The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BM30622 NURUL AINA BINTI ASMADI M11 EPEMBELAJARAN KB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 743-9-aina, 2021-12-19 22:55:08

BM30622 NURUL AINA BINTI ASMADI M11 EPEMBELAJARAN KB

BM30622 NURUL AINA BINTI ASMADI M11 EPEMBELAJARAN KB

EPEMBELAJARAN
M11

BM30622 NURUL AINA BINTI ASMADI

PENGGUNAAN
APLIKASI DALAM
MEMBANTU PROSES
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

YOUTUBE

Penggunaan aplikasi Youtube membantu ramai murid ketika menjalani aktiviti
pembelajaran, terutamanya sewaktu musim virus Covid-19. Masalah capaian
internet yang kerap berlaku ketika sesi pembelajaran melalui Google Meet
memberi masalah kepada murid untuk memahami isi pelajaran pada waktu
tertentu. Dengan adanya Youtube, guru dapat memuat naik video rakaman
kelas ataupun video yang diubahsuai dalam aplikasi tertentu seperti Filmora,
Capcut dan Powtoon ke dalam Youtube supaya murid dapat menontonnya pada
bila-bila masa ketika capaian internetnya laju. Video sebagai penyampai ilmu
sangat berkesan untuk memahamkan murid. Mereka turut dapat mendengar
penjelasan daripada guru disertai dengan grafik yang menarik sehingga murid
berasa seronok.

Contoh video
pengajaran yang
dimuat naik oleh
seorang guru di

Youtube

Sumber youtube: Cikgu Shakirin

APA ITU TWITTER?

Twitter adalah sebuah rangkaian sosial yang mudah digunakan. Ia juga adalah satu alat
komunikasi dan sebuah medan yang mana boleh menggabungkan antara SMS, blog, e-mel
dan rangkaian sosial yang lain. Ia juga boleh dijadikan sebagai hibrid daripada e-mel, mesej
segera dan mesej untuk digabungkan menjadi satu pakej yang kemas dan mudah.

Twitter mempunyai berjuta-juta akaun di seluruh dunia yang mana dapat menghubung
antara satu sama lain dengan hanya menggunakan 140 huruf dan digit nombor sahaja.
Mesej yang dihantar kepada pengguna-pengguna yang telah mengikuti kita dikenali sebagai
'tweet'. Tweet adalah satu pesanan yang mana boleh dibuat dalam bentuk peribadi dan
umum. Kita boleh menghantar mesej secara langsung atau secara peribadi kepada kenalan
kita ataupun secara terbuka.

Twitter adalah satu rangkaian media sosial yang sedang diguna pakai secara meluas untuk
mengakses ke dalam blog dan laman web. Ia juga digunakan sebagai rangkaian untuk
mengwar-warkan berita, cerita, pandangan politik, sukan, hiburan dan banyak lagi.

TWITTER UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Twitter sangat membantu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana
anak-anak muda pada zaman ini banyak menghabiskan masa terhadap media
sosial. Twitter juga merupakan satu daripada banyak aplikasi yang diutamakan
oleh anak-anak muda selain Instagram, Facebook dan sebagainya.

Twitter dapat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memberi
pendedahan ilmu kepada murid secara tidak langsung ketika mereka
menggunakannya untuk melihat hiburan. Kebanyakan murid tidak mahu
membuka buku semata-mata untuk belajar kerana mereka sering berasa bosan
dengan gaya pembelajaran seperti itu maka dengan adanya aplikasi Twitter ini, ia
sedikit-sebanyak membantu guru dalam menyampaikan ilmu dengan cara yang
dapat menarik perhatian murid. Mereka juga boleh mengingati ilmu tersebut
kerana bacaan dibuat dengan kaedah yang menyeronokkan.

BLOGGER

Aplikasi blogger membantu murid-murid untuk membuat rujukan bagi
pembelajaran jika mereka tidak mempunyai buku nota ataupun buku rujukan.
Sebagai contoh, murid-murid boleh merujuk blog untuk mendapatkan contoh
soalan bagi peperiksaan besar seperti SPM mahupun soalan latih-tubi.
Murid-murid juga dapat merujuk contoh karangan di dalam blog kerana aplikasi
blogger sangat sesuai untuk penulisan karangan disebabkan oleh ruangnya yang
tidak terhad untuk penulisan.

SLIDESHARE

Slideshare membolehkan ramai pelajar untuk bersama-sama
menyiapkan tugasan kumpulan kerana ramai boleh mengakses
slaid yang sama bagi menyiapkan bahagian masing-masing.

Hal ini dapat menjimatkan masa pelajar untuk menyiapkan
tugasan kerana mereka tidak perlu menunggu seorang daripada
mereka untuk menyiapkan bahagiannya sebelum slaid itu
disambung oleh orang lain seperti kegunaan pendrive sewaktu
aplikasi slideshare belum wujud.

GOOGLE SITES

Guru-guru boleh mengumpul bahan-bahan dari sumber internet atau
hasil mereka sendiri seperti video atau imej dan menjadikan ia sebagai
nota pembelajaran atas talian bagi pelajar dalam Google Sites. Hal ini
amat bagus kerana guru boleh berkolaborasi dengan guru lain untuk

menambah maklumat menerusi Google Sites ini.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version