AJARAN SESAT SUHAINI BIN MUHAMAD
BIODATA SUHAINI MUHAMAD Haji Suhaini Mohammad dilahirkan di Kelantan, bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Dia seorang budak kampung biasa yang berlatar belakang keluarga Melayu yang sederhana. Ayah Haji Suhaini adalah seorang lelaki Cina Muslim dan berkahwin dengan ibunya seorang wanita Melayu semasa perkhidmatan tentera.
PERNIAGAAN SUHAINI MUHAMAD Pengeluaran SiHulk bermula sebagai berasaskan buatan sendiri dan beratusratus produk telah didermakan kepada pesakit diabetes untuk meningkatkan stamina dan ujian kajian tenaga mereka. SiHulk berjaya meningkatkan stamina dan tenaga mereka tanpa menjejaskan paras gula mereka. Selain pesakit diabetes, SiHulk juga digunakan oleh pekerja binaan untuk penggalak tenaga mereka. Mereka gembira, berpuas hati dan kebanyakan mereka mendakwa bahawa SiHulk telah membebaskan mereka daripada masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan rendah, migrain, gastrik, gout, ulser dan juga kanser.
Namun Haji Suhaini tidak pernah mendakwa SiHulk sebagai ubat tetapi ia hanyalah minuman tenaga biasa. Beliau berkata mungkin disebabkan tahap tenaga yang tinggi, antibodi dalam badan dapat ditingkatkan. Selepas kisah kejayaan itu, Haji Suhaini telah memutuskan untuk menetapkan kilang pengeluaran untuk memenuhi permintaan pasaran. SiHulk kini mempunyai 2 kilang pengeluaran di Johor Bahru, Johor dan Kajang, Selangor.
BENTUK AJARAN SESAT SUHAINI MUHAMAD Pengasas ajaran sesat Sihulk, Suhaini Muhammad tampil dengan pengakuan dan dakwaan fahaman dibawa iaitu kononnya Nabi Muhammad adalah Allah adalah benar manakala majoriti umat Islam sesat kerana terbawa-bawa dengan fahaman salah. Pada masa sama, Suhaini mendakwa bukti Nabi Muhammad itu Allah berdasarkan bacaan selawat iaitu Allah diseru kepada Muhammad sebagaimana nama jawatan diseru kepada individu atau tuan punya jawatan. Ketika ditanya berhubung dua kalimah syahadah yang menjelaskan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah, Suhaini berkata, berbalik kepada dua kalimah syahadah, tiada tuhan kecuali Allah, Muhammad risalah Allah.
PENGIKUT AJARAN SUHAINI MUHAMAD Pengikut ajaran sesat, Sihulk memilih New Zealand kerana sudah ada rangkaian sejak tahun 2020 lagi serta mempunyai banyak peluang pekerjaan untuk menjana pendapatan di negara berkenaan. Mengakui perkara itu, pengasas ajaran, Suhaini Muhammad mendakwa, rangkaian Sihulk di negara itu sudah ada sejak tiga tahun lalu di Rotorua iaitu bandar utara di New Zealand.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan fahaman serta ajaran yang diasaskan Suhaini Bin Mohammad adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam. Suhaini yang turut dipanggil Suhai Ibni Mohammad, Si Hulk atau apa jua gelaran dikaitkan dengannya, didapati membawa pelbagai fahaman dan ajaran yang bertentangan dengan Islam, antaranya mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah tuhan.
TINDAKAN YANG DI AMBIL KE ATAS SUHAINI MUHAMAD Jakim kerjasama dengan PDRM, MCMC banteras ajaran sesat SiHulk Umat Islam di Malaysia dinasihatkan tidak terlibat dan menjauhi penyebaran ajaran sesat yang dibawa Suhaini Mohammad atau SiHulk. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, mana-mana pihak didapati menyebarkan ajaran itu boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri. Menurutnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diarah bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membanteras ajaran sesat itu.
SEKIAN TERIMA KASIH