The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norshafazilah, 2022-08-04 03:40:57

Buku Atur Cara Graduasi

Buku Atur Cara Graduasi

Majlis Graduasi

TINGKATAN 5 2021
SMK DAtuk peter mojuntin

06 OGOS 2022 ITCC HALL 2

8.30 PAGI- 12.00 TENGAH HARI

ISI KANDUNGAN

UCAPAN PENGETUA...........................................................3
UCAPAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PENAMPANG..........4
UCAPAN PERASMIAN..........................................................5
PEngarah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA NEGERI SABAH.
UCAPAN WAKIL MURID TINGKATAN 5..................................6
ATUR CARA MAJLIS............................................................7
SENARAI NAMA PENERIMA SIJIL......................................8-16
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA.................................17-19

2021

UCAPAN PENGETUA
SMK DATUK PETER MOJUNTIN

TN.HJ M. RAHIM BIN HJ MD LAIR

Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera.
Alhamdullilah, dengan izin dan keredaan Allah swt. Majlis Graduasi SMK Datuk Peter Mojuntin 2021 bagi putera dan
puteri tingkatan lima dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana yang ceria dan bermakna buat kita semua. Sekalung
penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis
ini.
Hadirin, hadirat dan para graduan yang diraikan,
Saya mewakili seluruh warga kerja SMK Datuk Peter Mojuntin mengalu-alukan dan merakamkan ucapan terima kasih
atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini untuk meraikan anak tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Majlis graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 247 orang putera dan puteri
tingkatan 5 yang lulus dan layak mendapat sijil dalam Peperiksaan SPM 2021. Majlis ini juga sebagai perangsang kepada
mereka untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang akan diceburi, malah diharapkan mengukir kenangan manis
dalam lipatan sejarah para graduan.

Putera dan puteri graduan sekalian,

Gunakanlah peluang yang ada pada masa kini untuk memperkasa diri para graduan dengan kemahiran teknologi
maklumat, kemahiran berkomunikasi serta meningkatkan penguasaan teknologi dan Bahasa Inggeris. Tiada jalan pintas
ke arah kejayaan. Nama-nama besar orang yang berjaya seharusnya terjelma dalam kotak minda para graduan sebagai
insan yang berusaha gigih demi mencapai matlamat meneruskan kejayaan yang lebih gemilang. Semangat juang inilah
yang perlu dicontohi oleh para graduan.

Saya juga amat berharap agar putera dan puteri graduan sekalian memiliki daya saing yang positif ke arah mewujudkan
generasi yang inovatif dalam bidang sains dan teknologi. Negara kini memerlukan teknokrat yang proaktif dan matlamat
tersebut juga merupakan sebahagian daripada hasrat negara. Untuk berjaya sebagai teknokrat mahupun pemangkin
pembangunan negara, para graduan semua perlu berubah dan untuk memulakan perubahan itu pula, para graduan
mestilah meneroka dalam diri sendiri untuk mencari kekuatan, kelemahan dan ancaman yang ada. Dengan kata lain, kita
perlu ada unsur-unsur pemugaran kendiri. Janganlah hendaknya kita mengajar diri kita menilai sesuatu kepuitusan untuk
berubah itu menerusi dimensi yang sempit tetapi semestinya perlu bersikap imaginatif dan praktikal.

Sebagai penutup, sekali lagi saya bagi pihak SMK Datuk Peter Mojuntin merakamkan penghargaan atas kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan sekalian. Teruskan lakaran kita untuk terus mekar memartabatkan bidang pendidikan negara kita.
Kepada ibu bapa sekalian, iringilah perjuangan putera dan puteri graduan kita menempuh langkah seterusnya dengan doa
agar kecemerlangan yang kita harap-harapkan tercapai. Kepada putera dan puteri graduan, perjuangan belum berakhir.
Teruskan perjuangan anda.

Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

3 2021

UCAPAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PENAMPANG

PUAN INDANG KASI BINTI HAJI SIBIN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya dapat
bersama-sama dalam Majlis Graduasi Tingkatan 5, SMK Datuk Peter Mojuntin bagi sesi 2021 pada hari ini.
Sekalung ucapan tahniah kepada semua pihak dan seluruh warga kerja SMK Datuk Peter Mojuntin yang telah
berusaha bersungguh-sungguh dalam merealisasikan majlis yang bermakna ini bagi meraikan kejayaan para
graduan, para pendidik serta pengorbanan ibu bapa yang telah membentuk insan intelek masa depan yang
murni sahsiahnya.

Penganjuran majlis seumpama ini merupakan inisiatif untuk memberi pengiktirafan, motivasi, dan ingatan agar
para pelajar dapat meningkatkan kesediaan diri dari aspek psikologi di samping kesediaan intelek untuk terus
melakar kecemerlangan. Tahniah kepada para graduan kerana berkat daya usaha, kegigihan dan kesabaran
dalam mengharungi alam persekolahan, segala usaha dan pengorbanan anak-anak sepanjang menjadi pelajar
SMKDPM akhirnya telah berjaya membuahkan hasil.

Pada hari yang bersejarah ini, anak-anak diberi penghormatan untuk menaiki pentas ini bagi menerima sijil
graduasi masing-masing. Walau bagaimanapun, perjalanan untuk menimba ilmu tidaklah berakhir di sini.
Proses pembelajaran dan menimba ilmu adalah satu proses dinamik yang berterusan. Anak-anak haruslah
berfikiran terbuka dalam mempelajari sesuatu. Ambillah peluang ini untuk melatih diri agar mampu menjadi
individu yang dapat melihat dan menilai sesuatu keadaan dari pelbagai perspektif. Ilmu akan menjadi bekalan
hidup untuk membina kecemerlangan kerjaya dan menabur bakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.
Selamat maju jaya saya ucapkan kepada para graduan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini
mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua tenaga pengajar yang telah menunjukkan komitmen
yang tinggi terhadap tugas dan amanah yang diberikan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bagi menikmati kejayaan dalam persekitaran globalisasi yang mencabar, semua pihak khususnya para pelajar
harus melengkapkan diri dalam pelbagai aspek. Ia merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran tinggi yang
inovatif, memiliki jati diri dan beretika secara berterusan dalam usaha mempertingkatkan keupayaan generasi
muda menangani perubahan dan cabaran dengan cekap dan berkesan. Memperkasakan diri dengan pelbagai
ilmu pengetahuan, kebolehan berkomunikasi terutamanya dalam kalangan pelajar menjadi agenda utama
sesebuah sekolah untuk melahirkan pelajar cemerlang.

Di bawah kepimpinan dan pentadbiran Tuan Haji M. Rahim Hj. Md. Lair selaku pengetua SMK Datuk Peter
Mojuntin, saya yakin kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek, di samping
kerjasama semua pihak yang ingin melihat sekolah benar-benar berada di puncak kegemilangan.
Tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada pengetua, guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-
murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Saya berharap usaha untuk melonjakkan
kecemerlangan pendidikan akan dilipatgandakan lagi agar kita dapat menyediakan pendidikan terbaik kepada
anak-anak kita pada hari ini dan masa depan. Akhir kata, semoga usaha kita akan diberkati Allah SWT dan
segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warrah matullahi wabarakatuh

Terima Kasih.

4 2021

UCAPAN PERASMI
PNEENGGERAIRDAAHNKHEMALEENHTWERAILANPEPNEGRGDUANGAANNGEAGNERDIASLAABMAH

ENCIK GEORGIE ABAS

Salam sejahtera, Salam Perpaduan,

Syukur kepada Tuhan kerana dengan izinnya saya dapat bersua muka dan bersama-sama untuk menyempurnakan
majlis yang penuh bermakna iaitu Majlis Graduasi Murid-murid Tingkatan 5, SMK Datuk Peter Mojuntin bagi tahun
2021. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang diraikan pada hari ini. Saya percaya
kejayaan pelajar-pelajar pada hari ini bukan sahaja hasil daripada pemusatan mereka terhadap pelajaran yang diajar,
malah disertai dengan kerja keras yang diusahakan oleh mereka selama ini dengan dibantu oleh warga pendidik di
sekolah serta ibu bapa yang tidak jemu-jemu berusaha ke arah pencapaian maksimum anak-anak.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua tenaga pengajar yang telah
menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan amanah yang diberikan bagi memastikan tranformasi
pendidikan berjalan lancar dan memenuhi aspirasi negara terutamanya dalam memastikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dilaksanakan dengan jayanya. Saya percaya majlis graduasi ini bakal menjadi
perangsang dan pembakar semangat kepada para murid untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang bakal
diceburi pada masa akan datang. Malah diharapkan ia mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh
bermakna dalam lipatan sejarah para graduan.

Anak-anak yang dikasihi,
Keputusan peperiksaan SPM yang anda peroleh hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang bakal diterokai. Di
hadapan anda nanti, terbentang pelbagai ranjau, duri dan rintangan ke arah pencapaian sebenar dalam kehidupan.
Semangat perjuangan yang murni dan kekuatan iman perlu diperkukuh bagi membolehkan anda meneruskan perjalanan
dengan penuh yakin dan tabah. Pada kesempatan ini, saya ingin melontarkan cabaran kepada para graduan agar dapat
membuktikan bahawa anda semua mampu meneruskan kejayaan yang lebih gemilang di mana saja anda berada nanti.
Harapan saya agar semua pelajar sentiasa berusaha dan rebutlah peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat
yang lebih tinggi. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina
personaliti yang cemerlang.
Kepada para graduan, hargailah harapan tinggi yang telah disandarkan oleh ibu dan bapa anda. Balaslah jasa mereka
dengan mencipta kejayaan yang hasilnya begitu indah dan dapat dibanggakan oleh ibu bapa anda kelak. Perjuangan
belum berakhir. Teruskan perjuangan anda. Semoga Majlis Graduasi ini meninggalkan satu kenangan yang terindah
buat semua. Saya juga mendoakan agar semua warga SMK Datuk Peter Mojuntin terus bersemangat dan dedikasi dalam
mendidik para pelajar demi meneruskan kecemerlangan anak bangsa. Saya mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah
khususnya kepada SMK Datuk Peter Mojuntin, warga kerjanya dan para graduan sekalian.

Sebagai penutup tirai bicara, maka dengan ini saya merasmikan Majlis Graduasi Murid-Murid Tingkatan 5 SMK Datuk
Peter Mojuntin bagi tahun 2021.

Sekian, terima kasih.

5 2021

UCAPAN WAKIL MURID
MURID TINGKATAN 5 2021

FANELLA ELIZA GUSINIM

Salam sejahtera,
Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah. Kesempatan pada pagi ini merupakan suatu
detik bersejarah buat diri saya kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili pelajar lepasan SPM sesi 2021.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakam ucapan terima kasih kepada pihak sekolah mewakili pelajar SPM tahun 2021 kerana
berusaha mengadakan Majlis Graduasi yang penuh bermakna buat kami pada hari ini. Tahniah dan syabassaya ucapkan kepada
rakan-rakan seperjuangan atas pencapaian kita pada hari ini. Ketahuilah bahawa kita sudah melakukan yang terbaik dan akhirnya
mendapat yang terbaik kerana usaha tidak akan mengkhianati hasil.

Hadirin dan rakan-rakan sekalian,
Titipan kasih teristimewa untuk guru-guru yang telah banyak membimbing dan mengajar kami sehingga kami berjaya mengecapi
kejayaan pada hari ini kerana tanpa guru, siapalah kami. Saya mewakili pelajar lepasan SPM tahun 2021 juga ingin menyusun
sepuluh jari memohon kemaafan daripada guru-guru sekiranya kami ada terkasar bahasa atau terlepas bicara sehingga mengguris
hati para guru sepanjang berada di alam persekolahan.

Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan kami serta menjadikan kami modal insan yang berguna, guru-guru sering
kali berhadapan dengan pelbagai cabaran dan karenah murid; ada yang menyakitkan hati, ada yang menghampakan harapan, ada
yang menggembirakan, ada yang melucukan dan ada yang menyeronokkan. Segala pengalaman pahit manis ditelan dengan penuh
sabar sehingga kami merasakan bahawa ada masanya guru-guru di sekolah SMK Datuk Peter Mojuntin bukan sekadar guru biasa,
malah ada kalanya berperanan sebagai ibu bapa kedua kepada kami. Sakit pening kami dan kebajikan kami sentiasa diambil berat,
kemajuan akademik dan keterampilan sahsiah kami sentiasa diberi perhatian. Pendek kata, soal masa depan kami sering
merunsingkan guru-guru. Selain tunjuk ajar, guru-guru turut menjadi tempat rujukan kami untuk meleraikan kekusutan dan segala
macam perkara lagi. Guru-guru adalah segala-galanya bagi kami. Terima kasih cikgu! Sesungguhnya kesediaan guru-guru untuk
membantu kami amatlah kami sanjungi dan hargai.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi guru-guru rasa nak junjung.

Terima kasih cikgu. Halalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada kami dan maafkanlah segala kesalahan kami. Terima kasih
juga diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga kita atas pengorbanan dan sokongan yang tidak berbelah bagi sejak kami berada di
bangku sekolah lagi. Tanpa sokongan kalian, kami tidak mungkin berada di sini pada hari ini.
Akhir kata, saya dengan rendah hati memohon doa dan restu daripada para hadirin sekalian terutama sekali guru-guru dan ibu
bapa agar sentiasa mendoakan kejayaan kami dalam mengharungi perjalanan kami yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

6 2021

Atur Cara Majlis

SMK Datuk Peter Mojuntin

MASA AKTIVITI/ACARA

8.00 Pagi Daftar masuk murid/ tetamu jemputan/ibu bapa/guru
8.30 Pagi Semua murid bergerak ke luar dewan untuk persediaan perarakan
9.00 Pagi Ketibaan Perasmi
(Perarakan masuk tetamu kehormat dan pentadbir, para murid)
9.15 Pagi
Nyanyian lagu Negaraku
Nyanyian lagu Sabah Tanah Airku

9.30 Pagi Bacaan doa
Ucapan alu-aluan Pengetua
Tuan Haji M. Rahim Bin Hj Md Lair

Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Penampang
Puan Indang Kasi Binti Haji Sibin
Ucapan Perasmi, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah
Encik Georgie Abas

Persembahan 1
Pengisytiharan memulakan majlis

10.30 Pagi Penyampaian sijil graduasi Tingkatan 5
Persembahan 2
Penyampaian sijil graduasi Tingkatan 5

Ucapan wakil murid Tingkatan 5 sesi 2021
Pengisytiharan penangguhan majlis
Penyampaian cenderahati
Nyanyian Lagu Sekolah
Perarakan keluar dewan

11.30 Pagi Sesi bergambar
Jamuan
Bersurai

7 2021

Senarai Penerima Sijil

8 2021

5H

Penerima Sijil

1.AARON NATHANIEL GEORGE 26.RINA CHRISTY GADOR
2.ADILSON MARK OTTERAN 27.SARA NAJIHAH BINTI SYLVESTER
3.ADYREEN OWEN ONEH 28.SENICO JELI
4.ALYSSA AMANDA STANLEY MOLUMBUNG 29.SHANE ROGER
5.ANGELES PRISCA SORIPIN 30.SHERVONA FAITH JULIAN
6.ANGELISA KA WEN YING 31.URIAH ISENGARD SIPOJOL
7.BRYAN CODY JOHN MATANJANG 32.VELLDERY MAY
8.CHERYL DOLLY BONNEY
9.CLEDIVIA WILFRED
10.CODY RYAN JAMES
11.DEANN DRITTENY DANNY
12.DENNOVAN CHRIST ANAK DESMOND
13.EZRA NEVILLE ERICK PEDRO
14.ICARUS WONG CHII QUAN
15.ISABELL ANTHONIA MOJIGOH
16.JOE ROYVICTER PETER
17.JONNAS MACLON JAMES
18.JUDNELLEON JUDE SOBITANG
19.JYASMEN IRIENA FAISAL
20.LEONARD SUNGKIT
21.LESLEY RYAN TALLEYRANCE
22.MAXLEADER GIDIUS
23.MC CLAREN LOJINGKI
24.NEO JEODI
25.NUR SHETA BINTI BORUNGIS

9 2021

5A

Penerima Sijil

1.ADWA SYARIFUDDIN BIN ABD MULUK 26.KELVIAN CHRISTIAN KELINDOS
2.ANDERSON GREGORY ELIAS 27.LEFFLIANLIE LIDAN
3.ANNABELLE ADRIAN LAJINGAH 28.MARIA VIANNEY
4.ARNETTA SHANE BARANTING 29.MAXINE SONNY
5.ASHA TEO KAH YING 30.MOHAMAD KHAIRUL RIZAL
6.AUSTINEE CASSEY AUGUSTINE 31.NAVAEL SHALOM BENJINOL
7.BENNYVELL GUISS BOBBY 32.NURISSAH AIN BINTI NORAZMAN
8.BONNIBELLA MACKRY JOKIUS 33.NURUL FATIAH
9.BRANDON WILLIAM 34.OLGA TAMBAYANG
10.CHARLOS MARTIN 35.PETER LINCOLN CLARANCE
11.CHOLENA OWENA LAWRENCE HENRY 36.RAYBIECA RICKY
12.CHRISNOVELLA CHRISHALE 37.RITCHIEE MALAH
13.CHRISTINE ODELL
14.CYROL SANNY
15.DEIRDRE RICHARD BENJUMIN
16.DIANA DARON LOH
17.DIVIANA JACKSON
18.ELVENA YEE SIE MAN
19.FAITHTALIA FRANCIS CHIA
20.FIERA FRISHA FLORIAN
21.GADRETTE GREGORY
22.GIRL DEDORA EDMUND BAIKAN
23.J.BEN ABOL JAIBIN
24.JAVENCENT JAMES WONG
25.KARL VENDEE ILLESIUS

10 2021

5B

Penerima Sijil

1.ALFREDDO GEORGE 26.SAMANTHA ANTHONIA ANN WALTER

2.AROWEN RAYMUND 27. SAMUEL BENJAMIN

3.BRIAN REYES RONY 28.SHERMIEKO MAAV STIMOL

4.BRYAN BRADLEY VICTORIUS 29.STANLEY CLARENCE STEFANUS

5.BRYAN ERIC SOMONIH 30.VIANNA SEZZRA

6.CHERYL FUNG MAY MENG 31.WELHELMINA KELIMIN

7.CHRISTINE JOHN 32.WELVIANA WINUS

8.CRISTIE VELARIE JOSEPH

9.CYLYNDERICA HERMAN

10.DANISON PETRUS

11.DANTE PAIRAN

12.DONOVON JOHNNY

13.JASON MAH SOON CONG

14.JIMMY JAMES

15.JORDAN ANTHONY LIMUS

16.JOYANE TOUDIN

17.KENETHDY JOSSY

18.MARTIAS THANANCIS

19.MICELSON PAUL

20.MOHAMMAD SHAHRULREZA BIN ABDULLAH

21.NICOLE JAYNE PIUSAI

22.OLIVIA ELIOS

23.PARIS FAITH RYMAN

24. RICKY

25.ROMUALDO SARADIK ANGAT

11 2021

5C Penerima Sijil

1.ADELINA LOISIM 26.LYIENRA LISA BLASIUS
2.ALEISSA MOSIUN 27.LYNESSA ALLYCIA ANAK AUGUSTINE
3.ANGELLYN LOVERYNN JAMPAN 28.MICHELLE MARIE MUDI
4.AYIENA HAZIYAH TAN FARRIZAM 29.MOHAMMAD NAZRUL BIN ARMI
5.CALBIS PETRUS 30.MUHAMMAD YUSRI ATAULLAH BIN SHAMSUL
6.CASSY DANEL 31. NISTELROOY AMBROSE
7.CINTAWATI ARMAT 32.RAVENTINO ROGER
8.CLARISSA MURIEL CHRISTER 33.RIONA RUBBY
9.DANIEL LEE VUI KIAT 34.SHYRENA SHAKIRA ALLESANDRA
10.DARLINDA GINIHIM ASHTY ATAH 35.STACYLEZNA AMBROSE
11.DAVISSON DOMISSIN 36.VERA RAHCEL HENDRY
12.DAYANG SYAFIRA BINTI JAMALUDIN
13. DERRY DEYRELL PRIMUS
14.ELLECA EDWIN DONY
15. ELVO
16.EVA JESSICA JOILUS
17.FANELLA ELIZA GUSINIM
18.FREM FERTAP MALLA
19.GLORIA WONG
20.IVAN AIMAR REAGAN MAILEDY
21.JASLYN WILNAVIA SANI
22.JIMSON GINUS
23.JOANNA TAGOU
24.JOBIE SOIKIN
25.JURAYNIE RAYNER

12 2021

Penerima Sijil 5D

1.ALYSSA ORIANNA LOUIS 26.MUHAMMAD DANISH BIN MOHD SUKRI
2.AMMAR NIZAR BIN RASDY 27.NATALIE LEOPOLD
3.ASSLIAH BINTI AWANG ALI HASSAN 28.NOR AZLIN BINTI ABDUL SALAM
4.CHRISTIAN KAVIN CHIN 29.NURUL NATASHA
5.CRISSA OANA LOUIS 30.PETER FRANKSTEIN YAPP
6.DENIALSON KIRIH 31.RONALD RODNEY SUIMIN
7.DEZABELLE MAGHEN HENRY 32.SCAVELLHA SOIMON
8.DYLAN DAMIEN GEORGE JAMES 33.SHAUN METHO FLOYD
9.DYX BRIECKNER RANY ZENO 34.VISHNUDEV PILLAI A/L THAMILSELVAN
10.EARL CLYVERT 35.WILLY SUNGKI
11.ETHEL JEFRY
12.FARNEL ALOVEE CHU
13.FRAYNANDEZ CARLSEN JONIS
14.HAKIM AQMAR TEUNISSEN
15.HEIDI ERTEL
16.JAYQUENIE RIENITA JEROME
17.JEREMY ANTHONY
18.JONNRY JUMANTIN
19.KESTER KENT JULIUS
20.LINCE ROSA PENI LINUS WAWIN
21.MIRWANVERON MATUSCI
22.MOHAMAD RIZAM
23.MOHAMMAD AQIB IKHWAN BIN
AHMAD
24.MOHD AJWAD AKHARI BIN AZMEE
@ AZME
25. MUHAMMAD AIMAN BIN ABBERI

13 2021

5E Penerima Sijil

1.ABRAHAM FABIAN SIPAWI 26.LUKE IVAN FERIDZIT LIANSUN

2.ADDIE HELMI 27.MANDY MAE MICHAEL STEPHEN

3.AINNELY VIVIAN CHAU 28.MARILYN JANE SIKAWAH

4.ALDRAEL IAN CASSIUS 29.MOHAMMAD FAISAL KHAN BIN KHALID KHAN

5.ALISTER PERRER GUKIM 30.MUHAMMAD SAHRULNIZAM BIN NASARUDIN

6.ANDREW KERRY MARK P KOISUN 31.NORAZLINAH BINTI MATLANI

7.ANGELICA DONNY JOHN 32.NUR ALEEYA RAIHANAH BINTI MUHAMMAD

8.AUDREY NATALIE ARSELINUS 33.THIVAGARAN RAVEYCHANDRAN

9.AZAM QIDRAN BIN BURHAN 34.VERONICA VOO HIEUN YEE

10.BENNY SIMAN 35.VIVI VERENA VITALIS

11.BENNYJUAN FAHTAN BOBBY 36.ALI UWAIS BIN REDZUAN

12.CHEALISTA ALICE JOHN 37.MARIANNE RAYNOLD MOJILIP

13.CRISTY MICHELLE BETELY 38.NIKKODIMUS PETER

14.DANIELA GILIK GUMBANG 39.SITI MARIAM BINTI AMRI

15.DANNEL RIMUS

16.DEBRA JAYCINTIA DOUSI

17.DECO JUNIE

18.DINA BERTHANEY TONNY

19.ELVERRA CINDERELLA MARCELLUS

20.FARHANA NAFEESA ALASA ABDULLAH

21.FERNANDO HOSEA VIDY

22.JASPER MISON

23.JASRIN JAIKEL

24.JAYMILUS JUSTIN

25.KISHEN RAJ A/L RAMESH

14 2021

5F

Penerima Sijil

1.AZNILSYAH GAMBAR
2.BATHLOMEOW MINSUN
3.BONNIE ROBERT
4.DARREN RODDICK JUNIH
5.DAYANG NURZAHIRA BINTI JOUTI
6.DENNYVON FREDDY
7.DEXTENNEL
8.FABIAN MOJIKON KOHOI
9.FRAYNANDO CARL JONIS
10.JERRYCON PAGO HERIN PETRUS
11.LARRY LEO GILONG
12.MAXIMAIN MANSON
13.MAXWELL BENERUING
14.NOWELL WILSON
15.NURUL HAYATI ATIKA BINTI SAHARDAN
16.NURUL KAZIMAH BINTI JANIUDIN
17.RAMLAN GEORGE

15 2021

5G Penerima Sijil

1.ALVIANA AILIS DAMISAL
2.BELINDA LEO
3.CHARLEN AMBROSE
4.CHRISTINE VILODY
5.CLARIS RYNE THOMAS
6.ELFIONA GEORGE
7.ELLYTIANA JAMES
8.ERWINNA GWEN PAUL
9.EVA ANNESSA JUPETER
10.FLONEANELLY STEPHEN
11.FRELYN CELLA JIMMY
12.MELLY MELISA JILIUS
13.MELVIRA MAUREEN
14.PETROLIA MOLIKING
15.RAANI APRILLINA SOON
16.RICHENDA STEPHEN
17.RITALILIS BASLIN
18.VIANNE NATASHA ELVI
19.WENDY RENOLA NATASA JEN

16 2021

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MAJLIS GRADUASI 2021

SMK DATUK PETER MOJUNTIN

PENGERUSI : HJ M. RAHIM BIN HJ.MD LAIR
AJK PROTOKOL DAN
SAMBUTAN : FAY HAMELIENE MOGINDOL
CONNIE WONG
PENYELARAS SALEHAN BIN TIMIN
FAUZIAH BINTI MAHROP
SETIAUSAHA JANET ASIK
BENDAHARI
: TING MIN MIN
AJK BUKU ATURCARA MEALNIE BINTI MARDEN
AJK PENYEDIAAN TEKS
UCAPAN : KOK YUK YONG
AJK PENGACARA MAJLIS
AJK BACAAN DOA : LAU MING CHOO (K)
AJK JEMPUTAN AMINAH BT JEKRI
YAP PIH THAU
AJK PEMILIHAN PENERIMA
: NOR SHAFAZILAH BINTI ASIM (K)
DOROTHY NOIS

: LOONG LILAN

: NUR AMIRAH BINTI ABD HAMID (K)
DYMPHNA JOHN
NASEEBAH BINTI YAACOB

: ZULHILMI BIN JABLI

: GRACE LASIMBANG (K)
IRENE LUNG
MICHELLE ANN
ALICE CHUNG
AIDA BINAYU

: FIONA JUNE (K)
TAI LEE LIN

17 2021

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MAJLIS GRADUASI 2021

SMK DATUK PETER MOJUNTIN

AJK PENDAFTARAN : CLARE CHARLES (K)
ANASTASIA BINTI LEOH
AJK SIJIL & FOLDER NURLIAH BINTI JAIR
JUIREN BINTI ELIP
AJK CENDERAHATI VERONICA ASANG
AJK HIASAN PENTAS
AJK MAKANAN DAN : HAYATI BT MOHD HUSIN (K)
MINUMAN NADIAH NADIRAH BINTI SALPAD
AJK KUTIPAN YURAN FARIZAH BINTI RABUSAH
NUR SAFWAH BINTI MOHAMAD ZAIMI
AJK KEBERSIHAN NURASHIKIN BINTI FADILLAH

: CORYNA SHANTY BINTI BENNISO(K)
BELINDA BERNARD

: MOHD FATLY BIN RAJAK (K)
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ROSLI
AH CHIN LIEW

: JOHNSTON JONATHAN AYONG (K)
DY NORHIDAYATY BT MD. TALIB

: RUHENNY MOKUJA (K)
JULIANA FRANCIS ONONG
SUANA SUZI GINTABID
(SEMUA GURU KELAS TINGKATAN 5
2021)

: CAROLINE LOVEN (K)
KHAIRUL ZAMELBIN KAMEL

18 2021

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MAJLIS GRADUASI 2021

SMK DATUK PETER MOJUNTIN

AJK PERJALANAN MAJLIS : MOHD SHAHUDIN BIN KARIM (K)
(FLOOR MANAGER) DANNY DANIEL

AJK PERSEDIAAN MURID : NG YEE MIN (K)
NUR IZYAN MARDHIAH BINTI ASLI
AJK PA SISTEM ALICIA SELVESTER AWANG
AJK JUBAH HJ AZMAN BIN ABIDIN

AJK FOTOGRAFI : SURDUR JEET SINGH A/L JASWANT
AJK MULTIMEDIA SINGH (K)
BONIFACE EDWIN AMIR
AJK PERSEMBAHAN
AJK SAMBUTAN IBU BAPA : SAMANTHA ANAK ADAM(K)
AZIZAN BIN BAKRI
CLARICE CANISIUS
RUTH THERESA ANTIN

: RYNER YASIN (K)
PATRECIA GANDUKAN

: STANFORD SIBANGAN (K)
UMI KALSOM BINTI SAIDINA OTHMAN
KASNINAH DANIL
NORAISAH BINTI MAJID

: LOBORINA TUNJAN (K)
FIONA RUTH

: NUR ADLINA BINTI MAHD RAZAN (K)
NOOR SYAHIDA BINTI FAUZI
FIONA FILDA F. BUNGKILAN
ZUHRIN BINTI HAMZAH
NOREEZAN BINTI HJ MOHIDDIN

19 2021

SEKALUNG PENGHARGAAN

Seluruh warga SMK Datuk Peter
Mojuntin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan Majlis Graduasi SMK Datuk

Peter Mojuntin 2021.

19 2021

SMK DATUK PETER MOJUNTIN
Peti Surat 839, Poskod 89507,
Penampang, Sabah.
Tel: 088-711942
Faks:088-721429


Click to View FlipBook Version