E-PORTFOLIO SEJARAH
PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU
NORFASYAHIRAH BINTI MOHD DERAFI
1. Sejarah Perkembangan Tulisan
01 Sistem tulisan Pallawa 04 Sistem ejaan Za’ba
02 Sistem tulisan Kawi 05 Sistem ejaan Rumi
Kongres
03 Sistem tulisan Jawi 06 Pedoman Ejaan Rumi
dalam Bahasa Melayu
Sistem Tulisan Pallawa
● Tulisan Pallawa adalah suatu sistem tulisan abjad suku kata (abugida) yang berasal daripada tulisan brahmin yang
mana berasal dari Indo-Aryan Lembah Indus-kush.
● Tulisan Pallawa juga dikenali sebagai tulisan bulat.
● Nama Pallawa berasal dari Dinasti Pallawa yang pernah berkuasa di selatan India antara abad ke-4 hingga abad ke-9
masihi.
● Dinasti Pallawa - dinasti yang memeluk aliran Jainisme.
● Tulisan ini merupakan tulisan terawal di Kawasan Kepulauan Melayu dan mula bertapak di Pulau Jawa.
● Tulisan ini digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit dan mempunyai 46 abjad.
● Bukti penemuan tulisan Pallawa terdapat pada:
a) Yupa (tiang batu persembahan)/ prasasti di daerah Muara Kaman
b) Pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala
c) Sekitar 125 KM atau dua jam menaiki bot laju ke hulu Tenggarong.
d) Ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara.
e) Tugu (batu bersurat) dijumpai dalam huruf Pallawa berbahasa Sanskrit pada tahun 1879 oleh pekerja topografi
Belanda.
● Tujuh tugu(batu bersurat) tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta yang menceritakan tentang Raja
Mulawarwan iaitu cucu Kudungga.
● Tugu tersebut berasal dari tahun 400 yang merupakan peninggalan pemerintahan Hindu.
● Tulisan ini digunakan untuk menulis Bahasa Melayu Kuno yang banyak menerima pengaruh
Sanskrit.
● Tulisan ini juga banyak digunakan dalam dokumen Tarumanegara yang berasal dari
pertengahan abad ke-5.
● Sistem tulisan ini lebih kompleks daripada sistem tulisan rumi.
● Tulisan pallawa turut memperkenalkan simbol bagi gabungan bunyi seperti -au, -ai, pa, ya,
kka, nca dan lain-lain.
● Setiap konsonan tidak menandakan huruf sahaja tetapi mempunyai bunyi yang berbeza-beza.
Sistem tulisan Kawi
DEFINISI
● Tulisan ini berasal dari Jawa dan pertama kali digunakan di kerajaan Singhasari di Jawa Timur pada abad ke-8
Masihi.
● Kemudian tulisan ini berkembang ke seluruh wilayah Asia Tenggara dan digunakan hingga abad ke-16 Masihi
terutamanya di Borneo, Jawa, Bali dan Sumatera.
● Tulisan Kawi dikembangkan dari Tulisan Pallawa yang dibawa oleh pedagang dari Dinasti Pallawa di Selatan
India.
● Aksara kawi memiliki huruf subskrip untuk digunakan dalam menulis tumpukan konsonan yang setara dengan
pasangan dalam aksara Jawa dan pangangge dalam aksara bali.
● Terdapat juga beberapa inskripsi aksara Kawi yang tidak menggunakan pasangan dalam penulisan seperti
prasasti pada Candi Sukuh di Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah.
CIRI-CIRI
● Sebuah abugida yang mana setiap hurufnya mewakili atau melambangkan sebutan bunyi sebuah suku kata
bervokal lali /a/ yang dapat diubah dengan penggunaan tanda baca tertentu (wikipedia).
● Aksara Kawi ditulis tanpa jarak antara kata-kata lengkap dan mempunyai 47 huruf, tetapi terdapat sejumlah
huruf yang bentuk dan penggunaannya tidak dapat dipastikan kerana kurang contoh dan bukti yang ditemui
dalam prasasti bertulis Kawi.
● Sejumlah tanda baca mengubah vokal (harakat pada abjad Arab) dan menambah konsonan akhir.
● Beberapa tanda baca dapat digunakan bersama-sama tetapi tidak semua kombinasi adalah sesuai.
● Tanda baca teks termasuk koma, titik serta tanda digunakan untuk memulai dan mengakhiri
bahagian-bahagian teks.
● Contoh penulisan aksara kawi:
Sumber wikipedia
Sistem tulisan Jawi
● Tulisan atau aksara Jawi ialah tulisan Arab yang digunakan untuk Bahasa Melayu dimana istilah ini digunakan
Malaysia, Singapura, Brunei, dan Thai Selatan.
● Perkataan ‘tulisan’ tidak digunakan dalam bahasa melayu klasik tetapi menggunakan istilah ‘aksara’.
● Tulisan Jawi dicampuradukkan dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf dengan lima huruf tambahan
bukan Arab yang dicipta oleh orang melayu sendiri iaitu pa, nga, cha, ga, va, dan nya.
● Huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi lazim yang disebut pada lidah melayu.
● Bentuk huruf-huruf baharu ditiru daripada huruf Arab yang seakan-akan sama bentuknya.
● Tulisan Jawi berasal dari skrip Arab yang datang ke Kepulauan Melayu bersama-sama agama Islam.
● Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam melayu yang telah menjadikan Bahasa Arab
mendapat tempat dalam kalangan penganut Agama Islam dan telah menjadi bahasa rasmi agama Islam.
● Tulisan Jawi berkembang sejak zaman kerajaan Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Johor dan Aceh
pada abad ke-17.
● Bukti tulisan Jawi adalah kewujudan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H manakala tulisan rumi ditemui
pada akhir kurun ke-19.
● Tulisan Jawi memainkan peranan yang penting pada zaman dahulu dalam urusan pentadbiran, adat istiadat dan
perdagangan.
● Menurut Kang Kyoung Seok, sistem ejaan jawi digunakan sepenuhnya pada tahap pertama dan berlaku
penghapusan tanda-tanda baris. Pada tahap kedua, tasydid dihapuskan tetapi kadang-kadang tanda baris atau
tasydid masih dikekalkan. Pada tahap terakhir perkembangan pula, terdapat kemasukan lambang-lambang vokal
pada akhir suku kata tetapi ada perkataan yang berkembang dengan cepat sehingga sampai ke tahap akhir.
(Faisal@ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Faizuri Bin Abdul Latif)
Ciri-ciri
● Bertindan secara menegak.
● Ligatur.
● Aksara-aksara berbaris atau mempunyai titik.
● Aksara bersambung.
Kepentingan
● Kegunaan untuk menyelidik tentang kesusasteraan, kebudayaan dan masyarakat melayu khasnya, agama Islam
dan perkembangannya di alam Melayu.
● Lambang kesenian dan identiti umat Islam.
● Mempunyai estetika yang tinggi, unik dan klasik.
● Bagi menjalin silaturahim sesama umat Islam dan unsur Islam yang mendasari kekuatan diri bangsa Melayu.
Contoh tulisan Jawi 01
02
03
04
05
06
Sistem Ejaan Za’ba
● Sistem ejaan Za’ba merupakan sistem ejaan rumi Bahasa Melayu pertama yang disusun oleh orang berbangsa Melayu
pada tahun 1933 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua dan tersiar dalam Daftar Sistem Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949.
● Sistem ini merupakan sistem ejaan rumi yang terkenal sebelum kewujudan Sistem Ejaan Baharu.
● Sistem ini telah disusun dan diperkemas dalam jangka masa beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku.
● Sistem ejaan ini dijadikan sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi
sehingga tahun 50-an sebelum digantikan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972. (blog)
● Sistem ejaan Za’ba tidak menggunakan teori dan teknik linguistik karena sistem ini hanya melambangkan bunyi-bunyi
bahasa Melayu melalui huruf-huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu.
● Grafem dan tanda-tanda baru telah digunakan untuk melengkapi huruf jawi dan rumi yang kurang untuk melambangkan
bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu.
● Za’ba tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang atau pendek bunyi di mana-mana
grafem vokal dalam sistem ejaannya.
● Menurut Ahmad Nabil Amir (2021), Za’ba turut menghasilkan karya-karya penting yang lain bagi meningkatkan
kefahaman dan kesedaran baharu terhadap bahasa khususnya yang berkaitan dengan nahu, ejaan jawi dan latihan
asas kepengarangan menerusi beberapa karya yang lain.
PEMBAHARUAN DALAM EJAAN ZA’BA
1. Membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar.
- Huruf saksi= vokal yang mempunyai enam abjad iaitu a, e pept, e taling, i, o dan u.
- Huruf benar= konsonan yang mempunyai 21 huruf iaitu bermula dari a hingga z.
2. Terdapat 40 peraturan yang dijumpai dalam sistem Za’ba.
- Peraturan 1 hingga 5 menyentuh tentang keserasian vokal dalam suku kata pertama dan kedua jika suku kata
kedua merupakan suku kata tertutup.
- Antaranya ialah huruf h dan k merupakan huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup maka vokal e yang akan
dipilih bukannya vokal i. Contohnya, sireh, balek dan batek.
- Pengecualian jika terdapat deretan bunyi difton ai, maka ejaan diftong dikekalkan. Contohnya, naik, baik dan raih.
- Jika suku kata tertutup bukan diakhiri dengan konsonan h dan k, maka vokal i digunakan bukannya vokal e.
Contohnya, nasib, kutip dan pasir.
- Kecuali jika vokal dalam suku kata pertama ialah vokal o dan e, maka vokal e akan digunakan bukan i. Contohnya,
deret, leher dan montel.
- Perkataan pinjaman bahasa Arab hendaklah dieja mengikut bunyi asal dengan memakai tanda ‘ dan ditulis
condong jika belum diasimilasi sepenuhnya. Contohnya, wa’sala’m.
3. Imbuhan pe- dan me- tidak mengalami perubahan bunyi jika digandingkan bersama dengan kata dasar yang berawalan
huruf i, m, n, ng, ny, r, w, dan y.
4. Perkataan yang menggunakan huruf r pada akhir suku kata pertama akan dikekalkan ejaannya, contohnya berteh, terbang
dan sebagainya.
5. Semua perkataan yang bermula dengan huruf nga dan ga yang berderet dalam tulisan jawi, mesti dieja dengan dua g
dalam tulisan rumi. Contohnya, langgar, hinggap dan sebagainya.
6. Perkataan pinjaman bahasa inggeris yang diasimilasi sepenuhnya perlu dieja mengikut sebutan melayu seperti saman,
geran dan sebagainya.
7. Kata dasar yang berawalan huruf b dan p, maka awalan pe- dan me- akan mengalami perubahan jika digabungkan dengan
kata dasar yang berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w, dan y. Contohnya, pelawat, melawat, dan pemalas.
8. Perkataan asal yang berawalan a, e pepet, e taling, i, o, u, g, h, dan k, imbuhan pe- dan me- berubah menjadi peng- dan
meng-. Contohnya, pengakuan, mengaku dan penggali. Huruf k dalam kata dasar digugurkan kerana tidak bersuara kecuali
dalam kata pinjaman bahasa Arab yang mengekalkan huruf k. Contohnya, mengkitabkan dan mengkemudiankan.
9. Bentuk si- (yang merupakan partikel) dan tetap dieja dengan tanda sempang, manakala huruf s dalam bentuk si- dieja
dengan huruf besar jika bergabung dengan nama khas. Contohnya, si-mati, si-laki dan sebagainya.
10. Huruf besar digunakan mengikut dua kaedah iaitu di awal perkataan pada pangkal ayat,dari tanda noktah, tanda tanya jika
bukan percakapan pengarang, huruf pertama pada perkataan mendahului setiap baris syair atau pantun, huruf pertama pada
cakap ajuk dan dalam perkataan teriakan.
11. Kemudian pada huruf awal dalam kata gelaran atau kata nama khas, nama Tuhan kata gantinya, nama tempat dan nama
kitab-kitab.
Sistem ejaan Rumi Kongres
● Sistem ini dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu.
● Sistem ejaan rumi Kongres merupakan hasil dalam salah satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi
Bahasa Melayu dan digunakan selepas ejaan rumi Za’ba.
● Melalui sidang tersebut, 16 ketetapan tentang ejaan Bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu
ketetapan tentang tulisan Jawi telah diperhalusi melalui tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu.
● Prinsip ejaan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
- Menggunakan sistem fonologi bukan fonetik yang mana melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau
huruf sahaja.
- Menetapkan semula perbezaan dari segi keserasian vokal dalam suku kata awal dan suku akhir tertutup.
- Menghapuskan penggunaan tanda sepang.
- Pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan tertentu kerana ejaan Kongres menetapkan
supaya setiap perkataan dieja mengikut sebutan yang asal.
- Mengubah penggunaan kata-kata partikel iaitu kata gelaran si, kata depan di, ke, dan memisahkan ejaan
penanda sama/satu se daripada perkataan yang mengikutinya tanpa penggunaan sempang.
Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu
PERKEMBANGAN
● Sistem ejaan rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang telah
dirasmikan pada 16 Ogos 1972 oleh perdana Menteri, Yanag Amat Berhormat Tun Abdul Razak bin Datuk
Hussein di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
● Pelancaran sistem ini adalah hasil daripada persetujuan antara Malaysia dan Indonesia.
● Sistem ejaan ini bertujuan untuk memperbaiki sistem ejaan Rumi Bahasa Malaysia dan menyesuaikannya dengan
unsur-unsur dan perkembangan yang telah mempengaruhi Bahasa Malaysia sejak beratus tahun.
● Sejarah perkembangan tulisan ini bermula pada tahun 1902. Tulisan rumi ini merupakan tulisan pertama yang
disusun oleh Jawatankuasa Ejaan R.J. Wilkinson yang kemudiannya diperbaiki oleh Pendita Zaaba dan dikenali
sebagai Sistem Ejaan Sekolah.
● Sistem Ejaan Kongres yang telah dibentuk tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat beberapa huruf di dalam
sistem ini sukar untuk diikuti.
● Kemudian pada tahun 1959, sistem Ejaan Malindo diperkenalkan tetapi tidak dapat dilaksanakan atas
sebab-sebab tertentu.
● Akhirnya pada tahun 1972, sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia dilancarkan dan tiada lagi isu yang timbul
tentang masalah sistem ejaan.
PERKARA DALAM PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
1. Abjad dan huruf - terdapat 26 abjad yang digunakan dalam sistem ejaan ini.
2. Huruf vokal - terdapat 6 vokal iaitu a, e pepet, e taling, i, o, dan u. Contoh penggunaan dalam kata adalah seperti api,
enak, emas, itu, orang dan ulang.
3. Huruf diftong - Tiga huruf diftong yang dilambangkan dengan dua huruf vokal iaitu ai, au dan oi yang disebut sebagai
bunyi geluncuran. Contohnya, aising, aurat dan boikot.
4. Huruf Konsonan - terdapat 26 huruf konsonan dan lima daripadanya memakai huruf gabungan iaitu gh, kh, ng, ny, dan sy.
Contohnya, ghaib, khusus, angin, nyawa, dan syarat.
5. Huruf yang diperkenalkan - terdapat 26 huruf yang diperkenalkan dalam sistem ejaan bahasa melayu dan tiga huruf perlu
digunakan secara tetap iaitu q, v, dan x.
- Huruf q digunakan sebagai padanan huruf jawi ‘qaf’ untuk mengeja kata istilah agama atau mengenai agama yang
berasal daripada bahasa Arab. contohnya, quran dan wukuf.
- Huruf v untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa inggeris dan bahasa asing lain. Contohnya, vitamin dan
novel.
- Huruf ve yang hadir di akhir ditukar kepada f seperti active menjadi aktif dan passive menjadi pasif.
- Huruf x hanya ditukar pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar kepada z seperti xeromorph menjadi
xeromorf.
6. Senarai gugus konsonan untuk mengeja istilah pinjaman bahasa asing dan senarai pola persekutuan kata bahasa
Melayu.
7. Penulisan nama khas tempat, orang dan sebagainya perlu disesuaikan dengan ejaan baru kecuali mendapat pertimbangan
khusus untuk mengekalkannya.
8. Kaedah penulisan huruf - huruf besar mempunyai 12 kaedah dan huruf miring mempunyai 3 kaedah.
9. Penulisan terdiri daripada:
❖ Kata dasar yang dieja terpisah.
❖ Kata turunan(pan-asia).
❖ Kata gandaan.
❖ Kata ganti singkatan yang ditulis serangkai dengan perkataan sebelumnya iaitu ku, mu, dan nya.
❖ Kata depan ditulis berpisah dengan perkataan yang mengikutinya iaitu di, ke, dan dari.
❖ Kata panggilan yang ditulis terpisah seperti si dan sang.
❖ Partikel yang dieja berangkai dengan perkataan yang mendahului seperti lah, kan dan tah.
❖ Kata gabungan- dieja terpisah
- bentuk rangkai kata umum seperti air hujan.
- bentuk paraktisis atau rangkai setara seperti hidup dan mati.
- bentuk simpulan bahasa seperti anak emas.
- dieja berangkai.
❖ Semua bentuk gabungan yang terpisah bercantum apabila menerima imbuhan.
❖ Gabungan kata yang sudah dianggap sebagai satu kata yang disenaraikan dalam Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu.
❖ Apabila kata digandakan, gabungan kata yang dieja terpisah hanya mengulang bahagian pertama kata sahaja.
2. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan
Pascamerdeka
01 Peranan pejabat Karang 03 Peranan ASAS 50
Mengarang
02 Peranan Pakatan 04 Bahasa Melayu dalam sistem
Belajar-Mengajar Pengetahuan pendidikan
Bahasa - Laporan Barnes (1951)
- Laporan Fenn-Wu (1951).
- Ordinan Pelajaran (1952).
- Laporan Razak (1956).
05 Pengenalan bahasa Melayu Moden
- Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP).
- Kerjasama serantau dan
pengantarabangsaan .
Peranan Pejabat Karang Mengarang
● Pejabat Karang Mengarang telah ditubuhkan pada tahun 1924 di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang
kinI merupakan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan pengasasnya ialah O.T. Dussek dan Za’ba.
● Universiti ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kesusasteraan Melayu.
● Sebelum Pejabat Karang Mengarang ditubuhkan, penerbitan buku dikendalikan oleh pencetak- pencetak
persendirian.
● Namun pengeluarannya tidak memuaskan menyebabkan sebuah percetakan Melayu pada tahun 1885 telah
ditambahkan kepada Pejabat Percetakan Kerajaan dengan mengambil Syed Mahmud Syed Abdul Kadri
sebagai penulis dan penterjemah di Pejabat Pelajaran Singapura.
PERANAN
● Menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
● Mengatasi masalah kekurangan bahan rujukan bahasa Melayu di sekolah Melayu.
● Menganjurkan bengkel-bengkel penulisan dan kursus penterjemahan bagi menggalakkan penulis
menghasilkan karya.
● Membuka peluang kepada warga akademik menyebar luas kepakaran mereka dalam bidang yang diceburi
serta dapat mengimarahkan budaya penulisan dalam kalangan universiti.
● Mewujudkan perpustakaan bergerak dari kampung ke kampung.
● Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam pelbagai bentuk seperti buku, jurnal, akhbar dan
sebagainya.
● Menjual buku di kampung-kampung.
● Melatih penterjemah baharu.
Peranan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
● Sebuah badan pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu sebelum Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.
● Pakatan ini ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1888 dan Johor telah mencapai kemajuan dalam mengajar
pengetahuan duniawi kepada anak-anak negerinya mendahului negeri-negeri lain.
● Johor telah mencapai kejayaan yang pesat dalam bidang pelajaran dan banyak organisasi bahasa yang awal
mula bergerak di Johor.
● Pakatan Belajar-mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) diasaskan oleh Dato’ Seri Amar Diraja Abdul
Rahman Andak dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi.
● Walaupun mereka mendapat pendidikan Inggeris, mereka tetap memperkasakan peranan bahasa Melayu dan
memperjuangkan bahasa Melayu.
● PBmPB pada peringkat awal tidak begitu lancar.
● PBmPB telah dihidupkan semula dengan mendapat sokongan daripada sultan dan kerajaan Johor pada 7 April
1934.
● Setelah dihidupkan semula, nama pakatan ini telah ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku
Diraja Johor (PBmPBD).
PERANAN
● Untuk mengkaji dan mempelajari bahasa melayu supaya dapat memahami tentang bahasa melayu dengan
mudah.
● Memelihara, memperlengkap dan mempermodenkan bahasa Melayu selaras dengan zaman.
● Memelihara tulisan jawi daripada lupus ditelan zaman.
● Menstandardkan ejaan dan perkataan bahasa melayu.
● Mencipta lebih banyak perkataan baharu.
● Mengembangkan pengetahuan dengan menganjurkan ceramah-ceramah bahasa dan penyelidikan.
● Mengadakan atau mewujudkan perpustakaan.
● Memajukan bahasa melayu secara berkumpulan.
● Mengendalikan perbincangan yang berkaitan dengan bahasa melayu.
● Memperjuangkan kedaulatan bahasa melayu supaya menjadi bahasa komunikasi serantau.
Peranan ASAS 50
● Asas 50 terdiri daripada tokoh-tokoh melayu iaitu Usman Awang, Abdul Samad Ismail, Keris Mas, Jimy
Asmara, Masuri SN, Mas dan Asraf.
PERANAN
● Memperluas dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan melayu yang menjadi tunjang
dan tulang belakang bangsa yang majmuk di Tanah Melayu pada sekitar tahun 1950-an.
● Mempelajari bidang karangan sastera seperti cerita, lakonan, buku, pengetahuan, kebudayaan dan
peradaban melayu serta rencana.
● Melindungi hak muslihat ahli dan pengarangnya dari segi undang-undang dan peraturan negara.
● Menyatakan sebarang usaha dalam karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.
● Menentukan dan melindungi bayaran mengikut harga karangan yang dihasilkan.
● Mempelajari dan memahami undang-undang negeri yang berhubung dengan penerbitan.
● Memajukan dan memperbaiki bahasa Melayu dalam penghasilan karya sastera.
● Membantu sasterawan memajukan cita-cita dan kewangan.
● Memberi perlindungan undang-undang sekiranya tulisan ahli terkeluar daripada undang-undang.
● mengubah , mencipta, membasmi dan membina perkataan-perkataan bagi memperkayakan lagi bahasa dan
sastera.
● Mengatur dan mengadakan syarahan serta perdebatan tentang segala lapangan sastera.
Bahasa Melayu 01
dalam sistem 02
pendidikan 03
04
05
06
Laporan Barnes (1951)
● Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan pengerusinya ialah L.J. Barnes yang merupakan Pengarah
Latihan Sosial dari Universiti Oxford.
● Cadangan jawatankuasa :
- Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular serta pencapaian dalam bahasa
Inggeris.
- Menubuhkan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai
pengantar.
- Meningkatkan kualiti guru, pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan kokurikulum
latihan guru dilaksanakan dengan lebih bersesuaian.
- Mencadangkan pentadbiran dibaiki dengan apa sahaja cara sama ada dengan menubuhkan Penguasa
Pendidikan Tempatan atau Badan Tempatan dengan fungsi yang sama.
● Namun begitu, Laporan Barnes tidak mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat Cina yang menentang
pembubaran pendidikan vernakular Cina.
Laporan Fenn-Wu (1951)
● Laporan Fenn-Wu disediakan bagi memperkatakan tentang isu pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan
perasaan tidak puas hati terhadap Laporan Barnes.
● Laporan ini mengemukakan cadangan untuk mengambil usaha merapatkan jurang perbezaan yang dilakukan
dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak
perkauman.
● Laporan ini juga mencadangkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar
manakala bahasa lain dijadikan pilihan.
● Laporan ini memperkecilkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan menganggap bahasa Melayu
mudah dipelajari kerana sesetengah pelajar Cina telah mempunyai sedikit pengetahuan bahasa Melayu
melalui pengalaman pergaulan seharian.
● Laporan ini dipertimbangkan bersama-sama Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa khas untuk mencari
penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan.
Ordinan Pelajaran (1952)
● Oridnan Pelajaran diluluskan pada 21 November 1952 oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara.
● Melalui ordinan ini, berlaku perubahan yang besar kepada susunan sistem pelajaran negara.
MATLAMAT
- Membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran, dan perwatakan yang baik dalam diri setiap individu.
- Menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat yang berbilang kaum di negara
ini.
- Berusaha untuk membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.
● Dalam mencapai matlamat ini, satu dasar dan sistem pelajaran baru diwujudkan. Antara perkara yang tercatat dalam
penyata tersebut ialah:
- Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis iaitu sekolah aliran
Inggeris yang menjadikan Bahasa Malaysia sebagai matapelajaran wajib dan Sekolah Aliran Melayu yang
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
- Sekolah yang menggunakan bahasa perantara Cina dan Tamil boleh diwujudkan jika terdapat 15 orang murid
atau lebih dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa tersebut.
- Kerajaan akan memberikan pelajaran percuma kepada warganegara yang berumur 6 tahun hingga 12 tahun
selama 6 tahun.
Laporan Razak (1956)
● Cadangan-cadangan laporan ini telah diumumkan oleh Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Menteri Pelajaran
Persekutuan pada 6 Mei 1956.
● Antara cadangan itu termasuklah:
➢ Sekolah-sekolah rendah dengan bahasa pengantar Bahasa Melayu akan ditubuhkan dan memberi peluang kepada
sekolah-sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus maju.
➢ Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah dan menyusun semula sistem pengajaran di Tanah
Melayu.
➢ Mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada yang bercorak Tanah Melayu dengan mengadakan isi sukatan
pelajaran yang sama bagi semua sekolah.
➢ Mengambil langkah-langkah memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan melalui
bahasa itu dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
➢ Memberi tumpuan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar di sekolah-sekolah.
➢ Perkhidmatan guru disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan guru-guru tidak akan dikenali sebagai guru sekolah
Melayu, Cina atau Tamil.
➢ Mencadangkan untuk mewujudkan satu Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah
untuk memperbetulkan perjalanan serta meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah.
➢ Mengadakan sistem peperiksaan yang dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah
Melayu bagi murid sekolah menengah.
➢ Mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan mengatur semula serta memajukan pelajaran teknik kepada para pelajar.
Pengenalan bahasa 01
Melayu Moden 02
03
04
05
06
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
● Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) pada 22 Jun 1956 untuk
memartabatkan Bahasa Melayu.
● Penubuhan DBP bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangssaan
pada ketika itu.
● Pada 1959, DBP dinaik taraf sebagai sebuah badan berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka
1959.
PERANAN
❖ Membina dan memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
❖ Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
❖ Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan
lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan.
❖ Membentuk ejaan dan sebutan dalam bahasa baku dan membentuk istilah-istilah dalam bahasa kebangsaan.
❖ Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dalam kehidupan seharian.
❖ Menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua bidang
seperti bidang pentadbiran negara, dan bidang pengajian tinggi.
❖ Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara lebih meluas bagi segala
maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan
● Merupakan kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia atau bahasa antarabangsa sememangnya telah
wujud dalam sejarah perkembangan dan kebangkitan tamadun Melayu sejak zaman Sriwijaya iaitu pada abad ke-7 Masihi
dam memuncak dalam zaman Kesultanan Melayu dalam tempoh beberapa tahun.
● Perkembangan bahasa Melayu merentasi buana secara langsung berkaitan dengan bidang pendidikan bahasa khususnya
berkaitan dengan strategi pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing.
● Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa sememangnya benar-benar menyerlah dalam zaman bahasa
Melayu klasik pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad yang berikutnya walaupun tidak dominan seperti bahasa Inggeris
yang menjadi bahasa pertama atau bahasa ibunda.
● Bahasa Melayu merupakan bahasa keempat terbesar di dunia dari segi penuturnya kerana mempunyai seramai 225 juta
penutur. Dengan kedudukan yang tinggi ini, bahasa Melayu perlu diperluaskan lagi penggunaannya selain menjadikan
bahasa melayu sebagai bahasa rasmi di negara masing-masing
USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU MELALUI KERJASAMA NEGARA
● Rangkaian kerja institusional antara negara sememangnya sangat munasabah dan forum-forum kerjasama yang diwujudkan
seperti Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia(MABM) dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau
(FOKEPS), Mesyuarat Kerjasama Kebahasaan dan Persuratan(MEKKAP) kawasan segitiga Asia Tenggara.
● Usaha-usaha dalam memperkenalkan kesusasteraan Melayu ke peringkat serantau dan antarabangsa telah dipergiatkan
atau disokong oleh pelbagai institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) Malaysia dan Brunei, pusat Bahasa
Indonesia dan beberapa institusi pengajian tinggi serantau melalui program seminar, persidangan penulisan & sebagainya.
USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU DI BEBERAPA BENUA NEGARA
● Wawasan pelaksanaan pada peringkat serantau dan antarabangsa dikongsi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) Malaysia semasa pimpinan Dato’ Haji A.Aziz Deraman, DBP Brunei yang dibawah pimpinan Dato Paduka
Haji Alidin bin Haji Othman dan Pusat Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Dr Hassan Alwi.
● Pada tahun 1876, pusat pengajian pertama telah ditubuhkan di Leiden, Belanda dan sehingga kini pusat ini telah
diiktiraf sebagai pusat utama bagi kajian budaya Melayu di peringkat antarabangsa.
● Malaysia telah memulakan langkah dengan menubuhkan Kursi Pengajian Melayu di Eropah dengan menempatkan
seseorang yang bertaraf Profesor di Universiti Leiden.
● Penubuhan kursi ini adalah dengan harapan dapat mengembangkan bahasa, budaya melayu dan promosi
pengetahuan pelbagai bidang tentang Malaysia khasnya dan dunia Melayu atau rantau itu amnya, bukan sahaja
untuk mempertingkatkan kajian sastera Melayu di Eropah.
● Kursi Pengajian Melayu telah ditubuhkan di Universiti Victoria, Wellington, New Zealand.
● Malaysian juga menubuhkan Kursi Pengajian Melayu di Universiti Pengajian Asing Beijing, China. Pada awal tahun
2008 yang lalu, seorang profesor telah ditempatkan di sana.
KEPENTINGAN PENUBUHAN KURSI-KURSI
● Bagi menjalin dan melestarikan persefahaman budaya serta mengakrabkan kerjasama antara Dunia Melayu
dengan rantau Eropah.
● Merangsangkan minat para pengkaji, sarjana, pakar, dan cendekiawan yang berminat dalam bidang sosiologi,
antropologi, bahasa, sastera dan budaya melayu atau dunia melayu secara menyelurruh.
● Senario ini akan mencetuskan iklim sosioekonomi dan sosiopolitik yang lebih kondusif.
● Perkembangan bahasa, sastera dan budaya melayu ke peringkat antarabangsa akan lebih jelas dan teratur.
3. Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu
01 Pendidikan 04 Kerancuan bahasa di
media sosial
02 Ekonomi 05 Percampuran kod
03 Pentadbiran Kerajaan 06 Slanga
07 Penerapan elemen hak
asasi
Pendidikan
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
● Tidak semua guru yang mengajar bahasa Melayu mendapat latihan khusus dalam bidang bahasa. Hal ini akan
menjejaskan kualiti pengajaran dan hasil pembelajaran murid.
● Guru mengajar dengan hanya bergantung pada buku teks.
● Kemahiran lisan, bacaan dan menulis diajar secara terpisah dan bukannya secara penggabungjalinan atau penyerapan.
● Pengetahuan asas murid yang berbeza-beza menyebabkan ada masalah murid yang kurang faham.
● Jumlah masa pengajaran di SK, SJKC dan SJKT yang berbeza.
● Murid yang bersifat negatif terhadap pelajaran bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris.
BAHASA MELAYU DALAM AKTA PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA
● Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar selepas
Akta Pendidikan dan Akta IPTS diluluskan.
● Hal ini kerana Institut Pendidikan Swasta merupakan sebahagian daripada sistem Pendidikan Kebangsaan maka IPS
mempunyai pilihan dalam hal menggunakan bahasa pengantar sma ada untuk mengikut amalan sekolah kebangsaan
atau amalan jenis kebangsaan atau memohon pengecualian mengikut Seksyen 17 Akta berkenaan.
● Kelonggaran kepada IPS menyebabkan mereka merendahkan martabat bahasa Melayu sekali gus melemahkan
pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan negara.
Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan
● Penggunaan bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik.
● Kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu.
● Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Melayu.
● Penggunaan bahasa Melayu dalam TMK.
● Krisis identiti bahasa Melayu iaitu penjenamaan semula.
● Persaingan dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di Institusi Tinggi.
Ekonomi
BAHASA PENGANTAR DALAM URUSAN PERNIAGAAN
● Penggunaan Bahasa Inggeris masih menjadi bahasa utama dan Bahasa Melayu menjadi bahasa kedua dalam
dokumen perniagaan syarikat swasta.
● Bahasa Inggeris 100% digunakan dalam industri perhotelan, syarikat jualan kereta, barangan elektrik dan
komputer.
BAHASA MELAYU DALAM PELUANG KERJAYA
● Graduan boleh memilih kerjaya dalam bidang perguruan atau pendidikan sebagai guru bahasa Melayu dengan
mengikuti kursus-kursus ikhtisas seperti bidang ijazah pendidikan dan sebagainya.
● Bidang-bidang yang dipilih oleh graduan seperti bidang penulisan kreatif, pengacaraan, editor, dan
penterjemah.
Pentadbiran kerajaan
● Surat Rasmi - surat rasmi negara oleh agensi kerajaan menggunakan bahasa Kebangsaan. Jika surat yang diterima
selain daripada Bahasa Kebangsaan, surat tersebut mesti beserta dengan dokumen lampiran dalam bahasa
kebangsaan.
● Urusan mesyuarat melibatkan kehadiran warganegara Malaysia - mestilah dalam bahasa kebangsaan.
● Dokumen perjanjian - semua dokumen perjanjian dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan bahasa
kebangsaan dan dokumen lampiran boleh dilampirkan dalam bahasa Inggeris.
● Surat rasmi antarabangsa - digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan berserta lampiran dalam bahasa
Inggeris.
● Urusan mesyuarat melibatkan kehadiran bukan warganegara Malaysia - boleh menggunakan bahasa kebangsaan
atau bahasa Inggeris.
● Pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam - mestilah menggunakan bahasa kebangsaan.
● Perkhidmatan kaunter - menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa lain yang difahami oleh pelanggan.
● Maklum balas aduan di akhbar dan isu media massa - perlu menggunakan bahasa kebangsaan, jika siaran
menggunakan bahasa Inggeris perlu ada terjemahan dalam bahasa kebangsaan supaya dapat elakkan salah tafsir.
● Dokumen perjanjian antarabangsa - hendaklah menggunakan bahasa Inggeris dan mempunyai terjemahan dalam
bahasa kebangsaan bagi tujuan rekod dan semakan.
Kerancuan bahasa di Media Sosial
● Rancu ialah tidak teratur, campur aduk, kacau (bahasa), kekeliruan serta mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai
keadaan rancu (tidak teratur dsb). Maksud imbuhan ke-...-an itu sendiri bermaksud keadaan atau ciri rancu,
kekacauan yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang tidak betul (Kamus Dewan Edisi Keempat,2007).
FAKTOR BERLAKUNYA KERANCUAN BAHASA MELAYU
1. Pengaruh bahasa ibunda. - perkataan yang membawa banyak maksud yang berbeza. Murid bukan melayu keliru
dengan perbezaan bunyi e pepet dan e taling semasa membaca dan menulis. Contohnya, perang(warna) =
perang(gaduh), sepak(tampar) = sepak(tendang).
2. Pengaruh bahasa dialek/ daerah. - bahasa dialek menjadi bahasa pertama yang didengari oleh pelajar dari rumah
maka mereka akan menggunakan bahasa ini dalam perbualan harian. Contohnya, dialek terengganu, kelantan dan
kedah.
3. Pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris menjadikan murid menggunakan bahasa melayu yang salah
seperti penggunaan istilah yang tidak tepat.
4. Pengaruh teknologi. - masyarakat sekarang menggunakan pelbagai aplikasi untuk berhubung seperti facebook dan
instagram. Hal ini menimbulkan kecelaruan atau kekeliruan serta kesalahan dalam penggunaan bahasa melayu.
5. Pengaruh majalah, novel dan cerpen. - terdapat banyak kesalahan bahasa yang digunakan oleh penulis atau
pengarang untuk menjadikan bahasa dalam novel, majalah atau cerpen lebih menarik tanpa menghiraukan kesalahan
bahasa.
Percampuran kod
● Definisi: Satu fenomena biasa dalam kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod
berlaku apabila seseorang bertutur dengan mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang
lain. Hal ini kerana Malaysia hidup dalam pelbagai kaum.
1. Penggantian m, n, ke ng. - Bahasa baku : dialek terengganu
Dalam : dalang
Malam : malang
2. Penghilangan konsonan. Contoh: bahasa melayu baku : dialek terengganu
Sampai : sapa
Bantal ; bata
3. Konsonan s, f di akhir akan diganti dengan h.
Contoh: bahasa melayu baku: dialek terengganu
Panas : panah
Maaf : maah
4. Penghilangan diftong. Contoh: bahasa melayu baku : dialek terengganu
Pisau : pisa
Kedai : keda
Slanga
● Bahasa slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan-ungkapan yang bukan merupakan
standard dalam dialek atau bahasa.
● Faktor yang mempengaruhi bahasa slanga ialah:
1. Keinginan untuk meringkaskan perkataan dan rangkai kata yang digunakan dalam komunikasi harian.
2. Digunakan untuk tujuan gurauan, slogan, identiti kumpulan, dan melahirkan perasaan.
3. Bagi menambah keakraban dan kemesraan dalam sesebuah kelompok masyarakat.
4. Pengaruh daripada persekitaran keluarga dan masyarakat yang menggunakan bahasa slanga.
● Kata slanga digunakan untuk memudahkan ekspresi. - Gabungan atau ringkasan dua perkataan menjadi satu
perkataan. Contohnya, diorang merupakan singkatan bagi dia orang.
● Kata slanga daripada bahasa asing. - diambil daripada bahasa asing tetapi dieja dalam bahasa Melayu.
Contohnya, cute dieja kiut.
● Cara mengatasi bahasa slanga adalah dengan mengadakan lebih banyak bengkel tentang penggunaan
bahasa dan memberi pendedahan mengenai penggunaan bahasa harian melalui media massa.
Penerapan elemen hak asasi
● Merupakan satu usaha pembentukan hak asasi dan tanggungjawab dalam kalangan pelajar yang telah lama
wujud dan sudah diajar secara langsung dan tidak langsung oleh guru.
● Tujuannya adalah untuk membentuk minda dan tingkah laku memandangkan sekolah merupakan institusi
untuk membangunkan manusia, jadi penerapan harus bermula di sini.
● Penekanan terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang bermoral, beretika, bertanggungjawab dan
penyayang.
● Pengajaran dan pembelajaran mesti berlandaskan matlamat pendidikan hak asasi manusia.
● Dikawal oleh badan berkanun Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang menegaskan lagi
pengajaran pendidikan di sekolah Malaysia.
● Matlamatnya adalah untuk :
- Meningkatkan kefahaman dan penggunaan hak asasi untuk tujuan kehidupan yang adil dan
berprikemanusiaan.
- Pemupukan sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab serta pengamalan dalam kehidupan harian.
- Persediaan kepada pelajar untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
- Menerapkan nilai dan norma kehidupan terhadap pembentukan sahsiah murid.
Sumber Rujukan 01
● Ahmad Nabil Amir. (2021). Pemikiran Za’ba dalam Karya-karya Terpilih. Jurnal 02
Peradaban Melayu. 15. 53-58. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol15.5.2020 03
04
● Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid & Faizuri Abdul Latif. (2014). Sejarah 05
Perkembangan Tulisan Jawi: Analisis Mengenai Teori Kang Kyoung Seok. Jurnal 06
al-Tamadun. 9(2). 1-15.
● Jaafar Jambi (2008). Cabaran dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu. Jurnal
Pengajian Melayu. 19. 68-90.
● Kamus Dewan. (2007). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
● Muhammad Al Afzan Ali Hussin. (2018, April 30). Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu. Blogspot.
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-pustaka.html
Sekian, 01
Terima Kasih! 02
03
CREDITS: This presentation template was created by 04
Slidesgo, including icon by Flaticon, and infographics 05
06
& images from Freepik