KEGUNAAN :
Agak sukar jika dilihat pada pokoknya untuk mengenali pokok temu
pauh. Ini kerana pokoknya sama seperti pokok kunyit atau kunyit
putih. Daunnya tidak mempunyai bau yang kuat seperti kunyit.
Buahnya kekuningan atau putih pucat dan berasa sedikit manis. Ia
mempunyai aroma seperti mangga muda atau buah kuini atau buah
pelam pauh. Sebab itu ia di panggil Temu Pauh. Biasanya dijadikan
ulam atau acar atau sambal dalam masakan. Pucuk dan daun
muda dan bunganya juga boleh dibuat ulam. Ia menjadi pembuka
selera atau menambahkan lagi selera makan.
Khasiat Herba _ Untuk menyembuhkan demam iaitu menurunkan
suhu badan. Pembuka selera dan menambahkan selera makan.
Sebagai bahan campuran dalam jamu secara asasnya untuk
kesihatan badan.