KENEGARAA
N MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH
LEE SOON CHAI WAN MUHAMMAD NAZMI BIN WAN NAZERI
29294 293533
AMIRAH ALIA AISYAH BINTI MOHD FARISHA ALLIEYAH BINTI FERIS EFFENDY
SHAIDIN 294102
295676 CHUA CHIAN THAR
CHITRA A/P RAJOO 293954
293099
CHAN WEN BANG
292709
KANDUNGAN
01 PENGENALAN
02 SUMBANGAN WAYANG
KULIT KEPADA NEGARA
BANGSA
03 PERANAN SENI BUDAYA
DIKIR BARAT DAN WAYANG
KULIT TERHADAP NEGARA
BANGSA, MALAYSIA
04 KESIMPULAN
05 RUJUKAN
06 LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN
1.1 WAYANG KULIT
Wayang kulit merupakan sebuah bentuk teater yang dibuat
sebagai hiburan menggunakan prinsip cahaya dan bayang.
Hiburan membawa maksud sebuah peristiwa, persembahan, atau
kegiatan yang direka untuk memberi nikmat kepada penonton.
Wayang kulit mempunyai keunikan yang tersendiri di mana
setiap bayang mempunyai patung-patung kulit yang tersendiri
yang menonjolkan ciri watak sesebuah epik atau karakter
methologi serta watak-watak ciptaan yang cuba diceritakan.
Kebiasaannya, persembahan wayang kulit akan diiringi dengan
bunyian muzik paluan atau gamelan serta bunyi tiupan serunai
atau alat bertali seperti rebab (Murado,2006).
Di Asia, terdapat pelbagai nama, jenis
serta variasi wayang kulit. Di Malaysia, dipercayai terdapat 4
jenis wayang kulit yang diwarisi oleh
masyarakat kita. Antaranya ialah Wayang Kelantan yang
disampaikan dalam bahasa Melayu berloghat
Kelantan dan mempunyai pengaruh Patani, Wayang Melayu
yang disampaikan dalam bahasa Melayu
serta berasaskan dari Jawa, Wayang Purwo pula disampaikan
dalam bahasa Jawa dan turut diselit
dengan bahasa Melayu, dan yang terakhir Wayang Gedek yang
secara lazimnya disampaikan dalam
bahasa Thai dan bahasa Melayu berloghat tempatan.
1.2 TOK DALANG
Tok Dalang merujuk kepada dalang atau seseorang yang
memainkan berbilang peranan di
dalam persembahan wayang kulit. Tok Dalang berperanan
sebagai penulis cerita, pengarah lakonan,
pengatur pementasan, penyusun iringan, pengisah, pemain
watak dan juga penyanyi. Tok Dalang
mempunyai tanggungjawab serta tugas yang amat penting serta
banyak dalam menjayakan
persembahan. Tok Dalang juga merupakan seseorang yang
sangat bijak kerana dapat memberi sebuah
persembahan yang ditulis serta dirangka sendiri sambil turut
menyelit unsur nasihat dan teguran sinis
kepada penonton. Oleh itu, seseorang yang ingin menceburi
menjadi Tok Dalang seharusnya
mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas. Berbagai
bidang ilmu yang harus dipelajari agar dapat
menyesuaikan cerita serta menghayati cerita kepada masyarakat
mengikut perkembangan zaman.
1.3 DIKIR BARAT
Dikir barat merupakan satu seni budaya yang tidak dikecuali
lagi di negara kita. Dikir barat di
Malaysia adalah salah satu warisan budaya yang berasal dari
Kelantan (Wardina S,2022). Dikir barat ini dapat memupuk
semamgat perpaduan dan kerjasama sesebuah kampung.
Bagaimana dikir barat ini dapat memupuk
semamgat perpaduan dan kerjasama sesebuah kampung? Iaitu
pada zaman dahulu orang kampung
bermain dikir barat untuk mengisi masa pada waktu malam atau
kadang-kadang sehingga sampai waktu subuh.
Pada zaman sekarang, dikir barat sudah menjadi terkenal di
seluruh Malaysia, Selepas itu, dikir barat ini juga menolong
agama Islam untuk ingatkan aturan agama yang mempunyai
tidak ada larangan atau halangan untuk berhibur. Dikir barat ini
juga menguatkuasakan keyakinan diri sendiri seseorang
warganegara dan juga sikap belajar yang mampu untuk
menyampaikan dan menyebarkan dakwah.
1.4 TOKOH WAYANG KULIT
Eyo Hock Seng dikenali dengan panggilan Tok Dalang atau
Pak Chu dalam kalangan masyarakat setempat. Beliau
dilahirkan pada tahun 1955 di Kampung Pasir Parit, Chetok.
Beliau merupakan anak bongsu dalam kesemua lapan adik-
beradiknya. Beliau berketurunan Cina dan membesar di
Kelantan. Beliau juga telah berkahwin dengan Ga Mek Lwee
dan mempunyai tujuh orang anak iaitu dua perempuan dan lima
lelaki.
Kesemua anaknya tidak meminati seni wayang kulit dan dikir
barat kecuali anak bongsu lelakinya yang mula menunjukkan
minat sejak dari darjah enam untuk mengikuti jejak langkahnya.
Eyo Hock Seng mula meminati seni wayang kulit dan dikir barat
sejak beliau masih kecil lagi. Sejak darjah empat lagi, beliau
amat suka menonton persembahan wayang kulit. Beliau mula
membuat persembahan wayang kulit seawal usia 14 tahun
sebagai dalang muda. Pada usia 17 tahun, beliau telah mahir
dalam selok-belok persembahan wayang kulit keseluruhannya
dan diberi kepercayaan sebagai dalang tua.
Siti Haliza Yusop (2015, September 2)
Dalam aspek pendidikan pula, beliau bersekolah rendah di
Sekolah Kebangsaaan Bechah Kelubi dan sekolah menengah di
Sekolah Menengah To’ Uban. Pergaulan beliau dengan
masyarakat melayu sejak kecil menjadi faktor utama yang
mendorong beliau untuk meminati seni persembahan tradisional
melayu. Hal ini telah membolehkan beliau petah bertutur dalam
bahasa melayu dialek Kelantan dan kelebihan memasukkan
lagu-lagu rentak Hindustan dan Siam dalam setiap persembahan
menjadikan beliau diminati ramai.
Eyo Hock Seng juga mempunyai kelebihan dalam melukis
kerana dapat melukis dengan baik dan membolehkan beliau
menghasilkan patung-patung wayang kulit dengan sendiri
seperti Wok Long, Raja Seri Rama, Pok Dogol dan Samad.
Patung -patung wayang kulit diperbuat daripada kulit lembu.
Sejak sekolah rendah lagi, beliau tidak melepaskan peluang
untuk melukis patung-patung wayang kulit setiap kali guru
pendidikan seni meminta murid-murid untuk melukis. Beliau
juga mahir dalam bermain alat-alat muzik wayang kulit. Dalam
seni wayang kulit, Eyo Hock Seng mempunyai kumpulannya
sendiri iaitu Sri Campuran. Beliau juga terkenal sebagai Tukang
Karut dalam kumpulan dikir barat. Beliau sering bermain alat-
alat muzik tradisional seperti gendang, geduk dan gong sebelum
beliau menjadi seorang Tukang Karut.
( Mastura, 2021)
2.0 sumbangan wayang
kulit kepada negara
bangsa
2.1 Menyumbang kreativiti masyarakat dan kesenian
kepada tanah air
Masyarakat mampu menggunakan kemahiran yang ada dengan mereka bentuk
kesenian wayang kulit. Kemahiran ini digunakan untuk menyampaikan cerita
masyarakat melalui persembahan wayang kulit menunjukan masyarakat mampu
berfikiran kreatif dan inovatif. Misalnya, wayang kulit yang berbentuk teater
tradisional dengan menggunakan prinsip cahaya dan bayang memaparkan
bahawa masyarakat tempatan juga mampu menyumbang bakat seni kreatif
kepada tanah air. Justeru masyarakat juga
menyumbangkan kepintaran dalam menghasilkan
sebuah jalan cerita yang berkaitan dengankisah-kisah
masyarakat tempatan. Perkara ini dapat menarik
perhatian orang ramai justeru golongan muda
mahupun pelbagai bangsa untuk mengenali
kisah tanah air dan mendorong mereka untuk
mempelajari kesenian wayang kulit.
2.2 Mengembangkan tradisi dan budaya turun
temurun.
Wayang kulit yang terkenal di asia tenggara ini
menunjukkan masyarakat terpengaruh dengan
budaya dan adat masyarakat tempatan sehingga
mampu mencipta sebuah persembahan yang
menggunakan teknik bayang sebagai satu teater
untuk masyarakat lain mengamati kisah tersebut.
Buktinya masyarakat melayu masih mengekalkan
keaslian dan pengaruh asalnya yang dibawa dari
pengaruh jawa dan patani.Malah hal ini dapat dilihat
melalui konsep penceritaan yang dibawa iaitu unsur-
unsur tempatan dari segi penceritaan, penggunaan
bahasa dan pembawaan dialek negeri tersebut. Di
samping itu cerita yang dipersembahkan juga diiringi
dengan muzik tradisionalyang memberi kesan
nostalgia kepada penonton. Oleh itu jelaslahlah
bahawa tadisi dan budaya masyarakat tempatan
menyumbang kepada perpaduan bangsa.
2.3 Dikir barat dapat memupuk semangat perpaduan
Dikir barat mempunyai satu seni budaya yang tidak
dikecuali lagi di negara kita. Dikir barat di Malaysia
adalah salah satu warisan budaya yang berasal dari
Kelantan. Dikir barat ini dapat memupuk semamgat
perpaduan dan kerjasama sesebuah kampung. Bagaimana
dikir barat ini dapat memupuk semamgat perpaduan dan
kerjasama sesebuah kampung? Iaitu pada zaman dahulu
orang kampung adalah bermain dikir barat untuk mengisi
masa pada waktu malam atau kadang-kadang sehingga
sampai waktu subuh. Pada zaman seperti sekarang, dikir
barat sudah menjadi yang terkenal di seluruh negara
Malaysia. Selepas itu, ini menunjukkan bahawa dikir barat
mampu dan berupaya untuk memenuhi kehendak arus
kemodenan. (Muhamad Ikhram Fadhly Hussin, 2022)
Selain daripada itu, dikir barat ini juga menolong agama
islam untuk ingatkan aturan agama yang mempunyai tidak
ada larangan atau halangan untuk berhibur selama. Dikir
barat ini juga menguatkuasakan keyakinan diri sendiri
seseorang warganegara dan juga sikap belajar yang
mampu untuk menyampaikan dan menyebarkan dakwah.
3.0 PERANAN SENI BUDAYA DIKIR
BARAT DAN WOYANG KULIT
TERHADAP NEGARA BANGASA
MALAYSIA
3.1 PENUBUHAN KUMPULAN YANG DAPAT
MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM
ANTARA NEGARA BANGSA MALAYSIA
Kumpulan wayang kulit dan dikir barat Eyo Hock Seng diberi
nama Sri Campuran dan ditubuhkan pada tahun 1977. Kumpulan
Wayang Kulit Sri Campuran merupakan kumpulan wayang kulit
yang masih mengekalkan keunggulannya sehingga kini. Nama
Sri Campuran ini diguna berdasarkan keterlibatan ahli
kumpulannya yang terdiri daripada orang Melayu, Cina, India
dan Iban. Hal ini menunjukan bahawa penubuhan kumpulan Seri
Campuran ini dapat memupuk perpaduan antara kalangan negara
bangsa Malaysian.
Beliau melibatkan diri dalam wayang kulit dan dikir barat
sewaktu beliau masih kecil dan masih bersekolah apabila sering
menonton persembahan wayang kulit dan dikir barat sehingga beliau
sendiri turut mengambil bahagian dalam persembahan wayang kulit
dan dikir barat. Bermula di sinilah kejaya beliau sebagai Tok Dalang
dan Tukang Karut dalam kumpulan tersebut. Persembahan pertama
beliau adalah pada tahun 1990 atas jemputan kerajaan Negeri
Kelantan.
Di samping itu, sudah menjadi kebiasaan kumpulan beliau
untuk membuat persembahan wayang kulit dan dikir barat di
kampung berdekatan bermula bulan Februari hingga Julai setiap
tahun apabila menerima jemputan sama ada dalam negara ataupun
luar negara. Eyo Hock Seng akan membuat latihan selama beberapa
hari menjelang tarikh persembahan apabila mengetahui tema atau
program sesuatu majlis yang akan beliau persembahkan bagi
memudahkan persembahannya untuk mengeluarkan idea secara
spontan sewaktu di atas pentas. Sehingga kini kumpulan beliau masih
aktif dalam membuat persembahan wayang kulit dan dikir barat
mengikut permintaan di seluruh Malaysia bahkan sehingga ke luar
negara
3.2 MEMBUAT PATUNG WAYANG KULIT YANG
DAPAT MEMUPUKAN PERPADUAN
Dalang merupakan seorang yang bertanggungjawab untuk
membuat patung wayang kulit untuk dipersembahkan. Seseorang
dalang perlulah mempunyai kreativiti, kemahiran dan kepintaran
dalam membuat watak-wataknya sendiri dan setiap watak yang
dihasilkan itu mesti mempunyai seni rekabentuk yang menarik
dan sesuai untuk dipertontonkan dalam cerita yang ingin
dipersembahkan.
Beliau juga menpunyai kemahiran dalam menghasilkan kesemua
47 patung wayang kulit dengan dirinya sendiri. Lazimnya, beliau
akan membuat patung-patung ini semasa kumpulan beliau tidak
mepunyai persembahan iaitu sepanjang bulan Ramadhan. Pada
bulan tersebut juga beliau
menghadapi kesukaran untuk membuat persembahan kerana
kesemua ahli kumpulannya yang berbangsa Melayu dan
semestinya mereka ingin bercuti untuk membuat persediaan
menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pada bulan Ramadhan beliau menghentikan semua aktiviti
persembahan sebagai tanda menghormati bulan yang mulia
bagi umat islam. Disebabkan beliau tidak boleh membuat
persembahan pada bulan ini, maka beliau memanfaatkan masa
lapang beliau dengan membuat patung-patung wayang
kulitnya. Kesemua patung itu dihasilkan dengan menggunakan
kulit lembu bagi patung yang bersaiz besar dan kulit kambing
bagi patung yang bersaiz kecil. Hal ini dikatakan demikian
kerana kulit daripada lembu dan kambing membolehkan
patung-patung tersebut lebih tahan lebih lama. Kebiasaannya
patung-patung yang dibuat itu dapat bertahan sehingga 10
tahun.
3.3 SEBAGAI TOK DALANG DALAM
WAYANG KULIT
Tok Dalang merupakan peneraju utama sebagai pencerita dan
menggerakkan patung-patung wayang kulit yang berada disebalik kain putih
yang hanya mengeluarkan bayang-bayang mengikut pergerakan yang
dilakukan oleh Tok Dalang. Beliau bertanggungjawab untuk menarik
perhatian penonton dengan kelebihan dan kebijaksanaannya dalam membuat
persembahan dengan gaya dan nada suara yang tidak pernah berhenti
dengan nada ketawa, marah, sedih dan sesekali mendayu-dayu seperti
seorang wanita. Tok Dalang perlu mempunyai kemahiran dalam bertukar
suara agar penonton dapat tahu perbezaan watak yang dipermainkan. Dalam
masa yang sama, dalang juga perlu menyelitkan kisah lucu yang menarik
secara spontan mengikur rentak seperti lagu-lagu Melayu, Cina, Siam atau
lagu-lagu ciptaan yang bersesuaian dengan tajuk yang ingin dipersembahkan
oleh beliau agar persembahan tersebut menjadi lebih menarik.
4.O KESIMPULAN
Rumusan daripada kajian yang saya lakukan
adalah warisan budaya yang ada di negara kita,
wayang kulit dan dikir barat haruslah dikekalkan
demi generasi muda yang akan datang untuk
melihatnya. Eyo Hock Seng ataupun dikenali
juga sebagai Tok Dalang juga berharap ada
generasi muda yang tertarik dengan seni budaya
warisan. Seni ini bukan sekadar dapat mengisi
masa lapang tetapi juga dapat mengeratkan
hubungan diantara pelbagai kaum di Malaysia
dengan kata lain dapat memupuknya semangat
perpaduan diantara kaum. Oleh itu negara
menjadi lebih maju dan membangun kerana
adanya perpaduan dan persepakatan diantara
rakyat Malaysia dalam pelbagai kaum.
5.0 rujukan
Azrul Azizi Amirrul https://jurcon.ums.edu.my › viewthe role of tok dalang in the
stage design of wayang kulit kelantan
Mastura (2021) Wayang Kulit, Seni Warisan Yang Hampir Lenyap. Mampukah
Tok Dalang Dari Kelantan Ni Sambung Legasi ? https://beautifulnara.com/video-
wayang-kulit-seni-warisan-yang-hampir-lenyap-mampukah-tok-dalang-dari-
kelantan-ni-sambung-
legasi/#:~:text=Keindahan%20seni%20wayang%20kulit%20membuatkan,yang%2
0berbangsa%20Cina%20di%20Kelantan.
Murado, S. (2006, January 27). Siri Mengenal Budaya 1/2003 Wayang Kulit.
Retrieved January 5, 2023, from
https://www.kkmm.gov.my/pdf/buku/wayang_kulit.pdf
Muhamad Ikhram Fadhly Hussin, (2022) KELANTAN BERIKAN
PENGHARGAAN KEPADA PENDIKIR BARAT.
https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2022/05/23/1904/
Siti Haliza Yusop (2015, september 2) Pok Cu Tok Dalang Cina
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/09/78911/pok-cu-tok-dalang-
cina
Wardina, S. (2022, June 2). Kelantan Berikan Penghargaan kepada pendikir
Barat. Dewan Budaya. Retrieved January 6, 2023, from
https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2022/05/23/1904/
6.0 LAMPIRAN