WASIAT
2
DEFINISI WASIAT • Wasiat berasal daripada perkataan arab ‘wasa’ yang bermaksud membuat janji. • Istilah wasiyyah (wasiat) itu merujuk kepada sesuatu yang diwasiatkan. • Perkataan wasiat merangkumi wasiat terhadap harta atau selain harta. “AKU WASIATKAN KEPADA ANAKKU SUPAYA JANGAN TINGGAL SEMBAHYANG 5 WAKTU, JANGAN MENCURI, HORMAT ORANG YANG LEBIH TUA” WALAU BAGAIMANAPUN Penggunaan istilah wasiat dari segi syarak hanya merujuk kepada wasiat harta sahaja “Pemberian hak milikan yang berkuatkuasa selepas kematian sama ada perkara yang diwasiatkan itu berupa ayn atau manfaat.” ULAMA FIQH BERI TAKRIFAN YANG PELBAGAI “Janji tertentu yang khusus dan terlaksana selepas kematian pembuat janji.” KONSEP WASIAT
Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apaapa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati. • Pemberian / sumbangan harta oleh seseorang kepada orang / pihak lain setelah dia mati sama ada disebut perkataan wasiat / tidak Mazhab Syafi’e DEFINISI WASIAT Undang-Undang Wasiat Mesir 1946 Suatu tasarruf terhadap harta pusaka yang terlaksana selepas kematian Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 Subseksyen 2(1) KONSEP WASIAT
CONTOH WASIAT “Saya nak wakafkan tanah ni untuk buat maahad tahfiz lepas saya mati nanti.” “Duit Tabung Haji saya ni nanti serah kepada anak yatim.” “Saya bagi tanah belakang rumah saya kepada kak zaiton lepas saya tiada nanti.” “Kalau saya takde nanti, kereta VW saya ni serahkan kepada adik angkat saya.” KONSEP WASIAT
CIRI-CIRI ASAS WASIAT Harta yang Diwasiatkan Terhad Sehingga 1/3 daripada Harta Pusaka Pewasiat Akad Tabarru’ yang Tidak Memerlukan Balasan Benefisiari Wasiat Terhad kepada Bukan Waris Akad yang Berkuat Kuasa Selepas Kematian Pewasiat Tasarruf untuk Pindah Milik Harta Pewasiat kepada Penerima Wasiat KONSEP WASIAT
PERINGKAT AWAL WAJIB SELEPAS TURUN AYAT MAWARITH SUNAT HUKUM BERWASIAT • Peringkat awal, hukum berwasiat WAJIB bagi orang yang mempunyai harta. • Jumhur fuqaha (Hanafi, Maliki, Shafi’i dan Hanbali) – setelah turunnya ayat MAWARITH, hukum berwasiat menjadi SUNAT AYAT 11, 12 DAN 176 SURAH AL-NISA’ AYAT 180 SURAH AL-BAQARAH HUKUM WASIAT
WASIAT KEPADA WARIS WASIAT KEPADA WARIS Jumhur fuqaha berpendapat wasiat kepada waris adalah TIDAK DIHARUSKAN dalam undang-undang Islam dan wasiat HANYA SAH dibuat kepada BUKAN WARIS yang menerima bahagian harta melalui hukum faraid. (al-Shawkani, 1999) إن هللاعزوجل ،قد أعطى كل ذي حق حقه،فالوصيةلوارث Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a.: “Sesungguh Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak. Maka tiada wasiat untuk waris” (Riwayat Abu Daud) ANAK ANGKAT, ANAK TIRI, ADIK IPAR, CUCU, BAPA SAUDARA, ADIK BERADIK. • SETIAP WARIS TELAH DITENTUKAN HAK DAN BAHAGIAN MASING-MASING DALAM HARTA PUSAKA • LARANGAN BERWASIAT KEPADA WARIS IALAH BAGI MENJAGA KEUTUHAN INSTITUSI KELUARGA • JIKA SEBAHAGIAN WARIS YANG DIBERIKAN HARTA SECARA WASIAT DAN SEBAHAGIAN LAGI TIDAK, DIBIMBANGI AKAN MENIMBULKAN PERSELISIHAN KENAPA WASIAT UNTUK WARIS TIDAK DIHARUSKAN?
Penentuan seseorang itu waris atau bukan dibuat pada masa kematian pewasiat. Keizinan dibuat selepas kematian pewasiat oleh waris yang berkelayakan. WASIAT KEPADA WARIS WASIAT KEPADA WARIS NAMUN DEMIKIAN JIKA SESUATU WASIAT ITU DIBUAT KEPADA WARIS BAGAIMANA? Ia akan tertakluk kepada PERSETUJUAN WARIS-WARIS LAIN selepas kematian pewasiat. ُ الورثة َ ثإالأن يشاء لوارٍ ٌ وصية ُ التجوز Daripada Abdullah bin Abbas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain” (Riwayat al-Baihaqi) Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2018 “Sesuatu wasiat yang dibuat kepada waris adalah tidak berkuatkuasa melainkan jika dipersetujui oleh waris-waris lain selepas kematian pewasiat” FATWA WASIAT KEPADA WARIS DI SELANGOR
WASIAT KEPADA WARIS BAGAIMANA JIKA WARIS-WARIS LAIN TIDAK SETUJU? WASIAT TERSEBUT DIANGGAP BATAL JIKA SEBAHAGIAN WARIS BERSETUJU DENGAN WASIAT KEPADA WARIS DAN SEBAHAGIAN LAGI TIDAK SETUJU, WASIAT HANYA BOLEH DILAKSANAKAN PADA BAHAGIAN WARIS YANG BERSETUJU SAHAJA. WARIS YANG TIDAK SETUJU PERLU DIBERI HAK DAN BAHAGIAN FARAID MEREKA Asasnya, setiap orang waris adalah berhak ke atas bahagian pusakanya dan pelepasan haknya untuk diberikan kepada waris yang diwasiatkan itu adalah hak eksklusifnya. (Ibn Qudamah, 2004) Contoh: “Pandai-pandai kau je kata arwah abah ada bagi kat kau kereta ni? “Aku tak tahu pun”
KADAR WASIAT KADAR HARTA YANG BOLEH DIWASIATKAN ORANG ISLAM HANYA DIBENARKAN BERWASIAT SEHINGGA 1/3 DARIPADA HARTA PUSAKA SELEPAS DISELESAIKAN SEGALA URUSAN JENAZAH DAN PEMBAYARAN HUTANG. ت ُ ْ ُ ل ق َ ل َ ُ ي و س َ ر ّلل ي ه ص ا َ هل ه و ا ُ أ َ ه ُك ِب ه ه ه ل َل َ ا َ ق ت ل ش ُ ال َ َ ف ْ ُ ل ق ُ ل َل َ ا َ ر ق ْ ط ت ُ ُّ ث الث ُ ُ ُّ ل الث َ ل ف َ ا َ ث ق ُ ُ ُّ ل الث ْ ُ ل ق ث َ ُ ُ و ل ر هي َكث َك َ ن ه ن ْ َ د إ أ َ َ َ َك ت ت َ ث َ َ ع ر َ و َ اء َ ي ه ن ْ غ َ ي أ خْر َ ْ ن ه ن ْ َ م أ ْ م ُ ه َ دع َ َ ت ة َ ال ن َ َ فو ُ ف َكَ ع َ ت َ س ي َ َا هف الن ْ هم ه ي ه ْد ي َ أ Daripada Saad bin Abu Waqqas r.a.: “Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku. Baginda menjawab: Tidak. Aku berkata: Sebahagiannya. Baginda menjawab: Tidak. Aku berkata: Sepertiga. Baginda menjawab: Ya, sepertiga dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka.” (Riwayat al-Bukhari) ✓Maksimum 1/3 - setelah ditolak semua perbelanjaan pengebumian & hutang-hutang ✓Tujuan dihadkan 1/3 - untuk menjaga kepentingan waris ✓Kebanyakan sahabat tidak berwasiat sehingga mencapai had 1/3
KADAR WASIAT KADAR HARTA YANG BOLEH DIWASIATKAN PENENTUAN KADAR 1/3 DIBUAT PADA WAKTU KEMATIAN PEWASIAT (al-Sharbini, 2005) Jika ada pertambahan dari segi nilai atau bentuk fizikal harta wasiat yang telah ditentukan berlaku selepas kematian pewasiat (seperti, pertambahan saiz dana syarikat, keuntungan saham, penghasilan buah di kebun, kelahiran binatang ternakan dll.), maka ianya adalah dimiliki oleh penerima wasiat dan tidak termasuk dalam kiraan 1/3 daripada harta yang perlu diasing untuk melaksanakan wasiat dan segala perbelanjaan dalam tempoh tersebut adalah tertanggung ke atas penerima wasiat itu. Subseksyen 21(2), Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 Jumhur fuqaha WASIAT YANG MELEBIHI 1/3 BOLEH DILAKSANAKAN JIKA DIPERSETUJUI OLEH WARIS-WARIS SELEPAS KEMATIAN PEWASIAT BAGAIMANA JIKA WASIAT YANG DIBUAT MELEBIHI 1/3 HARTA? Boleh ke pewasiat mewasiatkan lebih daripada 1/3 kerana tiada waris • Mazhab Hanafi – Boleh dilaksanakan • Jumhur – Kadar 1/3 perlu dipatuhi kerana 2/3 adalah hak orang Islam dan kembali kepada Baitulmal
CARA BERWASIAT Lisan Tulisan Isyarat Seksyen 3, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor 1999 PEMBENTUKAN WASIAT 13 Apa sahaja medium yang digunakan mestilah mampu menunjukkan unsur kerelaan pemilik harta untuk melupuskan hartanya menerusi wasiat. (Ahmad Hidayat Buang, 1994) Bukan dalam keadaan dipaksa dan tidak memahami apa yang diwasiatkan.
Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan surat kuasa mentadbir wasiat (geran probet) UNDANG-UNDANG WASIAT ORANG ISLAM DI MALAYSIA Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Kelantan) 2009 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Pahang) 2017 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sabah) 2018 14 • Akta Probet dan Pentadbiran 1959 • Peraturan 71 dan 72 di bawah PeraturanPeraturan Mahkamah Tinggi 1980 • Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 Akta yang Terlibat dalam Pentadbiran Wasiat Orang Islam SETAKAT INI HANYA 6 NEGERI YANG TELAH MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG WASIAT Mahkamah Tinggi Syariah di seluruh Malaysia berbidang kuasa untuk membicarakan perihal wasiat orang Islam. Contoh: (Subseksyan 61(3), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Enakmen wasiat adalah merupakan undangundang substantif dan bukannya administratif Pentadbiran harta wasiat orang Islam masih lagi berada di bawah undang-undang sivil, sama seperti wasiat bukan Islam. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah hanyalah mengesahkan wasiat sahaja.
Subseksyen 5(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 “ Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.” BIDANG KUASA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI (MAIN) KE ATAS WASIAT ORANG ISLAM 15 Peruntukan ini wujud dalam Akta / Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri Contoh: Subseksyen 5(4), Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 Subseksyen 6(1), Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994
PENTADBIRAN WASIAT ORANG ISLAM 16 Di Malaysia, pentadbiran wasiat orang Islam dilaksanakan oleh pelbagai agensi antaranya syarikat milikan tunggal dan perkongsian kecil (enterprise), syarikat perkongsian (sdn. bhd), syarikat amanah (berhad), institusi kewangan, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), peguampeguam syarie dan sivil dan mahupun orang perseorangan secara persendirian. Namun yang sering mendapat liputan meluas adalah syarikat-syarikat amanah seperti Amanah Raya Berhad, As-Salihin Trustee, Wasiyyah Shoppe (sekadar menyebut beberapa nama). Ini berkemungkinan kaedah pemasaran mereka yang meluas di seluruh Malaysia.
Mengurus Jenazah Simati Melangsaikan Hutang Simati Tuntutan Harta Sepencarian Wasiat KEDUDUKAN WASIAT SELEPAS BERLAKU KEMATIAN 17 Pembahagian Harta Pusaka
www.wasiat.com.my 18
19
Terima maklumat kematian pewasiat Siasat dan sediakan laporan siasatan kematian Pembacaan wasiat kepada ahli waris dan benefisiari Membuat pengesahan wasiat di MTS (sekiranya perlu) Memohon geran probet di Mahkamah Tinggi Sivil Membuat permohonan pembahagian pusaka di JKPTG (sekiranya berkaitan) Mendapatkan perintah pembahagian di JKPTG atau Mah Tinggi Sivil Mengagih harta wasiat dan pusaka kepada benefisiari dan ahli waris PROSEDUR PENGURUSAN SELEPAS KEMATIAN PEWASIAT 20
Tanggungjawab Wasi (MAIS) • Memegang amanah menjaga kerahsiaan wasiat yang dibuat • Melaksanakan tugas sebaik sahaja kematian pewasiat • Memelihara kepentingan pewasiat dan benefisiari • Menjadi pemudahcara yang menjaga keharmonian antara benefisiari dan ahli waris 21
Sektor Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor Ting. 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-5514 3773 / 3772 / 2190 / 3570 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my www.wasiat.com.my www.efaraid.mais.gov.my Baitulmal MAIS baitulmalmais Majlis Agama Islam Selangor mais_officialhq 22