PERISTIWA HIJRAH
RASULULLAH
Kod Subjek : IIX1004
Subjek : Pengantar Pengajian Usuluddin
AHLI KUMPULAN
1. AMIRAH NAJWA 'IZZATI BINTI ABD. RASHID (U2000031/2)
2. ATIKAH IZZATI BINTI ZAMRI (U2000023/2)
3. NUR ALYA MUNIRAH BINTI KAMALUDIN (U2000059/2)
4.ASFA BINTI AZAMHARI (U2000064/2)
ISI KANDUNGAN
Latar belakang
Peristiwa sebelum hijrah
Peristiwa semasa hijrah
Peristiwa selepas hijrah
Kesan hijrah
Rujukan
MADINAH
QUBA'
GUA TSUR
MEKAH
LATAR BELAKANG HIJRAH
Perintah Allah taala supaya berhijrah ke Madinah Mencari tempat baru untuk berdakwah
menerusi wahyu.
Hijrah berlaku apabila Rasulullah SAW menerima Di Mekah, ancaman daripada orang
wahyu daripada Allah Taala yang mengizinkan Orang arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti
Islam berhijrah. Dalam wahyu ini, Allah telah penyebaran Islam.Walau bagaimanapun,
menyatakan niat dan pakatan Orang Quraisy untuk penghijrahan itu bukan bererti yang
membunuh baginda dan Allah telah memerintahkan orang Islam kecewa dengan
baginda untuk segera berhijrah. Dengan penentangan tersebut tetapi ini
Perlindungan Allah Taala, baginda dan sahabat merupakan strategi Nabi Muhammad
baginda, Abu Bakar As-Siddiq selamat sampai ke SAW untuk mengembangkan Islam. Bagi
Madinah. baginda, suasana aman di tempat baru
akan memudahkan lagi penyampaian
dakwah Islamiah. Hijrah juga
membolehkan sebuah masyarakat Islam
yang bersatu padu dan sempurna
diwujudkan.
Bai'at Aqabah
Perjanjian aqabah dilakukan dua kali, yang pertama dilakukan pada saat musim haji pada bulan Julai tahun
621 M, pada suatu malam dengan ditemani Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali, Nabi Muhammad SAW keluar
melewati perkampungan Dzhul dan Syaiban bin Tsa’labah. Beliau menyampaikan Islam kepada mereka.
Ketika Rasulullah melewati Aqabah di Mina, baginda mendengar beberapa orang yang sedang berbincang-
bincang. Ternyata mereka adalah enam orang pemuda Yathrib. Mereka pernah mendengar dari kaum
Yahudi Yastrib, bahawa ada seorang nabi dari para nabi yang diutus pada masa ini, yang akan muncul dan
akan mereka ikuti, sehingga mereka dapat memerangi kaum Khazraj. Namun, Nabi Muhammad SAW
menginginkan perdamaian antara mereka dan para pemuda Yathrib ini menyetujuinya. Setelah itu, mereka
memeluk Islam dan kembali ke Madinah.
Pada pelaksanaan haji tahun berikutnya, ada 12 orang yang datang, lima daripada mereka adalah enam
orang yang sudah bertemu Rasulullah sebelumnya. Mereka menyatakan diri masuk Islam dan melaksanakan
Bai’at Aqabah. Setelah bai’at itu terlaksana, beliau mengirim Mush’ab bin Umair Al-Abdary sebagai utusan
yang pertama yang menyebarkan agama islam dalam kalangan penduduk Yasthib. Beliau menginap di
rumah As’ad bin Zurarah. Suatu hari mereka pergi bersama ke perkampungan Bani Abdul Asyhal dan Bani
Zhafar.
Sementara itu Sa’ad bin Mu’adz dan Usaid bin Hudhair sebagai pemimpin kaum Bani Asyhal yang masih musyrik,
mendengar kedatangan mereka dan ingin menghalang mereka menyebarkan agama Islam. Namun, setelah
bertemu dengan Mush’ab dan mendengarkan ayat-ayat Al-Qur’an serta penjelasan tentang Islam, Sa’ad
menyatakan keinginannya untuk masuk Islam dan juga mengajak kaumnya juga untuk masuk Islam.
Pada musim haji berikutnya, iaitu tahun ketiga belas kenabian pada bulan Jun 622M, tujuh puluh tiga orang
lelaki dan tiga orang perempuan Yathrib yang telah memeluk Islam datang ke Mekah untuk menunaikan ibadah
haji. Mereka menginginkan Nabi agar berhijrah ke Yathrib untuk menyelamatkan baginda dari kafir Quraisy
Mekah. Tidak lama setelah itu, mereka bersepakat untuk berkumpul secara rahsia, di sebuah bukit di Aqabah
dan membentuk perjanjian Aqabah kedua dengan Nabi Muhammad SAW.
Kematian Abu Talib & Khadijah
Beliau kehilangan isteri tercinta tempat curahan kasih sayangnya. Kesedihan itu kembali bertambah setelah tidak
Ṭlama berselang bapa saudara Rasulullah iaitu Abu alib juga wafat. Dalam sejarah Islam peristiwa ini biasa dikenal
ā ḥ Ṭdengan mul uzni atau tahun duka cita.Kematian Abu alib ini menyebabkan Rasulullah kehilangan pelindung setia
Ṭyang sentiasa melindunginya daripada pelbagai ancaman. Pemergian Abu alib untuk selama-lamanya ini telah
memberi peluang kepada kaum musyrikin Quraisy untuk tidak ragu-ragu melakukan tindakan kekerasan kepada
Rasulullah dan para pengikutnya. KMereka semakin keras melancarkan intimidasi terhadap kaum muslimin.Semasa
bapa saudaranya masih hidup, Rasulullah tidak pernah mengalami gangguan seteruk yang dialaminya setelah Abu
Ṭalib wafat. Sehingga ada beberapa orang Quraisy yang berani menaburkan pasir di kepala baginda.
Tekanan Musyrikin Mekah
Selama 13 tahun hidup di kota Mekah, Rasulullah SAW serta
para pengikutnya sering mengalami cobaan besar dan siksaan
yang sangat pedih, di samping itu hak kemerdekaan mereka
dirampas, mereka diusir dan harta benda mereka disita. Nabi
dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau.
Orang-orang Musyrikin Mekah melarang keras Penduduk
Mekah daripada bergaul dengan Kaum Muslimin Malah, Nabi
sendiri telah diancam untuk dibunuh. Mereka mula
menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan
Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari
segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas.
Kedudukan Madinah yang strategik
Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara
Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat
penyebaran Islam. Madinah juga berpotensi menyaingi
kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini,
Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara
yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.
PERISTIWA
SEBELUM HIJRAH
Dar An-Nadwah
Orang-orang Quraisy mendapat tahu tentang keislaman sekumpulan penduduk Yathrib. Lantaran itu,
mereka meningkatkan penyeksaan kepada orang-orang mukmin di Makkah. Lalu Nabi SAW
mengarahkan orang-orang Mukmin berhijrah ke Madinah. Mereka berhijrah secara sembunyi kecuali
Umar RA. Beliau telah memberitahu orang musyrik Quraisy tentang penghijrahannya seraya berkata:
"Sesiapa yang mahu ibu kehilangan anaknya, esok tunggu aku di tengah wadi ini." Namun tiada
seorang pun berani keluar menyahut cabarannya.
Apabila orang-orang Quraisy merasa yakin bahawa orang Islam telah memperolehi kekuatan dan
perlindungan di Madinah, mereka mengadakan satu persidangan di Dar an-Nadwah. Mereka
bersidang untuk memikirkan langkah menghapuskan Rasul SAW sendiri. Mereka memutuskan untuk
memilih seorang pemuda yang gagah daripada setiap kabilah. Kemudian kesemua pemuda tersebut
membunuh Baginda serentak. Justeru itu, tuntutan darah Baginda akan teragih kepada setiap kabilah
menyebabkan Bani Manaf (keluarga Rasulullah) tidak upaya memerangi mereka semua dan terpaksa
menerima bayaran diat sahaja. Setelah itu pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuh Rasul
SAW berhimpun di muka pintu rumah Baginda pada malam Hijrah. Mereka menunggu Baginda keluar
untuk membunuhnya.
Keputusan Untuk Keluar
Dari Makkah
Pada malam tersebut Musyrikin Quraisy mengepung rumah Rasulullah SAW dan
bersiap sedia untuk menyerbu rumah baginda serta membunuhnya. Niat jahat
mereka diberitahu Allah Taala kepada Rasulullah dan memerintahkannya untuk
berhijrah ke Madinah. Di larut malam yang gelap pekat, Rasulullah SAW berjaya
menyelinap keluar dari rumahnya kemudian baginda pergi ke rumah Abu Bakar.
Baginda tidak tidur di tempat tidurnya. Rasulullah SAW telah meminta Saidina Ali
RA untuk tidur di tempat tidur baginda dengan menggunakan selimut baginda.
Rasulullah SAW pun keluar rumah, membelah barisan sekatan mereka malah
baginda telah mengambil segenggam pasir dari atas tanah di mana baginda
menaburkannya ke atas kepala mereka semua sambil membaca ayat Allah
daripada Surah Yaasin iaitu ayat 9. Kemudian, Allah membutakan penglihatan
mereka hingga mereka tidak sedikit pun melihat Rasulullah keluar di masa itu.
Kemudian, baginda pergi ke rumah Abu Bakar dan menyatakan tentang perintah
Allah supaya baginda berhijrah. Mereka berdua memutuskan untuk keluar dari
Makkah. Abu Bakar mengupah Abdullah bin Uraiqit ad-Daili, seorang musyrik untuk
menjadi penunjuk jalan ke Madinah. Dengan syarat dia mengelakkan jalan yang
biasa diketahui dan menggunakan jalan lain yang tidak diketahui oleh kafir
Quraisy.
Menurut al-Mubarkafuriyy di dalam kitabnya al-Rohiq al-Makhtum, Rasulullah SAW dan
sahabat Baginda, Saidina Abu Bakar RA keluar rumah untuk berhijrah ke Madinah pada
malam 27 Safar tahun 1 Hijrah iaitu bersamaan 12 September 622 Masihi.
Hanya Saidina Ali RA dan keluarga Saidina Abu Bakar RA yang mengetahui tentang hijrah
Baginda tersebut. Anak-anak perempuan Abu Bakar, Aishah dan Asma' berperanan
menyediakan bekalan untuk mereka berdua. Asma' telah memotong sebahagian daripada tali
ikat pinggangnya, lalu mengikat mulut karung makanan tersebut. Daripada peristiwa itu, dia
digelar: "Zat an-Nitoqain" (Perempuan yang mempunyai dua tali ikat pinggang). Dengan
bantuan Abdullah bin Uraiqit, Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar menghala ke Yaman sehingga
sampai ke Gua Thur. Mereka bersembunyi di dalamnya selama tiga malam.
Turut bermalam bersama mereka, Abdullah bin Abu Bakar yang masih remaja. Beliau seorang
pemuda yang berpengetahuan, mahir, peka dan cepat memahami. Beliau akan keluar
meninggalkan mereka pada waktu sahur lalu berpagi-pagian bersama orang-orang Quraisy
Makkah seolah-olah beliau tidur di Makkah. Apa-apa rancangan jahat terhadap Rasulullah
dan Abu Bakar yang beliau dengar daripada Quraisy, akan diingat sehinggalah beliau
menyampaikannya kepada mereka berdua pada waktu petangnya.
PERISTIWA SEMASA HIJRAH
(SEMBUNYI DI GUA THUR)
Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar telah bersembunyi di gua Thur selama 3 malam.
Setelah kaum Quraisy gagal dengan rancangan mereka untuk membunuh Rasulullah SAW,
mereka keluar mengejar Baginda mengikut jalan Makkah yang biasa namun tetap gagal
menemui Baginda.
Mereka menuju ke Yaman sehingga tiba di hadapan muka gua Thur. Sebahagian daripada
mereka telah berkata "Boleh jadi Muhammad dan temannya berada di dalam gua ini.
Namun sebahagian yang lain tidak bersetuju kerana terdapat sarang labah-labah dan sarang
burung di muka gua tersebut. Mereka menganggap bahawa tidak mungkin Rasulullah SAW
berada dalam gua tersebut tanpa menyentuh sarang-sarang tersebut.
Abu Bakar telah melihat kaki-kaki mereka ketika mereka berada di hadapan gua tersebut.
Beliau amat bimbang bahawa keberadaan Rasulullah SAW akan diketahui oleh mereka
namun Rasulullah menteteramkannya dengan bersabda "Wahai Abu Bakar, kamu sangka kita
berdua, sedangkan Allah adalah yang ketiga."
Individu yang turut menyumbang
perjalanan hijrah Rasulullah dan Abu
◈ Bakar:
Asma' Binti Bakar-Membantu
◈dengan menghantar makanan.
Amir bin Fuhairah- Menggembala
kambing berhampiran gua Thur agar
susu kambingnya dapat diberikan
◈ kepada baginda.
Abdullah bin Abu Bakar-Mengintip
kegiatan orang quraisy yang ingin
menjejak kehilangan baginda.
PERISTIWA SEMASA HIJRAH
DIKEJAR SURAQAH BIN MALIK
Dalam usaha pihak musyrikin Quraisy Sebaik sahaja Suraqah mendengar
untuk mencari Nabi Muhammad, mereka tentang ganjaran tersebut, dia terus
mempersiapkan kudanya. Dan pergi,
mengumumkan kepada semua kabilah, menelusuri laluan yang digunakan oleh
bahawa,sesiapa yang Berjaya,
Rasulullah SAW. .
membawa Muhammad hidup atau mati,
maka orang itu, akan dihadiahkan
dengan seratus ekor unta yang terbaik.
Dalam perjalanan, kuda Tidak jauh daripada tempat kudanya
Suraqah telah tersadung, terjatuh, Suraqah perasan akan kelibat
dan menyebabkan Suraqah Rasulullah SAW dan sahabatnya. Maka
Suraqah segera untuk mengambil busur
jatuh daripada pelana. panah, tetapi tubuhnya kaku ,dan tidak
mampu bergerak dari tempatnya.
Lalu Suraqah melihat ke arah Baginda Rasulullah SAW
dan sahabat , lantas berteriak memanggil mereka.
“Wahai kalian yang berada di sana, tolonglah kalian
berdoa kepada tuhan kalian untuk melepaskan kaki
kudaku. Aku akan membiarkan kamu pergi”.
Berkat doa Baginda ,maka Maka pada ketika itu, sekali Kembalilah Suraqah ke
terlepaslah kaki kuda Suraqah. lagi kaki kuda Suraqah kampung halamannya.
Akan tetapi sesudah itu, terbenam ke tanah. Suraqah Suraqah telah
ketamakan mula menguasai sekali lagi meminta tolong menyembunyikan kisahnya
Suraqah lantas menghentak kepada Baginda Kemudian,
dengan Nabi SAW
kudanya untuk mengejar Rasulullah SAW berdoa dan sehinggalah diyakininya
Rasulullah SAW. kuda Suraqah dapat terlepas bahawa Baginda telah tiba
daripada keadaan terbenam
di Madinah.
itu.
PERISTIWA SEMASA HIJRAH
PEMBINAAN MASJID QUBA
Dalam perjalanan, Rasulullah SAW dan sahabat
membina Masjid Quba yang merupakan masjid
pertama di dalam Islam. Masjid Quba terletak kira-
kira 10 km dari Madinah. Rasulullah sendiri terlibat
secara langsung dalam pembinaan Masjid Quba’.
Setelah Rasulullah dan para sahabat selesai
mebangunkan masjid Quba , mereka menyambung
perjalanan kembali ke kota Madinah.
Peristiwa Selepas hijrah
Ketika Baginda tiba di Madinah, Langkah pertama yang ingin dilakukan oleh Di Madinah, Baginda telah
Baginda singgah di perkampungan Bani Rasulullah setelah sampai di Madinah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan
Najjar. Penduduk Madinah menyambut adalah membina masjid. Masjid ini dibina Ansar dengan memperkenalkan sistem
kedatangan Nabi dengan sangat dengan hanya berasaskan taqwa kepada keluarga angkat. Setiap keluarga Muhajirin
gembira dan meriah. Allah. Tapak masjid ini dipilih oleh Baginda akan mendapat keluarga angkat daripada
berdasarkan di mana tempat untanya kaum Ansar.
berhenti ketika dalam perjalanan dari
Quba ke Madinah.
Mereka berebut-rebut mengajak Baginda juga turut membina beberapa buah
Baginda beristirehat di rumah rumah di kedua dua sisi masjid berkenaan. Setelah
mereka, namun Baginda telah rumah tersebut siap, Baginda berpindah dari
memilih untuk tinggal di rumah Abu rumah Abu Ayyub al-Ansari ke rumah tersebut.
Ayyub al-Ansari.
Kesan-kesan hijrah
Perubahan terhadap pusat gerakan islam dan perkembangan politik.
Kegiatan dakwah islam dapat dilaksanakan secara terbuka tanpa ancaman daripada kaum quraisy.
Mendorong penyebaran islam dengan lebih meluas melepasi sempadan politik mekah dan madinah sejurus
menyebabkan pertambahan umat islam.
Mengubah kedudukan nabi dimana nabi tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh pihak quraisy,
malahan baginda adalah pemimpin yang dihormati dan disegani.
Titik tolak penubuhan negara islam pertama di dunia apabila piagam madinah ditubuhkan. Piagam ini juga
menjadi perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Kehidupan penduduk madinah menjadi lebih sistematik dan hidup bebas daripada penindasan kesan daripada
sitem perundangan yang ditubuhkan.
Menamatkan konflik permusuhan antara suku aus dan khazraj dengan mempersaudarakan mereka.
Permulaan kepada perkiraan kalendar hijrah yang masih digunakan hingga kini
Sumber Rujukan
Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KBSM
SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. PENGAJARAN & PEDOMAN -Dr. Mustafa as-Syibale-
https://muzir.files.wordpress.com/2009/11/49725895-ar-raheeq-al-makhtum-melayu.pdf
https://www.researchgate.net/publication/337918168_Hijrah_Nabi_Muhammad_SAW
https://www.slideshare.net/gurusejprau/hijrah-nabi-16963721
https://www.republika.co.id/berita/agpaqz366/pengorbanan-abu-bakar-untuk-rasulullah-
di-gua-tsur
https://ikimfm.my/suraqah-bin-malik/
https://news.detik.com/berita/d-4797498/masjid-quba-masjid-pertama-yang-dibangun-
rasulullah
https://www.scribd.com/doc/64618139/Kesan-kesan-Penghijrahan-Nabi-Muhammad-S-a-
W-Dari-Makkah-Ke-Madinah
https://ikimfm.my/kisah-hijrah-rasulullah-saw/
https://www.utusan.com.my/premium/2021/08/hijrah-nabi-bukan-pada-muharam/
جزاكم الله خير الجزاء
والله أعلم...