JENIS DAN TUJUAN BAHAN
REFLEKSOLOGI
MP-080-3:2011/C01/P(11/40)
Di akhir pdpc murid akan
1. Menerangkan 3 daripada 6 jenis bahan refleksologi dengan
betul.
2. Menjelaskan tujuan bahan refleksologi dengan baik.
PENGENALAN
Peralatan dan bahan yang digunakan dalam refleksologi di
masa kini agak mudah diperolehi dengan harga yang
berpatutan. Kita hendaklah mengenalpasti alat dan peralatan
yang diperlukan dalam refleksologi.
BAHAN REFLEKSOLOGI
TISU BASAH
PELITUP KRIM URUT
MULUT DAN KAKI
HIDUNG (
MASK)
SARUNG BAHAN MINYAK
TANGAN REFLEKSOLOGI AROMATERAPI
MINYAK URUT LOSYEN
BEDAK
TISU BASAH
• ialah satu bahan yang mengandungi agen
kimia memperlambat atau menghentikan
pertumbuhan mikroorganisme.
•Kuman tersebut biasanya terdapat pada
permukaan luar tubuh.
•Ia juga dapat melindungi pelanggan daripada
kuman merebak ke bahagian kulit lain
•Ia boleh di gunakan sebelum sesi rawatan
refleksologi
•Cara yang digunakan ialah lapkan bahagian
kaki yang akan diurut
KRIM URUT KAKI
• Krim boleh di gunakan ketika sesi regangan dan
sesi urutan refleksologi kaki
•Terdapat pelbagai jenis krim yang digunakan
dalam urutan refleksologi
•Contohnya seperti krim gabungan minyak kelapa
dara dengan bunga cempaka putih
•Cara menggunakannya ialah sapu pada bahagian
kaki yang akan diurut
Minyak urut / Massage oils
• Satu medium digunakan pada kulit kerana boleh
menjadikan kulit lembut dan sihat
• Diperbuat dari bahan semulajadi antaranya seperti
badam, sayuran, kacang soya dan bunga matahari.
• Mengandungi vitamin, mineral dan asid lemak yang
menyegarkan kulit
• Cara menggunakannya ialah sapukan pada bahagian
kaki yang akan diurut
BEDAK
• Medium yang digemari untuk teknik
refleksologi ingham.
•Bedak boleh membantu melancarkan
permukaan kulit untuk persediaan bagi
mengurut dan memberi tekanan ketika
refleksologi
•Cara menggunakannya ialah sapukan
pada bahagian kaki yang akan diurut
LOSYEN
•Losyen digunakan semasa sesi refleksologi
kaki kerana wangi dan tidak melekit.
•Losyen tidak digalakkan semasa sesi
rawatan kerana mengandungi bahan kimia
yang membahayakan.
•Cara menggunakannya ialah sapukan pada
bahagian kaki yang akan diurut.
Minyak aromaterapi / Essential
oils
•Bahan yang mengandungi antiseptik dan
memberikan ketenangan kepada penggunanya.
•Ia diperbuat daripada bahan alam semulajadi
seperti bunga, daun, ranting kayu dan kulit
kayu.
•Kebaikan boleh membantu pengguna dari
segi emotional, physical dan psychological.
SARUNG TANGAN (GLOVES)
•Sarung tangan merupakan salah satu
langkah keselamatan dan kesihatan yang
perlu diamalkan oleh jururefleksologi
•Sarung tangan juga mengelakkan daripada
kuman pada tangan jururefleksologi
•Sarung tangan yang biasa digunakan adalah
jenis plastik
Penutup mulut dan
hidung (mask)
• Penutup mulut digunakan oleh
jururefleksologi ketika sesi urutan
•Tujuannya adalah untuk mengelakkan
daripada kuman yang terdapat pada
pelanggan atau jururefleksologi berpindah
antara satu sama lain
•Pelanggan atau jururefleksologi di
wajibkan memakai mask sekiranya
bergejala seperti batuk dan selsema
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Namakan 3 jenis bahan yang boleh digunakan sebagai medium
untuk refleksologi.
2.Bagaimanakah cara menggunakan krim pada bahagian yang diurut?
3. Apakah fungsi pelitup muka?jika tidak dipakai apakah yang akan
terjadi?
4. Apakah kebaikan minyak aromaterapi ?
TERIMA KASIH
DAN JUMPA LAGI