The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainazmi567, 2021-04-15 13:29:05

TOPIK 5 ETIKA DAN PERADABAN

TOPIK 5 ETIKA DAN PERADABAN

PENGENALAN

Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa
sejarah atau titik permulaan. Ianya adalah hasil gabungan daripada beberapa
peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam
Melayu. Selama ribuan tahun peradaban ini didahului oleh peradaban Pribumi
Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdiri daripada
peradaban India, Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat.
Peradaban ini akhirnya terus berkembang dengan pengaruh oleh peradaban
globalisasi' yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan
melalui jaringan digital yang kompleks,

Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-
Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu
perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi
utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan
sebagainya. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Bangsa. Oleh itu,
pembinaan bangsa menyusul, antaranya melalui institusi sistem politik kepartian
dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah wujud beberapa "Bangsa Idaman" yang
menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan
Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.

Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan
kerohanian dan moral yang ditunfut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan
tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di
Malaysia perlu dilakukan dengan lebih teliti. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan
dimanfaatkan oleh rakyat negara ini. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi
sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan
kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam
agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa
intelektual atau keilmuan.

Sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan
negara bangsa

1. Sejarah di Alam Melayu
Peradaban Pribumi Alam Melayu
Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah)
Peradaban Barat
Peradaban Globalisasi

2. Peradaban beridentitikan Malaysia
 Kemerdekaan 1957 – Negara-Bangsa
 Pembinaan Negara
 Pembinaan Bangsa

Perkembangan Sejarah Alam Melayu
1) Zaman Prasejarah

a) Zaman Paleotik
Zaman paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000
tahun dahulu. Ciri-ciri petempatan manusia Zaman Paleolitik ialah:

 hidup berpindah-randah,
 biasanya tinggal dikawasan terbuka di luar gua,di dalam gua,dan

sekitar tasik.

Ciri-ciri dan peralatan adalah seperti yang
berikut:

 memburu binatang liar
 memungut hasil hutan
 peralatan batu berupa batu serpihan

Ciri-ciri kepercayaan:

 mengamalkan animisme iaitu
percaya bahawa setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai
semangat dan roh orang mati

 mengamalkan upacara perkuburan

b)Zaman Mesolitik

Zaman yang cara hidupnya yang semakin
berkembang.

 Cuaca tidak terlalu sejuk
 Bukan memburu sahaja tetapi menangkap ikan
sebagai sumber makanan.

c) Zaman Neolitik

Zaman yang mula menunjukkan tahap
perkembangan teknologi serta corak kehidupan yang
lebih baik.

 Wujud kawasan petempatan
 Mula bercucuk tanam
 Membuat tembikar
 Menternak binatang

Artifak Zaman Neolitik Di Malaysia

Periuk
 Periuk purba ditemui di Gua Musang,Kelantan
Belanga Tanah
 Belanga Tanah yang berkaki Tiga ataupun
tripod ditemui di Jenderam Hilir,Selangor

d) Zaman Logam
Zaman ini merujuk kepada penggunaan gangsa dan besi.

 Telah melakukan inovasi logam besi
 dan gangsa dalam peralatan
 Mula melakukan aktiviti pelayaran
 Menjalankan aktiviti pertukaran barang
Peralatan besi yang digunakan :

 Kapak
 Tulang mawas
 Beliung
 Mata lembing
 Pisau bersoket

2) Zaman Proto Sejarah
- Kewujudan kerajaan purba / kerajaan awal
 Langkasuka
 Kedah Tua
 Gangga Negara
 Chih-Tu
 Lo-Yueh
 Tan-Tan

3) Zaman Pensejarahan
 Kewujudan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
 Bermula pembentukan masyarakat kepelbagaian -
perdagangan
 Kedatangan kuasa penjajah
-Portugis

-Belanda

-British

4) Zaman Sejarah Moden
• Merdeka 1957
• Perpaduan – penyatuan
• Ke arah pembinaan negara-bangsa Malaysia

PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK

• Gabungan atau percampuran beberapa peradaban yang
membentuk peradaban beridentitikan Malaysia

• Peradaban Melayu menjadi teras kepada peradaban majmuk
Malaysia

• Setelah kemasukan para pedagang dari India, China dan Timur
Tengah telah membuka ruang interaksi dan jaringan peradaban
yang lebih luas di Tanah Melayu

• Kemudiannya disusuli dengan kemasukan kuasa penjajah Barat
seperti Portugis, Belanda dan Inggeris telah membawa kepada
berlakunya interaksi dan jaringan peradaban yang lebih rencam

• Episod penjajahan Inggeris telah membawa lebih ramai pekerja
asing dari India dan China telah memungkinkan berlakunya
pengukuhan peradaban India dan Cina

• Hari ini, di era globalisasi telah membawa berlakunya kacukan
pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan
digital yang kompleks

• Kesemua pengaruh peradaban luar ini telah membentuk
peradaban majmuk di Malaysia hari ini

PERADABAN GLOBALISASI

Pada “Era dunia tanpa sempadan” telah memungkinkan

berlaku interaksi dan jaringan peradaban merentasi benua

dan sempadan negara menerusi Pemodenan dalam pelbagai

bidang kehidupan selaras dengan Perkembangan teknologi

maklumat dan informasi seperti Internet, Komputer,

SmartPhone . Penggunaan media sosial yang berleluasa

seperti Facebook, WhatsApp's, Instagram, Twitter, Telegram

dan lain-lain. Peradaban globalisasi membawa pengaruh

yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan merentasi

bidang politik,ekonomi,sosio-budaya termasuklah

perkembangan bidang ilmu dan pemikiran. Perkembangan

peradaban global ini turut menjadi penyumbang kepada

pembentukan peradaban majmuk di Malaysia.

PEMBANGUNAN, MIGRASI DAN TEKNOLOGI

A. Kemajuan melahirkan PERUBAHAN SOSIAL
 Dari pertanian sara hidup ke komersial-industri
 Dari miskin ke kelas menengah
 Dari perdesaan ke cosmopolitan

B. Transformasi Sosial melahirkan KERENCAMAN SOSIAL
berpaksikan BUDAYA MODERNITI DAN KEPELBAGAIAN

 Perkongsian nilai sejagat
 Persamaan pendapat awam
 Batas etnik nipis
 Tingkah laku horizontal bukan vertikal; hubungan sosial

rentas etnik dan agama

Konsep Negara Bangsa

Pada Asasnya, istilah negara-bangsa merupakan gabungan
dua dimensi utama, iaitu negara dan bangsa. Negara
terbentuk dengan adanya tanah air, rakyat, kemerdekaan,
kedaulatan, sempadan, kerajaan dan undang-undang.
Semua elemen ini saling melengkapi serta mengesahkan
tentang sistem kuasa dan autoriti. Abdul Rahman Embong
(2001), konsep negara bangsa di Eropah bermula apabila
lahirnya kelompok bangsa yang menentang kuasa feudal dan
proses pembentukan sistem baru yang dipanggil kapitalis.
Kejayaan kapitalis membolehkan mereka berkuasa dan
membentuk sebuah negara moden yang mempunyai
sempadan atau wilayah dan bangsa tertentu. Misalnya di
Eropah, bangsa Inggeris muncul lebih awal sebelum bangsa
Eropah dan negara England moden. Negara bangsa adalah
di mana budaya majoriti rakyatnya memiliki kesedaran
kesatuan identiti nasional, perkongsian budaya dan
perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan
sempadan politik wilayah negaranya. Idealnya, sebuah
negara bangsa memiliki hanya satu anak watan, satu
kumpulan etnik dan satu tradisi budaya tanpa ada kumpulan
lain. Negara bangsa adalah hanya satu idea di mana bangsa
sama dan ditadbir urus oleh negara berdaulat mereka sendiri.

Satu negara hanya mengandungi satu bangsa. Berikutan ini
Benedict Anderson (1983) melalui konsep imagined
community mengatakan pertembungan tentang bentuk
negara bangsa akan dimuktamadkan dengan kemerdekaan
di mana pelbagai bangsa itu menjadi satu bangsa seperti
Indonesia.

Pembentukan Negara Bangsa

1. Satu bangsa satu negara (one state one nation)

Keadaan ini bertitik tolak daripada satu ras membentuk
bangsa dan melahirkan satu negara. Justeru, ia akan
melahirkan sebuah negara bangsa. Sebagai contoh,
bangsa Jepun membentuk negara Jepun, bangsa Jerman
membentuk negara German.

2. Bangsa tanpa negara (nation without state)

Terdapat beberapa bangsa tanpa negara dan mereka
menuntut bangsa mereka untuk bernegara dan mempunyai
autonomi sendiri. Misalnya, bangsa Melayu Patani di
Selatan Thailand, mereka mempunyai identiti bangsa
tersendiri tetapi negara dimiliki oleh orang-orang
Thai.Bangsa Kurdis yang bertapak di utara Iraq. Bangsa ini
berjaya membentuk wilayah autonomi Kurdistan tetapi
negara Kurdistan tidak diiktiraf dalam peta dunia.

3. Negara tanpa bangsa (state without nation)

Senario ini berlaku apabila wujudnya sesebuah negara
yang diperakui kedaulatannya, tetapi tidak jelas dari segi
identiti bangsa yang dibina. Kewujudan negara sebegini
boleh dirujuk dalam konteks Malaysia. Malaysia lahir
sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis
kumpulan etnik yang mengekalkan identiti masing-masing.

Satu Bangsa Malaysia masih belum terbina.

PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA

Kemerdekaan Malaysia tanggal 31 Ogos 1957
merupakan asas kepada kemunculan peradaban bangsa-
negara. Usia kemerdekaan yang telah melebihi 60 tahun
merupakan satu jangka masa yang panjang namun di
sebalik tempoh tersebut, negara didakwa masih gagal
dalam menjayakan proses pembentukan negara bangsa.
Namun usaha ini perlu diteruskan sebagai meneruskan
perjuangan tokoh kemerdekaan negara untuk melihat
bangsa Malaysia wujud dan bersatu dalam suasana yang
harmoni dan damai sampai bila-bila. Jika usaha ini gagal,
anak cucu kita tidak dapat mengecapi lagi kehidupan yang
aman damai dan tidak mustahil akan menjadi pelarian di
negara orang. Pihak berwajib perlu memainkan peranan
mereka agar ruang ruang memecahbelahkan keamanan
negara bangsa dapat dikawal dan akhirnya tidak merebak
hingga berlaku rusuhan seperti yang telah berlaku pada 13
Mei 1969.

Pembinaan identiti negara bangsa sudah banyak
diperkatakan dan telah dirungkai oleh para pengkaji kerana
ia merupakan sudut sisi yang penting dalam memahami
negara bangsa yang beridentitikan Malaysia. Dalam
merangka, merancang dan memahami pembentukan
identiti ini, wajar bagi setiap warganegara untuk memahami
dan mengenali negara bangsa yang beridentitikan Malaysia
melalui kajian-kajian mereka yang pakar dalam perkara ini.

Kajian ini adalah ingin mengkaji pembentukan identiti pada
masa kini dalam usaha untuk membina satu identiti yang
kukuh dan unggul pada masa hadapan. Peradaban
beridentitikan Malaysia mestilah suatu peradaban yang
mempunyai identiti kukuh sebagai seorang masyarakat
Malaysia yang bertunjangkan budaya, imej, bahasa dan
agama sebagai landasan utama dalam menjalani
kehidupan mereka.

KONSEP NEGARA DAN BANGSA

Konsep negara dan bangsa

menjadi perhatian terutama

setelah Perdana Menteri ke 4,

Tun Mahathir Muhammad

mengemukakannya pada tahun

1991. Takrif negara dan bangsa

menurut Kamus Dewan ialah

frasa negara merujuk kepada

suatu kumpulan masyarakat

yang mendiami sesuatu

kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera

pemerintahan manakala frasa bangsa merujuk kepada

suatu kumpulan manusia dalam satu ikatan

ketatanegaraan yang mempunyai identiti budaya, fahaman,

agama dan bahasa tersendiri. Oleh itu, konsep negara

bangsa dilihat sebagai satu bangsa yang ideal yang

diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu

bangsa dengan satu identiti tersendiri.

Konsep negara dan bangsa juga menjurus kepada sebuah
negara yang mempunyai tanah air, rakyat, kemerdekaan,
kedaulatan, sempadan perlembagaan dan perundangan
yang luhur dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa
wujud sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa,
budaya, wilayah dan sebagainya yang boleh membawa
kepada perpecahan dan permusuhan antara kaum. Elemen
yang saling lengkap melengkapi ini akan mengesahkan lagi
sistem kuasa dan autoriti sesebuah negara.

KONSEP NEGARA

Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami
kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah.
Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan
mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf
oleh negara-negara lain. Manakala rakyat pula memiliki taraf
kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang. Rakyat
merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah
yang mengatur urus tadbir negara. Kewujudan rakyat juga
yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara.

Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah
adanya penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan.
Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan
oleh sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan
yang sah dan diiktiraf oleh pihak luar.

Secara ringkasnya, untuk membentuk sebuah negara perlu
mempunyai elemen-elemen berikut:

Penduduk Wilayah

Kerajaan Kedaulatan

KONSEP BANGSA

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang
individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar
manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan
untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa
dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa
biasanya mempunyai hubungan darah dan keturunan, bahasa
yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah. Walaupun
pelbagai teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-faktor
tersebut, elemen perasaan kebersamaan turut menjadi
sentimen dalam membentuk sesebuah bangsa. Maka dapat
dirumuskan bahawa bangsa adalah hubungan erat yang
wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar
manusia yang ada dalam sesebuah negara.

Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia perlu
memenuhi ciri-ciri negara dan bangsa tersebut. Antara ciri-ciri
negara bangsa ialah:

i. Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah
bersatu padu tanpa berlaku pemisahan ataupun
diskriminasi antara satu kaum dengan kaum dengan yang
lain .

ii. Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh
melalui simbolik keutuhan contohnya bendera Malaysia ,
lagu kebangsaan , rukun negara dan sebagainya

iii. Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada
suatu ideology politik

iv. Setiap warga negara mempunyai kepercayaan dan
keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan
undang-undang negara .

KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA IDAMAN”

Shamsul AB (1996) melalui konsep nation
of intent berpendirian bahawa sebuah
negara bangsa adalah a project work in
progress dan sentiasa berlaku contestation
bangsa dalam negara itu hingga yang wujud
adalah negara tetapi bangsanya tidak
terbina seperti di Malaysia.

Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi
dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka. Antaranya
adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri
Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok
Islam, dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang
Melayu.

Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural
society” diterima oleh pihak British pada ketika itu. Hal ini
dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities
Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga
kemerdekaan.

Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk
melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identiti
nasional sepunya.

Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia
yang popular ketika tahun 1960 (diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew
ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu) dan
akhir 1990 (pada era pemerintahan Mahathir Mohamad).

Selain daripada itu, pembangunan bangsa selepas merdeka turut
melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan
Gagasan 1 Malaysia.

Malah di Borneo, wujud konsep seperti Sabah for Sabahan, dan
Sarawak for Sarawakian.

Walau bagaimanapun menurut Shamsul, konsep-konsep yang
wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet
dengan bantuan sosial media dan tidaklah popular dalam konteks
yang lebih umum.

Shamsul menegaskan bahawa, pembangunan bangsa pasca
PRU14 tidak banyak mengalami perubahan. Kepimpinan Mahathir
mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks
hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang diangkat oleh parti-parti
politik seperti Bersatu, UMNO, dan PAS.

Menurut beliau, dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam
konteks Malaysia Baharu ini, penekanan banyak diberikan kepada
hubungan antara kaum atau “inter-ethnic” tetapi meminggirkan peri
penting hubungan dalam kaum atau “intra-ethnic”.

Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara
ini adalah sesuatu yang perlu diraikan. Namun, menurut Shamsul,
kita sering melihat perbezaan-perbezaan ini dalam dikotomi yang
negatif, bukannya positif. Perbezaan menjadi sesuatu yang perlu
dilawan, bukannya disyukuri.

KESIMPULAN

1. Peradaban majmuk – gabungan atau campuran pelbagai
bentuk peradaban yang menyerap masuk ke dalam
peradaban Melayu

2. Negara – penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan
3. Bangsa – satu kelompok manusia, satu ikatan ketatanegaran,

komuniti politik
4. Negara-bangsa - majoriti rakyatnya memiliki kesedaran

kesatuan identiti nasional, perkongsian budaya dan
perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan
sempadan politik wilayah negaranya.
5. Negara bangsa idaman - Malay-led plural society


Click to View FlipBook Version