The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pameran Bertema Hari Keputeraan Sultan Kedah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS IBNU SINA SK BANDAR PUTERI JAYA, 2021-06-19 09:38:24

Pameran Bertema Hari Keputeraan Sultan Kedah

Pameran Bertema Hari Keputeraan Sultan Kedah

KEPUTERAAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim
Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan
Badlishah diputerakan pada 30 April 1942 di
Alor Setar, Kedah. Baginda merupakan
anakanda kesembilan Almarhum Sultan
Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Halim Shah, Sultan Kedah ke-27. Paduka bonda
Baginda bernama Almarhumah Sultanah Asma
binti Almarhum Sultan Sulaiman yang
merupakan anakanda Sultan Terengganu,
Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

LATAR PENDIDIKAN

 Pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah
dan kemudian meneruskan pengajian Baginda
di Kolej Sultan Abdul Hamid.

 Aktif dalam pelbagai aktiviti di antaranya
permainan ragbi, bolasepak dan di dalam
Persatuan Perbahasan.

 Tahun 1958, Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Sallehuddin telah melibatkan diri dalam
aktiviti berakit buluh dari Sungai Sik sehingga
ke Sungai Kuala Muda yang memakan masa
selama 4 Hari.

KELUARGA

 Baginda bertemu jodoh dengan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultanah Maliha binti Tengku Ariff yang merupakan
ahli kerabat DiRaja Negeri Kelantan.

 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan
Sallehuddin telah melangsungkan perkahwinan pada
tanggal 26 November 1965.

 Dikurniakan 2 orang putera iaitu DYTM Tengku Sarafudin
Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah yang
diputerakan pada 2 Mac 1967 dan YTM Dato’ Tunku
Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin yang diputerakan
pada 27 April 1970.

KERJAYA

 Setelah menamatkan pelajaran di peringkat Senior Cambridge. Kebawah DYMM Al-Aminul
Karim Sultan Sallehuddin bekerja sebagai guru sementara di Sekolah Kebangsaan Iskandar,
Alor Setar pada tahun 1962.

 Demi menyahut saranan daripada paduka kekanda Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam
Shah dan minat baginda yang mendalam dalam bidang ketenteraan, Kebawah DYMM Al-
Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah memilih untuk menjalani latihan kadet dan telah
dihantar ke India untuk menjalani kursus ketenteraan di India Military Academy di Dehra Dun
bermula daripada 23 Julai 1962 hingga 30 Jun 1963.

 Telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan pada 12 Febuari 1964 dan ditempatkan di
Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu,
Kelantan.

 DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah terlibat dalam pelbagai operasi di sempadan
Thailand/Kelantan, Kedah dan Perak.

KERJAYA

 Kemuncak operasi adalah semasa konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia dimana Kebawah
Baginda bersama batalion mengambil alih tugas di Kalabakan dan sempadan
Indonesia/Malaysia seperti di Kampong Mentadah, Simpang Tiga, Apas Balong dan
sebagainya.

 Pada Tahun 1967, Baginda telah menjalankan operasi di kawasan sempadan Indonesia/
Malaysia sehingga tahun 1968.

 Pada tahun 1969, batalion Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ditempatkan
untuk bertugas di Kem Tok Jalai di Kedah. Selain daripada operasi di sempadan, batalion.

 Semasa peristiwa Mei 1969, batalion Kebawah DYMM Sultan Sallehuddin beroperasi di Pulau
Pinang.

 Baginda telah bersara daripada Perkhidmatan Angkatan Tentera pada tanggal 14 Februari
1974.

 Baginda mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan perniagaan di
mana Kebawah DYMM Tuanku pernah berkhidmat di syarikat pembangunan hartanah,
perusahaan perkayuan dan pembinaan.

YTM TUNKU TEMENGGONG KEDAH

 Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah diisytiharkan sebagai Tunku
Temenggong Kedah pada 28 November 1981.

 Baginda juga telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada
13 Disember 2011 apabila paduka kekanda baginda Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam
Shah memulakan tempoh pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
ke-14.

RAJA MUDA KEDAH

• Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Duli Yang Teramat
Mulia (DYTM) Raja Muda Kedah yang ke-19 pada 15 Disember 2016 sempena keberangkatan
pulang Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah setelah tamat tempoh lima tahun
penggal pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14.

SULTAN KEDAH

 Pada tanggal 12 September 2017, Kebawah DYMM Al-
Aminul Karim Sultan Sallehuddin diisytiharkan sebagai
Sultan Kedah ke-29.

 Perisytiharan dibuat mengikut Perkara 17 Undang-undang
Tubuh Negeri Kedah setelah kemangkatan kakanda
baginda, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
di Istana Anak Bukit pada 11 September 2017.

1970 ANUGERAH BINTANG KEBENSARAN
1974
1982 • Dianugerahkan Bintang Cemerlang Negeri Kedah (BCK) daripada
Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah.
1987
1996 • Menerima Anugerah Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) daripada
2008 Kerajaan Persekutuan di atas perkhidmatan dalam Angkatan Tentera
2010 Malaysia.

• Dianugerahkan Darjah Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa
gelaran “Dato” daripada Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah.

• Dianugerahkan Kerabat Bergelar TUNKU LAKSAMANA KEDAH
daripada Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah.

• Dianugerahkan Darjah Seri Setia DiRaja Kedah (SSDK) yang membawa
gelaran “Dato’ Seri” daripada Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah.

• Dianugerahkan Kerabat Bergelar TUNKU TEMENGGONG KEDAH
daripada Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah.

• Dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Abdul Halim
Muadzam Shah (SHMS) daripada Kebawah DYMM Tuanku Sultan
Kedah.

• Dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran
“Tan Sri” daripada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.

2011 ANUGERAH BINTANG KEBENSARAN

2012 • Dilantik sebagai Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berikutan
2014 pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah
2015 sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – 13 Disember
2016 2011

• Dianugerahkan Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong

• Mengambil alih jawatan selaku Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan
Kedah selepas kemangkatan Almarhum YTM Dato’ Seri Utama Tunku
Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah – 21 Mei 2014

• Dimasyhurkan sebagai Pro Canselor 1 Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
– 7 Mac 2015

• Dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat
Mulia (SPMK) oleh DYMM Tuanku Sultan Kelantan – 28 November
2016

• Dimasyhurkan sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah
Darul Aman – 15 Disember 2016

2017 ANUGERAH BINTANG KEBENSARAN
2018
• Dianugerahkan Darjah Kerabat Kedah (D.K) oleh Kebawah DYMM
Tuanku Sultan Kedah – 15 Januari 2017

• Diisytiharkan sebagai Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah Darul
Aman pada 12 September 2017

• Dianugerahkan Darjah Kerabat Yang Amat Di-Hormati (Al-Yunusi), D.K
(Kelantan) oleh YMM Pemangku Raja Kelantan – 30 September 2017

• Dianugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Di-Hormati D.K I
(Johor) oleh DYMM Tuanku Sultan Johor – 30 Oktober 2017

• Dianugerahkan Darjah Kerabat DiRaja Yang Amat Dihormati Perak
(D.K) oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan – 4 Disember 2017

• Dianugerahkan Darjah Kerabat (DK) Yang Amat Dihormati oleh DYMM
Sultan Selangor – 25 Januari 2018

PENGLIBATAN DALAM INSTITUSI,
PERTUBUHAN, PERSATUAN DAN SYARIKAT

• Yang di-Pertua, Majlis Agama Negeri Kedah Darul Aman
• Presiden Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Kedah Darul Aman
• Pro Canselor 1, Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
• Penasihat II, Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) – Penaung

Pertubuhan Pembangunan Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim
• Penaung Pusat Pengajian Islam Darussilihin Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah Darul

Aman
• Penasihat Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Malaysia (JAKPAW) Negeri Kedah Darul

Aman
• Ahli Kehormat Persatuan Bekas Tentera Malaysia Bahagian Negeri Kedah Darul Aman

KEGIATAN / KEGEMARAN

 DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin seorang yang mempunyai perwatakan yang mesra
namun tegas di dalam membuat keputusan dan sangat mementingkan penampilan diri.

 Baginda sangat mementingkan masa.
 Tahun 2007, Baginda telah diberi penghormatan menjawat jawatan sebagai Bridgider Jeneral

dan seterusnya menjadi Penasihat kepada Rejimen Askar Melayu DiRaja.
 Berminat dan bergiat aktif di dalam bidang sukan dan gemar beriadah seperti bermain golf.
 Baginda juga gemar memelihara haiwan.
 Baginda memelihara pelbagai spesies kucing yang dipelihara sendiri oleh baginda.
 Pada masa lapang Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin gemar bersiar-siar

dan melancong bersama anakanda dan cucunda.

SUMBER : Pejabat KDYMM Tuanku Sultan Kedah


Click to View FlipBook Version