The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norlizajapilos, 2023-06-17 21:16:15

Minit Mesyuarat Guru 1 2023/2024

Minit Mesyuarat Guru 1 2023/2024

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 2023/2024


Mesyuarat Guru Bil 1 2023/2024 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAPAT, JALAN RAJA ABDULLAH, 31350 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN KOD SEKOLAH: ABA 2002 No. TEL: 05-3123528 Minit Mesyuarat Guru Bil 1.2023/2024 Tarikh : 14 Mac 2023 Masa : 8.30 pagi Tempat : Dataran Kasih, SK Sungai Rapat Kehadiran : 1. Pn. Siti Rohayah Binti Hj Ahmad (Guru Besar) 2. En. Badrol Hasni b Abdullah Sani (PK Pentadbiran ) 3. Pn Mohd Asri b Zainun Amri (PK Hem) 4. En.Zaizi bin Zainal (PK KoKu) 5. Pn. Pn. Normas Binti Othman (PK Petang ) 6. Pn. Suriani Binti Bedawi (Guru Bimbingan & Kaunseling) 7. Pn. Wan Suhana Binti Meor Muhamud (Prasekolah) 8. Pn. Saedah Binti Mohamad 9. Pn. Yusliza Binti Mat 10. En. Herwan Bin Mat Zan 11. Pn. Norziati Binti Mat Zain 12. En. Syaiful Helmi Bin Mohd Nasin 13. Pn. Manjit Kaur A/P Sarban Singh 14. Cik Low Foong Chee 15. Pn. Mariani Binti Ramli 16. Pn. Faridah Binti Othman 17. Pn. Norliza Binti Japilos 18. En. Mohd Izuan Bin Tahrim 19. Pn. Izni Munira Binti Halim 20. Pn. Safiza Binti Azmi 21. En. Kamalulkhair Binti Mohamed Ibrahim 22. Pn. Noor Syuhaila Binti Abd. Ghani 23. En Ratno Hadi Bin Juhari 24. Pn. Halimaton Suhaila Binti Din 25. Pn. Shemala Srika A/P Bala 26. Pn. Prasanadevi A/P Chandra Shakaran 27. Pn. Rosnida Binti Roslan


Mesyuarat Guru Bil 1 2023/2024 2 28. Pn. Estella Joyce A/P Samvesalamis 29. Pn. Mastura Binti Mahamad 30. Pn. Zunidah Binti Ibrahim 31. En. Nurulizwan Bin Mohd Basri 32. En. Mohd Hafizi Bin Shahari@Abdullah 33. Cik. Safura Binti Shuib 34. Pn. Khairul Nisah Binti Othman 35. En. Dzulhafidz Bin Mohd Noor 36. Pn. Sharulsaliza Binti Jalaludin 37. En. Azli Bin Moh 38. En. Zainal Mokhtar Bin Ibrahim 39. Pn. Nurul Izma Binti Mokhtar Baharuddin 40. Pn. Noraida Binti Jamaluddin 41. Pn. Roopinder Kaur A/P Harbant Singh 42. Pn. Wan Marsafarini binti Wan Mahmud 43. Pn. Nurfaizahwati Binti Ishak 44. En. Mohd Azmir Bin Haruddin Tidak hadir : 45. En. Muhd Hidayat Bin Saidi (Pengawas Peperiksaan) PERKARA 1.0 UCAPAN PENGERUSI – PN. SITI ROHAYAH BINTI HJ AHMAD (GURU BESAR) 1.1 Mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat guru pada kali ini serta mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru. 1.2 Semua guru perlulah melihat sesuatu pekara dari sudut positif dan berharap agar guru-guru dapat betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. 1.3 Mengucapkan tahniah kerana kepada semua guru dan Ajk Kelab Guru 2021/2022 kerana dapat menjalankan aktiviti dengan baik pada tahun lepas. 1.4 Berharap agar guru-guru dapat menjalankan mesyuarat dengan baik dan betul agar setiap aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan. 1.5 Memaklumkan tentang jumlah enrolmen guru setakat ini berjumlah 45 orang dan juga memaklumkan tentang kekosongan jawatan pensyarah di IPG.


Mesyuarat Guru Bil 1 2023/2024 3 2.0 PENGURUSAN SEKOLAH - PUAN SITI ROHAYAH BT HAJI AHMAD 2.1 Minggu pertama persekolahan adalah merupakan minggu persediaan bagi guru dan murid.Ini bermaksud tiada kelas akademik pada minggu pertama persekolahan sebaliknya diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani,emosi,rohani,sosial dan intelek atau dengan kata lain melaksanakan pendidikan didik hibur dan pembelajaran berasaskan projek mudah. 2.2 Konsep Baru 2.2.1 Konsep baru iaitu Malaysia Madani (slogan baharu negara Malaysia) 2.2.2 Bagi KPM slogan Anak Yang Baik Lagi Cerdik(ABC) yang diinspirasikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali mengatakan bahawa melalui konsep ABC ini,murid bukan sekadar belajar di sekolah malah mereka kini dididik untuk menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara pada masa hadapan.Oleh yang demikian para guru perlulah memahami konsep ini dengan baik. 2.2.3 Selaras dengan konsep pendidikan berkualiti dengan visi dan misi KPM iaitu pendidikan berkualiti ,insan terdidik seterusnya membawa kepada Negara Madani 2.2.4 Moto baharu Murid Ceria Guru Bahagia Sekolah Bitara Negara Madani 2.2.5 Guru perlulah penuhi 7 teras utama KPM dalam menerajui sistem Pendidikan Negara -komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus -memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab ,akhlak dan integriti -kemiskinan berbilang dimensi B40;malnutrisi,peranti dan ruang pembelajaran(isu kemiskinan dibantu) -keciciran pendidikan dan masalah literasi -kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan -ubah suai dan naik taraf sekolah daif terutama di Sabah dan Sarawak -peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah 2.3 Tugas Guru 2.3.1 KPM menggariskan 7 langkah dalam mengatasi beban guru iaitu -Sambutan /majlis/pertandingan yang tidak memberi impak kepada pelajaran dimansuhkan -Semakan SKPMG dikurangkan kepada sekali setahun -waktu mengisi data kehadiran murid melalui sistem APDM dilanjutkan -pelantikan pengawas peperiksaan kini dibuka kepada individu selain guru -Sambutan Hari Guru dihadkan kepada peringkat Kebangsaan dan sekolah sahaja -Ringkasan RPH hanya perlu memenuhi elemen seperti objektif,pengajaran dan refleksi -Guru diberi autonomi untuk merancang PdP dan PBD dengan merujuk DSKP


Mesyuarat Guru Bil 1 2023/2024 4 2.4 Tatacara Berpakaian 2.4.1 Pada hari Isnin guru dikehendaki memakai blazer semasa perhimpunan 2.4.2 Kasut bertutup ,sekiranya ada masalah kesihatan boleh pakai kasut bertutup di dalam kelas sahaja. 2.4.3 Kokurikulum mengadakan perhimpunan bulanan pada minggu ke -3, untuk itu semua guru perlu memakai pakaian lengkap uniform . 2.5 Kemaskini Kehadiran 2.5.1 Tempoh masa untuk mengemaskinikan kehadiran murid juga telah dilanjutkan 2.5.2 Bagi sesi pagi dilanjutkan hingga ke pukul 3 petang dan bagi sesi petang pula telah dilanjutkan sehingga pukul 5 petang. 2.6 PBD 2.6.1 Mencapai keputusan PBD 100% bagi TP3 dan 30% bagi TP 5 dan TP 6 2.6.2 Seterusnya Guru besar menggariskan hala tuju sekolah untuk sesi 2023/2024 iaitu 100% murid boleh membaca dan menulis (menguasai kemahiran asas).Untuk itu guru perlu kenalpasti murid dan melakukan tindakan segera dan berharap sekolah kita dapat menghindari dari mencapai keputusan ujian SEGAK sifar (tidak diisi).Oleh itu itu murid perlu menyertai aktiviti KOKU sebanyak yang mungkin. 2.6.3 Pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan keperluan anak didik. 2.7 Kehadiran Ke Sekolah 2.7.1 Sesi petang akan memulakan kelas pada pukul 1;05 sehingga 5;55petang dan balik pada pukul 5;30 petang pada bulan Ramadhan. 2.7.2 Mengingatkan guru-guru yang 2 kali melepasi waktu tumb print agar dapat menunjukkan surat tunjuk sebab dan sekiranya tidak dapat hadir hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1.


Mesyuarat Guru Bil 1 2023/2024 5 2.8 Kerangka Program TS25 Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM kearah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu; -budaya kerja sekolah ( integrti kepimpinan melalui teladan dan sikap bertanggungjawab, berpasukan bagi menentukan KPI,buat one page report untuk penambahbaikan) -Dapat merialisasikan 6 pelan strategik sekolah seperti tingkatkan kualiti kemenjadian sekolah ,sahsiah murid ,professional guru dan memajukan sekolah selaras dengan PPPM 2021-2025 2.9 RPH 2.9.1 Rph hendaklah dihantar pada hari Jumaat ataupun pada Sabtu dan senarai nama akan dikeluarkan pada hari Isnin bagi sesiapa yang tidak menghantar rph. 3.0 Hal-Hal Lain 3.1 Bacaan yasssin pada setiap pagi Jumaat 3.2 Mengamalkan konsep kerja iaitu buat laporan dan selesaikan 3.3 Perlu perkemaskan peraturan sekolah seperti amalan memberi salam, susun kasut dan sebagainya. 3.4 Segala maklumat yang disampaikan oleh guru bertugas perlu diketahui oleh semua guru agar tiada keciciran maklumat terkini. 3.5 Dapat memertabatkan bidang perguruan dan menyokong kerajaan yang memerintah. 3.6 Pengisian maklumat keberhasilan perlulah diisi dengan betul dan disemak oleh PK 3.7 Data dalam EOperasi adalah tanggungjawab diri sendiri dan data yang salah perlu dimaklumkan kepada PK1 3.8 MC dan juga cuti rehat perlu diisi sendiri oleh guru.Mc perlu diupload . 3.9 Sekiranya perlu keluar dari kawasan sekolah pada waktu bekerja maka guru perlu mengisi maklumat di dalan Hrmis.Sebaik-baiknya cubalah selesaikannya diluar waktu bekerja. 3.10 Pengisytiharan harta perlu dilakukan setiap 5 tahun. 3.11 Guru perlu mencukupkan 42 kredit hours dalam SPLKPM 3.12 Guru perlu patuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan 3.13 Peruntukan wang bantuan persekolahan telah kurang sebanyak 42%.Sila sertakan


Mesyuarat Guru Bil 1 2023/2024 6 permohonan bersama dengan nota minta . 3.14 Guru diminta mengemaskinikan fail sebelum 19April 2023. 3.15 Guru juga perlu melengkapkan papan kenyataan ( notice board) di dalam kelas. 3.16 Sebarang pemilihan AJK sekolah adalah berdasarkan keperluan sekolah. 3.17 Penjelasan tentang cuti Cik Sapura oleh Guru Besar. 3.18 Guru perlu bantu murid untuk capai objektif pembelajaran. 3.19 Amalkan sikap “Don’t Talk Just Act,Don’t Say Just Show,Don’t Ppromise Just Prove. 3.20 Makmal komputer telah menerima 21 buah notebook baharu. 4.0 UCAPAN PENANGGUHAN Guru Besar mengharapkan semua guru dapat bekerjasama dalam menjalankan semua program di SK Sungai Rapat agar semua perkara dapat berjalan dengan baik. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10;45 pagi. Disediakan oleh, Disahkan oleh, Norliza__________ _______________________________ (NORLIZA BT JAPILOS) (PN. SITI ROHAYAH BT HJ AHMAD) Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar SK Sungai Rapat SK Sungai Rapat


Click to View FlipBook Version