The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

wasiat dan hibah instrumen hebat merancang dan membahagi harta

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by makhiadnan, 2023-12-18 22:18:58

wasiat dan hibah instrumen hebat merancang dan membahagi harta

wasiat dan hibah instrumen hebat merancang dan membahagi harta

Keywords: wasiat

WASIAT DAN HIBAH INSTRUMEN HEBAT MERANCANG DAN MEMBAHAGI HARTA


KONSEP HARTA DALAM ISLAM م ن ُّ ِ الد اة َ ي َ ح م ال ُ ة َ ين ِ ز َ ون ُ ن َ ب م ال َ و الُ مَ اْل َ ِلح ا الصَّ ُ ات َ ِقي ا َ ب م ال َ او َ ي ُ ات لً َ م َ أ ٌ ر م ي َ خ َ او ً اب َ و َ ث َ ِك ب َ ر َ د م ِعن ٌ ر م ي َ خ َ ن م ِفت م م ُ ك ُ د َ َل م و َ أ َ و م م ُ ك ُ ال َ و م م َ ا أ َ م َّ ن ِ ِظ إ َ ع ٌ ر م ج َ أ ُ ه َ د م ِعن َ َّللا َّ ُ ۚو ٌ ة ٌ يم “Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.” (al-Kahfi: 46) “Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (al-Taghabun: 15) Harta merupakan keperluan dan amat ingin dimiliki oleh manusia Manusia mampu memenuhi dan mencapai sama ada dalam bentuk Daruriyyat, Hajiyyat dan Tahsiniyyat Islam tidak melarang manusia untuk mengumpul dan memperoleh harta asalkan mengikut hukum syarak


KENAPA PERLU BERWASIAT DAN HIBAH? ❑Wasiat dan hibah merupakan dua kaedah yang penting bagi perancangan dan pembahagian harta orang Islam. ❑Wasiat adalah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. ❑Hibah adalah pemberian harta yang berlaku semasa pemberi hibah masih hidup. ❑Wasiat dan hibah amat digalakkan kepada umat Islam bagi memudahkan pengurusan harta dan juga bagi mengelakkan isu pertikaian harta di antara keluarga, saudara dan/atau ahli waris kelak.


Kita biasa dengar orang sebut WASIAT, tapi ramai di antara kita yang masih keliru apa itu WASIAT


KELIRU Wasiat ni sebenarnya penting ke tak penting? Kenapa kena buat wasiat? Kalau tak buat tak boleh ke? Kalau buat wasiat, wajib ditunaikan ke? Dulu arwah mak bapak saya pernah pesan, itu wasiat ke? Saya nak bagi harta kepada anak saya, boleh ke saya buat wasiat? Bapa saya dah pesan siap-siap kalau dia mati nanti, tanah dia jadi milik saya. Tu wasiat ke?


SEBENARNYA KITA MEMANG DIGALAKKAN MENULIS WASIAT Wasiat bukan perkara baru dalam Islam Wasiat telah disyariatkan oleh Allah SWT Wasiat adalah kaedah perancangan harta ن ٍ م ي َ د م و َ ا أ َ ه ِ و ِص ي ب ُ ةي ٍ َّ ِصي َ ِد و م ع َ ب م ِمن Yang bermaksud: “(Pembahagian itu) sesudah dilaksanakan wasiat si mati dan dibayarkan hutangnya…” (Surah al-Nisa’ : 11)


Daripada Abdullah bin Umar r.a.: Tidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu ingin diwasiatkan tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya. (Riwayat Muslim) DALIL HADITH ِف َ و ِص ي ُ ي م ن َ أ ُ يد ِ ر ُ ي ٌ ِ ٍم، لهش يء ل م س ُ ئ م ٍ ِ ر م ام ُّ ق َ ما ح َّ َِل ِن، إ م ي َ ت َ ل م ي َ ل ُ يت ِ ب َ ِه، ي ي ُ ه َ د م ِعن ٌ ة َ وب ُ ت م ك َ م ُ ه ُ ت َّ ِصي َ و َ و . ه َ ت َّ ِصي َ و َ ِم ر ُ ن ح َ م َ حروم َ امل َّ إن Daripada Anas bin Malik r.a.: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang malang ialah orang yang terhalang (dengan sebab tidak sempat) berwasiat. (Riwayat Ibn Majah)


Hukum asal wasiat adalah WAJIB dibuat kepada: i. Ibu bapa; dan ii. Saudara mara terdekat. Walau bagaimanapun, perintah wajib ini telah dimansuhkan. Menurut kebanyakan sahabat dan Mazhab Sunni yang empat termasuk Imam Syafie, apabila turunnya ayat “al-Mawarith” iaitu ayat 11, 12, dan 176 surah al-Nisa’


Apakah Maksud Wasiat? • Pemberian / sumbangan harta oleh seseorang kepada orang / pihak lain setelah dia mati sama ada disebut perkataan wasiat / tidak Mazhab Shafi’i


APAKAH ASAS UNTUK MEMBUAT WASIAT? Pemberian untuk bukan waris • Ahli keluarga yang miskin • Anak-anak yatim • Ahli keluarga susuan • Ahli keluarga perkahwinan • Anak angkat • Kebajikan atau amal jariah ditujukan kepada masjid atau institusi-institusi kebajikan Terhad sebanyak 1/3 harta sahaja • Maksimum 1/3 daripada harta pewasiat setelah ditolak perbelanjaan pengkebumian & hutang-hutang • Tujuan dihadkan utk menjaga kepentingan waris • Kebanyakan sahabat tidak berwasiat sehingga mencapai had 1/3 Baki 2/3 dibahagikan kepada waris-waris • Dibahagi secara faraid kepada waris-waris • Jika wasiat melebihi 1/3, perlu dapatkan persetujuan waris-waris • Jika ingin dibahagi secara sama rata perlu dapatkan persetujuan waris-waris


إن هللاعزوجل ،قد أعطى كل ذي حق حقه،فالوصيةلوارث Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguh Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak. Maka tiada wasiat untuk waris” (Riwayat Abu Daud) ُ الورثة َ ثإَلأن يشاء لوارٍ ٌ وصية ُ َلتجوز Daripada Abdullah bin Abbas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain” (Riwayat al-Baihaqi)


Saad bin Abu Waqqas r.a. berkata: Telah datang Rasulullah s.a.w utk melihatku sedang aku berada di Makkah. Aku berkata: Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku. Baginda menjawab: Tidak. Aku berkata: Sebahagiannya. Baginda menjawab: Tidak. Aku berkata: Sepertiga. Baginda menjawab: Ya, sepertiga & sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik drpd engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kpd manusia dgn tangan mereka (Hadis riwayat alBukhari & Muslim). ت ُ ل ُْ ق َ ي وَل ُ س َ ر و هص ا َّلل ي ه اهل أُ َ ه ِب ه ُكل ت ق َل َ ه اَل ه ُ ل ُْ ق ُ ر ْ شط ال َ َ ت قاَل َل َ ف ُ ل ُْ ق ث اَل ُ ُ ُّ ل الث َ ث ق ُ ُ ُّ ل الث َ ث ف ُ ُ ُّ ل الث َ و ر ي ه َك ث َك َ ن ه ن إ ْ أَ َ َع َد َ َك ت ث َت َ ر َ و أَ َ اء َ ي ه غن ْ ْر َي ْ خ ن ن ه ْ م أَ ْ م ُ ه َ َع َد ت الَة َ ع وَن ُ فف َكَ َ ت َ ي َ َاس هف الن ْ ههم ي ه د ْ أَي


Ahmad AP m/dulu Cucu lelaki Keterangan: Sekiranya datuk meninggal dunia, cucu lelaki daripada anak perempuan yang mati dahulu tidak berhak menerima pusaka datuk kerana cucu tersebut adalah waris dhawi-al-arham. Oleh yang demikian untuk membolehkan cucu tersebut menerima pusaka, datuk boleh mewasiatkan hartanya kepada cucu tersebut. Mengikut kaedah wasiat, cucu akan mendapat maksimum1/3 bahagian dan SIBL mendapat 2/3 bahagian. Terpulang kepada persetujuan SIBL untuk memberikan selebihnya kepada CL. SIBL Contoh Wasiat


Ahmad Cucu Keterangan: Sekiranya Ahmad meninggal dunia, hanya 2 orang anak sahaja yang akan mewarisi hartanya. AL yang mati dahulu tidak mewarisi, Demikian juga anaknya (cucu Ahmad). Oleh itu wajar sekiranya Ahmad meninggalkan wasiat kepada cucunya. Anak Lelaki Anak Perempuan Anak Lelaki M/dulu Contoh Wasiat


Ahmad Keterangan: Sekiranya diwasiatkan, anak angkat akan turut menerima pusaka Ahmad maksimum 1/3 bahagian, manakala 2/3 bahagian lagi diwarisi oleh saudara seibu sebapa lelaki sebagai waris asabah. SIBL Anak Angkat Contoh Wasiat


CONTOH WASIAT KEPADA WARIS AHMAD DUSUN KERETA Rubiah KEBUN GETAH MAT RUMAH NORKIAH RUMAH ALI


Sofiah Keterangan: Sekiranya Sofiah mewasiatkan kesemua hartanya kepada Sabariah. Wasiat itu tidak boleh dilaksanakan, kecuali dipersetujui oleh Kasim, Rubiah dan Ahmad. RUBIAH SIBP 1/12 Suami KASIM 1/4 Anak Perempuan (SABARIAH) 1/2 AHMAD SIBL 2/12 CONTOH WASIAT KEPADA WARIS


BOLEH KE WASIAT DIBATALKAN? • Batal sebahagian atau keseluruhan • Saidina Umar pernah berkata, “Seseorang boleh mengubah wasiatnya sebagaimana yang dikehendakinya” Pewasiat boleh batalkan atau tarik balik wasiat selagi masih hidup • “Saya tarik balik wasiat ini” • “Harta ini haram ke atas kamu” • “Harta ini untuk warisku selepas aku mati” Pewasiat boleh batalkan secara nyata atau tersirat • Harta telah dijual, dihibah atau digadai • Harta telah dijadikan upah atau mas kahwin Pewasiat lakukan perbuatan yang menunjukkan beliau menarik balik wasiatnya 18


Wasiat yang dibuat oleh seseorang hanya berkuat kuasa selepas berlaku kematian pewasiat Wasiat dianggap selesai bila ada ijab daripada pewasiat, sedangkan qabul tidak diperlukan semasa pewasiat masih hidup & ia hanya diperlukan selepas pewasiat mati Wasiat boleh dibuat kepada sesiapa sahaja kecuali ahli waris & tak boleh lebih 1/3 dari harta pusaka Wasiat yang dibuat semasa hidup sah untuk dilaksanakan selepas kematian kecuali ia bercanggah dengan hukum syarak Wasiat boleh dibuat sama ada dengan perkataan @ tulisan Wasiat yang dibuat oleh bukan mukallaf adalah tidak sah Muslim @ non Muslim boleh menjadi penerima wasiat Wasiat kepada waris tidak harus kecuali diizinkan oleh waris-waris lain selepas kematian pewasiat Wasiat lebih 1/3 harta pusaka adalah tidak harus kecuali diizinkan oleh waris-waris selepas kematian pewasiat PRINSIP UMUM WASIAT ISLAM


Kenapa Perlu Buat Wasiat? Melantik Wasi • Pentadbir wasiat • Pentadbir harta pusaka Melunas Hutang Piutang • Pesanan ke atas hutang yang masih wujud • Langsai melalui harta pusaka pewasiat Melakukan Amal Jariah • 1/3 daripada harta pusaka • Tidak boleh dibantah oleh waris-waris Menyatu Padukan Ahli Waris • Keharmonian di kalangan waris • Tiada rasa kecewa, iri hati dan terluka


KAEDAH MENULIS WASIAT DI SELANGOR Manual • Isi Borang A www.mais.gov.my • Hantar ke MAIS Daerah atau Ibu Pejabat Online • Isi eWasiat www.wasiat.com.my • Hantar secara online • Draf siap dijana terus


PENULISAN WASIAT SECARA ATAS TALIAN www.wasiat.com.my


Sebagai Wasi kepada wasiat Sebagai Pentadbir Pusaka dan Pemegang Amanah Wujud sejak Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1952 BIDANG KUASA MAIS KE ATAS WASIAT ORANG ISLAM


BAGAIMANA JIKA BERLAKU PERTIKAIAN KE ATAS WASIAT? Seksyen 61, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah. (3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah— (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan— (v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut; (viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;


DEFINISI HIBAH Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan


PERBEZAAN HIBAH & WASIAT Pemberian harta kepada seseorang Hibah / sesuatu pihak semasa hidup • Pemberian harta kepada seseorang / sesuatu pihak selepas meninggal dunia Wasiat


HUKUM DAN DALIL PENSYARIATAN HIBAH ❖ Hibah ialah suatu amalan yang digalakkan. ❖ Hukum memberi hibah dalam segala bentuknya yang merangkumi hadiah dan sedekah adalah sunat berdasarkan dalil daripada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Firman Allah S.W.T.: ِ ر َّ ام ً ِيئ ن َ ه ُ وه ُ ل ُ ك َ اف ً س ْ ف َ ن ُ ه ْ ِن ءم ٍ ْ ي َ ن ش َ ع ْ م ُ ك َ ل َ ن ْ ِن ِطب إ َ ف ا ً ئيئ Yang bermaksud: “Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 4) Berdasarkan jumhur, ayat tersebut menjadi dalil bahawa pemberian yang dilakukan oleh seorang isteri daripada maharnya kepada suaminya adalah harus. Dengan demikian, keharusan mengambil pemberian isteri menerusi hibah merupakan dalil kepada keharusan hibah.


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saling memberi hadiahlah kamu, nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.” (Riwayat al-Bukhari)


KONSEP HIBAH Pindah milik – sewaan & pinjaman Sesuatu benda @ harta – hutang Secara sukarela – zakat, kaffarah dll. Pada masa hidup – wasiat Tanpa balasan – jual beli


RUKUN HIBAH Pemberi Penerima Barang yang dihibah Sighah


KADAR HARTA YANG BOLEH DIHIBAHKAN ▪Bebas kepada pemilik harta untuk memberikan hartanya TANPA TERIKAT KADAR TERTENTU. ▪Harus menghibahkan keseluruhan harta. ▪Rasulullah pesan supaya berlaku adil kepada anak-anak.


ELEMEN QABD DALAM HIBAH Tindakan penerima menerima harta yang dihibahkan seperti: a. MENERIMA SERAHAN HARTA b. MEMEGANG HARTA c. MENGUASAI HARTA d. MENJADIKAN HARTA ITU MILIK PENERIMA Qabd merupakan keperluan supaya hibah berkuatkuasa Ijab dan qabul tanpa qabd tidak berlaku hibah


KAEDAH PELAKSANAAN QABD Harta Tak Alih • Penghibah mengosongkan tanah / rumah untuk dimanfaatkan oleh penerima hibah • Penghibah beri kunci rumah kepada penerima walaupun penerima belum memasuki rumah • Penghibah beri geran tanah • Penghibah memindah milik tanah melalui 14A KTN • Penerima membayar cukai tanah Harta Alih • Penghibah memindahkan harta kepada penerima hibah untuk disimpan di bawah jagaannya • Penghibah menyerahkan kunci kereta • Penghibah serah geran kenderaan • Penghibah tukar nama kenderaan • Penghibah memindahkan wang / saham dsb kpd penerima


PENARIKAN BALIK HIBAH ❑ Hukum hibah BERKUATKUASA SERTA-MERTA. Jumhur fuqaha’ daripada mazhab Maliki, Syafi’i, dan Hanbali menyatakan bahawa akad hibah memberi implikasi pemilikan yang lazim, maka penarikan balik (ruju’) hibah pada asasnya tidak boleh dilakukan. ❑ Sebagaimana hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang menarik kembali hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya.” (Riwayat al-Bukhari)


PENGECUALIAN ➢ Pengecualian diberikan kepada bapa berdasarkan sebuah hadis daripada Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang yang telah menghulurkan satu pemberian menarik kembali pemberiannya melainkan pemberian seorang bapa kepada anaknya.” (Riwayat al-Nasa’ie) ➢ Selain hadis itu, hadis yang turut menjadi sandaran fuqaha’ dalam menentukan keharusan bapa meruju’ hibah kepada anaknya ialah hadis daripada Nu‘man bin Bashir r.a. mengenai perintah Rasulullah SAW kepada Bashir supaya menarik kembali hibah yang diberi kepada salah seorang anaknya atas dasar pemberian tersebut tidak dilakukan secara adil antara anak-anaknya. Jika penarikan balik tersebut tidak diharuskan, nescaya Rasulullah SAW tidak memerintahkan supaya Bashir menarik kembali hibahnya.


HIBAH SEMASA MARAD AL-MAUT ❑ Penghibah SEDANG SAKIT TENAT ATAU SAKIT YANG MEMBAWA KEPADA KEMATIAN ❑ Tidak boleh lebih daripada 1/3 harta ❑ Tidak boleh hibah kepada waris ❑ Kaedah wasiat adalah terpakai


KELEBIHAN HIBAH Memupuk kasih sayang dan mengeratkan silaturrahim Pemberian semasa hidup kepada sesiapa yang dikehendaki Pemberian tanpa had Pemberi hibah masih boleh mengambil manfaat daripada harta yang dihibahkan Alternatif penyelesaian pembahagian harta Perceraian dan perbezaan agama tidak menjejaskan hak pemberian hibah Boleh dibuat mengikut kesesuaian taraf hidup penerima


KAEDAH HIBAH DI MAIS • Borang Hibah • www.mais.gov.my Manual


Sek 61(3)(b)(vi), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah – (b) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan – (vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seorang Islam BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN HIBAH


KESIMPULAN Buatlah perancangan dan pembahagian harta daripada sekarang demi untuk memperkukuhkan tali ikatan silaturrahim Islam menyediakan instrumen yang baik dan adil kepada umatnya untuk merancang dan membahagi harta Perancangan dan pembahagian harta yang dibuat lebih awal dapat mengelakkan berlakunya perkaraperkara yang tidak diingini di kemudian hari.


Sekian, Wallahu a’lam wasiat hibah pusaka faraid MAIS wasiatislam Bahagian Harta Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor Ting. 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-5514 3773 / 3772 / 2190 / 3570 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my / www.wasiat.com.my


Click to View FlipBook Version