BAB 2 : BENTUK KATA
BENTUK KATA TUNGGAL
MAKSUD KATA TUNGGAL
• KATA YANG TIDAK MENGALAMI SEBARANG PROSES MORFOLOGI,
IAITU TIDAK MENGALAMI PENGIMBUHAN, PENGGANDAAN DAN
PEMAJMUKAN.
• KEBANYAKAN KATA TUNGGAL DALAM BAHASA MELAYU MEMPUNYAI
POTENSI UNTUK DIPERLUASKAN DAN MENJADI BENTUK KATA
TERBITAN, KATA GANDA DAN KATA MAJMUK
• TERDAPAT KATA TUNGGAL DARIPADA GOLONGAN KATA TUGAS,
ANTARANYA INI,ITU,SINI DAN SANA TIDAK BOLEH MENERIMA APA –
APA IMBUHAN
KONSEP KATA TUNGGAL
• PARKATAAN ATAU KATA BOLEH TERBINA DARIPADA SATU SUKU KATA
ATAU BEBERAPA SUKU KATA
• SESUATU SUKU KATA BOLEH TERDIRI DARIPADA SATU VOKAL (V), SATU
VOKAL DISERTAI SATU KONSONAN (K), ATAU SATU VOKAL DENGAN
BEBERAPA KONSONAN.
• KONSONAN – KONSONAN ITU BOLEH HADIR DI HADAPAN ATAU DI
BELAKANG VOKAL ATAU SERENTAK DI HADAPAN DAN DI BELAKANG
VOKAL
• KONSONAN BOLEH HADIR SECARA BERGUGUS.
POLA GABUNGAN KONSONAN-VOKAL
KV
KKKVK VK
KKKV KVK
KVKK KKVK
JENIS –JENIS KATA TUNGGAL
KATA TUNGGAL KATA TUNGGAL
SATU SUKU KATA DUA SUKU KATA
KATA TUNGGAL KATA TUNGGAL
TIGA SUKU KATA EMPAT SUKU
KATA ATAU LEBIH
KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA (EKASUKU)
• JUMLAH EKASUKU ADALAH AGAK TERHAD
• SEBILANGANNYA, DIPINJAM DARIPADA BAHASA ASING SEPERTI
BAHASA ARAB DAN BAHASA INGGERIS
CONTOH EKASUKU
BIL POLA SUKU KATA CONTOH
1 KV MI, -NYA, RU, YA, YU
2 VK AH, AM, EH, OH
3 KVK BAH, CAJ, CEK, JAM, LOT, PEN, TIN, TONG
4 KKVK BLOK, BREK, DRAM, DRAF, GRAF, KRIM, STOR
5 KVKK BANK, GOLF, TEKS, VOLT
6 KKKV SKRU, STRAW
7 KKKVK SKRIP, SKROL, SPRING, STRAW, STROK
*KONSONAN NG DALAM PERKATAAN TONG SPRING MEWAKILI SATU BUNYI BAHASA. INI DINAMAKAN DIGRAF
KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA (DWISUKU)
BIL POLA SUKU KATA CONTOH
1 V + KV IA
2 V + VK AIB, AIR, AIS, AUR
3 V + KV ADU, ALU, ELA, ESA, IBU, TIRI, ITU, ULI
4 V + KVK ADIK, ALAT, EMAK, EMAS, IMEJ, IZIN, ORANG, UBAH
5 VK + KV ABDI, AKSI, ASLI, ENGKU, ERTI, UNTA, UFTI, UNDI
6 VK + KVK AMBIL, ANGKAT, ENGGAN, IMBANG, INDAH, INGKAR, UNDANG, UNGGAS
7 KV + V DIA, DOA, DUA, GUA, RAI, RIA, SUA, TUA
8 KV + VK BUAT, BUANG, KUIL, NAIK, MUAT, LIAR, SOAL, TUAS
9 KV + KV BAKI, GULA, JAGA, KIRI, LORI, MATA, NADI, RASA
10 KV + KVK BEKAL, CUKUR, DENGAR, FASAL, GUSAR, HIRUP, JUJUR, KUPAS
11 KVK + KV BANTU, CINTA, GARPU, GANGGU, TINJU, LIMPA, PINTU, TANGGA
12 KVK + KVK GAMBAR, NASKHAH, PANGGIL, PANTANG, PINDAH, GANDAR, SANTUN, SUNTING
KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA
BIL POLA SUKU KATA CONTOH
1 V + KV +V ASIA, ESEI, IDEA, UREA, USIA
2 V + KV + KV AGAMA, ABADI, ACARA, ASASI, IRAMA, UDARA, USAHA, UTAMA
3 V + KV + VK AMAUN, AKAUN, ATEIS, ELAUN, IDEAL
4 V + KV + KVK ALAMAT, AKIBAT, AMANAH, EDITOR, IBARAT, IJAZAH, ISYARAT
5 V + KVK + KV AGENDA, AGENSI, IBUNDA, INANGDA
6 KV + V + KV BIASA, BIOLA, BUAYA, CUACA, MUARA, NIAGA, SUARA, TUALA
7 KV + V + KVK BIAWAL, DIALOG, FAEDAH, KIAMAT, KIASAN, RIADAH, SIARAN, SIASAT
8 KV + KV + V BELIA, MULIA, PETUA, RADIO, SEMUA, SETIA, SURIA
9 KV + KV + KV ANGKASA, BERITA, BETINA, KELIRU, LABUCI, PUTERA, REBANA, SEBATI
10 KV + KV +VK BERUANG, HADIAH, HARUAN, MARUAH, PELUANG, PERIUK, SEKIAN
KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA
BIL POLA SUKU KATA CONTOH
11 VK + KV + VK EKSAIS, ILMIAH, IKHTIAR, INVOIS
12 KV + KVK + KV BERANDA, BELANJA, KELAMBU, LEGENDA, MERANTI, MERONTA, SELAMBA
13 KV + KVK + KVK DISIPLIN, GELANGGANG, PELANTAR, PERINTAH, SELAMPIT, SELENDANG
14 KVK + KV + V DAHLIA, MENTUA, RAHSIA, RUMBIA, TEMPUA
15 KVK + KV + KV BENDERA, JENDELA, KEMBARA, MENTEGA, PENJARA, PENJURU, SEMBILU
16 KVK + KVK + KV CIMPANZI, SEMPURNA
17 KVK + KV + VK BERLIAN, KOMPAUN, LENGKUAS, MENDIANG, SAHSIAH, SENGKUANG, TEMPIAS
18 KVK + KV + KVK CENGKERIK, LEMBAYUNG, MAKSIMUM, MAHKAMAH, MATLAMAT, SEMPADAN
19 KVK + KVK + KVK CAKLEMPONG, GIMNASTIK, KONTINJEN, SINTAKSIS
KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA ATAU LEBIH
BIL POLA SUKU KATA CONTOH
1 KV + KV + V + KVK MESYUARAT, NASIONAL, RASIONAL
2 KV + KV + KV + KV BAKAWALI, BIDADARI, DINIHARI, SAMUDERA, SERIGALA
3 KV + KV + VK + KV BIDUANDA, KELUARGA
4 KV + KVK + KV + KV BELANTARA, BIJAKSANA, SEJAHTERA, SEMENTARA
5 KV + KV + KV + KVK HULUBALANG, MASYARAKAT, MATEMATIK, PERAJURIT, TELEVISYEN
6 KVK + KV + V + KV SENTIASA
7 KVK + KV + KV + KV BENDAHARA, HARMONIKA, LAKSAMANA, PANCAROBA, SANDIWARA
8 KVK + KV + KV + VK GIMNASIUM, PETROLEUM
9 KVK + KV + KV + KVK SEMBARANGAN, SENTIMETER
10 KVK + KVK + KV + KV SINGGAHSANA
11 V + KV + KVK + KV + KV UNIVERSITI
12 KVK + KV + KV + KV + KVK CENDERAWASIH, KOSMOPOLITAN
13 KV + KV + KV + KV + KV + KV MAHARAJALELA
AKRONIM
• KATA YANG DIHASILKAN DENGAN MENGGABUNGKAN BAHAGIAN
TERTENTU DARIPADA BEBERAPA PERKATAAN UNTUK MEMBENTUK
PERKATAAN BAHARU
• DITULIS DAN DILAFAZKAN SEBAGAI SATU PERKATAAN
• DASARNYA DIBENTUK TANPA PERATURAN YANG KHUSUS DAN MANTAP,
SEBALIKNYA LEBIH BERPRINSIPKAN KESAN PEMBUNYIAN GABUNGAN
BAHAGIAN – BAHAGIAN KATA
• AKRONIM BERBEZA DARIPADA SINGKATAN KERANA AKRONIM DAPAT
DISEBUT SEBAGAI KATA PENUH
• CONTOHNYA, ADUN IALAH AKRONIM TETAPI USM BUKAN AKRONIM
KERANA TIDAK DAPAT DILAFAZKAN SEBAGAI KATA PENUH
• AKRONIM TERMASUK DALAM GOLONGAN KATA TUNGGAL DAN DAPAT
MEMASUKI SISTEM NAHU
SEKIAN TERIMA
KASIH