SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN TAJUK : Perjumpaan minggu ke – 4 Kokurikulum Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) KEMAHIRAN : Kemahiran Asas Dalam PPIM: Kemahiran Asas Menjahit TARIKH : 12 Jun 2024 (Rabu) MASA : 2.00 – 3.00 Petang (1 Jam) BILANGAN MURID : 75 orang (Murid tahun 4,5,6) ALATAN DAN BAHAN : Jarum Jahitan, Benang, Gunting, Jarum Peniti, Kain Perca, Kacang Hijau, dan Hadiah OBJEKTIF PEMBELAJARAN : i. Psikomotor - Murid dapat melakukan Teknik jahitan asas dengan betul dan kemas. ii. Kognitif - Murid-murid dapat menerangkan 3 jenis jahitan asas serta fungsinya. iii. Afektif - Murid-murid berasa seronok , aktif dan bersemangat kumpulan yang tinggi semasa menghasilkan Batu Seremban dan semasa bertanding Batu Seremban.
Langkah/ Masa Kandungan/ Isi Pelajaran Aktiviti PdP Organisasi/ Pengelolaan Catatan/ Alatan Pengenalan/ Set Induksi (8 minit), Tatacara Pembukaan Perjumpaan Pengenalan kepada alatan dan bahan jahitan. 1. Pada awal kelas, murid diminta untuk melaksanakan Tatacara Pembukaan Perjumpaan, yang terdiri daripada: - Membaca doa - Membaca Asmaul-Husna - Menyanyikan Lagu Puteri - Melafazkan Ikrar Puteri 2. Sebagai pengenalan, guru meletakkan alatan dan bahan jahitan di meja guru. 3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang: - Adakah murid pernah lihat alatan dan bahan jahitan tersebut? - Apakah nama alatan dan bahan jahitan tersebut? - Di manakah murid menjumpai alatan dan bahan jahitan tersebut? 4. Guru mengaitkan aktiviti bahanbahan tadi dengan topik pembelajaran pada hari ini. Alatan dan bahan anyaman Kaedah: - Pemerhatian Strategi PdPc: - Berpusatkan bahan BBM: - Bahan maujud (jarum jahitan, benang jahitan, gu nting jahitan, kain perca, kapur jahitan)
Langkah 1 (8 minit) Jenis Jahitan Asas dan Kegunaannya 1. Guru menayangkan video tentang jenis jahitan asas dan kegunaannya. 2. Murid diminta menyatakan jenis-jenis jahitan dan kegunaannya berdasarkan video. 3. Guru menayangkan video tutorial menjahit jahitan kia, jelujur kasar dan jelujur halus. 4. Murid menonton tutorial jahitan dengan fokus untuk diaplikasikan kemudian. Pautan video youtube tentang jenis jahitan asas: https://www.youtube.co m/watch?v=g6QwA2M TVe4&pp=ygUSamVu aXMgamFoaXRhbiBhc 2Fz Pautan video YouTube tentang tutorial Menjahit Jahitan Asas (kia, Jelujur halus, Jelujur Kasar): https://www.youtube.co m/watch?v=IGnnkr120 g0&pp=ygUUdHV0b3J pYWwgamFoaXRhbiB hc2E%3D Kaedah: - Penerangan Strategi PdPc: - Berpusatkan guru BBM: - Video Youtube - LCD Langkah 2 (10 minit) Aktiviti Menjahit Jahitan Asas 1. Guru mengagihkan kain perca, jarum dan benang bagi setiap murid. 2. Murid menandakan huruf A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K pada kain perca. 3. Murid menjahit jahitan kia, jelujur kasar dan jelujur halus pada kain perca. 4. Guru membimbing murid sepanjang aktiviti dijalankan. Kaedah: - Pembelajaran berasaskan projek Strategi PdPc: - Berpusatkan tugasan BBM: Alat dan Bahan Jahitan (Jarum, Benang, Gunting, Kain Perca, Kapur Jahitan)
Langkah 3 (15 minit) Aktiviti Menghasilkan Batu Seremban 1. Guru memaparkan video tentang Langkah Menghasilkan Batu Seremban menggunakan teknik asas jahitan. 2. Murid dibahagikan dalam kumpulan dan guru mengagihkan alatan jahitan dan bahan jahitan yang diperlukan iaitu kain perca dan kacang hijau. 3. Setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan 7 biji Batu Seremban. 4. Guru membimbing murid sepanjang aktiviti dijalankan. Pautan Video YouTube tentang Langkah Menghasilkan Batu Seremban: https://www.youtube.co m/watch?v=60XEqy_d B0I&pp=ygUkdmRpZ W8gbWVuamFoaXQg YmF0dSBzZXJlbWJhb iByaW5na2Fz Kaedah: - Pembelajaran berasaskan projek Strategi PdPc: - Berpusatkan murid - Berpusatkan tugasan BBM: - Video YouTube - LCD - Alat dan Bahan Jahitan (Jarum, Benang, Gunting, Kain Perca, Kapur Jahitan) - Kacang Hijau Permainan Kecil (15 minit) Pertandingan Batu Seremban 1. Setiap kumpulan akan berlawan bermain Batu Seremban bersama kumpulan-kumpulan yang lain menggunakan Batu Seremban yang telah dihasilkan. 2. Kaedah ‘kalah mati’ digunakan bagi menentukan kumpulan yang menjadi pemenang. 3. Semasa pertandingan, guru memerhatikan dan menghakimi kumpulan yang menghasilkan Batu Seremban yang paling kemas jahitannya. Kaedah: - Didik Hibur Strategi PdPc: - Berpusatkan murid BBM: - Batu Seremban
Penutup (4 minit) Rumusan tentang Jenis Jahitan Asas, Alatan dan Bahan yang Diperlukan serta Aplikasi Kemahiran Jahitan. Tatacara Penutup Perjumpaan 1. Guru meminta 2 orang murid untuk merumuskan isi pelajaran pada hari ini dengan menyatakan jenis jahitan asas, alatan dan bahan yang diperlukan serta aplikasi kemahiran jahitan iaitu dalam menghasilkan Batu Seremban. 2. Guru memberi komen tentang keseluruhan aktiviti perjumpaan pada hari tersebut. 3. Guru mengumumkan dan menyampaikan hadiah kepada Kumpulan Batu Seremban Paling Kemas dan Kumpulan Pemenang Pertandingan Mini Batu Seremban sebagai bentuk ganjaran. 4. Murid melaksanakan Tatacara Penutup Perjumpaan sebelum bersurai iaitu: - Membaca Doa - Menyanyikan Lagu Puteri Kaedah: - Pengukuhan positif Strategi PdPc: - Berpusatkan guru BBM: - Hadiah