The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roslizar91, 2023-09-07 21:54:45

PENGAJIAN AM

NOTA RINGKAS

PA SEM 2 YONG JIE PA SEM 2 YONG JIE PA SEM 2 Bahagian B Keyword untuk memahami dan mentafsir soalan: 1) “bertambah kepada” bermaksud nilai diberi adalah untuk tahun selepasnya CTH: Pada tahun 2012 ialah 32,624 ribu orang bertambah kepada 65,342 ribu orang pada tahun 2013. Tahun 2012 = 32,624 ribu orang Tahun 2013 = 65,342 ribu orang 2) “bertambah sebanyak” / ‘’meningkat sebanyak’’bermaksud (nilai tahun sebelum + nilai tambahan diberi) CTH: Pada tahun 2012 ialah 32,624 ribu orang meningkat sebanyak 32,718 ribu orang pada tahun 2013. Tahun 2012 = 32,624 ribu orang Tahun 2013 = 65,342 ribu orang 3) “sebanyak” bermaksud (jumlah nilai pada tahun itu) Pada tahun 2012 ialah 32,624 ribu orang, jumlah pada tahun 2013 ialah sebanyak 65,342 ribu orang. Tahun 2012 = 32,624 ribu orang Tahun 2013 = 65,342 ribu orang 4) Mengira peratusan Pada tahun 2016 ialah sebanyak 24,632 orang dan meningkat 35% pada tahun 2017. Tahun 2016 = 24,632 orang Tahun 2017 = 24,632 x 135 100 = 33253 orang Perkara Penting 1) Tajuk • Tajuk mesti ada 3 perkara: a) Tempat (Negara) b) Perkara/isu c) Masa/Tahun/ Tempoh (Jangkaan/ Anggaran/ Ramalan juga perlu ditulis) • HURUF BESAR, pada bahagian atas dan terletak ditengah graf 2) Titik Asas 0 3) Petunjuk • Petunjuk –Tidak lebih 2 baris • Warna petunjuk mestilah mengikut urutan bar. 4) Sumber • Sumber disalin sepenuhnya dari soalan • Ditulis di bahagian bawah kanan graf/carta pai 5) Label • Paksi X – mewakili pembolehubah seperti tahun, bulan, umur, bidang, sektor, dan kategori. • Paksi Y – mewakili kuantiti, (ribu tan matrik, juta orang dsb) dan nilai (peratus %, RM) • Setiap carta pai bandingan mesti ada label untuk perkara yang mewakilinya. • Carta Pai bertingkat- mesti ada label di bahagian atas carta pai (permukaan) dan bahagian menegak (badan) 6) Pastikan perkataan anggaran / jangkaan/ ramalan ditulis pada tahun yang diberi (jika ada ditulis dalam soalan)


PA SEM 2 YONG JIE PA SEM 2 YONG JIE Graf Bar a) Graf bar kompaun: - menunjukkan bilangan - mempunyai banyak pemboleh ubah dalam satu tahun/tempoh yg sama - kata kunci: bilangan, kuantiti, nilai (% atau RM), pengelasan b) Graf bar komponen: - menunjukkan ‘jumlah atau nilai keseluruhan’ - kata kunci komponen: kategori, jumlah terkumpul, dikumpulkan, diterapkan, komposisi, jumlah, jumlah keseluruhan, komponen, nilai tambah, nilai keseluruhan c) Graf bar piramid mudah: - terdapat 3 pemboleh ubah dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasangan d) Graf bar piramid komponen - terdapat 3 pemboleh ubah dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasangan - kata kunci komponen: kategori, jumlah terkumpul, dikumpulkan, diterapkan, komposisi, jumlah, jumlah keseluruhan, komponen, nilai tambah, nilai keseluruhan Jumlah


PA SEM 2 YONG JIE PA SEM 2 YONG JIE e) Graf bar memesong - menunjukkan perubahan positif dan negatif - kata kunci memesong: peratus perubahan (%), perbezaan (unit dalam nilai mutlak), perubahan (unit dalam nilai mutlak), kadar perubahan (%), membanding (unit dalam nilai mutlak) - nilai perubahan mesti ada dua titik perpuluhan Graf Garis a) Graf garis kompaun: - menunjukkan bilangan utk beberapa tahun - melibatkan tahun / tempoh yg panjang (lebih 5 tahun) - kata kunci: arah aliran, aliran pola, pergerakan turun naik, pasang surut, kadar, kadar perubahan, indeks, tred aliran, kadar pertumbuhan, imbang b) Graf garis komponen: - Dalam jadual ada menunjukkan ‘jumlah besar’ atau ‘nilai keseluruhan’ - Menunjukkan jumlah, amaun, komposisi, komponen atau nilai keseluruhan - melibatkan tahun / tempoh yg pannjang - kata kunci: arah aliran, arah pola, pergerakan turun naik, pasang surut, kadar, kadar perubahan, indeks, tred aliran, kadar pertumbuhan, imbangan dagangan, pelunjuran, perubahan, saham, unjuran, komposit, bursa Jumlah


PA SEM 2 YONG JIE PA SEM 2 YONG JIE c) Graf garis memesong: - kata kunci: arah aliran, aliran pola, pergerakan turun naik, pasang surut, kadar, kadar perubahan, indeks, tred aliran, kadar pertumbuhan, imbang - menunjukkan perubahan positif dan negatif - nilai perubahan mesti ada dua titik perpuluhan Carta Pai a) Carta Pai Berbanding - 1 pemboleh ubah diberi - jumlah besar berbeza nilai - dua atau satu tahun diberikan, negara yg berbeza - import / eksport bagi tempoh satu tahun - kata kunci: perbezaan & perbandingan - kalau nilai dalam anggaran: tahun & jumlah mesti ditulis anggaran - nisbah jejari: √ : √ = 1: _(dua titik perpuluhan) b) Carta Pai Bertingkat - menunjukkan perbezaan dari segi pemboleh ubah bagi satu carta dimana 2 pemboleh ubah - jumlah besar sama nilai - selalunya hanya satu tahun diberi - kalau nilai dalam anggaran: tahun & jumlah mesti ditulis anggaran


PA SEM 2 YONG JIE PA SEM 2 YONG JIE Graf Gabungan - menunjukkan 2 pemboleh ubah dengan kategori maklumat yg banyak - terdiri drpd unit nilai yg berbeza a) Bar Kompaun + Garis Komponen b) Bar Kompaun + Garis Kompaun c) Bar Komponen + Garis Komponen


Click to View FlipBook Version