EPILEPSI /CONVULSION /FEBRILE FIT
JP PARIDAH WATI BINTI HARAPAN
PSL 1/2022
DCGN 1/2022(12)-0043
1
Objektif Isi Kandungan
1.Menyatakan definisi Epilepsi adalah satu gangguan kronik dalam fungsi-fungsi otak di
epilepsy / convulsion / cortex cerebrum dimana terdapat pengeluaran aktiviti elektrik
febrile fits (impuls) yang abnormal atau berlebihan di neuron dalam otak
untuk seketika waktu dan menyebabkan sentakan atau sawan
yang berlaku dengan kerap.
2.Menyatakan etiologi Serangan sawan sering dikaitkan dengan gangguan patologi yang
epilepsy / convulsion / melibatkan bahagian otak. Oleh kerana itu faktor penyebab atau
febrile fits pilepsy / etiologi epilepsi ini adalah semua keadaan yang melibatkan
convulsion / febrile fits bahagian otak. Ini termasuklah:
1. Faktor infeksi
Infeksi sistem saraf pusat akut atau kronik boleh
menyebabkan sawan. Serangan infeksi virus di otak
menyebabkan kerosakan di bahagian otak terlibat.
Contohnya: abses di otak dan serangan meningitis di
kalangan kanak-kanak sering diiringi dengan sawan.
2. Faktor kecederaan atau trauma
Kecederaan atau trauma di kepala disebabkan oleh
pukulan, kemalangan atau semasa proses kelahiran boleh
menyebabkan kerosakan di bahagian otak.
3. Faktor genetik
Latarbelakang keluarga yang pernah mengalami epilepsi
samada ibubapa atau adik beradik. Keadaan ini akan
mudah merangsangkan kejadian epilepsi kepada individu
dalam keluarga tersebut
4. Faktor yang tidak diketahui (idiopatik)
Terdapat juga sawan yang berlaku tanpa sebab-sebab
tertentu dan dikenali sebagai idiopathic epilepsy. Ianya
berlaku di kalangan mereka berumur 20 tahun ke bawah
dan jarang sekali berlanjutan ke umur 30 tahun ke atas.
2
5. Faktor metabolik
Bahan toksik mengganggu metabolisma, pengaliran
oksigen dan glukos ke otak dan gangguan ini menyebabkan
sawan. Contoh keadaan ini ialah:
Ketidakseimbangan elektrolit, hipglisemia,
hipoksia, hiperkalemia, dehidrasi
Keracunan disebabkan plumbum di kalangan
kanak-kanak menyebabkan keadaan “lead
encephalopathy” diikuti dengan sawan.
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Withdrawal barbiturate
3.menyatakan Predisposing Factor
predisposing factor bagi
epilepsy / convulsion / Faktor-faktor yang mempradisposkan serangan sawan di kalangan
febrile fits mereka yang sudah mengidap epilepsi. Faktor-faktor tersebut
ialah:-
i. Tekanan emosi
ii. Keletihan yang extreme
iii. Bunyi bising
iv. Menggunakan pemikiran/mental yang berlebihan
Patofisiologi Epilepsy
Otak merupakan pusat pengawalan fikiran, pergerakkan dan deria.
Ia dibentuk oleh unit-unit sel (neuron). Sel ini mempunyai fungsi
yang berbeza dan fungsi ini dilakukan melalui penghasilan aktiviti
elektrik yang berbeza.
Sawan terjadi akibat daripada fungsi neuron yang sensitif di
cortex cerebrum dan di limbic centre di hippocampus
Neuron (sel otak) ini dikenali sebagai epileptogenis focus.
Membran sel ini akan menjadi telap dan seterusnya menjadi
aktif jika pesakit mengalami hipertermia, hipoksia,
3
hipoglisemia dan hiponatremia.
Keaktifan sel ini akan mengeluarkan aktiviti elektrik yang
berlebihan dan apabila sampai ke tahap maksima ia akan
merebak ke seluruh kortek serebrum, talamus dan brain stem.
Pengeluaran aktiviti elektrik di ‘brain stem’ akan menyebabkan
kontraksi otot-otot, dimana otot-otot akan menjadi kejang dan
menyebabkan sawan serta hilang kesedaran diri.
Penghasilan aktiviti elektrik berlebihan akan merebak ke korda
spina.
Halangan di kortek serebrum, talamus anterior dan basal
ganglia melambatkan pengeluaran aktiviti elektrik. Oleh itu,
akan mengganggu dalam kejadian sawan/sentapan, aktiviti
elektrik yang berkurangan itu akan menyebabkan
sentapan/sawan terhenti.
Kejadian dimana penghasilan aktiviti elektrik yang berlebihan
serta halangan di kortek serebrum akan menekan sistem saraf
pusat dan menyebabkan pesakit hilang kesedaran diri,
ditunjukkan dengan terlena, kekeliruan dan letih selepas
sawan.
4.menyatakan Klasifikasi Epilepsy
klasifikasi epilepsy /
convulsion / febrile fits Ianya terbahagi kepada beberapa jenis mengikut sentapan /
pilepsy / convulsion / konvulsi
febrile fits
1. Epilepsy Major (Grand Mal Epilepsy) Generalized
seizure
2. Epilepsy Minor (Petit Mal Epilepsy)
3. Jaksonian Epilepsi Partial seizure
4. Temporal lobe Epilepsi
5. Status Epilepticus
5.menyatakan Manifestasi klinikal
manifestasi klinikal bagi
epilepsy / convulsion / Manifestasi klinikal mengikut jenis-jenis epilepsi dan peringkat-
febrile fits peringkatnya
4
Epilepsi Major (Grand Mal) atau Tonic Clonic Seizures
Epilepsi jenis di perwatakan dengan konvulsi(sentapan) seluruh
tubuh, hilang kesedaran diri, inkontinen urin dan feses.
Serangannya melalui peringkat-peringkat tertentu dan
manifestasinya mengikut peringkat adalah:
i. Peringkat aura (peringkat amaran)
Dalam peringkat ini, tanda amaran atau sesuatu
perasaan dirasai oleh pesakit sebelum sawan
berlaku seperti perasaan tidak senang, nampak
seakan cahaya kilat, terdengar bunyi, pening kepala
atau kebas anggota.
Sesetengah pesakit tidak mengalami peringkat
aura.
ii. Peringkat tonik (30 - 40 saat)
Pesakit menjerit dengan tiba-tiba (epileptic cry) dan
rebah/jatuh dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Jeritannya nyaring dan jeritan ini disebabkan oleh
kuncupan tiba-tiba pada otot-otot pernafasan dan
abdomen yang memaksa udara keluar melalui glotis
yang kejang.
Semua otot-otot menjadi kejang dan kaku.
Tangan pesakit membengkok, manakala kakinya
melurus. Bola mata berputar keatas.
Pernafasan terhenti dan cynosis berlaku
iii. Peringkat klonik (1 – 3 minit)
Otot-otot mula menguncup dan mengendur secara
berselang seli, mengakibatkan pergerakan yang
tersentak-sentak.
Twitching berlaku pada kening, bibir, tangan dan
kaki.
Pesakit kelihatan masih kelihatan cynosis tetapi
telah mula bernafas tetapi cetek
Mengeluarkan air liuh ‘berbuih’(mungkin
mempunyai kesan darah akibat tergigit lidah
semasa sentakan otot berlaku).
Pesakit mungkin terkencing/terbuang air besar.
5
iv. Peringkat kesembuhan / tidur
Semua sentakan otot terhenti.
Pesakit akan mengalami sakit di bahagian otot dan
rasa letih.
Pesakit akan tidur 1-2 jam atau lebih.
Apabila terjaga, kadang-kadang menjadi agresif,
Tiada ingatan terhadap apa yang telah berlaku
semasa sawan.
Epilepsy Minor (Petit Mal Epilepsy)
Kerap berlaku kepada kanak-kanak dan jarang berterusan
sehingga remaja. Jika tidak dirawat serangan mungkin mencapai
IOO kali sehari.
Manifestasinya ialah:
Pesakit hilang kesedaran diri beberapa saat.
Biasanya pesakit tidak terjatuh ke lantai.
Pesakit biasanya berhenti melakukan apa yang
sedang dilakukannya.
Matanya terbeliak
Tiada sawan atau sentakan.
Mungkin ada sedikit twitching pada kelopak mata/jari.
Berlaku 5 – 20 saat sahaja.
Pulih dengan sekejap saja dan meneruskan kerjanya
seperti biasa (tiada ingatan terhadap apa yang
berlaku).
Jaksonian Epilepsi
- sejenis simple partial seizures.
Seizure / sawan yang disebabkan oleh kecacatan di dalam otak
samada tumor / jangkitan di otak.
Manifestasinya ialah:
Bermula di satu bahagian tubuh, contohnya bermula di
tangan kiri kemudian merebak keseluruh bahagian tubuh
6
kiri.
Pesakit biasanya tidak mengalami hilang kesedaran diri.
Durasi jarang melebihi 1 minit.
Penglibatan motor, sensori, autonomik phenomena atau
kesemuanya.
Temporal Lobe Epilepsy
Adalah sejenis compleks partial seizures. Penglibatan fungsi
behavior, emosi, affective dan kognitif.
Epilepsi akibat kerosakkan di copeng temporal otak.
Manifestasinya:
“clouding of conciousness” – keadaan di mana pesakit
berada di tahap separuh ingatan, tidak sedar apa yang
berlaku di sekelilingnya dan pesakit keliru / disorientasi.
Pesakit melakukan pergerakan automatik dan berulang
seperti mengunyah / menelan. Juga dikenali sebagai
psychomotor seizures.
Akan menyambung semula aktiviti yang sedang dilakukan
semasa sebelum serangan.
Durasi biasanya melebihi 1 minit.
Selepas seizures diikuti dengan postictal confusion.(keliru
selepas serangan sawan)
Tidak dapat mengingat kembali perbuatan apabila sedar.
Simptom psychosensori seperti perubahan dalam sensasi
visual atau auditory serta alami vertigo.
Status Epilepticus
Adalah keadaan dimana terdapat sawan yang berterusan
sekurang-kurangnya 30 minit. Sawannya adalah berturut-
turut.
Pesakit tidak sedar diri di antara serangan.
Ia adalah komplikasi yang serius dalam epilepsy dan adalah
keadaan medical emergency.
7
Semasa serangan ulangan otak menggunakan tenaga yang
lebih dari yang dibekalkan kepadanya. Oleh itu neuron menjadi
exhausted dan fungsinya akan terhenti serta berlaku kerosakan
otak kekal.
Tonik klonik status epilepticus adalah yang paling bahaya
kerana ia akan menyebabkan kekurangan dalam ventilasi,
hypoksemia, cardiac arrhytmias, hyperthermia dan asidosis
secara sistemik.
6.menerangkan 1. Health history taking
pemeriksaan diagnostik
bagi epilepsy / -Pengambilan sejarah latar belakang pesakit boleh
convulsion / febrile fits membantu menentukan diagnosis.
ilepsy / convulsion /
febrile fits -Cara kelahiran, umur mula mendapat serangan, corak dan
ciri sawan.
-Mendapatkan sejarah sawan pesakit daripada ahli keluarga
yang pernah menyaksikan sawan yang dialami oleh pesakit.
2. Neurological examination - selalunya normal.
3. Ujian-Ujian diagnostik
1. Ujian Darah
(untuk mengesan masalah metabolik)
BUSE – untuk mengesan gangguan metabolik
seperti uraemia yang merupakan salah satu
punca epilepsi.
Glukos dalam darah – paras glukos yang
rendah menyebabkan hipoglisemia, dimana
keadaan ini adalah salah satu punca epilepsi
2. EEG (electroencephalogram)
Ia menggambarkan aktiviti eletrik otak seseorang.
8
Tujuan – mengenalpasti tempat discaj aliran eletrik
bermula, rebakan dan menentukan jenis epilepsi.
3. Penyakit epilepsi yang berlainan akan menghasilkan
corak EEG yang berlainan, jadi pemeriksaan EEG
amat berkesan untuk mengesan dan mengenalpasti
penyakit itu.
4. X-Ray skull
Mengesan ‘lesion’ atau kecederaan di otak.
5. CT Scan dan MRI
Bantuan komputer untuk menganalisa pemeriksaan X-
Ray. X-ray biasa hanya dapat menggambarkan
keadaan tengkorak, tetapi dengan CT Scan, struktur
otak dapat ditunjukkan dengan jelas.
Tujuan – mengesan penyakit yang akan
mengakibatkan perubahan struktur otak yang jelas
seperti tumour di otak dan strok.
6. Lumbar puncture (CSF for C&S)
Untuk pemeriksaan cecair serebrospinal bagi
mengesan jangkitan.
7. Ventrikulogram
Pemeriksaan X-ray di ventrikel otak untuk
mengesan tumor.
7.menyatakan Pengurusan Rawatan
pengurusan klien
dengan epilepsy / Tujuan rawatan – mengawal sawan dan mengelakkan
convulsion / febrile fits kecederaan
9
A. Rawatan semasa serangan
Pesakit diberikan privasi dengan meletakkan skrin untuk
mengelakkan dari pemerhatian orang ramai/pesakit lain,
supaya beliau tidak berasa malu setelah serangan berlaku
disebabkan oleh pesakit-pesakit lain dapat memerhatikan
keadaan beliau ketika serangan berlaku.
Melawaskan salur pernafasan
- Pusingkan muka/kepala pesakit ke sisi untuk
memudahkan pengeluaran air liur.
- Longgarkan pakaian ketat di leher, dada dan
pinggang.
- Lakukan sedutan dari masa ke semasa untuk
mengelakkan pengumpulan air liur yang
menyekat salur pernafasan.
- Berikan oksigen melalui nasal prong 3L/ min
atau face mask 5 - 1L/min
Mengelak kecederaan
- rawat pesakit dalam katil berpagar
- susun bantal di sekeliling pagar katil
- letakkan bantal di hujung kepala katil
disebabkan semasa serangan, kepala pesakit
mungkin terkena kepada kepala katil dan boleh
menyebabkan kecederaan di kepala.
- Elakkan menahan gerakan anggota semasa
serangan kerana boleh menyebabkan
kecederaan atau kepatahan di tulang-tulang
anggota.
- Jauhkan alat-alat yang boleh mencederakan
pesakit seperti benda-benda tajam, gelas atau
botol air panas.
- Berada di sisi pesakit semasa serangan untuk
10
menentukan keselamatan pesakit terjamin.
Pemerhatian
- pemerhatian tentang sawan berkaitan dengan
waktu sawan berlaku; jangkamasa/tempoh
serangan; bahagian/anggota yang terlibat
untuk mengetahui jenis sawan dan jangkamasa
hilang kesedaran diri.
- Warna kulit – cyanosis akibat dari pernafasan
yang terhenti dan sekatan salur pernafasan
dengan sekresi mulut
- Kencing / buang air besar semasa serangan.
- Kelakuan selepas serangan – tidur / ganas
Pemerhatian dicatit dalam carta sawan (fit
chart)
- Pulse oxymetri bagi mengetahui paras oksigen
- Pemerhatian tanda-tanda vital selepas
serangan – kekerapan bergantung kepada
keadaan pesakit, 1 atau 2 jam sekali, dan
pemerhatian nadi, pernafasan, tekanan darah
dan tahap kesedaran pesakit.
Medical Management; Rawatan ubat
Pengubatan diberi secara intravena atau
intramuskular untuk mendapatkan tindakan segera
bagi mengawal serangan. Ubat yang diberikan
ialah:-
Anticonvulsant
- I/V Diazepam (Valium) 10mg ‘bolus dose’
Tujuan – untuk meredakan serangan;
merehatkan otot dan menenangkan pesakit
Jika sawan masih tidak reda, I/V Valium 10 – 30
11
mg diberi melalui intravena infusi
- I/V Phenytoin Sodium
300mg diberi bersama valium untuk serangan
yang teruk
Kesannya menghalang ledakan aktiviti letrik yang
berlebihan melalui neuron.
Surgical Management:
- Pembedahan bagi pesakit epilepsi kronik contoh temporal
lobe epilepsi.
- pilihan terakhir apabila medical management tidak dapat
mengawal sawan pesakit yang berulang.
- Mempunyai risiko dan komplikasi seperti kecederaan
pada bahagian otak yang lain disebabkan pembedahan,
pendarahan.
- Keluarga dan pesakit perlu diterangkan dengan jelas
tentang kemungkinan risiko pembedahan.
B. Rawatan lanjutan (selepas serangan)
i. Kebersihan diri pesakit
- tukarkan kainan jika pesakit bowel open / pass
urine
- lapkan mulut pesakit dari kesan saliva.
ii. Rehat
- beri keselesaan; kurangkan kebisingan.
- Setelah pesakit betul-betul sedar, berikan ia
minuman glukos untuk memastikan gula yang
12
mencukupi di dalam darah
iii. Pemerhatian tanda vital
- di ambil 4 jam sekali keatas nadi, suhu badan,
pernafasan dan tekanan darah.
iv. Ubatan anticonvulsant
Untuk mengawal sawan dan mencegah sawan
berulangan. Selain dari ubat valium – ubat yang
diberikan adalah dari jenis antikonvulsi; diberikan
dalam jangkamasa yang panjang dan mungkin
seumur hidup jika perlu. Ubatan hendaklah diberi
bersama sarapan untuk mengurangkan gastritis.
- Capsule Phenytoin (Dilantin) 100 – 200mg
melalui oral
Tindakan – menekan pusat motor serebrum
kortek dan menghalang rebakan aktiviti eletrik
yang abnormal melalui neuron
Kesan sampingan – kekeliruan, ataxia, pening.
- Luminal (Phenobarbitone)
Dos – 30 -50 mg tds melalui oral
Kesan sampingan – mengantuk, ataxia dan
pening.
- Tegretol (Carbamazeprine)
Dos – 200mg tds melalui oral
Kesan sampingan – loya,muntah, ruam di kulit
dan pening.
13
- Epilim (Sodium Valproate)
Dos – 200mg tds melalui oral
Kesan sampingan – loya, muntah dan tremor.
v. Makanan
- Doktor mungkin mempreskripsikan ketogenic
diet; high fat, low protein, low carbohydrate diet.
Diet ini akan diberi bersama vitamin. Perlu
menjalani pemeriksaan oleh doktor & ujian darah
sebelum memulakan kerana diet ini boleh
menyebabkan masalah kardiovaskular.
- Makanan yang diberikan perlulah yang tidak
bahayakan pesakit sekiranya sawan berlaku
semasa makan
- Ikan perlu dibuang tulang; daging dan sayuran di
potong halus dan berikan makanan seimbang
Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan perlu dibuat dalam bentuk ‘family
conference’ di mana pesakit dan keluarga terdekat perlu
hadir.
a. Penerangan
- proses kejadian penyakit, tanda dan simptom
serta langkah-langkah yang perlu diambil jika
serangan berlaku di rumah.
- penyakit ini tidak boleh sembuh dengan
sepenuhnya tetapi boleh dikawal dengan
pengambilan ubatan yang tetap dan betul.
b. Ubatan
- Meneruskan pengambilan ubatan dan
menerangkan bahayanya jika pengambilan
14
ubatan diberhentikan dengan tiba-tiba; juga
diberitahu kesan sampingan ubatan.
- Elak berhenti mengambil ubatan tanpa nasihat
doktor
c. Aktiviti
- Mengenalpasti punca stress yang mungkin
dialami oleh pesakit.
- Menerangkan bahawa aktiviti berlebihan,
ketegangan emosi / fizikal seperti keletihan,
kemarahan, kepenatan, kurang tidur boleh
merangsangkan serangan sawan.
- Elak melakukan kerja-kerja yang boleh
mendatangkan bahaya kepada pesakit jika
sawan berlaku ketika ia berseorangan seperti
menggunakan benda-benda tajam, barang
letrik, bahan kimia, berada di tempat tinggi dan
memandu kereta.
- Dilarang berenang seorang diri kerana beliau
boleh mati lemas sekiranya sawan berlaku
- Pesakit dinasihatkan memakai tag pengenalan
mengenai penyakitnya kemana sahaja dia
pergi. Tujuannya jika berlaku kecemasan,
langkah segera dapat diambil dan diberikan
kepadanya.
-
d. Makanan
- Pesakit dinasihatkan jangan mengambil alkohol
yang berlebihan atau membeli ubatan tanpa
arahan doktor.
-
e. Temujanji
- Datang keklinik susulan mengikut tarikh yang
diberikan untuk mengetahui proses kemajuan
penyakit disamping membolehkan doktor
menukar/menambah ubatan jika perlu.
- Berjumpa doktor dengan segera, jika ada
sebarang jangkitan kerana ini boleh
- menyebabkan serangan berulangan.
15
8.menyatakan Diagnosis kejururawatan
diagnosis
kejururawatan klien 1)Gangguan salur pernafasan berkaitan dengan
mengalami epilepsy / neuromuscular impairment secondary to prolonged tonic
convulsion / febrile fits phase of seizure.
2)Potensi kecederaan berkait dengan serangan sawan
(uncontrolled movement).
3)Gangguan perubahan suhu hipertermia berkaitan dengan
proses pnyakit.
4) Anxiety berkaitan berlakunya kejadian recurrent seizure
5) Defisit pengetahuan berkaitan proses penyakit
9.menerangkan Intervensi Kejururawatan
intervensi
kejururawatanklien 1. Gangguan salur pernafasan berkait dengan
mengalami epilepsy / neuromuscular impairment secondary to prolonged
convulsion / febrile fits tonic phase of seizure
Intervensi Kejururawatan
1) Letakkan kain yang dilipat nipis pada bahagian muka
atau kepala klien tetapi elakkan dari membengkukkan leher
klien.
2)Letakkan klien dalam kedudukan mengiring bagi
melawaskan salur pernafasan.
3)Longgarkan pakaian di bahagian leher klien bagi
mengelakkan sekatan di bahagian leher.
4).Pastikan peralatan sedutan dan oksigen disediakan di
katil klien dan berfungsi bagi digunakan semasa kejadian
sawan.
5) Letakkan dalam baringan lateral selepas kejadian sawan
bagi menggalakkan sekresi meleleh keluar dan
mengelakkan lidak menyekat salur pernafasan..
6) Lakukan penilaian pada paras kepekatan oksigen bagi
16
mengetahui kepekatan oksigen klien.
7) Lakukan sedutan dengan lembut di dalam mulut bagi
membeantu mengeluarkan sekresi.
2. Potensi kecederaan berkaitan dengan serangan
sawan (uncontrolled movement).
Intervensi Kejururawatan
1) Nilai keadaan pesakit semasa serangan sawan berlaku
seperti tahap kesedaran pesakit untuk tindakan
perawatan segera.
2) Sediakan persekitaran yang selamat seperti
menjauhkan objek tajam untuk menggelakkan
kecederaan .
3) Pastikan pagar katil sentiasa dipasang bagi
mengelakkan klien dari terjatuh semasa kejadian
sawan.
4) Letakan paded di bahagian pagar katil atau bantal
disekeliling katil untuk mengurangkan risiko
kecederaan dan mengelakkan hentakan yang kuat
pada besi pagar semasa berlaku sawan.
5) Elakkan daripada meletakkan objek didalam mulut
klien semasa sawan berlaku untuk elakkan
kecederaan pada mulut contoh kecederaan pada lidah
dan kepatahan gigi.
6) Elakkan restrain pesakit untuk mengelakkan risiko
kepatahan tulang semasa sawan berlaku.
3) Gangguan perubahan suhu hipertemia berkaitan dengan
proses penyakit
1) Ases tanda vital terutamanya suhu badan sebagai data baseline
untuk menentukan tindakan perawatan.
2)Lakukan tapid sponging untuk menurunkan suhu badan pesakit
melalui proses evaporasi
3)Pasangkan infuse intravena mengikut regime yang diarahkan
oleh doctor untuk mengekalkan kesimbangakan cecair elektrolit
badan.
4)Berikan ubatan antipiretik seperi tablet paracetamol mengikut
arahan doctor untuk menurunkan suhu badan.
5)Sediakan persekitaran yang kondusif seperti pasangakan kipas
17
dan buka tingkap untuk mengalakkan pengaliran suhu melalui
proses evaporasi.
6) Galakkan pesakit memakai pakaian yang nipis untuk
menggalakkan pengaliran haba.
7)Galakkan pesakit meningkatkan pengambilan cecair sekurang-
kurangnya 2-3 liter sehari sekiranya iada kontraindikasi untuk
menurunkan suhu melalui pengeluaran urin
8) Lapor kepada doctor sekiranya tindakan perawatan tidak
berkesan untuk tindakan perawatan selanjutnya.
4) Anxiety berkaitan berlakunya kejadian recurrent seizure.
Intervensi Kejururawatan
1) Ases tahap kebimbangan pesakit melalui temubual untuk
tindakan perawatan yang efektif.
2) Berikan informasi secara verbal dan secara penulisan contohnya
dalam bentuk pamplet supaya dapat memberi pengetahuan
kepada klien untuk mengurangkan rasa takut dan bimbang
berkaitan kejadian sawan berulang.
3) Terangkan kepada pesakit mengenai faktor-faktor yang
mempradispos serangan sawan agar sawan dapat dielakkan.
4) Galakkan pesakit mengamalkan gaya hidup sihat seperti
beriadah bagi mengelakkan stress yang boleh mengakibatkan
serangan berulang.
5) Terangkan kepentingan mengambil ubatan dan meneruskan
rawatan secara teratur supaya klien menyedari penyakitnya akan
berulang jika beliau tidak meneruskan rawatan
6)Terangkan kepada klien dan keluarga tentang jagaan diri
semasa berlakunya serangan sawan supaya mereka bersedia
dan dapat melakukan jagaan dengan betu
7) Nasihatkan klien supaya sentiasa menepati temujanji yang telah
ditetapkan supaya pemantauan yang tetap boleh dilakukan.
8) Rujukan pesakit kepada klien yang dapat mengawal penyakitnya
supaya dapat berkongsi maklumat.
9)Rujuk klien kepada kaunselor bagi mendapatkan khidmat nasihat
jika klien masih bimbang.
18
5) Defisit pengetahuan recurrent seizure berkaitan proses
penyakit.
1) Nilai tahap pengetahuan pesakit dengan bertanyakan soalan
berkaitan penyakitnya untuk menentukan tindakan selanjutnya
2) Berikan penerangan tentang penyakit,rawatan penyakit,dan
serangan sawan yang akan berulang agar pesakit faham
seterusnya dapat menambahkan pengetahuan yang sedia ada.
3)Galakkan pesakit bertanya kepada anggota kesihatan yang
merawatnya untuk meningkatkan pengetahuannya.
4) Terangkan kepada pesakit tentang kepentingan mengelakkan
faktor-faktor mempradispos serangan sawan agar pesakit faham.
5) Berikan pesakit pamplet berkaitan dengan sawan agar pesakit
dapat menambah pengetahuan berkaitan serangan sawan
berulang.
6) Galakkan pesakit supaya menggunakan media massa untuk
mencari maklumat berkaitan dengan sawan agar pesakit lebih
memahami tentang proses penyakit
KOMPLIKASI
1) Kepatahan
- Jika sawan / sentapan ditahan dengan kuat
- Akibat gigitan di lidah
- Kepatahan gigi
2) Renjatan
- Peredaraan darah yang tersekat di serebral
-
3) Taraf kecerdikan/ kepintaran
- Kekurangan dari segi kecerdikan akibat daripada
sawan yang berulang akan menyebabkan
kekurangan oksigen ke otak.
19
4) Status epilepticus
- Epilepsi yang berterusan sehingga menyebabkan
pesakit tidak sedarkan diri
5) Psychososial
- Ia akan memberi kesan dalam kehidupan seharian
kerani ia melibatkan perubahan dalam cara hidup .ia
juga mempunyai stigma yang buruk terhadap pesakit
epilepsy
20