SK (LKTP) PANCHING SELATAN
FELDA SG PANCHING SELATAN
26010 KUANTAN, PAHANG
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE- 46
2020
Dirasmikan :
Tarikh :
Masa :
Tempat :
(21 muka termasuk kulit)
KATA ALU-ALUAN PENASIHAT
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK (LKTP) PANCHING SELATAN 2019/2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayahnya
dapat kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 ini dalam suasana yang
harmoni.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak
yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah
ini.Untuk makluman hadirin semua, tahun 2019 merupakan tahun memperkasakan
akademik dan sahsiah yang telah diadun khas untuk mencapai matlamat kecemerlangan
akademik yang dicita-citakan memandangkan berlaku transformasi dalam sistem
pendidikan negara kita.
Oleh demikian, kami mengharapkan komitmen dan persefahaman yang padu daripada
semua pendidik dan ibu bapa sekalian merupakan tonggak utama untuk mencapai hasrat
kejayaan. Bertitik-tolak daripada keikhlasan dan kerjasama daripada ibu bapa dan guru
akan melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi
juga cemerlang dari segi pembangunan rohani dan jasmani.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua guru dan ibu bapa agar dapat
bersama-sama berganding bahu ke arah merealisasikan hasrat kerajaan yang terkandung
dalam NKRA dan merealisasikan Pendidikan Abad ke 21. Kepada Ahli Jawatankuasa Guru
sesi 2019/2020 dan warga pendidik SPaSel pula, sekalung tahniah dan ucapan terima kasih
saya ucapkan kerana telah menjayakan tugas dan peranan dengan penuh komited serta
penuh kesungguhan. Sesungguhnya tuan/puan telah berusaha serta berkorban masa dan
tenaga untuk membantu menggerakkan fungsi PIBG sekolah kita ini.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada AJK PIBG sesi 2019/2020, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang
terlibat menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan
Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah,
(SUHAINI BT JANTAN)
Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Panching Selatan
KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
SK (LKTP) PANCHING SELATAN 2019/2020
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera dan salam perpaduan.
Yang saya hormati,
Tuan-tuan/Puan-puan/Guru-guru dan semua ahli PIBG. Pertama sekali, saya bersyukur ke
hadrat Allah swt dengan limpah dan rahmatnya, saya berpeluang untuk mencoretkan kata-
kata aluan untuk Mesyuarat Agung Kali Ke-46, PIBG SK (LKTP) Panching Selatan. Syukur
Alhamdulillah.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru besar, semua
Guru Penolong Kanan, Para Guru, staf sokongan, AJK PIBG, dan semua ibu bapa kerana
memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui PIBG SK (LKTP) Panching Selatan sesi
2019/2020. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, saya rasa usaha-usaha
yang telah dirancang tidak akan berjaya.
Berkat usaha PIBG dan pihak sekolah yang sangat prihatin terhadap pendidikan murid maka
kita dapat melaksanakan segala aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan akademik
sekolah kita khususnya kejayaan dalam UPSR yang lepas.Tahniah diucapkan kepada warga
SK (LKTP) Panching Selatan kerana telah memperolehi prestasi UPSR yang cemerlang. Dari
segi pembangunan sekolah pula, PIBG telah membangunkan insfastruktur sekolah yang kian
hari kian usang yang mana hasil sumbangan daripada tuan/puan untuk pihak sekolah.
Oleh hal demikian, PIBG sentiasa menyokong segala program anjuran pihak sekolah bagi
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam apa jua bidang. Saya juga menyeru, semua
ibu bapa turut bekerjasama dengan pihak PIBG dan pihak sekolah untuk bersama-sama
menyumbangkan khidmat bantu dan tenaga seperti yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan kesembilan iaitu Sarana Ibu bapa.
Akhir sekali, saya mewakili jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 ingin memohon maaf
sekiranya ada kesilapan dan kekurangan saya semasa memikul tanggungjawab selaku YDP
PIBG sesi 2019/2020. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH swt dan
sebaliknya datang dari kelemahan saya sendiri.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
(APENDI BIN MUHAMAD)
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Panching Selatan
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
PENGHARGAAN
DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA
KASIH
KEPADA :
EN MOHD SYAHRUK SYAM BIN MD RASHID
PENGURUS FELDA SG PANCHING SELATAN
EN APENDI BIN MUHAMAD
YDP PIBG SK (LKTP) PANCHING SELATAN
PN SUHAINI BT JANTAN
GURU BESAR SK (LKTP) PANCHING SELATAN
SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-46
SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SKSJ
WARGA SK (LKTP) PANCHING SELATAN
DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI
SOKONGAN DAN SUMBANGAN SECARA
LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG UNTUK
MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK
(LKTP) PANCHING SELATAN
KALI KE-46 (2020)