The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mamaraziq, 2019-01-22 22:56:18

BUKU PENGURUSAN SKPS 2019

BUKU PENGURUSAN SKPS 2019

TUNAS PUTERI
PN. RATNAWATI BINTI MOHD YUSOF ( K )
PN. NORLIA BINTI RAMLEY
PN. WAN ZURINA BINTI WAN BASRI
PN. ATIFAH BINTI MOHD SHAARI
PN.NORMADIAH BINTI MD NADZRI

PUTERI ISLAM
PN. NORHASNIZA BINTI ISMAIL (K)
PN. RAFIANIZAN BINTI ABU NASIB
PN. HJH. FALILNISA BINTI HASBULLAH
PN. ROHAYU BINTI ABDUL PATAH
PN. HASNI BINTI ABDULLAH @ HASNI AEIM

KELAB DAN PERSATUAN

PENYELARAS : RAFIANIZAN BINTI ABU NASIB

PERSATUAN BAHASA MELAYU

EN. MOHD RIZAL BIN FOUZI ( K )
EN. HADZRAM BIN SEDEK
PN. NORMADIAH BINTI MD NADZRI

PERSATUAN BAHASA INGGERIS

PN. HJH FALILNISA BINTI HASBULLAH ( K )
PN. ARDIANA BINTI ARSHAD
PN. NORLIA BINTI RAMLEY

PERSATUAN SAINS,TEKNOLOGI,KEJURUTERAAN
DAN MATEMATIK

PN. WAN ZURINA BINTI WAN BASRI ( K)
PN ARTINIE BINTI MOHAMED ARIFFIN
CIK NORSHAFARIZA BINTI MAMAT

PERSATUAN AGAMA ISLAM

PN. RAFIANIZAN BINTI ABU NASIB ( K )
PN. NORHASNIZA BINTI ISMAIL
PN. ROHAYU BT ABD FATAH

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

PERSATUAN BAHASA ARAB
EN FAIROSE BIN ROSALI ( K )
PN. AINUL ASHIKIN BINTI MOHD ZAMRI
PN.HASNI BINTI ABDULLAH @ HASNI AEIM

KELAB SENI VISUAL
PN. NORAZLINA BINTI MOHAMAD ( K )
CIK SAIDATUL ADAWIYAH BINTI MOHD HALIL
EN MOHD ASRONIZAN BIN MOHD LATIFF

KELAB SPBT
PN. ATIFAH BINTI MOHAMMAD SHAARI ( K )
PN. RATNAWATI BINTI MOHD YUSOF
PN. ROZITA BINTI YUSOF

SUKAN DAN PERMAINAN

PENYELARAS : PN. NORMADIAH BINTI MD NADZRI

BOLA BALING
CIK SAIDATUL ADAWIYAH BINTI MOHD HALIL ( K )
PN. ARTINIE BINTI MOHAMED ARIFFIN
PN ROZITA BINTI YUSOF
CIK NORSHAFARIZA BINTI MAMAT
PN. NORAZLINA BINTI MOHAMAD
PN RATNAWATI BINTI MOHD YUSOF

BOLA JARING
PN. AINUL ASHIKIN BINTI MOHD ZAMRI ( K )
PN. ROHAYU BINTI ABD FATAH
PN. WAN ZURINA BINTI WAN BASRI
PN. HASNI BINTI ABDULLAH @ HASNI AEIM
PN. ATIFAH BINTI MOHAMMAD SHAARI

BOLA SEPAK
EN. MOHD RIZAL BIN FOUZI ( K )
EN. ASRONIZAN BIN MOHD LATIF

SEPAK TAKRAW
EN. HADZRAM BIN SEDEK ( K )
EN FAIROSE BIN ROSALI
PN NORMADIAH BINTI MD NADZRI

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

CATUR
PN. ARDIANA BINTI ARSHAD ( K )
PN. NORHASNIZA BINTI ISMAIL
PN. HJH FALILNISA BINTI HASBULLAH
PN. RAFIANIZAN BINTI ABU NASIB
PN. NORLIA BINTI RAMLEY

RUMAH SUKAN

BIRU
PN. RATNAWATI BINTI MOHD YUSOF ( K )
EN. FAIROSE BIN ROSALI
PN. AINUL ASHIKIN BINTI MOHD ZAMRI
PN. ARTINIE BINTI MOHAMED ARIFFIN
PN. HASNI BINTI ABDULLAH @ HASNI AEIM
PN. AZZEELA BINTI YUSUF

MERAH
PN. ROZITA BINTI YUSOF ( K )
CIK SAIDATUL ADAWIYAH BINTI MOHD HALIL
PN. NORHASNIZA BINTI ISMAIL
PN. WAN ZURINA BINTI WAN BASRI
EN. HADZRAM BIN SEDEK
PN. NURASZITA BINTI RASHID

HIJAU
PN. NORMADIAH BINTI MD NADZRI ( K )
PN. ROHAYU BINTI ABDUL PATAH
PN. ARDIANA BINTI ARSHAD
PN. FALILNISA BINTI HASBULLAH
PN. NORLIA BINTI RAMLEY
EN. NOOR AZHAR AHMAD BIN JAAFAR

KUNING
CIK NORSHAFARIZA BINTI MAMAT ( K )
PN. RAFIANIZAN BINTI ABU NASIB
PN. NORAZLINA BINTI MOHAMAD
EN. MOHD RIZAL BIN FOUZI
PN. ATIFAH BINTI MOHAMAD SHAARI
PN. HASLINA BINTI SIDIK

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM

BIDANG TUGAS GURU

Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

1. Menjadi pengerusi panitia mata pelajaran.
2. Memastikan Sukatan Pelajaran yang diterima adalah betul dan mengedarkannya kepada semua anggota panitia.
3. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran bagi merangka Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian.
4. Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat panitia untuk diedarkan kepada ahli dan salinan kepada

pengurusan sekolah.
5. Mengagih pembahagian tugas di antara anggota panitia mengenai penyediaan soalan-soalan, ujian, peperiksaan

bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
6. Merangka Takwim Panitia setahun – mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
7. Menentukan target mata pelajaran berasaskan peperiksaan akhir tahun.
8. Berusaha menambah BBM dan memastikan penggunaan yang maksimum dan berkesan.
9. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran, rancangan, sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain.
10. Menentukan anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum dan panitia mata pelajaran.
11. Menyediakan maklumat serta laporan guru-guru dalam panitianya.
12. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran,rancangan/sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain.
13. Membantu dalam pengurusan,penyediaan peralatan Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber, Makmal dan bengkel.
14. Merangka dan melaksanakan Program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah seperti Projek UPSR dan sebagainya.
15. Memberi input yang imaginatif dan inovatif, contoh membina instrumen penilai yang berkesan.

Bidang Tugas Jawatankuasa Projek Khas Peningkatan UPSR

1. Mengenalpasti kumpulan pelajar.
2. Merancang ,mengurus,dan menyelia program bimbingan.
3. Mewujudkan Projek Khas yang inovatif dan memberi kesan berganda.
4. Membuat penilaian/target mata pelajaran dan menentukan tindakan susulan

Bidang Tugas Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran

1. Menyediakan Sukatan Pelajaran bagi setiap anggota.
2. Menyedia Rancangan Mengajar.
3. Mencadangkan buku teks dan buku rujukan.
4. Menyelaras soalan-soalanuj ian dan peperiksaan.
5. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan.

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

6. Mengadakan mesyuarat panitia.
7. Menyedia dan menyebar alat bantuan mengajar.
8. Melaksanakan arahan dan keperluan sekolah,PPD,JPN,KPM.

Bidang Tugas Peperiksaan, Penilaian dan Pentaksiran

1. Menyedia takwim/Jadual peperiksaan yang seimbang dan adil serta mengedarkannya.
2. Menyedia senarai pembuat soalan dan memastikan mutu dan keesahan soalan.
3. Mengurus peperiksaan dan memastikan keselamatan soalan.
4. Menganalisa dan melapur keputusan peperiksaan dalaman dan luaran.
5. Memberi taklimat terperinci kepada pelajar pengedaran borang sementara.
6. Menyedia,mengisi,menyemak borang kemasukan dan menghantar borang peperiksaan ke JPN.
7. Menyedia /melengkapkan bilik-bilik peperiksaan.
8. Menjalankan kajian sosioekonomi pelajar sebagai faktor penyebab kecemerlangan.

Bidang Tugas Jawatankuasa Jadual Waktu

1. Menyediakan Jadual Waktu Induk sekolah/Persendirian dan Kelas.
2. Mengubah jadual waktu dari masa ke semasa mengikut keperluan.
3. Menyedia jadual waktu ganti guru yang tidak hadir sekolah.

Bidang Tugas Jawatankuasa Data

1. Menyedia Penyata bulanan guru dan murid
2. Menyedia penyata suku tahun
3. Menyediakan data-data untuk dihantar ke PPD/JPN/KPM
4. Menyedia dan merekod untuk pembangunan sekolah

Bidang Tugas Guru Kelas

1. Pendaftaran pelajar,butiran penjaga yang kemas kini ke dalam jadual kedatangan.
2. Merekod kehadiran pelajar/,mengambil tindakan pelajar yang tidak hadir.
3. Memungut bayaran peralatan murid dan sebagainya.
4. Keprihatinan guru terhadap pelajar.
5. Keceriaan kelas -sentiasa bersih dan selamat.
6. Rekod data pelajar,peperiksaan,kad kemajuan,profil
7. Pengumpulan maklumat pelajar (SPBT,Borang biasiswa dll)

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

Bidang Tugas Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah

1. Menyediakan peraturan penggunaan PSS.
2. Menyedia dan memproses senarai alat-alat yang ada.
3. Menyediakan alat-alat dan bahan yang diperlukan oleh semua bahagian mengikut keutamaan.
4. Berbincang dengan guru besar berhubung pembelian alat-alat mengikut keutamaan dan kemampuan sekolah.
5. Merancang anggaran belanjawan tahunan - cuba dapatkan sumbangan luar.
6. Berhubung rapat dengan pembahagian perkhidmatan sebaran pendidikan,PKG,PSPN dan lain-lain agensi.
7. Sebagai Juru foto sambilan sekolah - merakam peristiwa-peristiwa penting di sekolah dan luar sekolah yang

melibatkan penyertaan pasukan sekolah dan memasukkan ke dalam album

Bidang Tugas Jawatankuasa BBM

1. Berusaha menambah alat-alat BBM dan memastikan penggunaannya secara maksimum.
2. Mereka dan mengemas kini penggunaan peralatan BBM.
3. Mengadakan pertandingan reka cipta alatan BBM.
4. Mengkategori alatan BBM mengikut mata pelajaran.

Bidang Tugas Jawatankuasa Perpustakaan

1. Menggubal polisi perpustakaan dan peraturan-peraturan penggunaannya.
2. Berusaha mendapatkan koleksi bibliografi, katalog buku-buku baru untuk diedarkan kepada guru-guru bagi memilih

buku-buku yang sesuai.
3. Mengurus dan mengemas kini kerja-kerja berikut:

-Merekod semua buku yang ada dalam perpustakaan dalam buku stok.
-Menggelas,mengkatalogkan dan memproses buku.
-Menyedia buku rekod penggunaan perpustakaan
-Melantik Pengawas Perpustakaan dan menentukan tugas-tugasnya.
4. Merancang aktiviti tahunan perpustakaan seperti:
-Sudut Pameran
-Pameran buku baru
-Minggu/bulan perpustakaan dan bulan membaca.
-Mengadakan pertandingan banyak membaca,mengulas buku.
-Membuat polongan akhbar.
-Mengadakan penerbitan seperti”Berita Perpustakaan”
5. Membaikpulih buku-buku yang rosak dan menjilid.

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

6. Membuat hapus kira,menutup kira-kira akhir tahun dan membuat anggaran belanjawan tahun berikutnya.
7. Menghias cantik perpustakaan supaya menjadi “Gedung Ilmu”.
Bidang Tugas Jawatankuasa Makmal Komputer
1. Menyelaras penggunaan komputer
2. Mengadakan kursus dalam berkaitan dengan penggunaan komputer
3. Berusaha mewujudkan Kelab Komputer Sekolah.
4. Melakukan kerja rawat pulih komputer.
Bidang Tugas Jawatankuasa Aset dan Inventori
1. Menyediakan dan menguatkuasakan peraturan penggunaan kerusi,meja,almari dan sebagainya.
2. Menerima,mengagih dan menyimpan peralatan sekolah yang baru serta menghapus kira peralatan yang lama

mengikut prosedur.
3. Menyediakan bengkel baik pulih peralatan sekolah dan mengaktifkannya.
4. Menjaga stok dan inventori.
5. Menyedia tempat berehat,sudut bacaan,bilik rawatan,tempat basikal bilik air dll.
Bidang Tugas Jawatankuasa Pembangunan Staf
1. Melaksanakan kursus-kursus dalaman kepada guru-guru dan staf sokongan.
2. Bekerjasama dengan badan-badan luar bagi pembangunan kendiri guru dan kakitangan.
3. Membuat anggaran belanjawan bagi pembangunan staf.

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di

sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang
kurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.

Menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang,suatu bentuk program yang terancang
telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara pelajar untuk menghasilkan impak yang
maksima.Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan pelajar,bagi mencapai arah tuju pendidikan
yang lebih tinggi dan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1: Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2: Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3: Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri.

3.0 DASAR
3.1: Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi

semua aspek pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan potensi diri dalam diri pelajar dari aspek jasmani,rohani,mantel dan
emosi .
3.2: Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar
pendidikan kebangsaan.
3.3: Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.4: Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa.
3.5: Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program
akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik mestilah diberikan
keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1: Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat ( 4 ) kali setahun mengikut

standard piawaian jabatan pelajaran bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan,masalah
dan isu kurikulum di sekolah.
4.2: Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di dalam Buku
Pengurusan Kualiti SPSK
4.3: Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah
disediakan dalam tempoh seminggu.
4.3: Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh mesyuarat.
4.4: Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam Mesyuarat Panitia dan
maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa.
4.5: Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan
kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Pihak Pentadbiran Sekolah beserta Ketua-ketua Panitia

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
5.1: Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 .
5.2: Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah

berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata
pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling
membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan
keberkesanan pengajaran.
5.3: Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam
pengurusan prestasi mata pelajaran.
5.4: Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi pengajaran
yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar untuk belajar
dengan lebih baik.
5.5: Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum
dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir sebagai penasihat. Satu salinan minit
mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Guru Besar melalui Setiausaha Kurikulum.
5.6: Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan panitia sambil diselia oleh
ketua panitia.

6.0 SISTEM FAIL
6.1: Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
6.2: Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi – putih).
6.3: Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah di bawah

pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran sekolah.

7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
7.1: Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) - Sepuluh ( 10 ) Mata Pelajaran.
7.2: Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) -Tiga belas ( 14 ) Mata Pelajaran.

8.0. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
8.1: Sukatan Pelajaran ( SP ),Huraian Sukatan Pelajaran ( HSP ),Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT ) dan

Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk
oleh setiap guru apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
8.2: Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah
diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.
8.3: Satu salinan SP,HSP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia.
8.4: Guru mestilah dapat menghayati ,mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga mempraktikkannya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,dengan itu setiap guru harus mahir
tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata-mata pelajaran yang diajar.
8.5: Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru yang telah
disahkan oleh Guru Besar mestilah dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar .
8.6: Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah mengikut
format yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia bagi mata pelajaran masing-masing atau

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

paling minimina mengikut pekeliling yang ditetapkan.
8.7: Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam Buku Rekod Mengajar

sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran. Oleh itu, Buku Rekod Mengajar mestilah
lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap waktu pengajaran.
8.8: Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap
pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan penambahbaikan pada
masa hadapan.
8.9: Buku Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah setiap hari Jumaat
persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan disahkan.
8.10: Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas.
8.11: Setiap guru mestilah menghabiskan Sukatan Pelajaran sebelum bulan Oktober setiap tahun.
8.12: Pendidikan Bestari – Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada student centered /
berpusatkan murid dan menggunakan ABM serta kemudahan ICT yang disediakan. Kualiti
pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan guru juga harus menguasai kaedah-kaedah
terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staf.

9.0. JADUAL WAKTU
9.1: Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.
9.2: Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan

persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.
9.3: Dasar pengagihan mata pelajaran ,keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan

kepakaran guru.
9.4: Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil.
9.5: Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu
9.6: Kelas Komputer untuk mata pelajaran teras diwujudkan setiap minggu dan jadual penggunaan

makmal komputer turut disediakan.
9.7: Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun

menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Guru Ganti . Guru yang
bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar semasa
Jadual Waktu Ganti tersebut .Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan dijalankan oleh guru ganti
yang terpilih.
9.8: Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan oleh Pihak Pentadbiran
Sekolah.
9.9: Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru pengawas Bilik-bilik Khas
tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap.Satu salinan jadual mestilah diserahkankan
kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru mata pelajaran terlibat. Bilik-Bilik khas yang
terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal
Komputer,Makmal Sains, Surau, Bilik J-Qaf.
9.10: Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar dalam meningkatkan
ketrampilan dan potensi diri murid-murid. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber
oleh Guru Penyelaras Media mestilah mempunyai tujuhala ke arah tersebut dan semua guru
penolong kanan beserta ketua - ketua panitia adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan
perlu memainkan peranan masing-masing dengan baik.

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

10 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10.1: Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT).

10.2: Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam ICT.
Oleh itu penggunaan peralatan ICT adalah amat digalakkan dan menjadi keutamaan di dalam
menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan bantuan Bahan Bantu
Mengajar yang lain.

10.3: Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras
dengan dasar baru Kementerian Pelajaran iaitu MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memantapkan Bahasa Inggeris.

10.4: Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru,seterusnya meningkatkan ketrampilan murid
dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Ini adalah
kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .

10.5: Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran ,
pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas .

10.6: Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan pelbagai kaedah
dan kemahiran berdasarkan aras kebolehan murid. Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha
meningkatkan ketrampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara
berterusan.

10.7: Guru matapelajaran dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata
pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat
tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata
pelajaran’ mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .

10.8: Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan pembelajaran di luar
bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan.

10.9: Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca,
belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan
ilmu.Murid-murid juga digalakkan belajar melalui Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ).

10.10: Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan- soalan bercapah ataupun HOTS
– Higher Order Thinking Skills Questions.

11.0 GURU GANTI
11.1: Mana-mana guru yang berkursus,bercuti sakit atau diluluskan untuk Cuti Rehat Khas perlu

memaklumkan kepada Guru Besar atau pihak pentadbiran sekolah lebih awal untul disediakan
guru ganti bagi kelas guru tersebut.
11.2: Guru yang dipanggil berkursus perlu menyediakan bahan pengajaran untuk kelas yang
ditinggalkan.
11.3: Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang telah diarahkan.

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
12.1: Ujian Awal Tahun - 1 kali setahun
12.2: PKSR - 2 kali setahun
12.3: Semua urusan peperiksaan yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan
12.4: Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang ditetapkan di

bawah Akta Pendidikan 1996.
12.5: Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta

penekanan kepada penilaian formatif.
12.6: Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan

mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil 02/2008 –
pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian
seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tahun,format peperiksaan,jadual
pengawasan,rekod markah,syarat lulus,jadual spesifikasi ujian,’content skill’ dan post mortem
peperiksaan menggunakan program yang telah ditetapkan .

12.7: Format Peperiksaan
12.7.1: Ujian Pengesanan – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.7.2: PKSR – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.7.3: Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
12.7.4: Format – Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi murid-murid tahap 2 iaitu

tahun 4,5,dan 6 serta tahap 1 iaitu bagi murid-murid tahun 2 dan 3.
12.7.5: Untuk murid tahun 1 peperiksaan dan penilaian adalah berasaskan Kurikulum Standart Sekolah

Rendah .

12.8 Jadual Pengawasan
12.8.1: Ujian diadakan serentak selama 4 hari minggu bagi semua tahun.
12.8.2: Jadual pengawasan disediakan oleh pihak pentadbiran sekolah.
12.8.3: Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam.

12.9 Rekod Markah
12.9.1: Markah Peperiksaan dimasukkan dalam komputer melalui sistem SAPS.
12.9.2: Laporan prestasi mata pelajaran murid-murid diserahkan kepada ibu bapa untuk

ditandatangani dan perbincangan tentang prestasi mata pelajaran murid-murid diadakan
semasa Hari Terbuka Sekolah yang dijalankan selepas peperiksaan.

12.10 Gred Pencapaian
12.10.1: Semua murid ( Tahun 1 hingga 6 ) - mengikut keputusan jawatankuasa Kurikulum dan gred yang

telah ditetapkan iaitu:

80 - 100 markah : Gred A - Cemerlang
65 - 79 markah : Gred B - Baik
50 - 64 markah : Gred C - Memuaskan
40 - 49 markah : Gred D - Mencapai Tahap Minimum
0 - 39 markah : Gred E - Belum Mencapai Tahap Minimum

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

12.11 Jadual Spesifikasi Ujian
12.11.1: Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap

kesukaran yang logik untuk para pelajar.
12.11.2: JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
12.11.3: Bagi soalan objektif,analisis item melalui program SP Chart/ PEDIA mesti disediakan setiap kali

selepas ujian / peperiksaan.
12.11.4: Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum

dicetak.

12.12 Post- mortem Untuk Peperiksaan
12.12.1: Post Mortem secara bertulis harus disediakan oleh Ketua Panitia bagi mata pelajaran masing-

masing setiap kali peperiksaan dijalankan.
12.12.2: Kekuatan dan kelemahan soalan mahupun masalah murid-murid hendaklah dikenal pasti bagi

tujuan pemulihan dan pengukuhan.

13.0 PEMANTAUAN
13.1: Pengajaran dan Pembelajaran
13.1.1: Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid di bilik darjah akan dicerap dua kali dalam setahun

secara rasmi.
13.1.2Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual

barisan pentadbir dan ketua-ketua panitia untuk menyelia dan memantau bagi memastikan
pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah yang telah dirancang.
13.1.3: Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan.Oleh itu adalah penting guru
tidak membuat ’judgement statement ’ tetapi mestilah membuat ’ statement berdasarkan
observation ’ supaya penambaikan boleh berlaku.
13.1.4: Pengurusan dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun oleh
guru-guru penolong kanan.
13.1.5: Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi memastikan Dasar
Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.
13.1.6: Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja,buku latihan dan hasil kerja pelajar
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik oleh pihak
pentadbiran sekolah.
13.1.7: Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan
dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh Guru Besar untuk
dimaklumkan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya diperbincangkan dalam
mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .
13.1.8: Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar / Penolong-penolong Kanan atau oleh Ketua -ketua
Panitia.Manakala semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.
13.1.9: Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerapuntuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai

untuk dicerap.

13.2: Pengurusan Panitia
13.2.1: Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Pentadbiran.
13.2.2: Penolong kanan akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun.
13.2.3: Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di tempat yang senang dicapai.

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

13.2.4: Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi.
13.2.5: Semua Panitia mesti menentukan sasaran kelulusan peperiksaan setiap tahun berdasarkan

TOV,ETR dan headcount murid.
13.2.6: Pentadbiran sekolah perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan PCG secara

berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

13.3 Peperiksaan dan Penilaian
13.3.1: Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Guru Besar dalam pengurusan

dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
13.3.2: Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas

tahunan.

13.4 Bilik-bilik Khas
13.4.1: Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan

Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
13.4.2: Penyeliaan adalah untuk bilik-bilik seperti berikut :

Bilik Mesyuarat
Pusat Sumber
Stor-stor yang telah dikhaskan
Bilik J-Qaf
Surau
Makmal Komputer
Bilik SPBT
Makmal Sains
Bilik Pengawas
Bilik Bahan Bantu Mengajar
13.4.3: Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa bilik-bilik khas ini mestilah
diwujudkan.
13.4.4: Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.

13.5 Jawatankuasa Pemantauan
13.5.1: Guru Besar.
13.5.2: Guru-guru Penolong Kanan.
13.5.3: Ketua Panitia dan Penyelaras yang dilantik

13.6 Penyediaan Buku Latihan Murid
13.6.1: Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi

memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
13.6.2: Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah bilangan murid di dalam

setiap kelas yang diajar untuk semakan pihak pentadbiran sekolah.
13.6.3: Semua Penolong Kanan akan menyerahkan buku latihan murid mengikut kelas yang diajar

kepada Guru Besar untuk semakan.

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
14.1: Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.

Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bahan bantu
mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran dengan mengisi borang Nota Minta.

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

14.2: Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

14.3: 5-10% peruntukan untuk tahun semasa perlu direzab untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun berikutnya.

14.4: Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

15.0 BUKU TEKS,BUKU KERJA,BUKU LATIHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
15.1: Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap pelajar dan

guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran.Maklumat dan pengetahuan
asas dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar.
15.2: Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks dan
mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 2 Oktober 1991.
15.3: Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh guru bertanggungjawab
dan dibantu oleh Pengawas SPBT.
15.4: Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains selaras dengan
SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989.Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman yang bergaris
dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian,
dan kesimpulan apabila pelajar menjalankan kajian atau eksperimen.Halaman yang kosong boleh
digunakan untuk melukis gambarajah ,graf dan sebagainya.Penggunaan buku ini dapat
memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi murid dalam bentuk penulisan .
15.5: Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai
kerja rumah untuk tujuan pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah.Guru
mata pelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan disemak mengikut
tempoh yang telah ditetapkan .
15.6: Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia atau guru
terlibat mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenalpasti masalah yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku serta mengambil tindakan susulan.Pelajar yang
melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah
dibincangkan dalam mesyuarat panitia .
15.7: Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat panitia.

16.0 LATIHAN MINIMUM
16.1: Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan

dalam topik-topik yang diajar.Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan
oleh semua murid dan disemak oleh semua guru matapelajaran.
16.2: Jumlah latihan minimum mata pelajaran telah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat panitia
pertama setiap tahun.
16.3: Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan tinggi mengikut
tahap kebolehan murid-murid.

17.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN
17.1: PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris untuk Program NILAM.
17.2: Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan membawa

murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan
pelajaran.
17.3: Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa Melayu

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

untuk tempoh 6 bulan pertama persekolahan dan oleh guru-guru Bahasa Inggeris untuk 6 bulan
berikutnya.
17.4: Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
secara bergilir-gilir.
17.5: Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan diserahkan
kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan .
17.6: Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

18.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
18.1: Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran dibuat

berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah perlulah menyokong
sepenuhnya semua program peningkatan akademik yang berfokus ke arah kecemerlangan dan
ketrampilan diri serta sahsiah murid.
18.2: Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu semua panitia dalam
merancang dan melaksanakan program akademik di peringkat sekolah.
18.3: Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid mengingat dan
menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik mata pelajaran ,menajamkan kemahiran
berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai,dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi murid-murid terutamanya melalui penulisan,meningkatkan penguasaan dan
pemerolehan ilmu pengetahuan,meningkatkan motivasi dan minat murid-murid untuk terus
belajar .
18.4: Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program yang
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan pada masa
yang sama dapat meningkatkan ketrampilan diri murid-murid.Dilaksanakan sepanjang tahun
dengan bimbingan guru.Manakala program jangka pendek adalah program-program yang
dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk peperiksaan awam
yang lebih berfokus kepada latihtubi,pendedahan teknik dan ’practice make perfect ’ juga
’practice make permanent ’.
18.5: Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan keberkesanan dan
kelancaran Program Kecemerlangan Akademik .
18.6: Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan
dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.
18.7: Semua program utama yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan panitia.
18.8: Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang
ke arah kecemerlangan murid.
18.9: Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi yang akan membantu semua Panitia dalam
merancang dan melaksana program peningkatan akademik.
18.10:Penglibatan HEM dan Unit Bimbingan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan dan kelancaran
Program Peningkatan Akademik.

19.0 PERKEMBANGAN STAF
19.1: Kursus Dalaman
19.1.1: Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar /

Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan menggunakan format minit curai.
19.1.2: Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
19.1.3: Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu.

19.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
19.2.1: Dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil. 7 2003. Setiap kakitangan awam wajib

menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari / 42 jam setahun.Dirancang mengikut permintaan
guru berdasarkan keperluan.
19.2.2: Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan
maklumat dan perkongsian pintar.
19.2.3: Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru.

19.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus
19.3.1: Diperbanyak untuk keperluan guru lain berdasarkan keperluan.
19.3.2: Disimpan untuk rujukan panitia.

20.0 KAJIAN TINDAKAN
20.1: Semua Panitia mata pelajaran diwajib membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
20.2: Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.

21.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PEPERIKSAAN
21.1: Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan.
21.2: Percetakan hendaklah menggunakan mesin fotostat
21.4: Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.
21.5 Guru diminta mencatat bahan yang perlu dicetak dalam buku mengikut format yang disediakan

bagi tujuan kawalan.

22.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
22.1: UPSR - Semua murid lulus setiap mata pelajaran ( Sekurang-kurangnya dengan pangkat C )
22.2: Sasaran 3 orang murid untuk pencapaian 6A dalam UPSR 2019
22.3: Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.

23.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
23.1: Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah, Negeri

dan Kebangsaan.
23.2: Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang

dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.

24.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
24.1: Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan

negara .
24.2: Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui

mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

JADUAL MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN

Peringatan:

1. Semua panitia mata pelajaran hendaklah mengadakan mesyuarat induk sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
2. Minit Mesyuarat hendaklah disampaikan kepada pentadbir dan kepada ahli seminggu selepas tarikh mesyuarat.
3. Agenda wajib mesyuarat:

1. Perutusan Pengerusi( GB/PK)
2.Pembentangan dan Pengesahan Minit
3.Perkara Berbangkit
4.Agenda Profesional
5.Hal-hal lain
6.Ucapan Penangguhan

Mesyuarat Agenda dibincangkan Tarikh

Kali Pertama 1. Huraian sukatan dan rancangan tahunan dan harian Januari
& DSKP / RPT / RPH.

2. Menentukan target mata pelajaran dan Headcount.
3. Merancang aktiviti tahunan.
4. Mengagihkan tugas kepada ahli.
5. ABM mengikut agihan PCG/SUWA semasa dan baki

yang lalu.
6. Ikut SPI KPM Bil 5 /2002
7. Prosedur/Kaedah/LO/Nota Minta
8. Penyelarasan Penggunaan Buku latihan & Buku

rujukan.
9. Guru Bukan Opsyen
10. Kelas/Makmal/Bengkel Tak Cukup
11. Kekerapan Guru Bertugas Diluar Sehingga Tidak

Dapat Menghabiskan Sukatan (Buat Analisa Berapa
Kekerapan Dan Adakan Bukti Kukuh)
12. Peruntukan Panitia( Buat Anggaran Belanja
Mengurus)Bincang Pembelian Alat Dan Bahan
13. Kajian Tindakan
14. Latihan Dalaman Perkhidmatan
15. Headcount Dan Post Mortem
16. Penguasaan Pemulihan
17. Program-Progrram Khas
18. Pelaporan Pemantauan Guru Dan Buku Latihan
19. Pbs-Penyelarasan,Pementoran,Pemantauan
Penilaian
20. Analisa Peperiksaan Awam Upsr Dan Peperiksaan
Dalaman
21. Penyelarasan Penggunaan Buku , Buku Latihan,
Buku Rujukan
22. Penyelarasan Jumlah Latihan
23. Pengurusan Kelas Semasa Pnp
24. Pengurusan Peperiksaan
25. Semua Panitia Sediakan Buku Perancangan Panitia
26. Menilai program yang lepas
27. Pengkaedahan PnP
28. PPPM
29. Perancangan Strategik/Pelan Tindakan
30. Sistem Fail

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

Kali Kedua 1. Perkara Berbangkit April
Kali Ketiga 2. Post-mortem dan analisa soalan ujian. Julai
Kali Keempat 3. Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar. Oktober
4. Pelbagai strategi dan kaedah pengajaran untuk

penambahbaikan.
5. Isu-isu semasa
6. Penyemakan,pelaksanaan headcount dan audit

akademik
7. Perancangan Peperiksaan Setengah Tahun
8. Pencapaian LINUS
9. Analisis Item dan Analisis Keputusan
10. Pengusaan 3M dan 4M
11. Menilai Program semula untuk diteruskan atau tidak.
12. Analisa Penyeliaan Buku latihan dan pencerapan

guru
13. Pengkaedahan PnP
14. Perancangan Strategik & Pelan Tindakan

1. Analisis Item, Analisa pencapaian Peperiksaan
Pertengahan Tahun.

2. Post-Mortem
3. Mengemaskini dan memantapkan lagi Program

Kecemerlangan Akademik.
4. Meningkatkan program Kecemerlangan Subjek

UPSR
5. Menilai Program Semula
6. Merancang Peperiksaan Akhir Tahun
7. Analisa Penyeliaan Buku latihan dan Pencerapan

guru
8. Pengkaedahan PnP
9. Pengkaedahan PnP

1. Perkara Berbangkit dan refleksi program
2. Analisis pencapaian Akhir Tahun (TOV/ETR) 2018
3. Memilih dan mencadangkan buku kerja tahun 2019
4. Laporan akhir tahun panitia
5. Laporan koakademik
6. Penganugerahan
7. Penetapan TOV & ETR 2019
8. Mengemaskini fail-fail panitia.
9. Analisa Penyeliaan Buku latihan dan Pencerapan

guru
10. Merancang aktiviti program selepas UPSR dan

memilih program yang berkesan
11. Pengkaedahan PnP

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS

PENGURUSAN SEKOLAH - SKPS


Click to View FlipBook Version