TANDA PANGKAT Bunga Padi Dan Logo Pengakap Logo Pengakap- 3 Garisan Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=5jC_JD0TNus
TANDA PANGKAT Logo Pengakap- 2 Garisan Logo Pengakap- 1 Garisan Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=5jC_JD0TNus
SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak-kanak ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu ialah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Peogakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilih SATU Lencana Wajib iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahli Renang. Dalam peringkat Pergakap Kanak-kanak ini, TIGA (3) Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu 1. Lencana Keris Gangsa 2. Lencana Keris Perak 3. Lencana Keris Emas Di samping itu, Pengakap Kanak-kanak perlu juga memperolehi Lencana Kepandaian dengan DUA dalam Kategori Kegemaran, DUA dalam Kategori Pengetahuan dan DUA dalam Kategori Perkhidmatan.
Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut: 1.Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia 2.Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap 3.Lima Prinsip Rukun Negara 4.Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap 5.Sejarah Pergerakan Pengakap 6.Cerita Hutan 7.Laung Agung Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap di atas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Lencana Keahlian 1.LENCANA KEAHLIAN
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). 1.Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) Menunjukkan cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai/ Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teori) ATAU 2. 3.Cara junam, terjun kaki lurus/ junam depan layang (teori). Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan di lutut/ tangan di atas kepala: Gerak tangan, tendang rejang. meniarap, rangkaian meniarap (teori). 4. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 5. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroorm Float) Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang, dengan berbagai cara/ gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 6. 7.Mengetahul cara mengendalikan jeket keselamatan di air. Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalan raya, menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. 1.Menyatakan 4 undang-undang jalan raya semasa berbasikal. Mengetahui dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal. 2. 3.Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbakat. Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. 4. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 5. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai/ Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalan raya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalan raya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki. 6. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 2.1 Ahli Renang 2. LENCANA WAJIB 2.2 Penunggang Basikal
A. Kesetiaan Menyanyi Lagu Kebangsaan "NegaraKu" dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan. 1. 2.Mengenai Bendera Malaysia dan Negeri di mana Pengakap Kanak-Kanak itu berada. 3.Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia. Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur/ Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya. 4. Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya. 5. B. Kesihatan Dan Keselamatan 1.Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri. Mengetahui/ menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenal. 2. 3.Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api. 4. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. 5. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain. 6. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 3. LENCANA KEMAJUAN- Keris Gangsa
C. Kecekapan Mengetahui Latihan Asas Kawad Kaki. Mengetahui cara memanjat tali (tinggi tali tidak lebih dari 3 meter). Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti: perhentian bas, kereta api, teksi, Balai Bomba, hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dan lainlain. Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga Pakaian seragam Pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri. Mengetahui segala Isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti "ikut arah ini”, “jangan ikut arah ini", "di sini ada air", "tunggu di sini" dan "saya sudah pulang'. Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila dan kegunaanya. D. Penyertaan Menjadi ahli perpustakaan sekolah/ perpustakaan awam tempatan; menunjukkan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurang TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin Pengakapnya. Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut; mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan. E. Perkhidmatan Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log). 1. Membantu guru/ kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru/ kakitangan sekolah dalam buku log) 2. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 3. LENCANA KEMAJUAN- Keris Gangsa
SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 3. LENCANA KEMAJUAN- Keris Gangsa 4. LENCANA KEPANDAIAN- Kategori Kegemaran Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap Kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti dibawah mengikut minat dan kesukaannya dalam aktivitiaktiviti lencana tersebut: 1.Ahli Koleksi Hobi 2.Ahli Kraf Tangan 3.Peladang Kecil 4.Pelukis 5.Pembaca Buku 6.Penghibur Sumber: Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, mata wang asing, sampul surat hari pertama, lencana Pengakap dan sebagainya. Pilih SATU hobi seperti contoh di bawah: 1.Lima belas (15) jenis setem Malaysia yang berbeza. Menghasilkan buku skrap berbagai tumbuhan/ bunga/ haiwan/ binatang/ sejarah /sukan /bangunan /buah-buahan dan lain-lain. 2. 3.Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis). 4.Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis). Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis). 5. Rupa Mata wang asing sama ada kertas I syiling (sekurangkurangnya 15 jenis). 6. Rantai kunci (key chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis). 7. Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-lain. (Sekurang-kurangnya 10 jenis). Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya. 8. 9.Lain-lain hobi yang sesuai. Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, layang-layang dan sebagainya. Mengetahui asas kraf tradisional: Anyaman kelarai mata bilis, kelarai siku keluang. 1. Mengetahui dan membuat Penanda Buku selain dari bahan logam (tin), membuatnya dari bahan kulit, kawat, plastik dan daun. Penanda Buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat. 2. 3.Membuat rekaan dari kertas Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat/ beg/ buku dan lain-lain. a. b.Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga "Mowgli”. Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas/ burung ajaib (fantasi) dan lain-lain. c. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 4.1 Ahli Koleksi Hobi 4.2 Ahli Kraftangan
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul. Pilih LIMA sahaja daripada perkara-perkara berikut: Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan. 1. Menunjuk cara menjaga tanaman dari jenis sayuran/ keratan/ raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam. 2. Mengetahui dan menunjukkan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain. 3. Tunjukkan (Kepada Pemimpin/ Penilai) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam/ menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu/ bapa/ ahli keluarga sendiri. 4. Menunjukkan (kepada Penilai/ Pemeriksa) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur. 5. (a)Memelihara/ membela dengan jayanya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas. ATAU 6. (b)Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar di kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan enam sekawan atau bersendirian. 7. Tunjukkan Buku Log mengenai catatan ceramah yang Pengakap Kanak-kanak terima dari Pegawai Pertanian atau Guru Sains Pertanian a.Musuh tanaman dan pembajaan yang sesuai; b.Kesuburan tanah; c.Cara menanam sayuran sebelum ditanam dan cara mengalih anak semaian ke batas. d.Saiz petak/ batas mengikut peraturan yang tertentu. Cara pemeliharaan sayur-sayuran dari mula bercambah hingga mendatangkan daun atau buah. e. 8. Menunjukkan Buku Log mengenai ceramah yang diterima daripada Pegawai Haiwan atau Guru Sains Pertanian mengenai program yang telah diatur oleh Pemimpin sendiri:- a.Pemeliharan/ Pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara. Pemeliharaan binatang belaan semasa kecil (anak-anak) seperti pemberian makanan dan pencegahan penyakit. b. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 4.3 Peladang Kecil
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul, membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik. Pilih EMPAT (4) sahaja. Melukis di hadapan Pemeriksa/ Penilai dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran Marga dari Cerita Rimba "The Jungle Book" karangan Rudyard Kipling yang menjadi bahan penting dalam rancangan latihan Pengakap Kanak-kanak. 1. Melukis pelangi dengan warnanya serta menamakan tiap-tiap warna itu dan satu rajah menunjukan pusingan warna (Colour Wheel). 2. Mengetahui warna yang dikatakan 'primary colours', dan 'secondary colours' serta menunjukan cara pengandunan wana cecair (Water Colour) yang menjadikan warna hijau, biru, oren, biji kundang, biru tua, hijau tua dll. 3. Melukis di hadapan Pemeriksa/ Penilai dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa/ Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas berukuran 25 cm x 30 cm. 4. Membuat Kad Ucap Selamat ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri yang menggambarkan satu daripada lima perayaan; Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan Hari Wesak. 5. 6.Pilih SATU Kegiatan di bawah ini:- Membuat sebarang rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, ubin tanah liat, mural, hiasan dinding, kolaj, yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia. a. Membentuk dan membuat binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj, topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan. b. Memperkenalkan kraf tradisional dari bahan yang Pengakap Kanak-kanak sediakan sendiri seperti lukisan, ukiran, garisan dan tekanan yang motifnya berdasarkan yang terdapat dalam seni anyaman dan seni tembikar. c. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 4.4 Pelukis
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan. Pilih EMPAT sahaja: Menyediakan daftar sekurang-kurang 8 buah buku yang dibaca serta faham melalui bahan sastera berikut : 1. a.Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah. Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains, sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya. Novel, cerpen, drama, pengumuman. pengisytiharan, akhbar, majalah, iklan dan rencana. b. Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam, syair, dan bahasa berirama (klasik). c. d.Puisi moden seperti sajak dan bahasa berirama moden. e.Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia/ Inggeris/ Bahasa ibunda. Boleh membaca dengan cekap menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacaan, difahami serta berkesan. 2. Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh membuat telahan. 3. Boleh menterjemah petikan yang penting daripada bacanya secara lisan atau bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kira-kira 150 perkataan. 4. 5.Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa. Mengetahui menggunakan kamus, ensaiklopedia dan membuat kamus sendiri dan kata-kata baru yang dipelajari. 6. Menjadi ahli perpustakaan sekolah/ tempatan serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara. 7. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 4.5 Pembaca Buku
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan. Pilih LIMA sahaja: 1.Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berikut:- a.Lagu kanak-kanak, jenaka, asli dan pantun b.Lagu Tradisi Masyarakat: Lagu setempat seperti ‘Rasa Sayang' atau lagu asing c.Lagu Tarian Asli d.Lagu Pengakap 2.Boleh menyanyi dua buah lagu: Satu patriotik dan lagi satu lagu. 3.Mengajar dua buah lagu atau SATU tarian kepada sekawan Pengakap Kanak-kanak. 4.Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra. 5.Mengetahui menggunakan alat perakam dan radio kaset. 6.Boleh bertindak sebagai Juruacara persembahan atau pertunjukan. Boleh memainkan sekurang-kurang dua jenis alat muzik Genderang seperti kerincing, kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor,melodian, loceng rekoder dan serunai. 7. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 4.6 Penghibur Sumber: Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. A. Kesetiaan Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.Y.M.M. Sultan dan Sultanah atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya. Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan. 1. 2.Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerahnya. 3.Mengetahui rukun sembahyang agama masing-masing. B. Kesihatan dan Keselamatan 1.Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran. 2.Mengetahui faedah senaman. 3.Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung. Mengetahui bahaya aliran elektrik dan gas dan cara mengelakkannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. 4. 5.Mengenal dan mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas. C. Kecekapan Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan : 1. a.Buka Barisan b.Tutup Barisan Mengukuhkan asas ikatan Buku Sila dan mengetahui cara mengikat Bunga Geti dan Simpul Sentak serta Kegunaannya. 2. 3.Mengetahui cara memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 5. LENCANA KEMAJUAN- Keris Perak
D. Penyertaan 1.Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat khususnya. 2.Mengetahui cara tumbuhan mendapatkan makanan serta cara menyimpan makanan. 3.Mengetahui cara mengelakkan makanan menjadi tercemar. Mengetahui asas penggunaan komputer. Mengetahui penggunaan telefon awam/ persendirian dengan menggunakan wang siling/ kad telefon ketika mendail dan faham mengunakan Buku Panduan Telefon. 4. E. Perkhidmatan 1.Mengetahui dan memahami isyarat wisel. 2.Mendengar syarahan atau ceramah dan membuat catatan. Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air dengan mengunakan peralatan. (ingatan: Pertolongan ini adalah latihan asas sahaja) 3. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 5. LENCANA KEMAJUAN- Keris Perak Sumber: Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, melompat tinggi, melontar peluru dan sebagainya. Mengetahui apakah MSSD/ MSSM/ SUKMA dan Majlis Sukan Negeri serta menerangkan secara ringkas mengapa majlis-majlis diadakan dan bagaimana Pengakap Kanak-Kanak boleh membantu, khasnya bagi peringkat Sekolah Rendah. 1. Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan untuk bersukan. 2. 3.Mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara sukan: a.Lari 100 meter 20 saat b.Lari 200 meter 50 saat c.Lompat tinggi 0.8 meter d.Lontar peluru 6 paun 5 meter Catatan: Wakil sekolah ke peringkat daerah boleh dianugerah lencana ini Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Perak, Pengakap Kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian pagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan seperti dibawah mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: 1.Ahli Olahraga 2.Ahli Pasukan Permainan 3.Ahli Sains 4.Pencinta Alam Semula Jadi 5.Pembaca Peta 6.Pemeliharaan Alam Sekitar 7.Pengembara SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 6. LENCANA KEPANDAIAN- Kategori Pengetahuan 6.1 Ahli Olahraga
SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan bidang pasukan permainan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, pingpong dan sebagainya dan mewakili pasukan di peringkat sekolah, daerah atau negeri. Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan berikut: bola sepak, bola tampar, badminton, rounders, hoki, sepak takraw, ping-pong, bola baling dan bola jaring. 1. Membuktikan yang Pengakap Kanak-kanak itu boleh bermain sekurang-kurang dua (2) permainan pasukan. 2. Menunjukkan yang ia terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah/ negerinya. 3. Menunjukkan yang ia bermain dengan jujur dan mencontohkan semangat kesukanan dalam pasukan permainannya. 4. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan pasukannya setelah digunakan. 5. 6.Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain. Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat uji kaji, membuat kamera lubang halus, menyambung litar, elektro magnet dan sebagainya. Plih EMPAT (4) sahaja. Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu memerlukan udara. 1. Membuat pelangi tiruan dengan memecahkan cahaya yang mengandungi spektra. 2. Menunjukkan bagaimana menyambungkan litar elektrik dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke bateri dan bagaimana mengawal aliran elektrik dengan menggunakan suis dan bagaimana menggunakan lampu isyarat. 3. Membuat kamera lubang halus dan menyatakan sebab yang menjadikan bayang gambar atau area yang dilihat pada layar kamera itu menjadi terbalik. 4. Membuat teropong intip yang mudah dengan menggunakan dua keping cermin. 5. Membuat elektro-magnet yang mempengaruhi kemagnetan pada sekeping besi dan menerangkan apa akan terjadi pada besi jika arus elektrik tidak mempengaruhi kegunaannya lagi. 6. 7.Membuat arus elektik yang mudah didapati dari bateri. Membuat teropong besar atau teropong pembesar yang menggunakan dua keping cermin kanta lensa. 8. 9.Menunjukkan bagaimana berlaku tekanan udara dan air. 6.2 Ahli Pasukan Pemainan 6.3 Ahli Sains
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semula jadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya. Pilih TIGA (3) sahaja. Menyimpan catatan harian berkenaan dengan kejadian harian selama tidak kurang dari empat bulan mengenai satu daripada perkara di bawah ini: 1. a.Tumbuh-tumbuhan b.Kehidupan burung c.Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam sungai d.Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar e.Kupu-kupu, rama-rama, gegat dan lain serangga f.Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun g.Pokok pakis, rumput-rampai lain-lain. Memelihara binatang belaan dan ternakan sekurang-kurang 3 bulan dan menyimpan catatan mengenainya. Pengakap Kanak-kanak boleh membicarakan perhatiannya seperti kegemaran dan makanan binatang tersebut. 2. Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih SATU (1) sahaja): 3. a.Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepian tasik ATAU Menanam pokok bersama Pengakap Muda. Pokok hiasan atau pokok rimbun di sekitar tempat tinggal/ kawasan sekolahnya. ATAU b. Membersihkan kawasan rumah dan halaman/ kebun di belakang rumah dan sekolah. c. Membuat carta cuaca di dalam Buku Log selama 1 bulan dan dapat menerangkan bagaimana dengan keadaan tumbuhan dan alam sekitar terlibat dengan cuaca. 4. 5.Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 6.4 Pencipta Alam Semula Jadi
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas. Pilih TIGA (3) sahaja. Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. ATAU 1. Melukis mata angin 16 pecahan yang menunjukkan mata angin utama yang terdapat dalam sebuah kompas. Mengetahui arah mata angin yang 16 itu dengan berpandukan arah utara. 2.Melukis Petunjuk dengan menggunakan simbol dan warna pada sebuah peta. a.Jalan raya, jambatan b.Jalan kereta api c.Bangunan (kediaman, masjid, gereja, tokong, kuil) d.Sungai dan tali air e.Tumbuhan (getah, nanas, kelapa, padi, kelapa sawit dan hutan). Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kamu tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman sungai dan lain-lain. 3. Mencari sudut bearing: Melukis dengan menggunakan alat geometri: sudut 075°, 025°, 120°, dan 245° dan lain-lain. 4. Berjalan kaki sejauh 5 kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran; sekembalinya memberi laporan atas perkara yang ditetapkan (seperti mendapatkan maklumat dari satu tempat yang ditetapkan) dan membuat lakaran berkenaan. 5. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 6.5 Pembaca Peta
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi, kawasan sekolah dan mengamalkan kaedah kitar semula. Pilih TIGA (3) sahaja. 1.Jawab satu sahaja dari (a)(b) dan (c):- Menyatakan kepada Penilal/ Pemeriksa sama ada secara lisan atau bertulis dengan bantuan rajah, apakah yang dikatakan "Alam Sekitar". a. b.Apakah yang dikatakan "Kitaran Oksigen' (Oxygen Circle). c.Menyatakan apakah yang dikatakan "Kitaran Air” (Water Circle). Isikan dalam Buku Log Peribadi beberapa rajah dan gambar tentang bagaimana cahaya, air, udara dan mineral (galian) tumbuhan dan haiwan menghasilkan makanan untuk kehidupan manusia. 2. 3.- Senaraikan nama benda-benda yang ditemui dalam ekspedisi yang dirancangkan seperti benda-benda hidup, haiwan, tumbuhan ke dalam Buku Log Peribadi a. Keluar ke satu kawasan tanah lapang bersama rakan sebaya sama ada dalam atau bersama Pengakap Muda dan menerangkan di dalam Buku Log (Kepada Penilai/ Pemeriksa) sekurang-kurang 8 jenis binatang yang kamu temui (binatang kehidupan luar) seperti mamalia, reptilia, burung/ unggas dan moluska. (Karangan laut seperti kerang, siput, lintah, tiram dan lain-lain). b. Keluar mengembara ke satu kawasan bersama rakan sebaya dalam Pek atau Patrol Pengakap Muda dan membuat penyiasatan kehidupan pokok-pokok saka/ rendang. Gunakan daun pokok yang disiasat untuk ditampal ke dalam buku log. Tulis maklumatnya. c. Menerangkan kejadian hujan serta menunjukkan kepada Pemeriksa satu carta cuaca yang telah disediakan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa tidak melebihi dua minggu; menyatakan dalam Buku Log Peribadi apakah kesan udara terhadap alam di tempat sendiri. 4. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 6.6 Pemeliharaan Alam Sekitar
5. Menerangkan (kepada Pemeriksa) sekurang-kurangnya 6 maklumat yang dipetik dari akhbar/ majalah mengenai berita semasa yang menjadi masalah kepada manusia berkaitan dengan pencemaran alam sekitar ini. 6. Buat buku skrap mengenai SATU daripada perkara berikut:- Pembuangan bahan sisa kilang Pembuangan sampah-sarap Pembuangan bangkal Pembuangan atau tumpahan minyak Nyatakan punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar berkenaan. 7. Mengambil bahagian dalam SATU aktiviti berikut:- Memberi perkhidmatan sukarela berkenaan pemeliharaan alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi kanak-kanak, kawasan sekolah, kawasan rumah dan masjid/ rumah ibadat. Memelihara pokok atau berkebun di kawasan sekitar rumah sendiri atau kawasan sekolah. 8. Menerangkan kepada Pemeriksa aktiviti pemerhatian dan pengecaman dan nyatakan segala maklumat yang ditemui. Catatkan di dalam Buku Log. Dan nyatakan penyesuaian bagi keselamatan tumbuhan. 9. Menyenaraikan di dalam Buku Log tugas berkaitan dengan Pemeliharaan Alam Sekitar yang telah disempurnakan. Bagi diri sendiri Bagi Keluarga Bagi masyarakat SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 6.6 Pemeliharaan Alam Sekitar
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah. Pilh LMA (5) sahaja. Menerangkan (kepada Pemeriksa) persediaan yang perlu dibekalkan untuk sehari mengembara dan menjelajah ke kawasan luar bandar atau ke pinggir kampung; membuat peruntukan perbelanjaan, pakaian yang patut dan sesuai, alas kaki, bekalan peribadi, lain-laín alat dan alatan ubatan untuk pertolongan cemas dan makanan. 1. Mengambil bahagian dalam pengembaraan jauh. (Pengembaraan Pengakap Kanak-kanak). 2. Menghidupkan api di luar/ di tempat lapang dengan menggunakan bahan bakaran yang djumpai dan membuat minuman panas. 3. Merintis jalan ke satu tempat yang jauhnya satu kilometer dengan berpandukan pedoman isyarat sulit pengakap yang dibuat ditulis di atas tanah. 4. Mengetahui cara mengisi barang keperluan ke dalam beg untuk mengembara supaya semua peralatan nampak kemas dan senang dibawa. 5. Mengetahui cara mendirikan khemah ringkas untuk berteduh dan menurunkan khemah ponco dan mengetahui sebelum mendirikan khemah itu, kedudukan arah angin, arah cahaya matahari. 6. Mengetahui undang-undang jalan raya berkaitan dengan kemalangan semasa di jalan raya dan peraturan berjalan kaki. 7. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 6.7 Pengembara Sumber: Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak
Setelah memperolehi Lencana Kepandaian- Kategori Pengetahuan, Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan seperti dibawah mengikut kemahirannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: 1.Pekerja Am 2.Pengurus Rumah 3.Penyelamat Nyawa 4.Ahli Pertolongan Cemas SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 7. LENCANA KEPANDAIAN- Kategori Perkhidmatan Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaan am seperti menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian, mengecat dan sebagainya. Lakukan LIMA (5) bahagian sahaja dari 12 bahagian yang dicadangkan. Mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa. 1. Dengan tunjuk ajar orang dewasa membantu orang dewasa menukar tayar basikal. 2. Mengetahui menukar mentol lampu basikalnya, menegangkan rantai. 3. Menunjukkan cara bagaimana menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, pelayar, pisau, kapak dan bagaimana memelihara alat itu selepas digunakan. 4. Membuat satu benda permainan kanak-kanak daripada kayu dengan menggunakan alat pertukangan. 5. Mengetahui cara membersihkan dan memasang sumbu lampu minyak dan sumbu dapur minyak. 6. Menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit lencana Pengakap di baju dengan sempurna. 7. Mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan membersihkan sekeliling rumah. 8. Menunjukkan bagaimana persediaan untuk persiapan kerja mengecat di permukaan yang tegak dan mengetahui bagaimana mencuci berus cat yang telah digunakan. 9. 10.Mencuci dan menggosok baju dengan seterika. Membersihkan alat perkebunan seperti cangkul tajak, pongkes dan lain-lain selepas digunakan. 11. Menyusun atur alat pertukangan dan alat perkebunan dalam bilik simpanan/ stor untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. 12. 7.1 Pekerja Am
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampah, mengemaskan bilik tidur dan sebagainya. Plih LIMA (5) sahaja. Menyediakan SATU jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan lain-lain sama ada bersusu atau tidak; menunjukkan cara menghidangkanya kepada tetamu. 1. Menyediakan SATU jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis, limau nipis atau air nenas, air kelapa dan lain-lain. 2. Menyediakan sup (rebusan) yang ringkas dari bahan makanan segera atau menggoreng telur, merebus telur, bahan makanan segera seperti Burger dan Hotdog. 3. 4.Memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan dua orang. 5.Menggoreng ikan/ udang/ sardin/ keledek/ pisang untuk hidangan dua orang. Membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga dan lain-lain. 6. 7.Мепуарu, mengibas habuk dan mengemaskan bilik tempat tidur. Mencuci pakaian seragam Pengakap dan pakaian sekolah sendiri serta pakaian peribadi seperti seluar dalam, stokin, kasut dan lain-lain. 8. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 7.2 Pengurus Rumah Sumber: Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak
SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR, berenang, memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak BOMBA DAN PENYELAMAT, POLIS dan JPAM. 1.Pemegang Lencana Ahli Renang. Menunjukkan cara terjun ke air dengan cara luncur meniarap dan tendang keribas (bantuan tenaga Pengajar diperlukan semasa tunjuk cara ini dan berenang Sejauh sekurang-kurangnya 50 meter). 2. Menunjukkan cara berenang gaya tangan di atas kepala, rangkaían meniarap, kuak dada di dalam air. 3. 4.Menunjukkan cara membantu orang lemas dalam air dengan cara: a.Memegang rambut si malang dari belakang; b.Mengangkat kepala si malang dari belakang; c.Memegang baju si malang; d.Menyelamat menggunakan tali; e.Melontar tali, kayu pendayung dan sebarang kayu. 5.Menunjukkan cara memulihkan pernafasan (CPR) dari mulut ke mulut. Mengetahui cara menyelamat diri bila berlaku kebocoran paip tangki yang beracun, memahami cara meminta pertolongan dan bantuan daripada pihak yang sewajarnya. 6. Memahami/ mengetahui cara menyelamat dari api; Memahami isyarat kebakaran di bangunan besar dan cara memecahkan kaca penggera kebakaran. 7. 8.Menunjukkan cara menyelamat diri dalam kebakaran. 7.3 Penyelamat Nyawa
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membuat anduh. Mengetahui isi kandungan dan mengetahui menggunakan serta menjaga peti pertolongan cemas. 1. Mengetahui keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui mustahaknya mendapatkan bantuan atau pertolongan dari orang dewasa yang berpengalaman. 2. Mengetahui cara bertindak memberi rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan terkejut (shock). Terangkan kepada Pemeriksa/ Penilai sekurang-kurangnya cara yang diperlukan. 3. 4.Menunjukkan bagaimana memberhentikan darah keluar dari hidung. Mengetahui sekurang-kurangnya 5 tempat nadi terpenting dan tahu cara menahan darah yang keluar daripada badan pesakit. Sebagai perawat sementara, Pengakap Kanak-kanak hendaklah menunjukkan cara penahan darah keluar dari bahagian arteri paha, lengan, selangka, leher, muka, pelapis, belakang dan kepala. 5. Mengetahui bagaimana mencuci dan membalut luka dan mengetahui menggunakan jenis pembalutan termasuk pembalut tiga segi dan membuat anduh. 6. Menunjukkan cara merawat pesakit (dalam) hal memberi kerehatan, keselesaan keriangan. 7. Mengetahui cara memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara kecemasan kulit yang terbakar atau melecur. 8. Mengetahui cara mengubati gigitan dan sengatan serangga selain dari gigitan ular, jengking dan semburan beracun. 9. 10.Mengetahui cara menolong orang pengsan/ pitam selain dari terkena kejutan elektrik. Mengetahui cara membuat panggilan kecemasan kepada Pemeriksa/ Penilai seperti memanggil Polis, Bomba dan Ambulan dengan jelas dan betul serta mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila menemui kemalangan atau lain-lain kecemasan pelangaran kenderaan yang menyebabkan kemalangan. 11. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 7.4 Ahli Pertolongan Cemas
Setelah memperolehi kesemua Lencana Kepandalan iaitu Kalegori Kegermaran (2) Pengetahuan (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas seperti dibawah mengikut aktiviti-aktiviti lencana tersebut: Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggungjawab dan kepemimpinan seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat Masyarakat, aktiviti luar dan Pertolongan Cemas. A. Kesetiaan 1. Menyanyi sekurang-kurangnya 2 buah lagu patriotik 2.Mengenali Jata Negara dan lambang negeri masing-masing. 3.Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan. Mengetahui nama penuh dan mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. 4. 5.Mengamalkan ajaran agama masing-masing. B. Kesihatan dan Keselamatan 1.Mengetahui sekurang-kurangnya LIMA peraturan hidup sihat dan bahagia. 2.Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selesema dan menjauhkannya. 3.Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan. 4.Mengetahui bagaimana membuat anduh;(kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki). Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari media surat khabar, majalah atau internet yang ada mesej: Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok, ATAU Keracunan Makanan. 5. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 8. LENCANA KEMAJUAN- Keris Emas
C. Kecekapan Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak dan seterusnya mengetahui perintah "Langkah ke Sebelah" "Cepat Jalan", "Berhenti' dan "Hormat". 1. Mengetahui lathan asas Ala Komando seperti: Merangkak, merangkak di bawah jaring/ jala, bergayut pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet. 2. Mengukuhkan kemahiran ikatan: Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan Simpul Sentak (Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya. 3. 4.Demontrasi sendiri dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam sekawan. D. Penyertaan 1.Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan kegunaanya kepada manusia. Membuat SATU daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan Pengakap Kanakkanak sendiri: 2. Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas atau sebuah kotak untuk surat-surat atau sebuah kotak untuk menabung wang semuanya dibuat dari bahan terbuang. ATAU a. Membuat patung sarung jari puppet/ patung puppet bertali yang boleh digerak-gerakan dan membuat panggung puppet. ATAU b. c.Membuat layang-layang yang boleh dinaikkan ke udara. ATAU Mengetahui membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan kanak-kanak yang menggunakan bateri. d. 3.Menyanyi sekurang-kurangnya DUA buah lagu Pengakap Malaysía. E. Perkhidmatan Bersama sekawan/ Pek membersihkan kawasan rumah/ sekolah/ rumah ibadat/ tempat awam. 1. 2.Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti/ Perkhemahan 3.Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 8. LENCANA KEMAJUAN- Keris Emas
SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 8. LENCANA KEMAJUAN- Keris Emas 9. Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-Kanak- Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri Setelah mendapat Lencana Kemajuan Keris Emas dah TUJUН Lencana Kepandaian iaitu SATU Lencana Wajib, DUA Lencana Kegemaran, Pengakap Kапаk-kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri) dengan syarat: 1.Telah memakai Lencana Keris Emas selama 1 bulan. 2.Berkelakuan baik 3.Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi 4.Dicalonkan oleh Pemimpin Kumpulan. Catatan: Rambu Pengakap Kanak-kanak ini boleh dipakai sehingga Pengakap mendapat Anugerah Rambu Pengakap Muda. Anugerah Rambu dan Sijil dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Negeri masing-masing dan ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri. Sumber: Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak Sumber: Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak
MASA AKTIVITI/ RANCANGAN 8.00 am - 8.15 am (15 minit) Berkumpul di dewan sekolah Laung agung Menaikkan bendera Bacaan doa Persetiaan pengakap 8.15 am - 8.30 am (15 minit) Taklimat guru pembimbing 8.30 am - 9.00 am (30 minit) Permainan Bendera murid dikehendaki melukis bendera negeri yang guru nyatakan 9.00 am - 9.45 am (45 minit) Murid melakukan ikatan buku sila, bunga geti dan simpul serentak serta menerangkan kegunaannya di bawah bimbingan guru 9.45 am - 10.30 am (45 minit) Ujian membezakan buku sila, simpul serentak dan ikatan bunga geti Murid membentuk ikatan dan simpul mereka 10.30 am - 11.00 am (30 minit) Laung agung Upacara menurunkan bendera Guru pembimbing membuat kesimpulan Bersurai RANCANGAN PROGRAM PENGAKAP Tema: Ikatan Buku Sila, Bunga Geti Dan Simpul Serentak Objektif: melatih murid membezakan kegunaan buku sila, simpul serentak dan bunga geti melatih murid mengikat ikatan dan simpulan dengan cara yang betul melatih murid menunjukkan sifat kerjasama semasa melakukan ikatan dan simpulan dengan rakan Sasaran: semua ahli pengakap Tahun 5 Tarikh: 13 Mei 2024 Masa: 8.00 am - 11.00 am (3 jam) Tempat: Dewan sekolah