The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KETIGA 2018

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mamaraziq, 2018-12-26 12:07:20

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KETIGA 2018

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KETIGA 2018

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KETIGA 2018

SK (LKTP) PANCHING SELATAN
26010 KUANTAN, PAHANG

TARIKH : 1 November 2018

HARI : Khamis

MASA : 1.45 petang

TEMPAT : Bilik Gerakan SKPS

KEHADIRAN :
1. Pn Suhaini Bt Jantan
2. Pn Zarida Bt Mat
3. Pn Hajah Fauziah Bt Abd Wahab
4. Pn Zaiton Bt Md Isa
5. Pn Rozita Bt Yusof
6. Pn Norlia Bt Ramley
7. Pn Hajah Falilnisa Bt Hasbullah
8. Pn Rohayu Bt Abdul Patah
9. Pn Normadiah Bt Md. Nadzri
10. Pn Norazlina Bt Mohamad
11. Pn Rafianizan Bt Abu Nasib
12. Pn Hasni Bt Abdullah
13. Pn Norhasniza Bt Ismail
14. Pn Ratnawati Bt Mohd Yusof
15. Cik Saidatul Adawiyah Bt Mohd Halil
16. Pn Ainul Ashikin Bt Mohd Zamri
17. Pn Atifah Bt Mohammad Shaari
18. En Fairose Bin Rosali
19. En Muhd Asronizan Bin Mohd Latiff
20. En Azwan Bin Awi
21. Cik Norshafariza Bt Mamat
22. En Hadzram Bin Sedek
23. Pn Ardiana Bt Arshad
24. En Mohd Rizal Bin Fouzi

Agenda:
1. Ucapan GPK Kokurikulum - Pn Zaiton Bt Mat Isa

1.1 Majlis dimulakan dengan ucapan salam dan bacaan Al-Fatihah

1.2 Ucapan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru.

2. Pengesahan Minit

2.1 Pn Rozita Bt Yusof telah mengesahkan minit mesyuarat yang bertarikh 2 Julai 2018
2017 dan disokong oleh Cik Norshafariza Bt Mamat.

3. Post-Mortem Perkhemahan Unit Beruniform 2018
3.1 Perkhemahan Unit Beruniform 2018 telah dijalankan dengan jayanya.
3.2 En Fairose selaku penyelaras unit beruniform mengucapkan ribuan terima kasih atas
kerjasama yang diberikan oleh semua guru dan staf.
3.3 Pn Ainul Ashikin mencadangkan agar semua guru dan staf memastikan segala
peralatan dan barang - barang yang digunakan dibawa balik kerana terdapat peralatan
hampir tertinggal.

4. Aktiviti Kokurikulum 2018
4.1 Pn Zaiton memaklumkan bahawa perubahan jadual aktiviti kokurikulum pada semester
kedua telah berjalan dengan lancar.
4.2 Semua guru penasihat diingatkan agar melengkapkan fail laporan aktiviti kokurikulum
dan meletakkan fail tersebut di rak yang disediakan di bilik GPK Kokurikulum.
4.3 Guru penasihat juga diharapkan dapat merancang aktiviti yang lebih menarik untuk
murid - murid.

5. Laporan Penglibatan Murid dalam Sukan / Permainan Dan Kelab / Persatuan Peringkat
Sekolah, Daerah Dan Negeri.
5.1 Seorang murid SKPS Nur Shazliana Bt Ibrahim telah terpilih menyertai Kejohanan
Olahraga MSSM bagi acara lontar peluru dan mendapat tempat ke 5.
5.2 Bola jaring dan bola sepak : Penyertaan peringkat Zon Perkasa
5.3 Bola baling dan bola tampar : Suku akhir Zon Perkasa dan MSSD
5.4 Sepak Takraw : Separuh akhir Zon Perkasa
5.5 Catur : 2 orang murid mewakili Zon Perkasa ke MSSD.
5.6 MTQ - Penyertaan peringkat Zon Perkasa di SK Permatang Badak.
5.7 2 orang murid mewakili sekolah untuk menyertai Karnival BM peringkat Zon Perkasa.

6. Karnival Sukan Permainan 2018
6.1 Pn Artinie memaklumkan Karnival Sukan Permainan 2018 akan diadakan pada 13
hingga 16 November 2018.
6.2 Semua murid SKPS akan terlibat.
6.3 Perlawanan yang akan diadakan ialah Bola Baling, Bola Jaring dan Bola Sepak.
6.4 Murid yang tidak menyertai perlawanan bola baling, bola jaring atau bola sepak akan
menyertai acara sukaneka.
6.5 Karnival ini diadakan untuk mencari bakat baru untuk persediaan latihan dan mencari
pelapis wakil sekolah.

7. Hari Anugerah Cemerlang 2018
7.1 Pn Norazlina memaklumkan Majlis HAC 2018 akan diadakan pada 23 November 2018
(Jumaat) dan akan dirasmikan oleh KPPD Tn Haji Razali Bin Mustafar.
7.2 Majlis akan bermula seawall 7.45 pagi dan diaharap semua guru bersedia untuk
memastikan majlis berjalan dengan lancar.
7.3 Graduasi Prasekolah dan Tahun 6 juga akan diadakan pada hari tersebut.

8. Hal - Hal Lain
8.1 Pn Suhaini mengharapakan murid - murid dapat menyertai semua aktiviti kokurikulum
yang akan dijalankan dan murid dapat menyertai aktiviti kokurikulum yang luar biasa
seperti aktiviti terjun, bowling, memanah dan lain - lain.
8.2 Pn Zaiton mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan dalam
menjayakan program kokurikulum pada tahun 2018 dan berharap lebih banyak
penyertaan daripada murid - murid SKPS.

Mesyuarat ditangguhkan pada 2.55 petang.

linaDisediakan oleh :

----------------------------------

(Pn Norazlina Bt Mohamad)

Setiausaha Kokurikulum 2018


Click to View FlipBook Version