The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurizyan.mohamd, 2020-06-16 12:06:36

PAFA_Perkara_Asas_fardhu_Ain

PAFA_Perkara_Asas_fardhu_Ain

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BUKU PANDUAN DAN REKOD
PENCAPAIAN PENILAIAN PERKARA

ASAS FARDU AIN (P A F A)

PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3)
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

NAMA:
Tahun:
Tingkatan

DIKEMASKINI OLEH:
MOHD SHUKRI BIN ADINAN

KANDUNGAN i
ii
Profil Murid ii
Perkara Asas fardhu Ain iii
Tujuan Penilaian iv
Peraturan Penilaian 1-34
Agihan Kod PAFA 35
Soalan dan Jawapan Penilaian PAFA 36
Borang Pencapaian Individu untuk PT3
Borang Pencapaian Individu untuk SPM

PROFIL MURID
GAMBAR

NAMA :

SEKOLAH :

NO. PENDAFTARAN SEKOLAH :

JANTINA: L P BANGSA:

Hari Bulan Tahun

TARIKH LAHIR:

NO. SIJIL LAHIR/ KAD PENGENALAN:

NAMA IBU/BAPA:
PENJAGA

WARGANEGARA:

ALAMAT RUMAH:

NO TELEFON :
E-MAIL:
TANDA TANGAN IBU BAPA/PENJAGA:

PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA)

Beberapa perkara asas Fardu Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam,
yang ingin dipastikan benar-benar diketahui, difahami, diamalkan dan dihayati oleh setiap
muri dengan betul dan sempurna sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak.

TUJUAN PENILAIAN PAFA

1. Mengenal pasti murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan PAFA, kemudian
membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkannya
dengan betul dan sempurna.

2. Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam PAFA, dengan perkataan lain,
menentukan kejayaan 100%.

3. Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk
menghayatinya dalam amalan kehidupan harian.

4. Merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan murid menguasai dan menghayati
PAFA secara berterusan

PERATURAN PENILAIAN PAFA

1. Penilaian PAFA diwajibkan kepada semua murid beragama Islam.

2. Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari Tahun 1 hingga Tahun 5.

3. Penilaian PAFA dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.

4. Penilaian dijalankan sendiri oleh guru Pendidikan Islam mengikut masa dan tempat yang
sesuai sebagai proses penilaian biasa yang berbentuk formatif dalam pengajaran dan
pembelajaran.

5. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod-kod yang telah ditetapkan.
Apabila murid telah menguasai kod-kod yang ditetapkan, dia boleh dinilai dengan kod-
kod tahun seterusnya. Bagaimanapun murid ini boleh dinilai semula untuk pengukuhan.

6. Soalan dan jawapan penilaian tidak rahsia sebagaimana yang dicadangkan dalam buku
panduan ini. Apabila ujian dibuat secara formal , murid hendaklah diberitahu lebih awal.

7. Sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid diberi masa, peluang serta bimbingan yang
secukupnya untuk mengulang, serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha ini
diteruskan sehingga murid dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu
kemahiran dengan jaya, betul dan sempurna.

8. Pencapaian murid dikemaskinikan dari semasa ke semasa dalam Borang Pencapaian
Individu. Catatan tersebut merupakan rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang
dicapai oleh murid.

9. Tanda (/) dibuat apabila murid menguasai sesuatu kod atau tajuk, manakala dalam hal
ibadah, dapat mengamalkan sesuatu kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap
keupayaan yang paling minimum yang dikira sah dari segi syarak.

10. Murid diperakukan lulus dalam keseluruhan penilaian PAFA apabila mereka berjaya
memahami dan mengamalkan semua kod atau tajuk yang telah ditetapkan.

11. Borang Pencapaian Individu hendaklah disertakan bersama-sama rekod perpindahan
murid ke sekolah.

AGIHAN KOD PAFA ( PT3 DAN SPM )

TINGKATAN KOD TAJUK
DINILAI
1 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
01 Rukun Islam
PT3 02 Rukun Iman
03 Beristinjak
2 04 Membersihkan Diri, Pakaian dan Tempat Daripada
05 Najis
3
06 Cara Berwuduk
07 Cara Bertayamum
08 Cara Mandi Wajib
09 Azan, Iqamah, Jawapannya dan Doa Selepas Azan
dan Iqamah
10 Solat Fardhu
11
12 Solat Jenazah
13 Puasa
15 Adab terhadap Ibu Bapa
16 Ihsan
17 Kewajipan Menutup Aurat
Batas Pergaulan Dalam Islam

4 01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
02 Rukun Islam
SPM 03 Rukun Iman
04 Beristinjak
5 05 Membersihkan Diri, Pakaian dan Tempat Daripada

Najis
06 Cara Berwuduk
07 Cara Bertayamum
08 Cara Mandi Wajib
09 Azan, Iqamah, Jawapannya dan Doa Selepas Azan

dan Iqamah

10 Solat Fardhu
11 Solat Jenazah
12 Puasa
13 Adab terhadap Ibu Bapa
14 Perkahwinan
15 Ihsan
16 Kewajipan Menutup Aurat
17 Batas Pergaulan Dalam Islam

﴾ ﴿KOD : 01

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT

SOALAN L1.1 Sebutkan lafaz Dua Kalimah Syahadat dengan sempurna.

JAWAPAN ‫أَ ْشَه ُد أَ ْن لَاّ إِلَهَ إِلَاّ اللهُ َوأَ ْشَه ُد أَ َّن ُم َح َّم ًدا َر ُسوُل اللِه‬

SOALAN L1.2 Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadat.
JAWAPAN Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa

Nabi Muhammad Pesuruh Allah.

﴾ ﴿KOD : 02

RUKUN ISLAM

SOALAN L2.1 Sebutkan Rukun Islam satu persatu
JAWAPAN
Rukun Islam ada lima perkara:
1) Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.
2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
3) Mengeluarkan Zakat.
4) Berpuasa dalam bulan Ramadhan.
5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan.

SOALAN L2.2 Huraikan Rukun Islam:
1) Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.
2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
3) Mengeluarkan Zakat.
4) Berpuasa dalam bulan Ramadhan.
5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan

JAWAPAN Huraian:
1) Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.

Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaan-Nya dan suatu
pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
Ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan
takbir dan diakhiri dengan salam. Solat wajib ditunaikan lima waktu iaitu:
Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.

3) Mengeluarkan Zakat.
Ibadat dengan cara mengeluarkan harta yang tertentu diberi kepada
golongan tertentu dengan kadar dan syarat tertentu. Zakat tersebut ialah
Zakat Fitrah dan Zakat Harta.

4) Berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Ibadat dengan cara menahan diri daripada perkara-perkara yang
membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari
disertakan dengan niat. Ia wajib ditunaikan selama sebulan dalam bulan
Ramadhan

5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan.
Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam seumur hidup kepada
orang yang mampu, dengan syarat tertentu pada waktu yang tertentu.

SOALAN L2.3 Terangkan kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim
JAWAPAN Kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim ialah:
1) Merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan
2) Menjadikan seseorang sebagai muslim yang sejati.
3) Menjadi penghubung antara manusia dengan Allah dan manusia sesama

manusia.

﴾ ﴿KOD : 03

RUKUN IMAN

SOALAN L3.1 Sebutkan Rukun Iman satu persatu:
JAWAPAN Rukun Iman ada enam perkara:
1) Beriman kepada Allah
2) Beriman kepada Malaikat
3) Beriman kepada Kitab
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada Hari Akhirat

6) Beriman kepada Qadak dan Qadar. [ ‫] قضاء دان قدر‬

SOALAN L3.2 Bagaimanakah anda beriman kepada Allah s.w.t ?
JAWAPAN Mengaku bahawa Allah s.w.t ada dan melaksanakan perintah-Nya dengan
sempurna.

SOALAN L3.3 Bagaimanakah anda beriman kepada:
1) Malaikat.
2) Kitab.
3) Rasul.
4) Hari Akhirat.
5) Qadak dan Qadar.

JAWAPAN Beriman kepada:

1) Malaikat:
Meyakini bahawa Malaikat itu ialah makhluk Allah, dijadikan daripada nur
(cahaya), tidak berjantina dan tidak bernafsu. Sentiasa taat menjalankan
tugas yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

2) Kitab:
Meyakini bahawa Allah s.w.t telah menurunkan kitab-kitab kepada para
rasul-Nya yang tertentu. Semua kitab itu mengandungi petunjuk ke jalan
yang benar.

3) Rasul:
Meyakini bahawa rasul-rasul itu pesuruh Allah, lelaki yang mendapat
wahyu daripada Allah s.w.t untuk memimpin manusia ke arah kebenaran.

4) Hari Akhirat:
Meyakini bahawa alam ini akan musnah. Selepas itu, manusia akan
dihidupkan semula untuk dihisab segala amalannya. Orang yang banyak
amalan soleh ditempatkan di syurga. Orang yang ingkar akan
diperintahkan oleh Allah ditempatkan di neraka seketika.

5) Qadak dan Qadar:
Meyakini bahawa semua yang berlaku kepada diri kita bahkan seluruh
alam telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

SOALAN L3.4 Apakah perkara-perkara yang boleh merosakkan iman?
JAWAPAN
Perkara-perkara yang boleh merosakkan iman ialah:
1) Syirik.
2) Kufur.
3) Murtad.
4) Khurafat.
5) Maksiat.

﴾ ﴿KOD : 04

BERISTINJAK

SOALAN L4.1 Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan air.

JAWAPAN Membasuh qubul dan dubur ( ‫ ) قبل دان دبر‬dengan menggunakan air mutlak

sehingga diyakini bersih.

SOALAN L4.2 Sebutkan benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air.
JAWAPAN Benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air ialah:
1) Batu.
2) Benda kesat.

SOALAN L4.3 Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan batu atau benda kesat.
JAWAPAN Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji
batu atau benda yang kesat sehingga diyakini bersih.

﴾ ﴿KOD : 05

MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS

SOALAN L5.1 Kain ini terkena najis Mukhaffafah ( ‫) ُم َخَّفَفة‬.

Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN Cara menyucikan najis Mukhaffafah ialah dengan memercikkan air mutlak di
kawasan yang terkena najis

SOALAN L5.2 Kaki anda terkena najis Mutawassitah ( ‫) ُمتَ َو ِّسطَة‬

Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN Cara menyucikan najis Mutawassitah ialah:
1) Buangkan najis.
2) Basuh bahagian yang terkena najis dengan menggunakan air mutlak

sehingga hilang bau, warna dan rasa.

SOALAN L5.3 Di lantai ini terdapat najis Mughallazah ( ‫) ُمغََلّظَة‬.

Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN Cara menyucikan najis Mughallazah ialah:
1) Buangkan najis.
2) Basuh dengan air mutlak yang bercampur tanah ( satu kali ).
3) Basuh dengan air mutlak ( enam kali ) sehingga diyakini bersih.

﴾ ﴿KOD : 06

CARA BERWUDUK

SOALAN L6.1 Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN Cara berwuduk dengan betul ialah:

1) Membaca : ‫بِ ْس ِم اللِه الَّر ْح َم ِن الَّرِحي ِم‬

2) Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan ( tiga kali ).

3) Berkumur (tiga kali ) .
4) Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya ( tiga kali ) .

5) Menyebut lafaz niat wuduk: ‫نََويْ ُت الُو ُضْوَء لِلِه تَ َعالَى‬

6) Membasuh muka ( tiga kali ).
* Basuhan pertama disertakan dengan niat.
* Niat wuduk ialah: “ Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala ”.

Catatan:
Kawasan mula ialah:
Dari gigi rambut hingga ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan
hingga ke anak telinga kiri.

7) Membasuh tangan kanan hingga ke siku ( tiga kali ) kemudian tangan kiri
hingga ke siku ( tiga kali ).

8) Menyapu sebahagian kepala dengan air ( tiga kali ).
9) Menyapu kedua-dua telinga dengan air ( tiga kali ).
10) Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali ( tiga kali ). Kemudian

membasuh kaki kiri hingga ke buku lali ( tiga kali ).
11) Membaca doa wuduk :

‫ الَلُّه َّم‬,ُ‫ َوأَ ْشَه ُد أَ َّن ُم َح َّم ًدا َْب ُدُ َوَر ُسولُه‬,ُ‫أَ ْشَه ُد أَ ْن لَاّ إِلَهَ إِلَاّ اللهُ َو ْح َدُ لاَ َش ِريْ َ لَه‬
. ‫ َوا ْجَعلنِي ِم ْن ِبَا ِد َ ال َّلالِ ِحْي َن‬, ‫ َوا ْجَعْلنِي ِم َن ال ُمتَطَِّه ِري َن‬, ‫ا ْجَعْلنِي ِم َن الَتّ َّوابِْي َن‬

Maksudnya:
Saya naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah Tuhan Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan saya
naik saksi bahawa Nabi Muhammad ialah hamba dan Pesuruh-Nya. Wahai
Tuhan kami, jadikanlah kami daripada kalangan yang bertaubat, suci
bersih dan jadikanlah kami daripada kalangan hamba-Mu yang soleh.

﴾ ﴿KOD : 07

CARA BERTAYAMUM

SOALAN L7.1 Tunjukkan cara bertayamum dengan betul dan sempurna
JAWAPAN Cara bertayamum ialah:
1) Sediakan debu yang suci
2) Menghadap kiblat

3) Membaca : ‫بِ ْس ِم اللِه الَّر ْح َم ِن الَّرِحي ِم‬

4) Menyebut lafaz niat tayamum seperti:

‫نََوي ُت التَيَ ُّم َم ِلاستِبَا َحِة فَ ْر ِض ال َّللاَةِ لِلِه تَ َعالَى‬

5) Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka
sambil berniat. “ Sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat
fardu kerana Allah Taala” dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka.

6) Menipiskan / mengurangkan debu dengan meniup atau menengkuh
kedua-dua tangan di luar tempat debu.

7) Menyapu debu ke muka.

Catatan:
Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari anak
telinga kanan ke anak telinga kiri.

8) Membuangkan debu yang telah digunakan / Mustakmal [ ‫ ] ُم ْستَ ْع َمل‬yang

masih melekat di tapak tangan.
9) Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka

untuk kali kedua di tempat yang lain kemudian menipiskannya dengan
meniup atau menengkuh kedua-dua tangan.
10) Menyapu tangan kanan dengan cara:

10.1 Melekatkan jari tangan kiri di bawah jari tangan kanan kecuali
ibu jari.

10.2 Lurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan.
10.3 Genggaman sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke siku.
10.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
10.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan

kedudukan ibu jari terangkat.
11) Menyapu tangan kiri dengan cara :

11.1 Meletakkan jari tangan kanan di bawah jari tangan kiri kecuali
ibu jari.

11.2 Lurutkan jari tangan kanan hingga ke pergelangan tangan kiri.

11.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke
siku.

11.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
11.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan

kedudukan ibu jari terangkat.
11.6 Lurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri.
12) Menyelati jari kanan dan kiri.

﴾ ﴿KOD : 08

CARA MANDI WAJIB ( MENGANGKAT HADAS BESAR )

SOALAN L8.1 Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi.
JAWAPAN
Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah:

1) Keluar mani

2) Haid [ ‫] َحْيض‬
3) Jimak [ ‫] ِج َماع‬
4) Wiladah [ ‫] ِوَلا َدة‬

5) Nifas [ ‫] نفاس‬

6) Mati selain dari mati syahid

SOALAN L8.2 Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna
JAWAPAN Cara mandi wajib adalah seperti yang berikut:
1) Bersihkan badan daripada segala kekotoran.
2) Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke anggota

badan.
3) Disunatkan berwuduk.
4) Sebutlah lafaz niat, seperti :

‫نََوي ُت َرفْ َع ال َح َد ِث الأَكبَ ِر لِلِه تَ َعالَى‬

5) Jiruskan air ke kepala berserta niat.
Niatnya ialah:
“ Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”
5.1 Jiruskan air ke kepala ( tiga kali ).
5.2 Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan ( tiga kali ).
5.3 Jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri ( tiga kali ).

6) Ratakan air ke seluruh anggota badan dengan cara.
6.1 Selati rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke kulit.
6.2 Ratakan juga air ke pelipatan dan celah anggota badan yang zahir
seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celah paha, qubul dan
dubur dalam keadaan mencangkung.

Peringatan :

Wuduk terlaksana sekiranya sepanjang mandi tidak menyentuh qubul dan dubur dan
perkara-perkara lain yang membatalkan wuduk.

﴾ ﴿KOD : 09

AZAN, IQAMAT, JAWAPANNYA DAN DOA SELEPAS AZAN DAN IQAMAH

SOALAN L9.1 Soalan kepada murid lelaki.
Anda dikehendaki melaksanakan Azan dengan betul dan sempurna .

Soalan kepada pelajar perempuan.
Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan Azan dengan betul dan
sempurna

JAWAPAN 1) Berwuduk, makruh Azan tanpa wuduk
2) Berdiri dan menghadap Kiblat .
3) Meletakkan jari telunjuk di telinga
4) Melaungkan Azan

Lafaz Azan

‫ُهال ِاإ‬ ‫َأَبُهل‬ ‫َأ ْك‬ ‫ُهال‬ ‫َأَأْكْكَأَبُهاَلّل‬ ‫ُهال‬ ‫ْك‬ ‫َأ‬ ‫ُهال ِاإ‬ ‫َأَبُهل‬ ‫َأ ْك‬ ‫ُهال‬ ‫َأَأْكْكَأَبُهاَلّل‬ ‫ُهال‬ ‫ْك‬ ‫َأ‬
‫ِإاَّل‬ ‫ِإَأَأ‬ ‫َأ ُهل‬ ‫َأ‬ ‫ْك‬ ‫ِإاَّل‬ ‫ِإَأَأ‬ ‫َأ ُهل‬ ‫َأ‬ ‫ْك‬

‫ُهل‬ ‫َأ ُهل ْك‬ ‫ًد‬ ‫ُهل َأ اَّل ُهلَأ اَّل‬ ‫َأ‬ ‫ُهل‬ ‫َأ ُهل ْك‬ ‫ًد‬ ‫ُهل َأ اَّل ُهلَأ اَّل‬ ‫َأ‬
‫ِإ‬ ‫اَّلل اّل‬ ‫ِإ‬ ‫اَّلل اّل‬
‫َأ اَّل َأَأ‬ ‫َأ اَّل َأَأ‬
‫ِإ‬ ‫َأل َأ‬ ‫َأَأ‬ ‫اَّل‬ ‫َأ اَّل َأَأ َألَأ ِإ‬
‫اَّل ُهال‬ ‫ِإ‬ ‫ِإَأَأ‬ ‫َأ‬ ‫َأ‬ ‫ُهال َأ ْكَأَبُهل ُهال َأ ْكَأَبُهل‬

PERINGATAN:

a) Sunat Tarji’ [ ‫] َتَأبْك ِإجيع‬, iaitu menyebut secara perlahan terlebih dahulu

kalimah

‫ُهال ِإا‬ ‫ُهل‬ ‫ِإاَّل‬ ‫ِإَأَأ‬ ‫ْك اَّل‬ ‫َأ‬ ‫ُهل‬ ‫َأ‬ ‫ْك‬ ‫َأ‬ ‫َأ‬ ‫ُهال ِإا‬ ‫ُهل‬ ‫ِإاَّل‬ ‫ِإَأَأ‬ ‫ْك اَّل‬ ‫َأ‬ ‫ُهل‬ ‫َأ‬ ‫ْك‬ ‫َأ‬ ‫َأ‬
‫ُهل ْك‬ ‫ًد َأ‬ ‫ُهلَأ اَّل‬ ‫اَّل‬ ‫َأ‬ ‫ُهل‬ ‫َأ‬ ‫ْك‬ ‫ُهل ْك‬ ‫ًد َأ‬ ‫ُهلَأ اَّل‬ ‫اَّل‬ ‫َأ‬ ‫ُهل‬ ‫َأ‬ ‫ْك‬

Sebelum melafazkannya dengan kuat

b) Azan Subuh hendaklah ditambah kalimah: ‫اَّلل َأُهل َأْكيَبُهل ِإ َأ اَّللَبْكِإ‬
‫َأ اَّل َأَأ َألَأ ِإ‬
‫اَّلل َأُهل َأْكيَبُهل ِإ َأ اَّللَبْكِإ‬

Selepas melaungkan kalimah :

‫َأ اَّل َأَأ َألَأ ِإ‬

SOALAN L9.2 Dengar Azan dan jawab dengan betul dan sempurna
JAWAPAN Murid dikehendaki menjawab Azan secara perlahan satu persatu hingga akhir.

Jawapan Azan adalah sama seperti lafaz dilaungkan oleh Muazzin [ ‫] ُمَؤ َذّن‬

kecuali pada lafaz yang berikut:

Jawab Azan Lafaz Azan

‫َأ َأ ْك َأ َأ َأ ُهَلباَّلَأ ِإ اَّل ِإ ِاإ َألِإ ِّى َأل ِإْكي ِإ‬ ‫َأ اَّل َأَأ اَّللاّل ِإ‬
‫َأ َأ ْك َأ َأ َأ ُهَلباَّلَأ ِإ اَّل ِإ ِإا َألِإ ِّى َأل ِإْكي ِإ‬ ‫ِإ‬ ‫َأل َأ‬
‫اَّلَلب ْكِإ‬ ‫ِإ َأ‬ ‫َأ اَّل َأَأ‬
‫َأ َأ ْك َأ َأََأبَأْك َأ‬ ‫اَّلل َأُهل َأْكيَبُهل‬

SOALAN L9.3 Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN
1) Berdiri menghadap Kiblat.

2) Menyebut lafaz Iqamah:

Lafaz Iqamah

‫اللهُ أَ ْكبَ ُر اللهُ أَ ْكبَ ُر‬
‫أَ ْشَه ُد أَ َّن ُم َح َّم ًدا َر ُسْوُل اللِه‬
ُ‫أَ ْشَه ُد أَ ْن َّلا إِلَهَ إَِّلا الله‬
ِ‫َح َّى َلَى ال َّللّاة‬
ِ ‫َح َّى َلَى الَفلَا‬

ُ‫قَ ْد قَاَم ِت ال َّللاَة‬ ُ‫قَ ْد قَاَم ِت ال َّللاَة‬

ُ‫َلا إِلَهَ إِلَاّ الله‬ ‫اللهُ أَ ْكبَ ُر اللهُ أَ ْكبَ ُر‬

SOALAN L9.4 Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan sempurna
JAWAPAN Murid dikehendaki menjawab secara perlahan satu persatu hingga akhir.

Jawab Iqamah Lafaz Iqamah

‫اللهُ أَ ْكبَ ُر اللهُ أَ ْكبَ ُر‬ ‫اللهُ أَ ْكبَ ُر اللهُ أَ ْكبَ ُر‬
ُ‫أَ ْشَه ُد أَ ْن َّلا إِلَهَ إَِّلا الله‬ ُ‫أَ ْشَه ُد أَ ْن َّلا إِلَهَ إَِّلا الله‬
‫أَ ْشَه ُد أَ َّن ُم َح َّم ًدا َر ُسْوُل اللِه‬ ‫أَ ْشَه ُد أَ َّن ُم َح َّم ًدا َر ُسْوُل اللِه‬
‫َلا َحْوَل َولاَ قَُّوَة إِلَاّ بِاللِه الَعلِ ِّى الَع ِظْيِم‬
‫َلا َحْوَل َولاَ قَُّوَة إِلَاّ بِاللِه الَعِل ِّى الَع ِظْيِم‬ ‫َح َّى َلَى ال َّللّاِة‬
‫أَقَاَمَها اللهُ َوأَ َداَمَها َما َداَم ِت ال َّس َمَوا ِت َوالاَر ُض‬
‫َوا ْجَعلنِي ِم ْن َصالِ ِحي أَْهلَِها‬ ِ ‫َح َّى َلَى الَفلَا‬
ُ‫قَ ْد قَاَم ِت ال َّللاَة‬
‫اللهُ أَ ْكبَ ُر اللهُ أَ ْكبَ ُر‬ ُ‫قَ ْد قَاَم ِت ال َّللاَة‬
ُ‫َلا إِلَهَ إِلَاّ الله‬
‫اللهُ أَ ْكبَ ُر اللهُ أَ ْكبَ ُر‬
ُ‫َلا إِلَهَ إِلَاّ الله‬

SOALAN L9.5 Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan Iqamah.
JAWAPAN Doa Azan dan Iqamah:

, َ‫ آ ِت َسِيّ َدنَا ُم َح َّم ًدا الَْوِسْيلَةَ َوالَْف ِضْيلَة‬, ‫الَلُّه َّم َر َّب َه ِذِ الْ َّد َْوةِ الَْتّاَّمِة َوالْ َّللاَِة الَْقائَِمة‬
.‫ إَِنّ َ َلا تُ ْخلِ ُ الْ ِميَعا ِد‬, ُ‫َوابْ َعثْهُ َمَقاًما َّم ْح ُموًدا اَلّ ِذ ْي َو َ ْدتَه‬

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang
didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w.
ketinggian dan kelebihan serta kedudukan yang terpuji yang Engkau telah
janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji.

﴾ ﴿KOD : 10

SOLAT FARDU

SOALAN L10.1 Anda dikehendaki memperdengarkan ( Tasmi’ ) bacaan – bacaan berikut:
1) Lafaz niat solat Subuh, Zuhur, Asar , Maghrib dan Isyak.
2) Takbiratul Ihram.
3) Doa Iftitah.
4) Surah al-Fatihah.
5) Dua Surah ( Pilihan murid )
6) Bacaan Rukuk.
7) Bacaan Iktidal.
8) Bacaan Sujud.
9) Bacaan duduk antara dua Sujud.
10) Bacaan Tahiyat.
11) Salam.
12) Bacaan Qunut.

JAWAPAN Bacaan –bacaan tersebut ialah:
1) Niat Solat:

a. Solat Subuh

‫أُ َصِلّى فَ ْر َض الْ ُلْب ِ َرْكَعتَْي ِن أَ َدا ًءِ للِه تَ َعال َى‬

Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Subuh Dua rakaat tunai
kerana Allah Taala

b. Solat Zuhur

‫أُ َصِلّى فَ ْر َض الْظُْه ِر أَْربَ َع َرْكَعا ٍت أَ َداءًِ للِه تَ َعال َى‬

Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Zohor Empat rakaat tunai
kerana Allah Taala.

c. Solat Asar

‫أُ َصِلّى فَ ْر َض الَْع ْل ِر أَْربَ َع َرْكَعا ٍت أَ َداءًِ للِه تَ َعال َى‬

Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Asar Empat rakaat tunai
kerana Allah Taala.

d. Solat Maghrib

‫أُ َصِلّى فَ ْر َض الْ َمغْ ِر ِب َلاَ َث َرْكَعا ٍت أَ َداءًِ للِه تَ َعال َى‬

Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Maghrib Tiga rakaat tunai
kerana Allah Taala.

e. Solat Isyak

‫أُ َصِلّى فَ ْر َض الِْع َشاِء أَْربَ َع َرْكَعا ٍت أَ َداءًِ للِه تَ َعال َى‬

Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Isya’ Empat rakaat tunai
kerana Allah Taala.

2) Takbiratul Ihram : ‫اَلله أَ ْكبَر‬

3) Doa Iftitah [ ‫ ] فتت‬:

‫ إِِنّي َو َّج ْه ُت‬. ً‫اَلله أَ ْكبَر َكبِْي ًرا َوال َح ْم ُد لَِلِّه َكثِْي ًرا َو ُسْب َحا َن الله بُ ْكَرةً َوأَ ِصْيلا‬
. ‫َو ْجِه َي لَِلّ ِذ ْي فَطََر ال َّس َمَوا ِت َوالأَْر َض َحنِْي ًفا ُم ْسلِ ًما َوَما أَنَا ِم َن ال ُم ْش ِركِْين‬
َ ِ‫إِ َّن َصلاَتِي َونُ ُس ِك ْي َوَم ْحيَا َي َوَم َماتِي لَِلِّه َر ِّب الَعالَِمْين لاَ َش ِريْ َ لَهُ َوبِ َذل‬

‫أُِمْر ُت َوأَنَا ِم َن ال ُم ْسِل ِميًن‬

Maksudnya: Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah
sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah setiap pagi dan petang. Aku
menghadapkan mukaku kepada Tuhan yang menjadikan langit dan bumi,
Dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk
dalam golongan orang musyrik. Sesungguhnya Solatku, Ibadahku,
Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam. Tiada sekutu
Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk
golongan orang Islam.

4) Surah al-Fatihah

Maksudnya : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang
Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (2) Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani (3). Yang Menguasai pemerintahan hari
Pembalasan (hari akhirat) (4). (Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami
sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (5).
Tunjukilah kami jalan yang lurus (6). Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-
orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang
yang sesat (7).

5) Dua Surah : ( Surah al-Kafirun dan Surah al-Ikhlas )

‫عٰـ بِب ُدون‬ ‫َن ُُ سۡت‬ ٰٓ‫وَل‬ )٢ ( ِ‫بِ ٱم رَّل بِ ب‬ ٰ‫بِ ٱم ّرَل ۡس ـ‬ ‫ِب ۡس بِ ٱ‬ ‫ٱمسۡڪٰـ ِبف ُلون‬ ‫يـٰٓأَيُّہا‬ ‫قُ سۡل‬
‫ت ۡسع ُب ُدون‬ ‫َ سۡع ُب ُد ما‬ ٰٓ‫) َل‬١ (

‫) وَلٰٓ َن ُُ سۡت عٰـ بِب ُدون مآٰ َ سۡع ُب ُد‬٤ ( ‫) وَلٰٓ ََ۟ن عاِب ٌ۬د َرّما عبدُُّسۡت‬٣ ( ‫مآٰ َ سۡع ُب ُد‬
)٦( ‫) مُُ ۡسك ِبدي ُنُُ سۡك و ِبِل ِبدي ِب‬٥(

‫ي ُك‬ ۡ‫س‬ ‫وم‬ )٣ ( ‫يُوَسۡل‬ ۡ‫وم س‬ ‫ٱم َّرل ِب‬ ‫م‬ ِ‫)ب‬٢ٰ‫ِب ٱم ٱ ّرَص ِبم ُ ٱدم رَّل(سۡ ـ‬ ‫ٱبََِّّرسۡلُل‬ )١ ( ‫َحد‬ ‫ٱَّّرَلُل‬ ‫ُهو‬ ‫قُ سۡل‬
‫سۡ ي ِبِسۡل‬
)٤( ‫ََرُّل ۥ ُڪ ُف ًوا َحد‬

6) Bacaan Rukuk :

ِ‫ُسْب َحا َن َرِبّ َي الَْع ِظْيِم َوبِ َح ْم ِد‬

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia

7) Bacaan Iktidal:

‫َس ِم َع اللهُ لَِم ْن َح ِم َد‬ orang-orang Yang

Maksudnya: Allah Maha Mendengar akan
Memujinya.

‫َرَبّنَا لَ َ ال َح ْم ُد‬

Maksudnya: Tuhan kamilah bagi kami Memuji

8) Bacaan Sujud:

ِ‫ُسْب َحا َن َرِبّ َي اْلأَ ْلَى َوبِ َح ْم ِد‬

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi Dengan sifat
Kepujiannya.

9) Bacaan Duduk antara Dua Sujud:

‫َر ِبّ اِ ْغِفْرلِ ِي َوا ْر َح ْمنِ ْي َوا ْرفَ ْعنِ ْي َوا ْجبُ ْرنِ ْي َوا ْرُزقْنِ ْي َوا ْه ِدنِ ْي َو َِاِفن ْي َوا ْ ُ َِنّي‬

Maksudnya: Tuhanku, Ampunilah aku dan Rahmatilah aku, dan
Cukupkanlah aku dan angkatlah darjatku, berilah aku rezeki dan berilah
aku Petunjuk, sihatkan aku dan maafkan aku.

10) Bacaan Tahiyat :
Bacaan Tahiyat Awal;

‫ ال َّسلاَُم َلَْي َ أَُيَّها الَنّبِ ُّي َوَر ْح َمةُ اللِه‬، ‫الَتّ ِحَيّا ُت الْ ُمبَاَرَكا ُت ال َّللََوا ُت ال َطِّيّبَا ُتِ للِه‬
‫ أَ ْشَه ُد أَ ْن لاَ إِلَهَ إِلَاّ الله َوأَ ْشَه ُد أَ َّن‬. ‫َوبََركاَتُهُ ال َّسلاَمُ َلَْينَا َو َلَى ِبَا ِد اللِه ال َّلالِ ِحْي َن‬

.‫ الَلُّه َّم َص ِّل َلَى َسِيّ ِدنَا ُم َح َّمد‬.‫ُم َح َّم ًدا َر ُسْوُل الله‬

Bacaan Tahiyat Akhir;

‫ ال َّسلاَُم َلَْي َ أَُيَّها الَنّبِ ُّي َوَر ْح َمةُ اللِه‬، ‫الَتّ ِحَيّا ُت الْ ُمبَاَرَكا ُت ال َّللََوا ُت ال َطِّيّبَا ُتِ للِه‬
‫ أَ ْشَه ُد أَ ْن لاَ إِلَهَ إِلَاّ الله َوأَ ْشَه ُد‬. ‫َوبََركاَتُهُ ال َّسلاَُم َلَْينَا َو َلَى ِبَا ِد اللِه ال َّلالِ ِحْي َن‬
‫ الَلُّه َّم َص ِّل َلَى َسِيّ ِدنَا ُم َح َّمد و لى آ ِل َسِيّ ِدنَا ُم َح َّمد َك َما‬.‫أَ َّن ُم َح َّم ًدا َر ُسْوُل الله‬

‫َص َّلْيَت َلَى َسِيّ ِدنَا إِبَْرا ِهْي َم َو َلَى آ ِل َسِيّ ِدنَا إِبَْرا ِهْي َم َوبَا ِرْ َلَى َسِيّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬
‫َو َلَى آ ِل َسِيّ َدنَا ُم َح َّم ٍد َك َما بَاَرْك َت َلَى َسِيّ ِدنَا إِبَْرا ِهْي َم َو َلَى آ ِل َسِيّ ِدنَا إِبَْرا ِهْي َم‬

.‫ِف ْي الَْعالَِمْي َن إَِنّ َ َح ِمْي ٌد َم ِجْيد‬

Maksudnya: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah
untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah
yang Soleh. Aku Naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh
Allah. Ya Tuhan Kami, Selawatkanlah keatas Nabi Muhammad. Ya
Tuhan Kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dank e atas
keluarganya, sebagaimana Engkau selawatkan ke atas keluarga
Ibrahim, Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya,
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga
Ibrahim di dalam ala mini, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung.

11) Bacaan Salam :

‫اَل َّسلاَُم َلَْي ُك ْم َوَر ْح َمةُ الله‬

Maksudnya: Sejahtera atas kamu dan rahmat Allah.

12) Bacaan Doa Qunut:

ْ‫ َوبَا ِر‬، ‫ َوتََوَلّنِ ْي ِفْي َم ْن تََوَلّْي َت‬، ‫ َو َاْفِنِي فِْي َم ْن َافَْي َت‬، ‫الَلُّه َّم ا ْه ِدنِي ِفْي َم ْن َه َديْ َت‬
َ‫ فَِإَنّهُ لا‬، َ ‫ فَِإَنّ َ تَْق ِض ْي َولاَ يُْق َضىَعلَْي‬، ‫ َوِقنِي َشَّر َما قَ َضْي َت‬، ‫لِي ِفْي َما أَ ْطَْي َت‬
َ َ‫ فَلَ َ الْ َح ْم ُد َول‬, ‫ َولاَ يَِعُّز َم ْن َا َديْ َت تَبَاَرْك َت َرَبّناَ َوتَعالَْي َت‬، ‫يَِذ ُّل َم ْن َوالَْي َت‬
‫ َو َصَلّى اللهُ َلَى َسِيّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬, َ ‫ فَنَ ْستَغِْفُرَ َونَتُ ْو ُب إِلَْي‬, ‫ال ُّش ْكُر َلَى َما قَ َضْي َت‬

‫َو َلَى آلِِه َو َص ْحبِِه َو َسَلّم‬

Maksudnya: Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-
orang yang telah Engkau Sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana
orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku
apa-yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada
segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya
Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang
berkuasa sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina
orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang
yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami
dan Maha Tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam
puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta
ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah
Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya

SOALAN L10.2 Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betuldan sempurna
( Soalan ini hanya layak dikemukakan apabila calon telah berjaya menjawab
soalan L10.1 di atas )

JAWAPAN Calon melakukan solat dengan betul dan sempurna seperti yang dinyatakan di

bawah. Contoh solat Zuhur:

1) Berwuduk.
2) Menutup aurat.
3) Menghadap Kiblat.
4) Berdiri bagi yang berkuasa.

Rakaat yang Pertama

5) Menyebut lafaz niat:

‫أُ َصِلّى فَ ْر َض الْظُْه ِر أَْربَ َع َرْكَعا ٍت أَ َدا ًءِ للِه تَ َعال َى‬

6) Takbiratul Ihram sambil mengangkat kedua-dua tangan dengan
menyamakan ibu jari ke paras cuping telinga dan jari yang lain separas
bahagian atas telinga dan kedua-dua tapak tangan menghadap kiblat,
berserta dengan niat : “ Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat tunai
kerana Allah Taala”.

7) Meletakkan kedua-dua tangan di antara pusat dan dada, tangan kanan
menggenggam pergelangan tangan kiri, jari telunjuk dan jari tengah
diluruskan.

8) Membaca doa [ ‫] افتتا‬.

9) Membaca Surah al-Fatihah.
10) Membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

11) Takbir Intiqal [ ‫ ] انتقال‬dengan mengangkat kedua-dua tangan seperti No.6
di atas dan Rukuk serta Tamakninah [ ‫ ] طمأنينة‬sambil membaca bacaan
rukuk tiga kali.

 Rukuk ialah perbuatan membongkokkan badan dengan menyamakan
belakang dengan tengkuk. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas
lutut dengan jari terbuka sambil memandang tempat Sujud.

12) Iktidal [ ‫ ] اعتدال‬serta Tamakninah dengan membaca bacaan Iktidal.

 Iktidal ialah berdiri semula selepas Rukuk sambil mengangkat kedua-dua
tangan dan kemudian meluruskannya ke bawah.

13) Takbir Intiqal dan Sujud serta Tamaniknah dengan membaca Bacaan Sujud.

 Sujud ialah perbuatan menurunkan lutut dahulu, kemudian diikuti dua
tapak tangan, jari dirapatkan supaya menghadap kiblat. Dahi pula
diletakkan di tempat sujud, sementara jari kaki ditegakkan.

14) Takbir Intiqal dan Duduk antara Dua Sujud secara iftirasy [ ‫ ] افتراش‬serta
Tamakninah dengan membaca Bacaan Duduk antara Dua Sujud,

15) Takbir Intiqal dan Sujud serta Tamaniknah seperti No.3 di atas.
16) Takbir Intiqal dan bangun daripada Sujud dan duduk sebentar sekadar

Tamakninah, kemudian terus berdiri untuk rakaat kedua tanpa
mengangkat tangan.

Rakaat yang Kedua

17) Membaca Surah al-Fatihah.
18) Membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
19) Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang

Kedua seperti rakaat pertama.
20) Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Awal secara iftirasy seperti No.4 di atas,

kecuali jari tangan kanan digenggam, manakala jari telunjuk diluruskan.
Pada masa ini dibaca Bacaan Tahiyat Awal. Ketika menyebut perkataan :

‫أَ ْشَه ُد أَ ْن لاَ إِلَهَ إِلَاّ الله‬

Jari telunjuk hendaklah diangkat sedikit.

21) Takbir Intiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang ketiga serta
mengangkat tangan.

Rakaat yang Ketiga

22) Membaca Surah al-Fatihah.
23) Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang

Ketiga seperti rakaat yang Kedua.

Rakaat yang Keempat

24) Membaca Surah al-Fatihah.
25) Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang

Keempat seperti rakaat yang Ketiga.

26) Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Akhir secara Tawaruk [ ‫ ] تور‬dan

membaca Bacaan Tahiyat Akhir.

 Duduk Tawaruk ialah perbuatan meletakkan punggung ke lantai dan
melentikkan jari kaki kanan serta menyilangkan kaki kiri ke bawah kaki
kanan. Tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan dan jari digenggam
kecuali jari telunjuk diluruskan. Manakala tangan kiri pula diletakkan di
atas lutut kiri, jari diluruskan dan hujung jari menyamai lutut

27) Mengucapkan Salam sambil memalingkan muka ke kanan dan kemudian
mengucapkan Salam Kedua sambil memalingkan muka ke kiri.

28) Meletakkan tangan di kepala sambil berdoa:

‫ اَلَلُّه َّم أَ ْذ ِه ْ َِنّي الَه َّم َوالْ َحَز َن‬. ‫بِ ْسِم اللِه اَلّ ِذي لاَ إِلَهَ غَْي ُرُ الَّر ْح َم ُن الَّرِحْي ُم‬

﴾ ﴿KOD : 11

SOLAT JENAZAH

SOALAN L11.1 Bagaimanakah kedudukan jenazah lelaki dan perempuan ketika hendak
disolatkan?

JAWAPAN 1) Jenazah lelaki : kepalanya disebelah kiri imam.
2) Jenazah perempuan : kepalanya disebelah kanan imam.

SOALAN L11.2 Dimanakah kedudukan imam ketika hendak menunaikan solat jenazah lelaki
JAWAPAN
dan perempuan?

1) Lelaki : Imam berdiri bertentangan dengan kepala jenazah.

2) Perempuan : Imam berdiri bertentangan dengan pinggang jenazah.

SOALAN L11.3 Tunjukkan cara Solat Jenazah dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN Sebelum pelajar menunjukkan cara Solat Jenazah, mereka hendaklah terlebih
dahulu dapat membaca bacaan-bacaan berikut:
1) Lafaz niat Solat Jenazah:

a. Lafaz niat solat Jenazah lelaki

‫أُ َصِلّى َلَى َه َذا ال َمِيّ ِت أَْربَ َع تَ ْكبِيَرا ٍت فَ ْر َض ال ِكَفايَِة َمُْمْوًماِ للِه تَ َعال َى‬

Maksudnya: Sahaja aku solat ke atas mayat ini (lelaki), empat takbir fardu
kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.

b. Lafaz niat solat Jenazah perempuan

‫أُ َصِلّى َلَى َه ِذِ ال َمِيّتَِة أَْربَ َع تَ ْكبِيَرا ٍت فَ ْر َض ال ِكَفايَِة َمُْمْوًماِ للِه تَ َعال َى‬

Maksudnya: Sahaja aku solat ke atas mayat ini (perempuan), empat takbir
fardu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.

2) Membaca Surah al-Fatihah (takbir pertama).

3) Selawat selepas (takbir kedua):

‫الَلُّه َّم َص ِّل َلَى َسِيّ ِدنَا ُم َح َّمد و لى آ ِل َسِيّ ِدنَا ُم َح َّمد َك َما َص َّل ْيَت َلَى َسِيّ ِدنَا‬
‫إِبْ َرا ِهْي َم َو َلَى آ ِل َسِيّ ِدنَا إِبْ َرا ِهْي َم َوبَا ِرْ َلَى َسِيّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َلَى آ ِل َسِيّ َدنَا‬
‫ُم َح َّم ٍد َك َما بَاَرْك َت َلَى َسِيّ ِدنَا إِبْ َرا ِهْي َم َو َلَى آ ِل َسِيّ ِدنَا إِبْ َرا ِهْي َم فِ ْي الَْعالَِمْي َن‬
‫إَِنّ َ َح ِمْي ٌد َم ِجْيد‬

4) Doa bagi mayat selepas (takbir ketiga):

ُ‫ َوا ْغ ِسْله‬،ُ‫ َوَو ِّس ْع َم ْد َخلَه‬،ُ‫ َوأَ ْك ِرْم نُُزلَه‬،ُ‫الَلُّه َّم ا ْغِفْر لَهُ َوا ْر َح ْمهُ َو َاِفِه َوا ْ ُ َْنه‬
‫ َونَِّقِه ِم َن الْ َخطَايَا َك َما يُنَ َّقى الَثّْو َب الأَبْيَ ُض ِم َن‬،‫بِالْ َماِء َوالَثّ ْل ِج َوالْبَ َرِد‬

‫ َوَزْو ًجا َخْي ًرا ِم ْن‬،‫ َوأَْهلاً َخْي ًرا ِم ْن أَْهِلِه‬،ِ‫ َوأَبْ ِدلْهُ َداًرا َخْي ًرا ِم ْن َدا ِر‬،‫ال َّدنَ ِس‬
‫ َوأَ ِ ْذُ ِم ْن َ َذا َب الَْقْب ِر َوِم ْن َ َذا ِب الَنّا ِر‬،َ‫ َوأ ْد ِخْلهُ الْ َجَنّة‬،‫َزْوِجِه‬

Maksudnya: Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya,
selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya,
luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk.
Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan
pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan
rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke
dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta
jauhkan dia dari azab neraka.

5) Doa selepas takbir ( keempat ):

‫الَلُّه َّم َلا تَ ْح ِرْمنَا أَ ْجَرُ َوَلا تَْفتَِنّا بَ ْع َدُ وا ْغِفْرلنا وله الَلُّه َّم ا ْغِفْر لَنَا َوِِل ْخَوانِنَا‬
َ ّ‫اَلّ ِذي َن َسبَ ُقونَا بِاِِْلي َما ِن َوَلا تَ ْجَع ْل ِفي قُلُوبِنَا ِغِلّا لَِلّ ِذي َن َآَمنُوا َرَبّنَا إَِن‬
‫َرءُو ٌو َرِحي ٌم‬

Maksudnya: Ya Allah, janganlah engkau hampakan kami dari mendapat
pahala menyembahyangkannya, dan janganlah timpakan kami fitnah
selepas pemergiannya, ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa mayat
ini. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami dan saudara se-Islam kami yang
telah mendahului kami, dan jangan jadikan hati-hati kami merasa dengki
kepada orang-orang yang beriman. Sesungguhnya engkau Maha
Pengampun dan Maha Penyayang.

Peringatan

Sesuaikan ganti nama / dhomir [ ‫] ضمير‬

a- Lelaki [ ‫] ُه‬
b- Perempuan [ ‫] َها‬

Calon yang menguasai bacaan di atas, dikehendaki melakukan tunjuk cara
Solat Jenazah mengikut susunan yang berikut:

1) Menyebut lafaz niat Solat Jenazah.
2) Takbiratul Ihram.
3) Membaca Surah al-Fatihah.
4) Takbir (kedua).
5) Membaca selawat.
6) Takbir (ketiga).
7) Membaca doa bagi mayat.
8) Takbir (keempat).
9) Membaca doa.
10) Salam.

﴾ ﴿KOD : 12

PUASA

SOALAN L12.1 Sebutkan lafaz niat Puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya.
JAWAPAN Lafaz niat puasa Ramadhan.

‫نََويْ ُت َصْوَم غَ ٍد َ ْن أَ َداِء فَ ْر َض َش ْه ِر َرَم َضا َن َه ِذِ ال َّسنَِة لِلِه تَ َعالَى‬

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari, menunaikan puasa fardhu Ramadhan
tahun ini kerana Allah taala ”

SOALAN L12.2 Sebutkan perkara-perkara yang membatalkan puasa:
JAWAPAN Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
1) Makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.
2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja.
3) Muntah dengan sengaja.
4) Melakukan persetubuhan pada siang hari.
5) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6) Keluar darah haid dan nifas.
7) Gila.
8) Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
9) Berbuka puasa sebelum masuk waktunya.

10) Murtad ( ‫) مرتد‬.

SOALAN L12.3 Nyatakan hikmah puasa.
JAWAPAN Antara hikmah puasa:
1) Mengukuhkan iman dan takwa kepada Allah s.w.t.
2) Menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak.
3) Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan.
4) Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbang rasa

dan bersyukur.

﴾ ﴿KOD : 13

ADAB TERHADAP IBU BAPA

SOALAN L13.1 Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh
JAWAPAN seseorang anak
Jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seseorang anak
ialah:
1) Mengandungkan anak.
2) Melahirkan anak.
3) Menyusukan anak.
4) Mengasuh anak.
5) Mendidik anak.
6) Memberi nafkah kepada anak.
7) Mengasihi anak.

SOALAN L13.2 Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seseorang anak terhadap ibu
JAWAPAN bapa?
Perasaan mulia yang mesti ada pada seseorang anak terhadap ibu bapa ialah
kasih sayang.

SOALAN L13.3 Bagaimanakah cara menghormati ibu bapa?
JAWAPAN
Cara menghormati ibu bapa:
1) Beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra

dan sentiasa menjaga perasaan mereka.
2) Mendoakan mereka.
3) Menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat yang berasingan.
4) Menghormati sahabat-sahabat mereka.

SOALAN L13.4 Bagaimanakah cara mentaati ibu bapa ?
JAWAPAN Cara mentaati ibu bapa ialah:
1) Mematuhi setiap arahan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan Islam.
2) Tidak membantah dan kasar tutur kata terhadap ibu bapa.

﴾ ﴿KOD : 14

PERKAHWINAN

SOALAN L14.1 Nyatakan Rukun dan Syarat Akad Nikah.
JAWAPAN
1) Rukun Nikah:
a) Suami.
b) Isteri.

c) Wali [ ‫] َو ِلى‬.

d) Dua Orang Saksi ( lelaki yang adil ).
e) Akad ( Ijab dan kabul ).

2) Syarat Akad [ ‫] َع َقد‬:

a) Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis.
b) Ucapan Kabul tidak menyalahi Ijab.
c) Bahasan yang digunakan jelas maksudnya dan difahami oleh wali, bakal

suami dan dua orang saksi.
d) Antara Ijab dan Kabul tidak diselangi dengan kata-kata yang lain.

SOALAN L14.2 Terangkan hikmah perkahwinan dalam Islam.
JAWAPAN
Antara hikmah perkahwinan ialah:
1) Mengikut sunah rasulullah s.a.w.
2) Menikmati kasih sayang dan ketenteraman jiwa.
3) Mendapat zuriat yang bersih dan membina keluarga bahagia.
4) Memelihara kehormatan dan mengelakkan perbuatan maksiat.
5) Membina masyarakat berakhlak dan bertanggungjawab.

SOALAN L14.3 Nyatakan tanggungjawab suami dan isteri.
JAWAPAN
1) Tanggungjawab suami ialah:
a) Memberikan nafkah zahir dan batin terhadap isteri seperti makanan,
pakaian , tempat tinggal dan rawatan perubatan.
b) Memberikan layanan yang baik, seperti memberikan kasih sayang
dengan ikhlas, baik tutur kata dan perbuatan, menjaga maruahnya,
bertindak dengan bijaksana tanpa emosi dan membantu isteri.
c) Memberikan didikan supaya isteri menjadi wanita yang baik, taat
beribadat dan menghayati ajaran Islam.

2) Tanggungjawab isteri ialah:
a) Taat kepada suami dalam semua perkara yang tidak bertentangan
dengan perintah Allah s.w.t, menjaga maruah diri dan maruah suami.
b) Memberikan layanan yang baik dan ikhlas kepada suami, seperti bergaul
mesra, pandai menyesuaikan diri dengan keadaan suami dan tidak
melakukan sesuatu perkara yang tidak disenangi oleh suami.
c) Menjaga serta mengurus harta suami dengan penuh tanggungjawab,
amanah dan berhemah.

3) Tanggungjawab bersama antara suami isteri ialah:
a) Mengekalkan kerukunan rumah tangga dan mewujudkan persefahaman,
kesabaran, bertolak ansur, bermesyuarat dan menggunakan
pertimbangan akal yang sebaik-baiknya.
b) Memelihara dan mendidik anak-anak dengan pendidikan yang
sempurna dan penuh kasih sayang, terutama dalam pendidikan agama
dan berlaku adil kepada anak-anak.
c) Memberi layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
dengan jalinan hubungan silaturahim yang erat.

SOALAN L14.4 Bagaimana Talak berlaku?
JAWAPAN Talak akan berlaku:

1) Melalui lafaz sorih ( ‫ ) َص ِري‬: iaitu suami mengatakan kepada isterinya

“engkau tertalak ” atau “ aku ceraikan engkau ”.

2) Melalui lafaz kinayah ( ‫ ) كِناَيَة‬: iaitu suami mengatakan kepada isterinya

“ engkau bebas” berserta dengan niat.

Catatan:
Talak yang boleh dirujuk semua hanya talak satu dan talak dua sahaja.

SOALAN L14.5 Nyatakan kesan buruk talak:
JAWAPAN
Antara kesan buruk talak ialah:
1) Keruntuhan institusi rumah tangga.
2) Anak-anak berada dalam keadaan kucar-kacir, menjejaskan kasih sayang

dan penghormatan terhadap ibu bapa.
3) Menyebabkan anak terbiar yang akan membawa kepada masalah sosial

dan kesan negatif.

SOALAN L14.6 Bagaimanakah penjagaan anak/ hadanah ( ‫ ) َح َضانَة‬mengikut perundangan
JAWAPAN
Islam :
Penjagaan anak mengikut perundangan Islam:
1) Apabila berlaku perceraian, ibu lebih berhak dalam penjagaan anak

sehingga anak tersebut mumaiyiz ( ‫ ) ُم َمِيّز‬iaitu berumur tujuh tahun.

2) Selepas tempoh tersebut, anak itu diberi pilihan sama ada dia mahu
dipelihara oleh ibunya atau bapanya dengan mematuhi syarat penjagaan
anak.

3) Pendidikan dan nafkah terhadap anak tetap wajib ditanggung oleh
bapanya.

﴾ ﴿KOD : 15

IHSAN [ ‫] إحسان‬

SOALAN L15.1 Apakah yang dimaksudkan dengan Ihsan?
JAWAPAN Melakukan ibadat kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu
melihat Allah atau sesungguhnya Allah melihat kamu. Dengan perkataan lain
bahawa:
 Allah melihat apa yang kamu lakukan.
 Allah mendengar apa yang kamu perkatakan.
 Allah mengetahui apa yang kamu fikirkan.

SOALAN L15.2 Sebutkan sifat utama dalam Ihsan.
JAWAPAN Sifat utama ihsan ialah sentiasa ikhlas semata-mata kerana Allah.

SOALAN L15.3 Apakah kebaikan yang diperoleh oleh orang yang berbuat Ihsan?
JAWAPAN
Kebaikan yang diperolehnya ialah:
1) Allah sentiasa mengasihinya.
2) Allah melimpahkan rahmat kepadanya.
3) Allah mengampuni dosanya.
4) Allah memberikan pertolongan kepadanya .
5) Allah memberikan ganjaran pahala.
6) Allah menjanjikan masuk syurga.

SOALAN L15.4 Apakah konsep Ihsan
JAWAPAN Konsep Ihsan ialah:
Melakukan setiap ibadat dan pekerjaan berasaskan ilmu dan kefahaman yang
betul dengan cara yang terbaik mengikut peraturan serta ikhlas semata-mata
kerana Allah s.w.t. Ihsan mencetuskan sikap dan akhlak yang mulia,
menjadikan kehidupan bersih, selesa, aman dan harmoni.

SOALAN L15.5 Nyatakan maksud Ihsan :
1) Dalam Ibadat.
2) Dalam pekerjaan.
3) Terhadap diri sendiri.
4) Terhadap sesama insan
5) Terhadap binatang
6) Terhadap alam sekitar

JAWAPAN 1) Ihsan dalam Ibadat ialah
Bersungguh-sungguh dan khusyuk dalam mengerjakan ibadat seperti
bangun pada tengah malam untuk melakukan Solat Tahajjud.

2) Ihsan dalam pekerjaan ialah:
Melakukan setiap pekerjaan dengan bersungguh-sungguh , tekun, cekal
dan cermat supaya menghasilkan sesuatu yang sempurna, bermanfaat dan
berkualiti.

3) Ihsan terhadap diri sendiri ialah:
Menyempurnakan hak diri yang boleh membawa kebaikan dan
kebahagiaan di dunia dan di akhirat dengan iman, ilmu, harta benda dan
keluarga yang soleh. Tidak menzalimi diri sendiri dengan melakukan segala
punca dan bentuk kebinasaan seperti minum arak, mengambil dadah,
berjudi, berzina, liwat, membunuh diri, syirik dan murtad.

4) Ihsan terhadap sesama insan ialah:
Melakukan kebaikan, memberikan khidmat bakti, memberikan pertolongan,
bersikap adil, belas kasihan dan berperikemanusiaan.

5) Ihsan terhadap binatang ialah:
Memelihara dengan baik atau melepaskannya hidup bebas. Jika
melakukan sembelihan hendaklah dengan cara yang paling baik seperti
menggunakan pisau yang tajam.

7) Ihsan terhadap alam sekitar ialah:
Memelihara dan memulihara alam sekitar supaya bersih daripada segala
bentuk kekotoran, pencemaran dan kerosakan. Menjadikan alam sekitar
tempat yang aman, sejahtera, selesa dan indah untuk dinikmati dan
didiami.

﴾ ﴿KOD : 16

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT

SOALAN L16.1 Apakah hukum menutup aurat?

JAWAPAN Wajib kepada setiap individu muslim yang mukalaf ( ‫) مكل‬

SOALAN L16.2 Apakah had aurat bagi lelaki dan perempuan?
JAWAPAN Had aurat :
1) Lelaki : dari pusat hingga ke lutut
2) Perempuan : seluruh anggota badan kecuali muka dan dua pergelangan

tangan

SOALAN L16.3 Mengapa diwajibkan menutup aurat?
JAWAPAN 1) Untuk mentaati perintah Allah s.w.t.
2) Untuk menjaga maruah diri, agama dan umat Islam.
3) Untuk mengelakkan fitnah, maksiat dan gejala sosial.
4) Meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t

﴾ ﴿KOD : 17

BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM

SOALAN L17.1 Apakah yang dimaksudkan dengan mahram ( ‫ ) محرم‬dan berikan contoh ?
JAWAPAN Mahram ialah golongan yang haram dikahwini
Contohnya:
Adik beradik, bapa saudara dan emak saudara.

SOALAN L17.2 Apakah yang dimaksudkan dengan ajnabi ( ‫ ) أجنبي‬dan berikan contoh
JAWAPAN Orang yang boleh dikahwini dan batal wuduk apabila bersentuh dengannya.
Contohnya:
Sepupu dan ipar duai.

SOALAN L17.3 Terangkan kesan buruk akibat pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
JAWAPAN
yang ajnabi .

1) Mendapat kemurkaan Allah s.w.t.
2) Mendorong kepada perlakuan sumbang seperti maksiat dan zina.
3) Mencemarkan maruah diri, keluarga dan agama.

BORANG PENCAPAIAN INDIVIDU PT3

NAMA:..................................................................................................................

TAHAP NO.KOD TAJUK PENCAPAIAN L1.2 TARIKH T.T GURU
L2.2
T 01 MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH L1.1 L10.1.
I 02 RUKUN ISLAM L3.2
N L2.1 L3.4
G 03 RUKUN IMAN L2.3 L4.2
K
A 04 BERISTINJAK L3.1 L5.2
T L3.3
A 05 MEMBERSIHKAN ANGGOTA
N BADAN,PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA L4.1
NAJIS L4.3
1
L5.1
L5.3

06 CARA BERWUDUK L6.1 L8.2

07 TAYAMUM L7.1 L9.2
L9.4
T 08 CARA MANDI WAJIB L8.1
I L10.1.2
N 09 AZAN DAN IQAMAT L9.1 L10.1.4
G L9.3 L10.1.6
K L9.5 L10.1.8
A
T L10.1.1 L10.1.10
A 10 AMALI SOLAT FARDHU L10.1.3 L10.1.12
N L10.1.5
L10.1.7
2 L10.1.9

L10.1.11

L10.2

11 SOLAT JENAZAH L11.1 L11.2
L11.3
T 12 PUASA L12.2
I L12.1
N L12.3 L13.2
G L13.4
K 13 ADAB TERHADAP IBU BAPA L13.1 L15.2
A L13.3 L15.4
T
A 15 IHSAN L15.1 L16.2
N L15.3
L15.5
3 L16.1
L16.3
16 KEWAJIPAN MENUTUP AURAT

17 BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM L17.1 L17.2
L17.3

BORANG PENCAPAIAN INDIVIDU SPM

NAMA:..................................................................................................................

TAHAP NO.KOD TAJUK PENCAPAIAN TARIKH T.T GURU

01 MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH L1.1 L1.2

02 RUKUN ISLAM L2.1 L2.2
L2.3

03 RUKUN IMAN L3.1 L3.2
L3.4
T L3.3 L4.2

I L5.2

N 04 BERISTINJAK L4.1
G L4.3

K

A

T 05 MEMBERSIHKAN ANGGOTA L5.1

A BADAN,PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA L5.3
NAJIS
N

4 06 CARA BERWUDUK L6.1

07 TAYAMUM L7.1

08 CARA MANDI WAJIB L8.1 L8.2

09 AZAN DAN IQAMAT L9.1 L9.2
L9.3 L9.4
L9.5

10 AMALI SOLAT FARDHU L10.1.1 L10.1.2
L10.1.3 L10.1.4
11 SOLAT JENAZAH L10.1.5 L10.1.6
L10.1.7 L10.1.8
T L10.1.9
I 12 PUASA L10.1.10
N L10.1.11 L10.1.12
G
K L10.2 L11.2
A 13 ADAB TERHADAP IBU BAPA
T L11.1 L12.2
A L11.3
N 14 PERKAHWINAN L13.2
5 L12.1 L13.4
L12.3 L14.2
L14.4
L13.1 L14.6
L13.3

L14.1
L14.3
L14.5

15 IHSAN L15.1 L15.2
16 KEWAJIPAN MENUTUP AURAT L15.3 L15.4
17 BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM L15.5
L16.2
L16.1
L16.3 L17.2

L17.1
L17.3


Click to View FlipBook Version