INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI,KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
(GKB 1053)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR WAN EISYA BINTI WAN MAHMOOD
ANGKA GILIRAN 2020192310142
NOMBOR KAD PENGENALAN 020728-03-0690
KUMPULAN PPISMP JUN 2020 (G7)
NAMA KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS
NAMA PENSYARAH GKB 1053
TARIKH HANTAR CIK HASLINDA BINTI MOHAMAD SAAD
TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH 2 NOVEMBER 2020
PENGHARGAAN
ASSALAMUALAIKUM WBT. DAN SALAM SEJAHTERA,
Alhamdulillah,pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran dan setinggi-tinggi penghargaan
serta terima kasih kepada Allah S.W.T kerana dengan segala limpah rahmat dan kurniaan-
Nya, saya telah diberikan keselamatan dan kesihatan sehingga berjaya menyiapkan tugasan
ini. Seterusnya, ingin saya mengucapkan selawat dan salam keatas junjungan yang mulia,
nabi kita Muhammad S.AW. dan para sahabat.
Di samping itu,saya juga ingin mendedikasikan beribu-ribu penghargaan dan terima
kasih ini khususnya kepada pensyarah saya yang saya hormati, Cik Haslinda Binti Mohamad
Saad kerana dengan penuh kesabaran memberikan tunjuk ajar kepada saya dengan penuh
amanah dan dedikasi. Hasil daripada tunjuk ajarnya, dapatlah sedikit sebanyak membuka
ruang untuk saya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada waktu dengan jayanya.
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini,terima kasih yang tidak terhingga juga saya
ucapkan kepada ibu saya yang saya cintai iaitu Puan Anita Khana binti Ahmad serta keluarga
kerana telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sehingga saya berjaya menyelesaikan kerja kursus ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ini juga saya tujukan
kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan dan bimbingan yang tulus dan jitu
terhadap setiap perkara yang telah saya lakukan .Mereka membantu saya dengan menjawab
setiap pertanyaan dan persoalan yang telah saya tujukan kepada mereka dengan hati yang
terbuka dan ikhlas. Semoga Allah membalas jasa baik mereka kepada diri saya.
Akhirulkalam, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau secara tidak langsung ketika proses pembuatan kerja kursus ini.
Sekian,terima kasih.
1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 1
Penghargaan 2
Isi Kandungan 3
1.0 Pengenalan 4
2.0 Kemahiran Berfikir CoRT 1 4
5
3.0 Contoh Alat-Alat Berfikir CoRT 1 6
3.1 PMI 6
3.2 CAF 7
3.3 C&S 8
3.4 AGO 9
3.5 FIP 9-10
3.6 APC 11
3.7 OPV
4.O Kesimpulan
Rujukan
2
1.0 PENGENALAN
Proses pengajaran dan pembelajaran ini berkait rapat dengan bidang pendidikan dimana
ianya terdiri daripa guru dan juga pelajar.Pada zaman kini,terdapat pelbagai kemudahan yang
disediakan oleh pihak bertanggungjawab bagi memudahkan urusan sesuatu perkara
tersebut.Dalam bidang Pendidikan ini,pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memperkenalkan satu cara belajar yang menggunakan alat-alat berfikir sebagai suatu perkara
untuk memudahkan serta melancarkan proses pembelajaran.Tambahan pula,cara ini telah
menyebabkan penambahan kualiti kecemerlangan pelajar.Salah satu alat yang diaplikasikan
ialah alat berfikir CoRT yang diasaskan oleh Edward De Bono.Nama CoRT ini diambil
daripada singkatan perkataan ‘Cognitif Research Trust’.Beliau telah mencuba kaedah ini di
beberapa buah sekolah di Barat untuk melihat keberkesananya terhadap pelajar.Setelah
itu,beliau meminta para guru dan pelajar menggunakan kaedah tersebut ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Terdapat enam alat berfikir yang diperkenalkan
oleh beliau iaitu CoRT 1,CoRT 2,CoRT 3,CoRT 4,CoRT 5,CoRT 6.Setiap alat berfikir tersebut
mempunyai komponen-komponen yang tertentu.Kemahiran berfikir ini dapat didefinisikan
sebagai suatu proses yang menggunakan minda dalam mencari sesuatu makna dan
pemahaman terhadap sesuatu perkara.Selain itu,ia juga melatih pelajar untuk menerokai
pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan sekaligus membuat refleksi dan
metakognitif terhadap proses yang dialami.
2.0 KEMAHIRAN BERFIKIR CoRT 1
Kemahiran CoRT 1 ini merupakan satu alat dimana ianya dicipta dalam bentuk garis panduan
bagi menambah baik cara pemikiran serta kualitinya dalam diri seseorang.Tambahan pula,ia
membantu seseorang itu untuk lebih cekap dalam membuat sebarang keputusan dan
menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang betul.Alat CoRT 1 ini dihasilkan bertujuan
untuk meluaskan lagi persepsi dalam diri seseorang itu terhadap sesuatu buah fikiran dan
juga dapat menukar cara menyelesaikan masalah dengan lebih bijak dan efisien.Kaedah ini
menjadi tidak asing lagi dalam kalangan guru dan pelajar setelah ianya telah diguna pakai di
Malaysia.Pelajar dan guru dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih baik dengan bantuan alat-alat berfikir yang telah diperkenalkan oleh Edward De Bono
3
yang merupakan seorang doctor,ahli psikologi,penulis,pencipta dan juga seorang
konsultan.Kepintaran beliau dalam menghasilkan alat berfikir ini tidak dapat disangkal lagi
kerana ia telah membantu dalam penambah baikan dalam sesuatu perkara yang dilakukan
oleh setiap individu ketika menjalankan sesuatu tugasan.Kemahiran berfikir CoRT 1 ini terdiri
daripada 7 komponen yang berlainan fungsi yang begitu hebat dan menarik.Alat-alat berfikir
CoRT 1 ialah PMI,CAF,C&S,AGO,FIP,APC dan OPV.Alat-alat ini mempunyai keistimewaan
yang tersendiri serta kaedah-kaedahnya yang sangat mudah dan pantas.
3.0 CONTOH ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT 1
3.1 PMI (PLUS,MINUS,INTERESTING)
Plus bermaksud baik,Minus pula ialah buruk manakala interesting ialah menarik.PMI
bertujuan melatih memperluaskan minda dan fikiran tentang sesuatu keadaan.Di samping
itu,ia juga bagi mengelakkan daripada reaksi yang penuh dengan emosi kerana ia boleh
menganggu mengembangkan minda.
Contoh keadaan antara pensyarah dan pelajar berbincang tentang penambah baikan
bilik kuliah dengan menggunakan kemahiran PMI :
i. Plus (baik) : Berikan idea yang baik
ii. Minus (buruk) : Berikan idea yang buruk
iii. Interesting (menarik) : Berikan idea yang menarik
Dengan mengumpulkan idea-idea tersebut,mereka dapat membuat keputusan yang baik
selepas mendapat gambaran yang sesuai berdasarkan situasi mereka.
4
3.2 CAF (CONSIDER ALL FACTORS)
CAF membawa maksud mengambil kira semua factor.Kemahiran belajar ini digunakan
bertujuan untuk melatih pelajar untuk meninjau serta meneliti semua aspek yang berkaitan
secara lengkap dan menyeluruh.Hal ini dilakukan bagi mengelakkan daripada pelajar terlupa
tentang faktor-faktor penting yang dipelajari.
Cara untuk menggunakan CAF ini ialah dengan menyenaraikan semua faktor yang
berkaitan kemudian pertimbangkannya.Seterusnya kemukakan keputusan selepas
pertimbangan dilakukan.
Contohnya guru meminta pelajar untuk mengemukakan faktor peningkatan kes
buli,pertimbangkan setiap faktornya serta apakah hasil selepas pertimbangan sewajarnya
dilakukan:
FAKTOR : Pelajar mencadangkan Keputusan
pihak sekolah agar
1.Kegagalan ibu bapa menasihati pelajar
dalam mendidik anak- tersebut serta
anak memaklumkan kepada
ibu bapa mereka.Pihak
2.Pengaruh televisyen disiplin juga perlu
dan media memantau kelakuan
pelajar di sekolah
3.Kelonggaran disiplin di
sekolah mahupun di
rumah
5
3.3 C & S (CONSEQUENCE & SEQUEL)
Consequence & Sequel ini merupakan kesan dan akibat dari kesan tersebut.Tujuan C&S ini
ialah untuk mengajar pelajar untuk memikirkan atau meramal tentang apa yang akan berlaku
serta akibat yang bakal terjadi apabila melakukan perkara tersebut.
Cara belajar menggunakan C&S ini misalnya guru meminta pelajar untuk memberikan
pendapat tentang belajar Al-Quran dengan tulisan rumi.
Kaedahya ialah dengan mengikuti langkah berikut:
1.Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?
2.Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
3. Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek?
4. Adakah cadangan berkenaan baik?
3.4 AGO (AIMS,GOALS,OBJECTIVES)
AGO merupakan tiga perkataan yang digabungkan yang membawa maksud tujuan,matlamat
dan juga objektif.Tujuan AGO ini ialah untuk medidik pelajar untuk sentiasa fokus dengan
memberi perhatian terhadap tujuan asalnya agar mereka dapat mencapai matlamat.Hal ini
dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan sesuatu yang tidak penting.
6
3.5 FIP (FIRST IMPORTANT PRIORITY)
FIP atau lebih jelas dikatakan keutamaan mengikut kepentingan.Cara ini digunakan untuk
melatih para pelajar untuk mengutamakan apa yang penting terlebih dahulu berbanding
dengan perkara lain ketika berada dalam satu keadaan yang sama.Hal ini dapat mengajar
mereka untuk mengetahui serta menentukan yang mana lebih dikatakan prioriti serta
mengelakkan perkara yang tidak patut diutamakan.Lazimnya,perkara ini perlu disusun
mengikut susunan yang betul agar mereka lebih jelas tentang tujuan sebenar mereka pada
waktu tersebut.Pelajar perlu mengetahui apakah perkara-perkara yang
penting.Kemudian,mereka perlu mengenal pasti antara perkara-perkara tersebut yang lebih
penting dan perlu diberi keutamaan yang lebih.Akhir sekali,pelajar perlu menentukan apakah
prioriti yang memerlukan tindakan dengan kadar segera.
Sebagai contoh keadaan perbincangan ialah pemilihan kos untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.Pelajar perlu mengetahui kebolehan dan kepakaran
mereka dalam beberapa jenis bidang.Seterusnya mereka perlu mengenal pasti bidang
manakah diri mereka lebih cenderung dan mampu berbanding minat mereka sahaja yang
tidak membantu dari segi peningkatan kualiti pembelajaran.Pelajar perlu mengutamakan
bakat dan kebolehan mereka mendalami sesuatu bidang dengan baik.Kemudiannya barulah
mereka dapat memilih jalan yang sebenar untuk diri mereka.
7
3.6 APC (ALTERNATIVES,POSSIBILITIES,CHOICES)
APC terdiri daripada perkataan Alternatif,Kemungkinan dan juga Pilihan.Alat berfikir ini
membolehkan pelajar untuk memikirkan tentang beberapa perkara secara
serentak.Seterusnya pelajar dapat menentukan pilihan yang terbaik.Sebagai
tambahan,kemahiran ini dapat membantu pelajar daripada melakukan pemikiran secara satu
hala sahaja.
Secara lebih jelas dapat diperkatakan ialah,alat berfikir ini dapat mendorong pelajar
untuk mencari alternatif serta memikirkan tentang kemungkinan sesuatu perkara
tersebut.Lalu diteruskan dengan membuat pilihan tentang perkara yang awalnya tidak
diketahui kesan dan sebab-sebabnya.Oleh hal yang demikian,alat ini membantu pelajar
memikirkan tentang kemungkinan sesuatu perkara.Kaedah yang digunakan ialah dengan
mencari apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah tersebut.Kemudian
diteruskan dengan mengenal pasti apakah baik dan buruk cadangan tersebut.Akhir sekali
membuat keputusan tentang manakah cadangan yang paling baik.
Contoh situasi yang menggunakan alat berfikir APC adalah seperti berikut: Guru
meminta pelajar untuk membincangkan tentang cara untuk memilih ketua pengawas
sedangkan calon pengawas adalah ramai.
8
3.7 OPV (OTHER PEOPLE’S VIEWS)
Alat berfikir yang terakhir ialah OPV iaitu mengikut pandangan orang lain.Alat berfikir ini
merupakan satu cara atau kaedah yang digunakan untuk menggunakan dan menerima
pendapat orang lain tentang sesuatu cadangan atau masalah yang sedang berlaku.Ianya
mengambil kira pendapat orang lain terlebih dahulu sebelum membuat suatu keputusan.Hal
ini dilakukan bagi mengelakkan daripada pelajar itu mementingkan diri dan terlalu
memfokuskan idea sendiri tanpa mengambil kira cadangan orang lain yang dapat memberi
manfaat yang lebih lagi tentang sesuatu perkara tersebut.
Misalnya,boleh dikaitkan dengan membuat pemilihan untuk membeli sesuatu
barangan.Contoh situasi yang boleh digunakan ialah,seseorang pelajar keliru untuk membeli
buku atau baju yang digemari.Namun,rakan tersebut memberi cadangan agar membeli buku
terlebih dahulu kerana mendahulukan keperluan berbanding kehendak adalah lebih baik jika
mereka perlu membuat suatu pilihan.Jika pelajar tersebut tidak menerima pendapat daripa
orang lain,maka dia akan membazirkan duitnya mengikut kehendaknya tanpa berfikir akan
keperluan dia untuk belajar.
4.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan,alat-alat berfikir yang telah dicipta zaman kini telah banyak membantu
dalam memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.Tidak lupa juga ia telah
meningkatkan kemahiran seseorang itu dalam mendapatkan maklumat dengan mudah serta
merealisasikan pembelajaran sepanjang hidup mereka.Misalnya,penggunaan alat berfikir
CoRT 1 ini yang merupakan satu system pembelajaran yang telah diaplikasikan di serata
dunia termasuk Malaysia, telah melatih pelajar untuk memberi mereka gambaran yang lebih
9
luas lagi untuk menjadi kreatif dan kritis dalam memutuskan suatu keputusan dan juga dalam
menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang leboh efektif.Tambahan pula,alat berfikir
ini dapat melahirkan kualiti pelajar yang cemerlang iaitu apabila mereka mampu untuk
menggunakan kebolehan dan kepantasan minda mereka dalam menghasilkan suatu ciptaan
yang luar biasa.Akhir sekali,tidak dapat kita nafikan akan kelebihan dan keistimewaan tentang
penggunaan alat berfikir yang telah disediakan ini sebagai suatu kemudahan untuk
menyelesaikan suatu tugasan terutamanya dalam bidang pendidikan.
10
RUJUKAN
References
Alat Berfikir CoRT1. (n.d.). Retrieved from wordpress:
https://kbelajarblog.wordpress.com/alat-alat-cort-1/
Alat Berfikir CoRT1. (n.d.). Retrieved from wordpress:
https://guabama.wordpress.com/2009/05/29/alat-kemahiran-berfikir-cort-1/
Alat Berfikir CoRT1. (n.d.). Retrieved from wordpress:
https://kbelajarblog.wordpress.com/alat-alat-cort-1/
De Bono, E. (1981) CoRT Thinking, CoRT I-IV, Oxford: Pergamonn Press
Ainon & Abdullah. (1995). Teknik Berfikir Konsep Dan Proses. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ainon Mohd, Abdullah Hassan. (2007). Berfikir Seperti Inventor. Kuala Lumpur:
PTS Millenia Sdn. Bhd.
11