SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
DEFINISI DEMOKRASI Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka Pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya.
DEFINISI The Economist Seseorang boleh menggambarkan demokrasi sebagai set tindakan dan prinsip yang menggalakkan kebebasan. Gambar sumber Internet: https://en.wikipedia.org/wiki/The_Economist
DEFINISI Ramai sarjana tidak mendapat kata sepakat tentang definisi demokrasi. Walau bagaimanapun, sarjana bersetuju antara ciri asas demokrasi ialah kerajaan yang dipilih oleh majoriti, kewujudan pilihan raya yang bebas dan adil, pelindung minoriti serta penghormatan kepada hak asasi.
SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN DI MALAYSIA PERANAN YANG DI-PERTUAN AGONG Gambar sumber ttps://www.parlimen.gov.my/yda-senarai-yang-di-pertuan-agong.html?uweb=yg& ❑ Di Malaysia, sistem demokrasi berparlimen berbeza dengan beberapa buah negara lain. Hal ini kerana, di negara lain ketua negara merupakan presiden yang dipilih melalui pilihan raya. ❑ Di Malaysia, sistem demokrasi berparlimen lebih kompleks kerana dilaksanakan sistem raja berperlembagaan. ❑ Melalui sistem raja berperlembagaan dalam konteks demokrasi berparlimen, Yang Di-Pertuan Agong merupakan ketua negara. ❑ Kuasa dan kedudukan baginda adalah termaktub dalam perlembagaan.
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA ❖ Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Melalui sistem ini, rakyat diberi hak untuk menyuarakan pendapat mereka dalam membuat keputusan politik negara. ❖ Rakyat diberi kuasa untuk memilih wakil-wakil yang akan mewakili mereka dalam parlimen.
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA ❖ Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia menekankan pembahagian kuasa antara eksekutif, perundangan, dan kehakiman. ❖ Prinsip pemerintahan berkonsep demokrasi mewujudkan keseimbangan kuasa di antara institusi-institusi ini. ❖ Terdapat dua dewan dalam Parlimen Malaysia, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA Dewan Negara ❑ Dewan Negara berperanan sebagai badan penasihat, menilai dan memberikan pandangan terhadap undang-undang yang dibentangkan oleh Dewan Rakyat. ❑ Terdiri daripada 70 orang ahli seperti yang berikut: ➢ 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli). ➢ 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Gambar sumber NST: https://www.nst.com.my/news/nation/2023/04/896634/dewan-negara-approvesbudget-2023
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA Dewan Negara Seseorang calon ahli dewan negara mestilah warganeagara Malaysia, berumur tidak kurang daripada 30 tahun, sempurna dari segi akal dan bukan seorang yang muflis.
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA Dewan Negara Jawatan sebagai ahli dewan negara hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masingmasing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli. Gambar sumber https://www.parlimen.gov.my/
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA Dewan Negara Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlembagaan. Gambar sumber https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2229170
Dewan Rakyat Dewan Rakyat merupakan tempat perbahasan dan pembuatan undang-undang. SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA Perdana Menteri, yang merupakan pemimpin parti yang memenangi majoriti Dewan Rakyat, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA Dewan Rakyat Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihanraya yang diadakan setiap lima tahun. Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk Kerajaan Persekutuan bagi mentadbir negara. Gambar sumber https://www.parlimen.gov.my/
Dewan Rakyat SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan. Seseorang calon tidak boleh memegang jawatan keduadua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa. Gambar sumber https://www.parlimen.gov.my/
KEPENTINGAN MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI Penglibatan Rakyat Rakyat mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat, yang kemudiannya akan membentuk sebuah Kerajaan. Kerajaan yang dipilih akan mentadbir negara. Sistem demokrasi berparlimen memberikan peluang kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka melalui pilihan raya.
KEPENTINGAN MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI Kebebasan Bersuara Kebebasan bersuara dapat membentuk persekitaran perbincangan dan perbahasan terbuka bagi mencapai keputusan yang terbaik. Sistem demokrasi berparlimen menyokong kebebasan bersuara. Wakil rakyat bebas menyuarakan pandangan mereka dalam pelbagai isu yang melibatkan rakyat. Gambar sumber https://www.parlimen.gov.my/
KEPENTINGAN MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI Keseimbangan Kuasa Pembahagian kuasa dapat membantu mencegah penyalahgunaan kuasa serta dapat menjaga keseimbangan dalam pemerintahan. Melalui sistem demokrasi berparlimen, kuasa politik dibahagikan kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman. Hal ini dapat mencegah penguasaan kuasa di sebelah pihak sahaja.
KEPENTINGAN MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI Kestabilan Politik Sistem demokrasi berparlimen menyediakan mekanisme yang teratur untuk peralihan kuasa iaitu melalui pilihan raya. Peralihan kuasa yang aman dan teratur membantu mengekalkan kestabilan politik serta mencegah konflik atau pergolakan.
KEPENTINGAN MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI Perlindungan Hak Asasi Manusia ❑ Sistem demokrasi berparlimen sering berkait rapat dengan perlindungan hak asasi manusia. ❑ Kebebasan memberi pendapat, hak untuk berkumpul secara aman, dan hak-hak individu lainnya diberi penekanan dalam sistem ini.
KEPENTINGAN MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI Pembangunan ekonomi Kestabilan politik yang diperoleh melalui sistem demokrasi berparlimen dapat memberikan keyakinan kepada pelabur dan memudahkan pembangunan ekonomi. Keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang dipilih secara demokrasi lebih dipercayai. Selain itu, perubahan dalam dasar-dasar ekonomi dapat disesuaikan melalui perbincangan dalam dewan parlimen.
KEPENTINGAN MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI Memelihara Perundangan ❖ Sistem demokrasi berparlimen menekankan kepentingan memelihara perundangan. Setiap individu termasuk pemimpin politik perlu tunduk kepada undang-undang yang sama. ❖ Melalui sistem ini secara tidak langsung, keadilan akan terpelihara serta dapat menguatkan kedudukan institusi kehakiman.
KEPENTINGAN MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI Rumusan Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia melibatkan badan perundangan yang terdiri daripada dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Rakyat memiliki kuasa untuk memilih wakil mereka dalam pilihan raya umum. Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Sistem ini mencerminkan kestabilan politik dengan pemberian kuasa kepada rakyat bagi memilih pemimpin. Melalui sistem demokrasi ini, rakyat Malaysia dapat menyuarakan pendapat mereka dalam pembentukan kerajaan dan menyumbang kepada pembangunan negara secara kolektif. Sistem ini menekankan prinsip keadilan, kebebasan, dan kepentingan rakyat.