0 SPP 30143 PERNIAGAAN ANTARABANGSA MINI PROJEK – AirAsia PENSYARAH: HAMIZAH BINTI JAAPAR NUR ARIANNA ALEYYA BINTI ZAHARUDDIN: B04SPP22F002 NUR HAWA DARWISYAH BINTI MOHD HALIM: B04SPP22F008 NADINE BATHRISYAH BINTI ZAINAL: B04SPP22F014 FATIN SYAKILA BINTI SANIP: B04SPP22F016
1 1. MAKLUMAT PROFIL PERNIAGAAN NAMA PERNIAGAAN: - AirAsia Capital A Berhad: AirAsia NAMA PENGASAS: - Tony Fernandes ALAMAT: - AirAsia RedQ Jalan Pekeliling 5 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) 64000, KLIA Selangor, Malaysia Visi: Untuk menyatukan Asean dan seterusnya. Wilayah yang kaya dengan kepelbagaian budaya & bakat, AirAsia dapat memperjuangkan idea wilayah yang disatukan oleh warisan dan aspirasi bersama. Misi: Untuk menghubungkan pengguna bagi mengubah kehidupan. Pengguna adalah nadi kepada syarikat kami. Membina serta menghubungkan semua pengguna dengan segala-galanya dan diamana-mana sahaja. Berkhidmat kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan serta membina komuniti dan mengubah kehidupan untuk menyatukan Asean.
2 LOGO PERNIAGAAN: BENTUK PERNIAGAAN: AirAsia Capital A Berhad merupakan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia. Kumpulan AirAsia beroperasi penerbangan antarabangsa dan tempatan lebih 400 destinasi merentasi 25 negara. Kami memberikan perkhidmatan yang baik dan bagus kepada pengguna. Dengan menggunakan tagline dari kami AirAsia Capital A Berhad, “ Now Everyone Can Fly. ” Contoh subsidiari air asia - Santan - Teleport cargo - Bigpay
3 CEO OF DIRECTORS AirAsia STRUKTUR ORGANISASI MENGIKUT GEOGRAFI CARTA ORGANISASI SYARIKAT AIRASIA:
4 A. Cabaran Struktur Organisasi (AirAsia) Cabaran yang dihadapi oleh airasia dari segi struktur organisasi Boleh jadi kesukaran dalam menyampaikan maklumat secara efisien.. Komunikasi yang tidak efektif boleh menyebabkan kekeliruan, ketidakpastian, dan kelewatan dalam pelaksanaan tugas tugas Dalam keadaan pandemik yang mencabar ramai kakitangan air asia dikenali sebagai allstars, telah beralih kepada peranan baharu untuk menghadapi cabaran semasa. Pengurusan risiko yang lemah boleh menyebabkan kerugian kewangan, reputasi yang terjejas, dan ketidakstabilan ekonomi oleh itu penting bagi struktur organisasi untuk mempunyai mekanisme pengurusan risiko yang kukuh untuk mengendalikan risiko risiko ini dengan berkesan. 2. CABARAN YANG DIHADAPI OLEH SYARIKAT MULTINASIONAL
5 B. Cabaran Kawalan Pengurusan (AirAsia) Fenomena ini bukan sahaja dihadapi oleh syarikat penerbangan AirAsia malah penerbangan terbesar Malaysia Airlines dan Malindo Air serta penerbangan yang lain di dunia. Cabaran kawalan pengurusan yang dihadapi dalam industri penerbangan AirAsia: Perlu mempunyai kecairan atau tunai yang mencukupi bagi menampung kos operasi di samping perlu juga membayar hutang pembelian kapal terbang. Syarikat penerbangan AirAsia mengalami kerugian bagi memenuhkan kapasiti kapal terbang disebabkan harga tiket yang dijual agak tinggi, walaupun ketika ini rakyat sudah keluar melancong susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun lalu. Menyebabkan kejatuhan dalam kepercayaan pengguna kepada industri penerbangan, ramai yang melewatkan pembelian tiket untuk perjalanan masa depan dan pengurangan dalam pendapatan boleh guna. Turut berlaku peningkatan kos penerbangan dan aktiviti ekonomi global hampir terhenti.
6 C. Cabaran Politik dan Perundangan (AirAsia) Tiada lagi sebarang prosiding undang-undang atau litigasi material daripada MAHB terhadap AirAsia Berhad/AirAsia X Berhad. Kami percaya bahawa kerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan dalam ekosistem penerbangan adalah kunci untuk mendorong kami ke arah pertumbuhan industri dan negara sementara dunia kembali pulih daripada pandemik dan kerugian besar dalam sektor penerbangan, adalah penting untuk semua pihak berkepentingan bekerjasama merangsang kebangkitan semula perjalanan udara
7 D. Cabaran Ekonomi (AirAsia)
8 Ekonomi yang tidak stabil dan bencana alam 1) keupayaan mengajinkan perniagaan dalam krisis amat penting, terutamanya apabila pandemik melanda dan membawa cabaran kepada ekonom global yang menjejaskan pelbagai sektor seperti penerbangan dan pelancongan.Dalam persekitaran yang terus berubah dari masa ke semasa berikutan faktor luaran, apa yang membezakan sebuah syarikat daripada pesaingnya adalah kakitangan mereka. Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia menyatakan " Aset terbesar kami adalah kakitangan kami.Walaupun menghadapi cabaran yang besar,tetapi kapasiti dan pengurusan kos yang proaktif telah mengukuhkan prestasi perniagaan. AirAsia Group mencatatkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan yang pulang modal. 2) airasia mengalami kerugian pada tahun 2020 akibat covid19 mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM967.15 juta pada suku pertama berakhir 31 mac, 2020, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM21.31 juta pada suku tahun sama tahun lepas. 3)Airasia farm menyedari kesan buruk daripada kegiatan seperti cuaca bermusim di negara ini merupakan antara cabaran pengeluar pertanian jadi airasia farm bakal mendirikan sebuah gudang seluas 10,000 kaki persegi di negeri Selangor dan sebuah gudang 6,000 kaki persegi di negeri Sabah menjelang suku ke 3 2021.
9 E. Cabaran Sosiobudaya (AirAsia) 1)Bangsa Airasia menghadapi prejudis dan diskriminasi sepanjang operasi mereka dan dengan mengatasi masalah ini mereka menawarkan paltform untuk mereka didengari.selain itu, meletakkan kemanusian sebagai keutamaan mencetus inspirasi kepada airasia untuk melancarkan kempen ini. 2) Bahasa AirAsia Berhad mempunyai banyak cawangan hampir setiap negara. Bahasa adalah penting untuk mereka untuk berinteraksi dengan pihak luar negara. Contohnya, Bahasa Inggeris kerana ini ialah bahasa utama yang digunakan untuk airasia berinteraksi di seluruh dunia
10 A. Risiko Ekonomi (AirAsia) B. Risiko Ekonomi (AirAsia) 3. RISIKO YANG DIHADAPI OLEH SYARIKAT MULTINASIONAL AIRASIA GROUP BERHAD mendedahkan 96% daripada armada pesawatnya tidak dapat beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Perperakan (PKP) susulan penularan COVID 19, Ia memberikan Impak yang sangat besar kepada syarikat penerbangan tersebut. Sekatan perjalanan dan kawalan sempadan yang dibuat oleh kerajaan dari semua negara telah menyebabkan permintaan terhadap berjalanan udara merosot pada Februari dan Mac 2020. Pandemik covid 19 telah menjejaskan prestasi kewangan AirAsia Group Bhd yang telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak 803.85 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2020. 1
11 ` Kumpulan AirAsia telah mengambil beberapa langkah untuk membendung kos di seluruh operasi perniagannya bagi mengurangkan kesan kepada kakitangannya, di samping memastikan kesinambungan perniagaan dengan mengutamakan operasi keselamatan penerbangan Epidemik SARS pada tahun 2002, H1N1 (2009) Ebola (2014), MERS-CoV (2015) serta pelbagai insiden termasuklah tsunami, letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir dan taufan bermusim, telah memberikan impak negatif terhadap industri pelancongan. Akan tetapi, kami masih bertahan dengan mengambil langkah mendisiplinkan kos dan strategi pemasaran yang efektif, seterusnya mencatatkan pertumbuhan penumpang yang positif saban tahun. Sebagai sebuah syarikat penerbangan, AirAsia diakui terjejas dengan permintaan yang semakin berkurang dan seperti syarikat penerbangan lain, kami terpaksa membatalkan banyak penerbangan, bukan sahaja untuk China, tetapi destinasi-destinasi lain juga. Akibatnya, walaupun kami mempunyai aliran tunai yang positif dan boleh bergantung kepada model pendapatan sampingan, kami perlu berani untuk mengurangkan kos, memelihara dana dan melindungi masa depan syarikat penerbangan ini.1a2qa
12 B. Risiko Politik (AirAsia) berhubung insiden ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia mendapati, berlakunya serangan siber ke atas sistem pelayan AirAsia pada 12 Nov lalu yang berpunca daripada akses tanpa kebenaran, mengakibatkan serangan perisian tebusan. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, serangan siber itu berpotensi menyebabkan kebocoran data, dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca pencerobohan serta impak keseluruhan insiden yang berlaku.
13 C. Risiko Kredit (AirAsia) Mereka terpaksa menggunakan cara yang menjengkelkan itu kerana sudah hilang sabar apabila usaha mereka untuk berhubung dengan AirAsia untuk bertanyakan mengenai tuntutan wang bayaran balik tiket penerbangan dari Kolkata ke Bali, Indonesia menerusi penerbangan ke Kuala Lumpur itu tidak berjaya. disebabkan pembatalan AirAsia menerima bayaran balik dalam bentuk kredit yang mempunyai tarikh luput dalam tempoh dua tahun. AirAsia tidak setuju penerimaan kredit dan menuntut supaya syarikat tersebut membayarnya secara tunai.
14 D. Risiko Pemilikan Negara (AirAsia) Tiada isu ketirisan dan penjualan data peribadi pelanggan kepada firma Amerika Syarikat oleh Kumpulan AirAsia Berhad (AirAsia) seperti dilaporkan. Terdapat laporan yang mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan terdapat firma pemberi pinjaman bersedia menawarkan pinjaman sehingga AS$1 bilion yang bersamaan dengan RM4.15 bilion bagi perniagaan data syarikat penerbangan tambang murah tersebut.
15 E. Risiko Penghantaran balik modal dan dividen ( AirAsia) Gabungan syarikat-syarikat penerbangan di bawah Capital A Bhd yang merangkumi AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia dan AirAsia Filipina terus mencatatkan faktor muatan yang kukuh sebanyak 89 peratus pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2023. Capital A ketika mengulas mengenai segmen digitalnya berkata airasia MOVE, yang dijenamakan semula baru-baru ini daripada airasia Superapp, mencapai rekod baharu sejumlah 15.4 juta purata pengguna aktif bulanan, melonjak sebanyak 61 peratus dari tahun ke tahun. Untuk segmen kargo, kami menghantar 57,309 tan, kenaikan 115 peratus dari tahun ke tahun dan kejayaan ini digariskan lagi oleh kadar penggunaan kompartmen perut yang sihat sebanyak 15 peratus (naik daripada 12 peratus dari tahun ke tahun), satu pencapaian yang dimungkinkan melalui pemulihan penerbangan antarabangsa, yang kemudian, meningkatkan kapasiti perut yang boleh digunakan dengan ketara,"
16 F. Risiko pertukaran matawang (AirAsia)
17 Risiko: Kenaikan pakej umrah tidak dapat dielakkan bagi isu seperti tukaran mata wang Ringgit Malaysia yang jatuh rendah berbanding Riyal Saudi, sekali gus memberi kesan kepada fi visa, tiket penerbangan, bilik penginapan, pengangkutan, cukai lapangan terbang dan kos-kos lain yang berkaitan. Bagi isu kenaikan tiket penerbangan domestik, Mohd Khalid iaitu presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) mencadangkan agar pihak syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengadakan satu sesi libat urus dengan rakan strategik mereka seperti persatuan-persatuan pelancongan dan pengembaraan atau agensi-agensi pelancongan bagi mendapatkan maklum balas mengenai kenaikan tambang penerbangan. Ramai kehilangan pendapatan kerana ia berdasarkan kepada perkembangan yang berlaku kepada syarikat AirAsia baru-baru ini yang menggantung operasi penerbangannya sehingga memberi impak kepada penumpang dan pekerja. Nilai matawang yang sentiasa berubah menjadikan kadar pertukaran matawang tidak stabil dan menyebabkan pelabur menarik semula pelaburan bagi risiko kerugian pelabur sehingga menyebabkan sesebuah syarikat jatuh muflis. Mengendali syarikat penerbangan tambang rendah secara tersiratnya adalah rumit dengan overhed yang semakin meningkat termasuk krew penyenggaraan dan penerbangan, harga bahan api, alat ganti, kos operasi dan kerja-kerja penyenggaraan.
18 SUMBER RUJUKAN https://www.capitala.com/ ekonomi https://www.malaysianow.com/my/news/2022/05/18/penumpang-antarabangsa-dapat-bayarantiket-selepas-spam-akaun-media-sosial-airasia kawalan pengurusan https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/03/543645/malaysia-airlines-perlu-diberipeluang politik dan perundangan https://newsroom.airasia.com/news/malaysia-airports-capital-a-batal-prosidingperundangan#gsc.tab=0 RISIKO Penghantaran balik modal dan dividen (AirAsia) https://www.astroawani.com/berita-bisnes/syarikat-penerbangan-bawah-capital-catat-faktor-bebankukuh-sebanyak-89-peratus-443348 Pertukaran matawang https://www.astroawani.com/videos/bisnes-x7sinh/nilai-ringgit-lemah-syarikat-penerbanganmungkin-terima-kesan-x8p19r3 Pemilikan negara https://www.astroawani.com/berita-malaysia/airasia-tidak-jual-data-peribadi-pelanggan-kepadafirma-amerika-syarikat-jpdp-263470 Ini mengakibatkan syarikat penerbangan AirAsia dan syarikat penerbangan tambang rendah lain juga turut mengalami kerugian berbilion ringgit mengikut susulan peningkatan kos bahan api berikutan kelemahan nilai mata wang tempatan. Pemerhati pasaran berpendapat, daya maju Malaysia Airlines perlu digariskan dengan lebih jelas, memandangkan beberapa langkah menyelamat sebelum ini gagal.
19 Politik https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/913676/kebocoran-data-penumpang-airasiakerana-serangan-siber-fahmi-fadzil Kredit https://www.malaysianow.com/my/news/2022/05/18/penumpang-antarabangsa-dapat-bayarantiket-selepas-spam-akaun-media-sosial-airasia Ekonomi https://www.malaysianow.com/my/news/2022/05/18/penumpang-antarabangsa-dapat-bayarantiket-selepas-spam-akaun-media-sosial-airasia