SEKOLAH KEBANGSAAN LUBUK SIREH Km 26, Jalan Padang Besar, Padang Besar, Perlis. AKTIVITI : MURAL KEMERDEKAAN TEMPAT : LALUAN MERDEKA TARIKH : OGOS – SEPTEMBER 2023 ANJURAN : PANITIA BAHASA INGGERIS DAN PANITIA SEJARAH DENGAN KERJASAMA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN LUBUK SIREH
1. PENGENALAN Projek ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah lorong/ laluan berhias yang diharap mampu untuk menarik minat pelajar dalam mendalami apa itu kemerdekaan melalui gambaran mural. Projek ini sekaligus dapat menguji kreativiti guru- guru dan murid yang terlibat. 2. TUJUAN 2.1 Memperindah dan menceriakan lorong atau laluan papan notis dengan menghasilkan karya mural berunsur sejarah Malaysia dan kemerdekaan. 3. OBJEKTIF 3.1Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru dan pelajar yang terlibat. 3.2Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan guru-guru, murid dan warga sekolah. 3.3Memberi guru dan murid ruang serta peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran yang telah dipelajari. 3.4 Memberi peluang kepada guru dan murid untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah. 3.5Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru dan murid dalam program yang dilaksanakan 4. MATLAMAT 4.1 Memperindah dan menceriakan laluan dengan mural kemerdekaan.
5. TEMPAT 5.1 Laluan Kemerdekaan SKLS. 6. TARIKH 6.1 Ogos 2023 – September 2023 7. JAWATANKUASA PROJEK 7.1 Rujuk lampiran. LAMPIRAN B : TENTATIF PROGRAM MURAL MERDEKA HARI PERKARA 3 Ogos 2023 Mengambil gambar sebelum dan membuat cat asas di papan. 7 Ogos 2023 Melukis dan mewarna papan 22 Ogos 2023 Melakukan kemasan terakhir serta mengambil gambar 25 Ogos 2023 Mempamerkan hasil kerja untuk tontonan umum
8. ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA HARGA SEUNIT (RM) KUANTITI JUMLAH 1 Cat Pelaka - Biru - Hitam - Kuning - Putih - Merah RM24 RM24 RM24 RM24 RM24 1 X 24.00 1 X 24.00 1 X 24.00 1 X 24.00 1 X 24.00 RM20 RM20 RM20 RM20 RM20 2 CAT MINYAK - Putih RM 22 1 X 22.00 RM22.00 3 Berus Cat - Berus besar - Berus sederhana - Berus kecil RM 2.60 RM1.20 RM1.00 RM0.80 RM0.60 3 X RM 2.00 3 X RM 1.50 5 X RM1.00 5 X RM0.80 5 X RM0.60 RM 6 RM 4.50 RM 5 RM 4 RM 3 4 Epoxy paint RM30.00 2X RM30 RM60.00 Jumlah RM 204.50 9. IMPLIKASI KEWANGAN 9.1 Sumbangan PIBG
10. KESIMPULAN Pihak Panitia Bahasa Inggeris SKLS, memohon agar pihak tuan dapat meluluskan kertas kerja ini agar projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Disediakan oleh, ............................................... (NASWADI B. TAPA) ENGLISH PANEL HEAD SEKOLAH KEBANGSAAN LUBUK SIREH Disemak oleh, ............................................... (ZULKIFLI BIN ISMAIL) PENOLONGKANAN KOKURKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN LUBUK SIREH Disahkan oleh, …............................................ (MUHAMAD ZAIM BIN ZANOL) GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN LUBUK SIREH Diluluskan oleh, …………………………………. ( ) YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LUBUK SIREH
CADANGAN TEMPAT DAN CONTOH HASIL KERJA Ukuran Mural Yang Akan Digunakan (Diatas Plywood) 4 kaki 8 kaki 4 kaki 24 kaki