The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marzni mokhtar, 2023-11-13 23:34:13

LAPORAN PROGRAM MOBILITI MEMARTABATKAN BAHASA MEMACU KECEMERLANGAN

BANDUNG INDONESIA

Keywords: MOBILITI BPBMDK,MAHAWANGSA

PROGRAM MOBILITI MEMARTABATKAN BAHASAMEMACU KECEMERLANGAN PROGRAM MOBILITI MEMARTABATKAN BAHASAMEMACU KECEMERLANGAN ANJ U RAN DAN KE R JASAMA 22 JULAI - 6 OGOS 2023 [email protected] bpbmdk Kelab PBMP/BPBM PE R T A N I A N . I N O V A S I . K E H I D U P A N www.upm.edu.my


Pengenalan Ahli Jawatankuasa


Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar Penasihat Program Dr. Azhar Md Sabil Pensyarah Iringan Dr. Shamsudin Othman Penasihat Program Prof. Madya Dr. Abu Bakar Mohamed Razali Penasihat Program Dr. Muhammad Zarif Hassan@Zulkifli Pensyarah Iringan Dr. Marzni Mohamed Mokhtar Penyelaras Program


Tuan Nor Atirah Tuan Ahmad Rusdi Setiausaha Muhammad Aiman Syazwan Ahmadi Timbalan Pengarah Nor Farihah Mohamad Bendahari Azim Farhan Ngadimin Pengarah Nur Atikah Thahir Timbalan Setiausaha Nurul Hidayah Abdullah Timbalan Bendahari


Nur Syuhadayana Biro Cenderamata dan Logistik Nur Shaerah Md Zin Biro Pembangunan Modul Nabilah Hanim Mohamad Zaki Biro Kebajikan Nur Fatimah Auni Ismail Biro Perhubungan Hortensia Valerie Anak Thomas Biro Pengurusan Pengangukutan dan Keselamatan Azizah Mad Sapi Biro Persembahan Budaya dan Komuniti


Siti Nur Syahira Che Mohd Idris Biro Publisiti Nurul Bahirah Baharuddin Biro Protokol Nur Sharina Najwa Suhaidi Biro Makanan Atitih Yati Robert Biro Tugas-Tugas Khas Nur Syadza Zahira Mohd Rosli Biro Fotografi dan Dokumentasi


Program Mobiliti Memartabatkan Bahasa Memacu Kecemerlangan Program Mobiliti Memartabatkan Bahasa, Memacu Kecemerlangan ke Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung, Indonesia merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar Semester 6 Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian (BPBMdK) sesi 2022/2023 dengan kerjasama Kelab Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu (BPBM) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan (FEDSSA), UPM, Pusat Antarabangsa (I-Putra), UPM Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat Dan Endowmen (Wazan), UPM.


OBJEKTIF PROGRAM Mendedahkan pelajar kepada suasana yang mampu untuk membina kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti. Melahirkan pelajar yang mampu untuk berkomunikasi dengan baik dan cemerlang dengan peserta yang berlainan budaya. Memberi motivasi dalam diri pelajar sepanjang program supaya dapat menambahbaik kemahiran insaniah mereka.


Pengisian Program Mobiliti Memartabatkan Bahasa, Memacu Kecemerlangan


Majlis Perasmian Program Mobiliti Memartabatkan Bahasa, Memacu Kecemerlangan 24 JULAI 2023: Majlis Perasmian Program Mobiliti Memartabatkan Bahasa, Memacu Kecemerlangan ini telah diadakan pada pukul 8.00 pagi di Ruangan Rapat, Pojok Bahasa Arab, Fakultas Pendidikan Bahasa dan Sastra. Majlis perasmian ini juga dihadiri oleh pelajar-pelajar di luar negara secara dalam talian Zoom. Antara tetamu kehormat yang dijemput ke majlis ini ialah Dr. Shamsudin Othman (Perasmi), Prof. Ahmad Bukhori Muslim, S.Pd., M.Ed., Ph.D. (Direktor, Direktorat Urusan Internasional), Yanty Wirza, M.Pd., M.A., Ph.D. (Wakil Dekan Bidang Kemahasiswaan) Prof. Prof. Yulianeta M.Pd (Wakil Dekan Bidang Akademik). Majlis perasmian ini dikendalikan oleh saudari Nurul Bahirah Baharuddin dan saudara Asep Ahmad Suja’i. Slot nyanyian lagu kebangsaan dan institusi pula, saudari Mentari Ramadanti Kusumah telah memimpin nyanyian lagu Indonesia Raya dan Hymne UPI. Setelah mendengar kata alu-aluan daripada kedua-dua wakil institusi, majlis perasmian ini juga turut diserikan dengan sesi pertukaran cenderamata antara kedua-dua universiti dan diakhiri dengan sesi fotografi.


Seminar Teori Kesusasteraan 24 JULAI 2023: Terdapat empat siri seminar pendidikan bahasa dan kesusasteraan Melayu yang telah dirancang sebagai intipati utama pertukaran ilmu dalam program mobiliti ini. Siri seminar pendidikan ini telah dilangsungkan dengan menggunakan mod hibrid, terdapat pelajar yang mengikuti secara langsung dalam talian Zoom semasa seminar ini berlangsung. Bagi setiap slot, selama 1 jam 30 minit telah diperuntukkan bagi kesemua panel berkongsi pandangan dan idea yang terkait dengan bidang pendidikan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Seminar pertama telah berlangsung pada 24 Julai 2023 dan membariskan dua panel iaitu Dr. Muhammad Zarif Hassan@ Zulkifli dan Prof. Dr. Yulianeta M.Pd. yang membincangkan tentang teori kesusasteraan.


Seminar Penulisan Kreatif 24 JULAI 2023: Seminar kedua pula telah mempertemukan dua orang tokoh penyair nusantara dalam satu gelanggang intelektual. Dr. Shamsudin Othman, penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara atau SEA Write Award pada tahun 2019 dan Dr. Nenden Lilis Aisyah S.Pd, M.Pd pula merupakan penulis dan penyair hebat Indonesia telah diberikan ruang untuk berkongsi ilmu bagaimana sesuatu karya kreatif itu dapat dizahirkan menjadi sebuah karya yang hebat dan bermakna. Kedua-dua tokoh ini amat aktif dalam menghasilkan pelbagai genre karya kreatif seperti sajak, puisi tradisional mahupun buku yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar.


Seminar Pedagogi Era 4.0 25 JULAI 2023: Seminar ketiga pula memperlihatkan bagaimana ideologi antara dua buah negara dipersatukan dalam nuansa akademik. Pertembungan idea antara Dr. Marzni Mohamed Mokhtar dan Dr. Rudi Adi Nugroho, M.Pd bagi membincangkan bagaimana pendekatan baharu dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), Pedagogi Terbeza atau (Differentiated Pedagogy) dikupas dengan menggunakan lensa penerapan dari dua buah negara yang berbeza. Kedua-dua panel saling berkongsi kepelbagaian produk yang telah dihasilkan oleh pelajar bagi memberikan gambaran bagaimana pendekatan baharu ini dilangsungkan dalam PdPc.


Seminar Kurikulum dan Didik Hibur Bahasa Melayu 25 JULAI 2023: Seminar terakhir pula menampilkan dua orang tokoh yang berpengalaman jauh berkaitan penggubalan kurikulum pendidikan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Dr. Azhar Md Sabil merupakan antara panel penggubal Kurikulum Standard Bahasa Melayu manakala Dr. Halimah, M.Pd juga mempunyai pengalaman hampir 20 tahun mengajar dan terlibat dalam panel penggubal buku-buku teks Bahasa Indonesia. Kedua-duanya juga memberikan perhatian kepada bagaimana teknik didik hibur dapat membantu bakal guru bagaimana untuk melaksanakan PdPc yang mampu menarik dan mengekalkan perhatian pelajar di dalam bilik darjah.


Lawatan ke sekitar Fakultas Pendidikan Bahasa dan Sastra UPI 25 JULAI 2023: Setelah selesai sesi seminar terakhir, delegasi mobiliti dibawa melawat sekitar Fakultas Pendidikan Bahasa dan Sastra untuk melihat fasiliti yang disediakan. Antara fasiliti yang disediakan oleh fakulti tersebut ialah laboratorium bahasa, konti radio bahasa, ruang pertunjukan drama, pojok budaya, ruang smart class dan lain-lain. Pelbagai teknologi yang digunakan oleh fakulti tersebut untuk meningkatkan mutu pembelajaran mereka antaranya teknologi green screen bagi pertunjukan drama. Delegasi mobiliti dapat menimba pengalaman dengan melihat suasana pembelajaran dan fasiliti di fakulti tersebut.


Lawatan ke Masjid Raya Al Jabbar 25 JULAI 2023: Lawatan mobiliti diteruskan ke Masjid Raya Al Jabbar. Masjid Raya Al Jabbar yang dibina diatas tasik buatan pada tahun 2017 dan mula digunakan secara rasmi pada tahun 2020. Masjid ini dikelilingi empat menara masjid. Seni bina kubah masjid yang unik ini menarik perhatian delegasi mobiliti. Masjid ini bukan sahaja sebagai tempat beribadah, malah masjid ini memiliki muzium Rasulullah. Muzium ini digelar sebagai Ma'rodh Masjid Raya Al Jabbar yang merakam jejak perjalanan dakwah Islam di Tanah Pasundan ini. Delegasi mobiliti diberikan masa selama satu jam untuk melawat dan menunaikan solat fardhu Isyak. Delegasi mobiliti kagum dengan kecantikan seni bina masjid tersebut. Lebih-lebih lagi, masjid ini disinari dengan lampu-lampu berwarna hijau pada waktu malam. Ruang solat masjid yang besar ini mampu memuatkan seramai 33000 orang. Lawatan ke masjid ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah Islam dan melihat keunikan hasil seni bina masjid.


Lawatan ke Institusi Teknologi Bandung (ITB) 27 JULAI 2023: Delegasi mobiliti mengadakan lawatan sambil belajar ke School of Business Management di Insitut Teknologi Bandung Kampus Ganesha. Kampus yang ditubuhkan pada tahun 1920 ini memiliki kawasan seluas 28 hektar. ITB ini asalnya merupakan sekolah teknik tinggi di Indonesia berawal pada abad ke-20, ketika pemerintah kolonial Belanda. School of Business Management ITB berperanan sebagai hub dan orkestra untuk membangun dan mengembangkan usahawan tekno di Indonesia. Pada tahun 2018 SBM ITB memperoleh akreditasi antarabangsa, ABEST21, dan pada tahun 2021 SBM ITB telah menjadi antara sekolah terhad bertauliah AACSB. Delegasi mobiliti telah disantuni oleh Prof. Dr. Achmad Fajar Hendarman (Assistant Professor, People and Knowledge Management Interest Group). Pihak delegasi juga disambut mesra oleh pihak SBMB dan diberikan peluang untuk melihat fasiliti canggih yang terdapat di sekitar fakulti.


Lawatan ke Saung Angklung Udjo (SAU) 27 JULAI 2023: Delegasi mobiliti meneruskan lawatan ke Saung Angklung Udjo. Saung Angklung Udjo merupakan sebuah tempat pelancongan berkaitan dengan budaya sunda. Saung Angklung Udjo ini diasaskan oleh Udjo Ngalegana pada tahun 1966. Selain sebagai pusat pelancongan, SAU ini juga merupakan pusat pemeliharaan budaya sunda dengan melatih generasi muda tentang tarian tradisional dan penggunaan angklung. Antara persembahan yang terdapat di Saung Angklung Udjo ialah persembahan wayang kulit, nyanyian, tarian tradisional, pakaian tradisional setiap kaum dan persembahan angklung. Delegasi mobiliti berpeluang merasai pengalaman bermain angklung. Para penonton juga diajak menari bersama-sama pada akhir persembahan. Delegasi mobiliti dapat melihat dan mempelajari tentang cara bermain angklung dan seni budaya masyarakat sunda.


Lawatan ke The Southest Asian Ministers of Education Organization Centre for Early Childhood Education and Parenting (SEAMEO - CECCEP) 28 JULAI 2023: Kunjungan akademik tidak terhenti di UPI, malah telah diperluaskan lagi dengan adanya lawatan ke The Southeast Asian Ministers of Education Organization Centre for Early Childhood Care Education and Parenting (SEAMEO CECCEP). SEAMEO merupakan sebuah organisasi antara kerajaan serantau yang ditubuhkan pada tahun 1965 di kalangan kerajaan negara-negara Asia Tenggara untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam pendidikan, sains dan budaya di rantau ini. Delegasi mobiliti telah disantuni oleh Prof. Vina Adriany, M.Ed., Ph.D., Direktur SEAMEO CECCEP merangkap pensyarah di Fakultas Ilmu Pendidikan, UPI. Malah, turut sama memberikan perkongsian ilmu berkaitan peranan SEAMEO CECCEP ialah En. Ith Vuthy, Timbalan Direktor (Program), En. Rizal Nugraha., S.SI., M.PD (Head of Advocacy and Patnership) dan Pn. Fatima Rahmah, S.PSI., M.ED (Research and Development Officer).


Program bersama Panti Asuhan Mizan Amanah, Bandung 1 OGOS 2023: Delegasi mobiliti mengadakan program bersama Panti Asuhan Mizan Amanah. Panti Asuhan merupakan sebuah rumah anak-anak yatim yang ditubuhkan pada tahun 2014. Panti Asuhan Mizan Amanah ini memiliki seramai 21 orang anakanak yatim yang seawal usia 3 tahun. Delegasi mobiliti disambut baik oleh ketua panti asuhan tersebut bersama-sama anak-anak yatim. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ucapan dari pengarah mobiliti dan ketua panti asuhan, bacaan doa, aktiviti mewarna Upin & Ipin bersama anak-anak yatim, penyerahan sumbangan seperti beg UPM yang mengandungi alat tulis, keropok, gula-gula, dan air kotak, hamper, sijil (sebagai tanda penghargaan), dan beberapa bahan keperluaan asas bagi panti asuhan tersebut. Program bersama anak-anak yatim di panti asuhan ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kesyukuran dengan nikmat yang diberikan dan menghargai golongan yang berkeperluan ini. Program ini diakhiri dengan sesi fotografi dan salaman bersama-sama warga Panti Asuhan Mizan Amanah.


Lawatan ke Sekolah Laboratorium, Universitas Pendidikan Indonesia 1 OGOS 2023: Delegasi mobiliti mengadakan lawatan ke Sekolah Laboratorium, Universitas Pendidikan Indonesia. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2023. Sekolah Laboratorium ini mempunyai peringkat sekolah dari Taman Kanak-Kanak (TK), Sekolah Dasar (SD), Sekolah Menengah Pertama (SMP) dan Sekolah Menengah Atas (SMA). Delegasi mobiliti disambut mesra oleh Dr. Prayoga Bestari, M.Si. (Ketua Badan Pengelola Sekolah), Roberto Leonardo, S.P.d (Kepala SMP Bumi Siliwangi) dan Dr. Deni Kadarsah, M.P.d (Kepala SMA Bumi Siliwangi). Majlis sambutan kehadiran delegasi diserikan dengan persembahan angklung oleh pelajar-pelajar dari sekolah tersebut. Setelah selesai majlis sambutan, delegasi mobiliti dibawa melawat keliling kawasan sekolah untuk melihat suasana pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan. Beberapa kuiz mengenai Malaysia juga ditanyakan kepada pelajar sekolah semasa lawatan dan hadiah beg UPM juga diberikan apabila mereka berjaya menjawab kuiz tersebut.


Majlis Penutupan Program Mobiliti Memartabatkan Bahasa, Memacu Kecemerlangan 2 OGOS 2023: Majlis Penutupan Program Mobiliti Memartabatkan Bahasa, Memacu Kecemerlangan ini telah diadakan pada pukul 8.00 pagi di Ruangan Rapat, Pojok Bahasa Arab, Fakultas Pendidikan Bahasa dan Sastra. Antara tetamu kehormat yang dijemput ke majlis ini ialah Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar (Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM), Dr. Nia Nafisah S.S M.Pd. (Kepala Divisi, Direktorat Urusan Internasional), dan Prof. Dr. Tri Indri Hardini, M.Pd. (Dekan Fakultas Pendidikan Bahasa dan Sastra UPI). Majlis penutupan ini dikendalikan oleh saudari Nurul Bahirah Baharuddin dan saudara Asep Ahmad Suja’i. Selain mendengar kata alu-aluan daripada kedua-dua wakil institusi, majlis penutupan ini juga turut diserikan dengan beberapa persembahan daripada wakil pelajar, peragaan baju tradisional dan sajian hidangan tradisional dari Malaysia. Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan cenderamata antara kedua-dua universiti dan sesi fotografi.


Sesi Bual Bicara bersama-sama Pelajar Universitas Pendidikan Indonesia 3 OGOS 2023: Sesi bual bicara antara pelajar Universitas Pendidikan Indonesia dan Universiti Putra Malaysia dilaksanakan. Sesi bual bicara ini dikendalikan oleh saudari Nurul Hidayah Abdullah selaku wakil pengarah program. Sesi bual bicara ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silahturahim antara pelajar dua buah universiti selain berkongsi pengalaman proses melaksanakan mobiliti dan kaedah pembelajaran di universiti masing-masing. Bual bicara ini dimulakan dengan sesi perkenalan daripada setiap pelajar dan senamrobik yang diketuai oleh saudari Tuan Nor Atirah. Pelajar UPM telah menyediakan tiga buah permainan tradisional Malaysia untuk bermain bersama-sama pelajar UPI seperti permainan galah panjang, permainan batu seremban dan permainan capteh. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak supaya pelajar dapat mengenal antara satu sama lain dengan lebih rapat. Setelah selesai ketiga-tiga permainan, saudari Nurul Hidayah memulakan perkongsian tentang proses melaksanakan mobiliti dan ikuti oleh pelajar lain. Bual bicara ini diakhiri dengan sesi fotografi bersama-sama.


Lawatan ke Gedung Sate 3 OGOS 2023: Setelah selesai sesi bual bicara bersama-sama pelajar UPI, delegasi mobiliti meneruskan lawatan ke Gedung Sate, Bandung. Gedung sate merupakan bangunan pejabat Gabenor Jawa Barat. Nama bangunan ini berasal daripada mercu tandanya berupa hiasan lidi sate yang berada pada tengah menara. Bangunan bersejarah yang dibina pada tahun 1920 ini masih kukuh sehingga kini. Delegasi mobiliti melawat ke muzium Gedung Sate yang dipenuhi dengan pameran sejarah Bandung dan Gedung Sate. Nilai sejarah disampaikan dengan menggunakan teknologi digital interaktif. Beberapa teknologi yang digunakan ialah skrin sentuh yang memaparkan maklumat melalui grafik. Setiap pengunjung diberi peluang memakai cermin mata realiti maya. Matlamatnya adalah untuk memberikan gambaran tiga dimensi bangunan ini. Beberapa teknologi lain digunakan untuk menerangkan bahan binaan yang digunakan di Gedung Sate seperti tiang, tangga, reka bentuk luaran dan reka bentuk dalaman Gedung Sate. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan tentang sejarah Bandung.


Dokumentasi Program Mobiliti Memartabatkan Bahasa, Memacu Kecemerlangan


Delegasi mobiliti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Delegasi mobiliti ke Fakultas Pendidikan Bahasa dan Sastra bersama buddies Majlis Perasmian Program Mobiliti Memartabatkan Bahasa, Memacu Kecemerlangan


Panel dari UPM dan UPI bagi Seminar Teori Kesusasteraan dan Seminar Penulisan Kreatif Panel dari UPM dan UPI bagi Seminar Pedagogi Era 4.0 dan Seminar Kurikulum dan Didik Hibur Lawatan di sekeliling Fakultas Pendidikan Bahasa dan Sastra, UPI


Lawatan ke Institusi Teknologi Bandung (ITB) Lawatan ke The Southest Asian Ministers of Education Organization Centre for Early Childhood Education and Parenting (SEAMEO - CECCEP) Program bersama Panti Asuhan Mizan Amanah, Bandung


Lawatan ke Sekolah Laboratorium, Universitas Pendidikan Indonesia Majlis Penutupan Program Mobiliti Memartabatkan Bahasa, Memacu Kecemerlangan Sesi bersama pelajar Universitas Pendidikan Indonesia


Penghargaan Penajaan Dato’ Seri Ong Kean Lee (Malaysia Trade & Transport Co Sdn Bhd) Puan Marziah binti Mohamed Mokhtar Dato' Goh Ten Whoo (CEO Ideal Property) Dato' Ricky Pua (CEO Alpha Ocean Resources Bhd) Pusat Antarabangsa (I-Putra) Universiti Putra Malaysia. Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) Universiti Putra Malaysia Kelab Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian (BPBMdK) Sekalung penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan penajaan yang berjumlah RM45000.00 terhadap 'Program Mobiliti Memartabatkan Bahasa, Memacu Kecemerlangan' kepada:


Penghargaan Kedutaan Besar Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM) Pejabat Naib Canselor, UPM Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM Pusat Antarabangsa (I-Putra), UPM Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), UPM Sekalung penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan 'Program Mobiliti Memartabatkan Bahasa, Memacu Kecemerlangan' kepada: Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Pedidikan (FEDSSA) Kelab Kelab Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian (BPBMdK) Pensyarah Unit Pendidikan Bahasa Melayu Penaja program Pelajar BPBMdK Malaysia


Penghargaan Universitas Pendidikan Indonesia Direktorat Perhubungan Antarabangsa (DIA), UPI Fakultas Pendidikan Bahasa dan Sastra (FPBS) Buddies Institusi Teknologi Bandung (ITB) Sekalung penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan 'Program Mobiliti Memartabatkan Bahasa, Memacu Kecemerlangan' kepada: The Southest Asian Ministers of Education Organization Centre for Early Childhood Education and Parenting (SEAMEO - CECCEP) Panti Asuhan Mizan Amanah Pt. Royal Cetta Travelindo dan semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung Indonesia


Click to View FlipBook Version