PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
IKRAR
BSMM
IKRAR PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
Bahawa kami ahli Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia
berikrar Taat setia kepada Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong
dan pemerintah-pemerintah di
negara kami berdasarkan
prinsip-prinsip Rukun Negara.
Sambung
IKRAR PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
Bahawa kami berikrar akan
sentiasa patuh kepada
perlembagaan dan undang-
undang serta arahan persatuan
walau di mana kami berada.
Sambung
IKRAR PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
Bahawa kami berikrar akan
sentiasa memberi khidmat
sukarela kami kepada mereka
yang sakit dan menderita di waktu
aman atau bencana berdasarkan
prinsip Bulan Sabit Merah seperti
berikut:
Sambung
IKRAR PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
KHIDMAT
SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
SEJARAH DAN
PRINSIP ASAS
PBSM
SEJARAH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
PBSM di peringkat dunia lebih
dikenali sebagai PALANG MERAH.
Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry
Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei
1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali
sebagai BAPA PALNG MERAH. Idea
menubuhkan Palang Merah dicetuskan
oleh beliau ketika berada di kawasan
pertempuran di Solferino, Itali pada Jun
1869. Pada masa itu, masih belum ada
perkhidmatan perubatan untuk
membantu dan merawat para tentera.
Dengan bantuan penduduk setempat,
Henry Dunant mula menggerakkan
bantuan pertolongan cemas kepada
mangsa yang cedera.
SEJARAH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
Hasil daripada pengalaman tersebut,beliau
telah menerbitkab buku bertajuk " Kenangan
Di Solferino". Dengan bantuan beberapa
orang yang berminat,Henry telah
menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa
bagi membantu merereka yang cedera
yang dikenali sebagai Jawatankuasa
Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan
alat perubatan mereka akan dilindungi di
bawah satu lambang iaitu PALANG MERAH
yang berlatarkan warna putih. Lambang
tersebut dipilih untuk memberi penghargaan
kepada Switzerland yang ada persamaan
dengan bendera negara tersebut.
SEJARAH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
Pada tahun 1876, ketika berperang dengan
Rusia,Turki telah menggunakan lambang Bulan
Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti
oleh kebanyakan Negara Islam. Pada tahun
1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan
Hadiah Keamanan ( Peace Prize) yang pertama.
Tanggal 30 Oktober 1910 ,beliau telah
meninggal dunia di Heidden, iaitu sebuah
kawasan pergunungan.
SEJARAH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
SEJARAH PBSM DI MALAYSIA
Apabila Malaysia terbentuk pada September
1963,PERSATUAN PALANG MERAH MALAYSIA telah
diluluskan oleh Parlimen melalui Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia ( Perbadanan ) Akta 1965 ( Akta No.47
tahun 1965 ).
Pada tahun 1975 nama dan lambang persatuan ini telah
ditukar kepada PERSATUAN BULAN SABIT MERAH dan
kebenaran untuk menggunakan lambang BULAN SABIT
MERAH yang berlatarbelakangkan putih dan perkataan
BULAN SABIT diletakkan hak kepada persatuan.
PRINSIP ASAS PBSM
1. KEMANUSIAAN
Berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan serta memupuk
persefahaman,persahabatan,kerjasama dan kedamaian antara manusia.
2. KESAKSAMAAN
Memberi bantuan tanpa membezakan bangsa,kaum,agama,darjat atau
perbezaan politik.
3. BERKECUALI
Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
4. KEBEBASAN
Diberi kuasa untuk bertindak secara bebas.
5. PERKHIDMATAN SUKARELAWAN
Satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan.
6. BERSATU
Hanya terdapat satu PBSM atau PALANG MERAH di dalam sesebuah negara.
7. KESEJAGATAN
PBSM adalah sebuah pergerakan antarabangsa.