mengaut keuntungan dengan cara menipu kepada masyarkat melalui internet untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak. Dengan itu,masyarakat harus peka dengan isu-isu semasa agar tidak menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab.
3 . Sifat Ketamakan Manusia FAKTOR - FAKTOR JENAYAH SIBER / 8 Keinginan untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat. Berjuta-juta laman web yang memaparkan pelbagai jenis maklumat yang tidak kira sama ada benar atau salah telah menjadi penjenayah siber ini mengendalikan internet untuk mencari mangsa .Misalnya, Facebook ,Twitter, dan Instagram. Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak mengambil peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut.Oleh itu ,mereka sanggup melakukan jenayah siber sematamata untuk mendapatkan hasil yang cepat kerana jenayah siber tidak perlu melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah merompak.
4 . Pendidikan Dan Kesedaran Individu-individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah siber tidak sedar bahawa perbuatan mereka seperti mengodam, mencuri maklumat dan menyebar virus adalah satu jenayah. Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka dan memberikan kesan buruk kepada orang lain. Orang ramai sering menjadi sasaran golongan penjenayah siber kerana mereka tidak ketahui cara-cara untuk mengelakkan diri daripada ancaman jenayah siber. Individu-individu tersebut hanya mementingkan keseronokan dan kepuasan diri tanpa berfikir kesan buruk yang akan menimpanya .Pihak kerajaan bertanggungjawab memberi didikan yang efektif kepada masyarakat dalam penyalahgunaan internet. FAKTOR - FAKTOR JENAYAH SIBER / 9
5 . Peningkatan Penggunaan Internet FAKTOR - FAKTOR JENAYAH SIBER / 10 Hal ini demikian, peningkatan pengguna internet mendorong orang ramai menyalahgunakan maklumat dalam internet untuk pelbagai tujuan tanpa mengira betul atau salah. Misalnya, pengguna internet akan mengunakan pelbagai maklumat dalam internet untuk tujuan penipuan dan aktiviti tidak sihat. Peningkatan pengguna internet mendorong agar menyalahgunakan kepakaran mereka dalam bidang teknologi maklumat(IT) dengan cara mengodam sistem-sistem keselamatan bank dan menyebarkan virus. Manakala, masyarakat yang berfikiran singkat tidak rasional mereka akan turut terpengaruh sehingga mencuba untuk menjadi seorang jenayah siber demi mendapatkan kepuasan hati sendiri. Contohnya,kegiatan 'Penipuan Bungkusan 'didalangi warga Afrika.
KESAN - KESAN JENAYAH SIBER / 11 KESAN - KESAN JENAYAH SIBER
1 . Kehilangan Data Peribadi 2 . Kerugian Kewangan KESAN - KESAN JENAYAH SIBER / 12 Jenayah siber boleh memberi kesan yang teruk pada individu, organisasi dan masyarakat secara keseluruhan. Di antara kesan-kesan yang paling teruk adalah : . Jenayah siber yang melibatkan pencurian maklumat peribadi seperti nombor kad kredit, kata laluan, dan maklumat perbankan boleh menyebabkan individu mengalami kehilangan wang dan identiti. Kes-kes ini sering kali berakhir dengan penipuan kewangan yang boleh membawa kesan jangka panjang yang serius. . Jenayah siber seperti penipuan dalam talian dan serangan penggodaman perisian boleh mengakibatkan kerugian kewangan yang besar pada individu dan organisasi. Terdapat juga kes serangan ransomware yang boleh memaksa organisasi untuk membayar wang tebusan yang besar untuk mendapatkan akses semula ke sistem dan data mereka.
3 . Gangguan Operasi Perniagaan 4 . Kejadian Penipuan Atau Jenayah Lain KESAN - KESAN JENAYAH SIBER / 13 . Serangan penggodaman dan serangan dalam talian seperti serangan Pengagihan Perkhidmatan (DDoS) boleh menyebabkan laman web atau sistem organisasi menjadi tidak dapat diakses. Ini boleh memberi kesan terhadap keupayaan organisasi untuk menjalankan operasi perniagaan mereka dan menyebabkan kehilangan wang yang besar. . Jenayah siber juga boleh membawa kepada kejadian jenayah lain seperti penculikan identiti dan penipuan. Penggodaman akaun media sosial juga boleh mengakibatkan identiti seseorang digunakan untuk tujuan jenayah, seperti penipuan dalam talian.
5 . Keselamatan Nasional KESAN - KESAN JENAYAH SIBER / 14 . Jenayah siber juga boleh mempunyai kesan serius terhadap keselamatan nasional. Serangan penggodaman ke atas sistem dan rangkaian kerajaan boleh membawa kepada penggugatan ke atas data sensitif dan maklumat peribadi, dan boleh mengancam keselamatan negara. Oleh itu, kesedaran dan perlindungan daripada jenayah siber adalah amat penting bagi individu, organisasi dan masyarakat secara keseluruhan.
CARA - CARA MENGATASI JENAYAH SIBER / 15 CARA - CARA MENGATASI JENAYAH SIBER
1.Bekerjasama Secara Multilateral Dalam Membanteras Jenayah Siber Pihak kerajaan perlu mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negra lain .Hal ini dapat membantu kerajaan untuk meningkatkan keu payaan dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan negara yang lain.Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh direalisasikan agai kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber. Misalnya, berlaku transaksi wang yang meragukan di luar negara dan negara tersebut bertindak melaporlkan kepada negara yang berkesan maka penggubahan wang haram dapat dikesan dan menangkap penjenayah yang melakukan korupsi.Apabila kita muafaklat dalam menyelesaikan sesuatu perkara sudah pasti kebaikan bersama akan diperoleh tetapi jika sebaliknya hanya kerugian akan kita CARA - CARA MENGATASI JENAYAH SIBER / 16
2 .Memperkenalkan Pendidikan Etika Dalam Pengunaan Siber CARA - CARA MENGATASI JENAYAH SIBER / 17 Hampir setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar sebagai kegunaan harian tetapi etika dan dididik tidak betul.Justeru,institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu pengetahuan.Kanak-kanak dan golongan remaja perlu dididik tidak membuka emel dan tidak tertipu dengan panggilan telefon yang tidak dikenali.Hal ini kerana,mereka mudah terpengaruh dan digunakan ole penjenayah siber mencari keuntungan.Pihak kerajaan perl membuat pendidikan tau modul pembelajaran kepada setiap agensi kerajaan.
CARA - CARA MENGATASI JENAYAH SIBER / 18 . Kempen melalui iklan di media cetak mahupun digital perlu diperluaskan dan mencapai seluruh ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai pengetahuan cetek akan pengetahuan teknologi hari ini.Kempen perlu dijalankan supaya masyarakat memahami dan mengambil serius apabila menggunakan aplikasi -aplikasi di telefon pintar masing-masing. Pengguna perlu bersikap inteligensia dan madani dalam menggunakan aplikasi Misalnya,peka akan taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah siber.Masalah berkaitan dengan jenayah siber dikongsi agar menjadi rujukan kepada golongan yang pakar dalam memastikan perkara berlaku tidak berulang. 3 . Memberi Kesedaran Melalui Kempen Dan Ikhlan
CARA - CARA MENGATASI JENAYAH SIBER / 19 Pihak berkuasa harus mengkaji dan memperkenalkan undangundang menghalang jenayah siber.Pihak kerajaan mesti mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undfang-undang diwujudkan mencegahjenayah ini.Masyarakat pula harus melakukan laporan kepada pihak yang berkenaan sekiranva terbabit atau melibatkan sebarang kegiatan.Pihak kerajaan seharusnya sedar dan menjadi organisasi utama yang membina laman sesawang atau aplikasi teknologi yang selamat umtuk digunakan dan bebas daripada risiko jenayah. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia(MCMC) yang ditubuhkan pada 1998 perlu diperkasakan agar keselamatan siber terjamin. 4 . Mengkaji Dan Mewujudkan Undang - Undang Siber
5 . NGO / NON GOVERNMENT ORGANIZATION . Kerjasama NGO amat diperlukan dalam membanteraskan jenayah siber.Pihak ini dan komited untuk samamembantu kerajaan tangani ini harus terlibat aktiviti kemasyarakatan internet.HaI ini demikian,memberi kesedaran orang ramai. Misalnya, baru- aru ini Pertubuhan Pertolongan Wanita ( WAO) dan The Body Shop mengadakan kolaborasi untuk menghentikan keganasan terhadap wanitatermasuk melalui internet. CARA - CARA MENGATASI JENAYAH SIBER / 20
CONTOH ISU - ISU JENAYAH SIBER / 21 CONTOH ISU - ISU JENAYAH SIBER
CONTOH ISU - ISU JENAYAH SIBER / 22
Secara keseluruhan, jenayah siber merujuk kepada kesalahan atau aktiviti jenayah yang dilakukan dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Jenayah siber semakin menjadi isu yang penting dalam era digital yang semakin berkembang ini. Jenayah siber boleh memberikan kesan yang teruk kepada individu, organisasi dan masyarakat secara keseluruhan. Contohnya, kehilangan data peribadi, kerugian kewangan, gangguan operasi perniagaan, kejadian penipuan atau jenayah lain, dan keselamatan nasional. Oleh itu, kesedaran keselamatan siber dan perlindungan daripada jenayah siber adalah amat penting bagi individu, organisasi dan masyarakat. Penting untuk memastikan keselamatan rangkaian, perisian keamanan dan peranti terkini digunakan, serta berhati-hati dengan maklumat peribadi dan e-mel atau mesej teks yang mencurigakan. Selain itu, keupayaan untuk mengenal pasti tandatanda serangan jenayah siber dan melaksanakan tindakan keselamatan siber yang betul adalah kunci untuk melindungi diri dan organisasi daripada jenayah siber. KESIMPULAN / 23 KESIMPULAN
AKTIVITI PENGUKUHAN / 24 LINK SOALAN DIATAS
BUKU RUJUKAN : BUKU / 25 2 . Sahizan Sagi ( 2015 ). Awas Jenayah Siber . UKM Press 1 . Masnizah Mohd, Sharifah Raziah Syed Mohd Aris & Rossilawati Sulaiman ( 2016 ) . Ancaman Penipuan Siber . UKM Press 3 . Mohd Hilmie bin Mohd Mokthar , Barathi a/p Santhasaran , Anuratha Bai a/p Subramaniam ( 2020 ) . Buku Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM . Dewan Buku Dan Pustaka Kuala Lumpur .
INTERNET RUJUKAN : INTERNET / 26 1 . http://maeganyeoh.blogspot.com/2018/11/jenayahsiber.html?m=1 2 . https://www.sinarharian.com.my/bisnes/lawanjenayah-siber-dunia-asean-1.854512 3 . http://ppim4u.blogspot.com/2019/08/5156- jenayah-siber-rm250j-kerugian.html?m=1 5. https://kikiruthkerr.blogspot.com/2022/09/jenayahsiber-di-malaysia.html?m=1 4.http://perpustakaanjbpm.blogspot.com/2021/11/jen ayah-siber-meningkat-995-peratus.html?m=1
LAMPIRAN LAMPIRAN / 27
SINOPSIS SINOPSIS / 27 . E-book ini menjelaskan tentang cara - cara mengatasi jenayah siber pada zaman kini.Antara kepentingannya ialah untuk mengelakkan rakyat malaysia terkena dengan jenayah siber tersebut .Kepentingan-kepentingan ini telah dibincangkan sekaligus langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran pada rakyat Dan negara.