The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi Tazkirah Pilihan Harian Edisi 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ustazahshu736, 2020-11-16 02:32:57

Tazkirah Pilihan Harian Edisi 1

Kompilasi Tazkirah Pilihan Harian Edisi 1

“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka
dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang

yang mengerjakannya” (HR. Muslim no. 1893).

Kompilasi Tazkirah Pilihan Harian
Unit Pendidikan Islam

PPD Kuala Kangsar, Perak.

https://www.facebook.com/Unit-Pendidikan-Islam-Pejabat-Pendidikan-
Daerah-Kuala-Kangsar-104368547973550/

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW dan

kepada para sahabat serta ahli keluarga baginda.

Muhasabah umpama ubat yang pahit, tidak enak namun ia adalah penawar yang
mengubati seribu satu penyakit. Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu yang
menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat mem-
bersihkan diri daripada kejahilan, dosa dan noda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kami akan memasang timbangan yang
tepat pada hari kiamat, maka tidaklah dirugikan seseorang barang sedikit pun.
Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti kami mendatangkan
(pahalanya). Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan." (Surah al-
Anbiya, ayat 47)

Setiap perbuatan manusia walau sekecil-kecil atau sebesar-besarnya akan di-
perhitung dan dihisab di akhirat nanti. Perbuatan baik akan mendapat balasan
baik, manakala perbuatan jahat akan menerima akibat buruk.
Setiap mukmin hendaklah memahami ajaran agama Islam dengan sebaiknya
supaya sentiasa terbimbing pada jalan yang benar. Peganglah tiga paksi diajar-
kan agama iaitu menjadi khalifah yang taat akan perintah Allah SWT, mengamal-
kan Islam sebagai cara hidup, menjadikan akhlak baik pakaian yang akan
menentukan corak tindakan diri.

Akhlak baik adalah senjata mukmin untuk menjadi manusia penuh nilai manusi-
awi dalam membina keperibadian yang tinggi. Rasulullah SAW bersabda: "Aku
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia."

Hidup di dunia hanya persinggahan sebelum menuju ke kampung akhirat yang
kekal abadi. Justeru, hendaklah sentiasa berusaha mempersiapkan dirinya
dengan perkara yang akan meningkatkan amal timbangan di akhirat kelak.

Semoga dengan terbitnya E-Book Tazkirah Pilihan Harian Edisi 1 ini dapat
memberikan kita masa dan ruang untuk sentiasa dekat kepada Allah SWT dan
sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagai mengingati ajaran Rasulullah
SAW.

UNIT PENDIDIKAN ISLAM
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR

BILA ALLAH MENJEMPUT PULANG

Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apa-
pun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.
Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan...tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk
diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana...
Bila kita kumpul dunia banyak, hati akan jadi berat ingin meninggalkan dunia...sebab
cinta dunia menjadi kuat. Tambahan pula bila nampak yang kita kumpul itu
menimbun...boleh menjadi faktor takutkan kematian...
Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak², tak sabar pula ingin pulang ke
akhirat sebab harta dah dihantar banyak ke sana...tu yang mati tersenyum gembira.
Sama seperti kita kerja di perantauan tapi upah/gaji kita hantar ke kampung...rasa
tak sabar ingin pulang ke kampung kerana upah/gaji yang telah di hantar ke sana
dan telah digunakan untuk membangun rumah, beli tanah dan harta di sana..
Begitulah Akhirat..
Kalau telah dihantar amalan dan harta pulang ke sana...Mahligai pun telah
tersedia...rasa tak sabar ingin pulang ke Akhirat...
Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal...
Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...
Maka pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah
untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat dalam keadaan yang
tidak selamat.
Rasulullah ‫ﷺ‬telah bersabda,
Akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 dan lupa kepada yang 5
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada Al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada mahligai-mahligai mewah. Tetapi mereka lupa kepada
kubur."
[Imam Ghazali ]

"TIPS KHUSYUK DALAM SOLAT"

Imam Al-Ghazali rahimahullah telah menggariskan 6 cara dalam Kitab Ihya
Ulumuddin untuk khusyuk dalam solat.
Semoga ia memberi manfaat pada kita dan apa yang penting kita dapat amal
dan sampaikan kepada orang lain.
1) Hudhur Al Qalb
Hadirkan hati ketika solat. Contohnya tidak memikirkan hal keduniaan ketika solat
seperti kerja, makan, duit dan sebagainya.
2 ) At-Tafahum
Memahami semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknan-
ya.Contohnya fahami makna surah Al-Fatihah, InsyaAllah akan jadi khusyuk.
3) At-Ta'zim
Merasakan kebesaran Allah SWT seolah-olah kita berada di hadapan-Nya.
4) Al-Haibah
Menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah SWT, sejurus dapat merasai
kehebatan Allah.Harus menggabungkan haibah dengan perasaan ta'zim.
5) Ar-Raja'
Mengharapkan rahmat Allah SWT dengan penuh harapan bahawa ibadat kita
akan diterima.
6) Al-Haya'
Berasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita ter-
hadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat kepada-Nya yang
pasti ada kekurangannya.

IBUBAPA YANG SOLEH DALAM QURAN

1. Al-Quran menggambarkan kepada kita bagaimana Allah memelihara anak kepada
pasangan ibubapa yang soleh. Perkara ini direkodkan dalam Surah al-Kahf. Firman Al-
lah:

‫َو َكا َن َأ ُب ْو ُه ُما َصالِحا‬

“Dan kedua ibubapa mereka adalah orang yang soleh.” (Surah al-Kahf)

Perhatikan bagaimana disebabkan ibubapa kepada seorang anak itu bersifat soleh,
maka Allah memelihara harta dan anak tersebut dari di zalimi.

2. Melalui ayat ini, al-Imam Ibn Kathir menjelaskan:
‫فيه دليل على أن الرجل الصالح ُيحفظ في ذريته‬

“Melalui ayat ini terdapat petunjuk yang menjelaskan bahawa lelaki yang soleh, Allah
akan memelihara zuriatnya.”

3. Manakala al-Imam al-Qasimi pula memperincikan lagi penjelasan ini dengan me-
nyebutkan:
‫ بالتقوى في سائر شؤونهم حتى تحفظ‬، ‫ الذي يخشون ترك ذرية ضعاف‬، ‫وفي الآية إشارة إلى إرشاد الآباء‬

‫أبناؤهم وتغاث بالعناية منه تعالى‬

“Melalui ayat ini, terdapat pengajaran yang menunjukkan tentang keutamaan
bimbingan seorang ayah yang bimbang untuk meninggalkan anak mereka dalam
keadaan yang lemah, (lalu si ayah) menjaga ketaqwaannya dalam segenap aspek se-
hingga anaknya dipelihara oleh Allah dan dibantu oleh bantuan Ilahi.”

4. Atas kefahaman ini seorang Tabien bernama Said ibn Musayyib berkata kepada

anaknya:

‫ رجا َء أ ْن ُأ ْح َفظَ في َك‬، ‫لأزيد َّن في صلاتي ِم ْن أجلِك‬

“Aku akan menambah (kualiti dan kuantiti) solatku supaya Allah memelihara engkau.”

5. Di sinilah titik muhasabah buat diri kita semua. Andai kita berharap agar Allah memeli-
hara anak kita, maka kita hendaklah menjadi ibu ayah yang soleh. Benarlah sabda
Rasulullah, sekiranya kita jaga hak Allah, Allah jaga kita.

Semoga Allah membimbing kita.

KAIN KAFAN SEDANG DIJAHIT

Syair Imam As Syafi'i Rahimahullah

tentang Taqwa, Tawakkal dan Dzikrul maut
ً‫ﻋَ َﻠﻴْﻚَ ﺑِﺘَ ْﻘﻮَﻯ ﺍﻟﻠ ِﻪ ﺇِﻥْ ﻛُ ْﻨﺖَ ﻏَﺎﻓِﻼ‬
ْ‫ﻳَ ْﺄ ِﺗ ْﻴﻚَ ِﺑﺎﻟْﺄَ ْﺭ َﺯﺍﻕِ ِﻣﻦْ َﺣﻴْ ُﺚ ﻻَﺗَ ْﺪ ِﺭﻱ‬

Bertakwalah kepada Allah jika kamu lalai
Niscaya dia memberimu rezeki dari jalan yang tidak kamu ketahui

‫ﻓَ َﻜ ْﻴﻒَ َﺗ َﺨﺎﻑُ ﺍﻟْ َﻔﻘْ َﺮ ﻭَﺍﻟﻠ ُﻪ ﺭَﺍﺯِ ًﻗﺎ‬
ِ‫َﻓﻘَ ْﺪ ﺭَﺯَ َﻕ ﺍﻟ ّﻄَ ْﻴ َﺮ َﻭﺍ ْﻟﺤُﻮْ َﺕ ﻓِﻰ ﺍ ْﻟ َﺒ ْﺤﺮ‬
Bagaimana kamu takut kefakiran padahal Allah pemberi rezeki
Dia memberi rezeki kepada burung dan ikan di laut bahari

ٍ‫َﻭﻣَ ْﻦ ﻇَ َّﻦ ﺃَ َّﻥ ﺍﻟﺮِّ ْﺯﻕَ ﻳَﺄْ ِﺗ ْﻲ ﺑِ ُﻘ ّﻮَﺓ‬
ِ‫ﻣَﺎ َﺃ َﻛﻞَ ﺍ ْﻟ ُﻌﺼْ ُﻔﻮْ ُﺭ ﺷَﻴْﺌًﺎ َﻣﻊَ ﺍﻟﻨَّ ْﺴﺮ‬
Barangsiapa menyangka bahwa kekuatan mendatangkan rezeki
Tentu burung pipit kalah dengan burung elang tidak mendapat rezeki

ْ‫ﺗَ ُﺰ ْﻭﻝُ ﻋَﻦِ ﺍﻟﺪُّﻧْ َﻴﺎ ﻓَ ِﺈ َﻧّﻚَ ﻻَ َﺗ ْﺪﺭِﻱ‬
ِ‫ﺇِ َﺫﺍ ﺟَ ّﻦَ ﻋَﻠَ ْﻴ َﻚ ﺍﻟﻠَّﻴْ ُﻞ ﻫَﻞْ ﺗَﻌِﻴْﺶُ ِﺇ َﻟﻰ ﺍﻟْ َﻔﺠْﺮ‬
Kamu pasti akan meninggalkan dunia dan kamu tidak mengetahui
Apabila malam tiba apakah kamu akan tetap hidup sampai besok pagi

ٍ‫َﻓ َﻜﻢْ ِﻣ ْﻦ َﺻﺤِﻴْﺢٍ ﻣَﺎ َﺕ ﻣِ ْﻦ ﻏَ ْﻴ ِﺮ ﻋِ َﻠّﺔ‬
ِ‫َﻭﻛَ ْﻢ ﻣِﻦْ ﺳَﻘِﻴْﻢٍ َﻋﺎﺵَ ﺣِ ْﻴﻨًﺎ ﻣِ َﻦ ﺍﻟﺪَّﻫْﺮ‬
Berapa banyak orang sehat yang meninggal tanpa sakit lagi

Berapa banyak orang sakit yang tetap hidup bertahun-tahun lagi
‫َﻭ َﻛ ْﻢ ِﻣ ْﻦ َﻓ ًﺘﻰ َﺃﻣْ َﺴﻰ َﻭﺃَ ْﺻ َﺒ َﺢ َﺿﺎ ِﺣﻜًﺎ‬

ْ‫ﻭَ َﺃ ْﻛ َﻔﺎﻧُ ُﻪ ﻓِﻰ ﺍ ْﻟ َﻐ ْﻴ ِﺐ ُﺗﻨْﺴَ ُﺞ ﻭَ ْﻫﻮَ ﻻَ َﻳﺪْﺭِﻱ‬
Berapa banyak anak muda yang tertawa-tawa ketika petang dan pagi

Padahal kain kafannya sedang dijahit sedang dia tidak menyedari
ِ‫َﻓﻤَ ْﻦ َﻋﺎ َﺵ َﺃﻟْ ًﻔﺎ َﻭﺃَ ْﻟﻔَﻴْﻦ‬

ِ‫َﻓﻼَ ﺑُ َّﺪ ِﻣ ْﻦ ﻳَﻮْﻡٍ ﻳَﺴِ ْﻴ ُﺮ ﺇِﻟَﻰ ﺍ ْﻟﻘَﺒْﺮ‬
Barangsiapa dapat hidup seribu atau dua ribu tahun lagi

Ia akan mendatangi kubur dan itu sudah pasti

KISAH ISKANDAR ZULQARNAIN

Sebelum kematiannya , Iskandar Zulqarnain mengarahkan jeneralnya melakukan 3
perkara berikut :

1 . Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat .
2 . Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju
tapak perkuburan .
3 . Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya .

Ditanya oleh salah seorang generalnya , Iskandar Zulqarnain menjelaskan begini :

1 . Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu meng-
ingatkan manusia bahawa disaat kematian , setinggi mana kepakaran doktor dia tetap
tidak akan boleh menghalang kematian .
2 . Aku mahu jalan menuju ke kuburku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya
semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak
boleh dibawa mati . Ia tetap akan terus berada di dunia .
3 . Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke
dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah
sumber termahal kita hilang iaitu masa .
Kesimpulannya , tidak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidup kamu tidak akan
mungkin kamu dapat menyelamatkan diri kamu dari kematian . Pada masa itu terpu-
tuslah segala-galanya kecuali amal jariah dan warisan-warisan kebaikan yang kamu
telah wakafkan kepada masyarakat dan keluarga kamu .

EMPAT ORANG YANG TIDAK TERSENTUH API NERAKA.

1. SAHL
"Orang yang tidak mempersulitkan sesuatu, selalu ada solusi bagi setiap permasala-
han. Tidak suka berbelit-belit, tidak menyusahkan dan tidak membuat orang lain
susah
2. QORIB
"Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara.
wajahnya selalu berseri-seri dan murah senyum jika bertemu orang serta selalu
menebar salam.
3. LAYYIN
"Orang yang lembut dan santun baik bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak
mementingkan diri sendiri, tidak galak, tidak suka memarahi orang yang berbeza
pendapat dengannya. Tidak suka memaksa. Lemah lembut dan selalu
menginginkan kebaikan untuk orang lain.
4. HAYYIN
"Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan zahir batin. Tidak senang marah,
penuh pertimbangan. Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya.

Nabi Muhammad SAW Bersabda, "Mahukah kalian aku tunjukan orang yang haram
baginya tersentuh api neraka?" para sahabat berkata "mahu wahai Rasulullah!"
Baginda menjawab "yang haram tersentuh api neraka adalah orang yang Hayyin,
Layyin, Qorib, Sahl." (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

ADA 8 KELELAHAN YANG DISUKAI ALLAH SWT DAN RASULNYA

1. Lelah dalam berjihad di jalanNya (QS. 9:111)
2. Lelah dalam berdakwah/mengajak kepada kebaikan (QS.41:33)
3. Lelah dalam beribadah dan beramal soleh (QS.29:69)
4. Lelah mengandung, melahirkan, menyusui. merawat dan mendidik putera/puteri
amanah llahi (QS. 31:14)
5. Lelah dalam mencari nafkah halal (QS. 62:10)
6. Lelah mengurus keluarga (QS. 66:6)
7. Lelah dalam belajar/menuntut ilmu (QS. 3:79)
8. Lelah dalam kesusahan, kekurangan dan sakit (QS.2:155)

Berbahagialah manusia yang selama ini merasakan kelelahan dan berhati-hatilah yang
tidak mahu berlelah-lelah.

Segala sesuatu ada hitungannya di sisi Allah swt. Kebaikan yang besar mendapat keu-
tamaan, kebaikan kecil juga tidak akan pernah terlupakan.
Rasulullah saw bersabda: “Pahalamu sesuai dengan kadar lelahmu.”
Semoga kelelahan dan kepayahan yang kita rasakan menjadi bahagian yang disukai Al-
lah dan RasulNya….

Aamiin yaa Rabbal-‘aalamiin..

SURAT CINTA ILAHI

Betapa sayangnya Allah pada kita, DIA berikan surat cinta untuk kita supaya kita

sentiasa ingat pada DIA,

surat cinta itu mampu membuatkan hati yang gelisah menjadi tenang dan jiwa yang
gundah menjadi aman.

Dan Allah pesan supaya kita baca surat cinta itu setiap hari sebagai bimbingan untuk
iman agar sentiasa ingat padaNYA. Subhanallah.. Surat cinta itu adalah kalamullah iai-
tu Al-Qur'an.

Cuba kita baca surat cinta yang Allah berikan itu:

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang
beriman"

Surah Ali-Imran : 139

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNYA aku ber-
tawakal"

Surah at-Taubah : 129

"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus
asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"

Surah Yusuf : 12

Cuba alihkan pandangan mata kita ke arah laut, airnya cantik membiru penuh
dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.

Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yg
mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa cuba alihkan pandangan ke arah
sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yg menghalangnya. Dan jika rasa
sedih, cuba alihkan pandangan ke arah langit, sedarlah dan sentiasa ingat bahawa
Allah sentiasa bersama kita.

Sesungguhnya setiap apa yg ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik.. Hanya Allah
Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.

HIDUP BERMANFAAT WALAUPUN TIDAK POPULAR

Hiduplah seperti akar...
yang rela memberikan segalanya
meskipun terkadang sang pohon tak pernah melihat nya dibawah.
Hiduplah seperti akar
yang memberi tanpa tapi, dan tak pernah meminta kembali..
Hiduplah seperti akar
yang menjadi peranan utama
meskipun tak pernah ada yang memuji nya..
Hiduplah seperti akar
yang menjadi penyebab setiap kebaikan
meskipun tak pernah ada yang memberikan penghargaan.
Rasulullah Salallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sebaik-baiknya seseorang di antara kalian adalah yang paling bermanfaat terhadap yang
lainnya"
Duhai saudaraku. Siapapun engkau, di manapun engkau.
Jadilah manfaat bagi sesama kaum
yang rela berbagi dan ikhlas memberi.
yang hadirnya menggembirakan
dan ketiadaanya dirindukan.
Jika engkau tak mampu menjadi akar yang pohonnya menghasilkan banyak buah
Maka jadilah akar yang menumpang pohon yang memberi keteduhan bagi yang lelah.
Jika tak mampu menjadi akar bunga yang memberikan keharuman bagi dunia
maka jadilah akar rumput yang mengenyangkan haiwan—haiwan penternak.
Jika kau tak mampu menjadi bunga, maka jangan lah menjadi duri.

Semoga bermanfaat.

AKU LEBIH BAIK DARIPADA KALIAN

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan Al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan
seorang perempuan.
Di sisi mereka terletak sebotol arak. Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".
Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam.
Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi terus terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir
lemas.
Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.
Kemudian dia berpaling ke arah Hasan Al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah selamatkan seorang lagi
yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya
telah menyelamatkan enam orang".
Bagaimanapun Hasan Al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata
padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan
botol itu hanya berisi air biasa,
bukan anggur atau arak".
Hasan Al-Basri terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam
ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan"
Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan"
Semenjak itu, Hasan Al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya
sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah
saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.
Jika Allah membukakan pintu puasa sunat,
janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa
sunat.
Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih
dekat dengan Allah, daripada diri kita.
Jangan pernah taksub & sombong pada amalanmu.Walau sehebat mana diri kita
jangan pernah berkata... "Aku lebih baik daripada kalian"

10 SEBAB KENAPA DOA TAK DIKABULKAN

Seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham pernah ditanya oleh orang ramai ketika
beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq. “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal
kami selalu berdoa?”
Ibrahim Adham menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah buta (mati).”
Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.
Beliau menjawab, “Ada sepuluh perkara, iaitu:

1.Kamu mengetahui hak Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

2.Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak berusaha beramal dengannya.

3.Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah ‫ﷺ‬tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

4.Kamu mengecapi nikmat Allah SWT tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.

5.Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6 Kamu mengaku adanya syurga tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7.Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak menghindari darinya.

8.Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

9.Kamu sibuk mencari dan memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, tetapi kamu lupakan keaiban
kamu sendiri.

10.Kamu kebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Jika begitu, bagaimana mungkin Allah Ta’ala dapat mengkabulkan doa kamu?”

Daripada sepuluh sebab itu, tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita
tidak menjalankan tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah Ta’ala.
Sewajarnyalah kita tidak mendapat apa yang dihajatkan dan tak memung-
kinkan setiap permintaan dikabulkan Allah SWT.

CINTA RASULULLAH ‫ﷺ‬

Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat,
Siapakah yang paling luar biasa imannya?
Para sahabat menjawab,
malaikat, ya Rasulullah.
Jawab Rasulullah,
Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.
Seketika terdiam.
Para sahabat menjawab lagi,
Para nabi, ya Rasulullah.
Rasulullah berkata,
Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah.
Para sahabat mencuba lagi,
Kalau begitu, kami lah yang paling beriman.
Jawab Rasulullah,
Aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.
Rasulullah saw berkata,
Mereka adalah umat yang hidup selepas aku.
Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isi kandungannya.
Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia.
Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi
beriman denganku.
Rasulullah saw terdiam seketika lalu menangis, para sahabat juga turut menundukkan kepala.
Kemudian, Baginda menyambung dengan suara yang sebak,
Sesungguhnya, aku rindukan mereka.

PROFESOR DR. HAMKA BERBICARA TENTANG AKHLAK

"Adapun hakikat budi ialah suatu persediaan yang telah ada, terhujam di dalam batin. Dia-
lah yang menimbulkan perangai dengan mudahnya sehingga tidak perlu berfikir lama lagi.
Apabila persediaan itu dapat menimbulkan perangai terpuji, perangai yang mulia (mulia
menurut akal dan syara') itulah yang dinamakan budi pekerti yang baik."

.

"Namun, apabila yang tumbuh adalah perangai yang tercela menurut akal dan syara', di-
namakan pula budi pekerti yang jahat."

.

Justeru, "Budi pekerti jahat adalah pintu menuju neraka yang bernyala dan menghanguskan
hati nurani, sedangkan budi pekerti yang indah laksana pintu menuju jannah Ilahi."

.

"Budi pekerti jahat adalah penyakit jiwa, penyakit batin dan penyakit hati. Penyakit ini lebih
berbahaya dari penyakit jasmani. Orang yang ditimpa penyakit jiwa akan kehilangan makna
hidup yang hakiki dan hidup yang abadi. Ia lebih berbahaya dari penyakit badan."

.

"Penting sekali bagi seorang hamba untuk mempelajari sebab sebab penyakit itu, mengu-
sahakan kesembuhannya, dan memperbaiki jalannya kembali."

.

"Itulah yang dimaksudkan firman Allah SWT yang bermaksud ; "Sungguh beruntung orang
yang menyucikan (jiwa itu)."[asy-Syams : 9]

.

"Orang yang membiarkan dan menyia nyiakan jiwa dikenal oleh ayat yang berlawanan
dengan ayat di atas yang bermaksud ; "Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."

[asy-Syams : 10].

6 NASIHAT UMAR AL KHATTAB RADHIALLAHU ANHU

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu
mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu
perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu
selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana,
tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan
lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah
kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti
engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati.
Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita,
rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat.
Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

JANGAN BERSEDIH DENGAN URUSAN DUNIA

Seorang lelaki yang sedang dirundung kesedihan datang menemui Sayyidina Ali
bin Abi Thalib, ia pun berkata:
“Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu kerana aku sudah tidak mampu
lagi menahan beban kesedihanku.”
Sayidina Ali menjawab, “Aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah !”
Lelaki itu berkata, “Ya, tanyakanlah !”
“Apakah engkau datang ke dunia bersama dengan masalah-masalah ini?” tanya
Ali bin Abi Thalib
“Tentu tidak” jawabnya.
“Lalu apakah kamu akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-
masalah ini?” tanya sayyidina Ali bin Abi Thalib
“Tidak juga” jawabnya.
Lalu Sayyidina Ali berkata,
“Lalu mengapa kamu harus bersedih atas apa yang tidak kamu bawa saat datang
dan tidak mengikutimu saat kamu akan pergi???
Seharusnya hal ini tidak membuatmu bersedih seperti ini..
Bersabarlah atas urusan dunia....
Jadikanlah pandanganmu ke langit lebih panjang dari pandanganmu ke bumi dan
kau pun akan mendapat apa yang kau inginkan….
TERSENYUMLAH..!
KERANA REZEKI MU TELAH DIBAHAGI DAN DISUSUN OLEH ALLAH
DAN URUSAN HIDUP MU TELAH PUN DI ATUR OLEH YANG MAHA
PENCIPTA.
Urusan dunia tidak layak untuk membuatmu
bersedih kerana semuanya ada di tangan Yang
Maha Hidup dan Maha Mengatur….”

INSPIRASI PETANI JAGUNG

Di satu desa di Osaka, Jepun, terdapat petani yang menanam jagung terbaik dan seringkali memenangi
penghargaan
Jagung Terbaik sepanjang musim.
Suatu hari, seorang wartawan tempatan mewawancara untuk menggali rahsia kejayaan si petani.
Wartawan itu melihat satu kepelikan..iaitu petani tersebut selalu memberikan benih jagungnya kepada para
tetangganya.
"Bagaimana anda boleh saling memberi benih jagung dengan tetangga anda, kemudian bersaing pula
dengannya dalam persaingan yang sama setiap tahun?", tanya wartawan, dengan penuh rasa hairan dan
takjub.
"Tidakkah anda mengetahui angin menerbangkan serbuk debunga dari jagung yang akan berbuah memba-
wanya dari satu ladang ke ladang yang lain..?
Jika tetangga saya menanam jagung yang tidak baik , maka kualiti jagung saya akan menurun ketika debunga
jagung bersilang.
Jika saya ingin menghasilkan jagung berkualiti unggul, maka saya mesti membantu tetangga saya untuk me-
nanam jagung yang bagus juga", jawab si petani itu.
Petani ini sangat memahami prinsip memberi dalam kehidupan..
Dia tidak dapat meningkatkan kualiti jagungnya, jika dia tidak membantu tetangganya untuk melakukan hal
yang sama.

***

Kualiti kebaikan sering juga ditentukan oleh orang di sekitar kita..
Orang yang baik, adalah yang mahu orang lain juga menjadi baik.
Menjadi orang penting itu baik..
Tapi..
Menjadi orang baik itu lebih penting.
Semoga Allah selalu membimbing kita sentiasa..
berhati bersih, berfikiran jernih, berkata baik, dan berperilaku positif
Berdoalah kita kepada Allah agar terhindar dari pujukan syaitan
yang menyebabkan,
hati kotor, fikiran keruh, perkataan buruk, dan sikap negatif
Ayuh sahabat..
Mari menyebar luas kebaikan kepada ahli keluarga, teman, jiran
tetangga, rakan setaman dan setiap insan ditemui..
Usaha berterusan sehingga sampai helaan nafas terakhir..

APA ITU SABAR ?

Bila hati dalam kesakitan, tapi bibir masih mengukir senyuman - itu sabar...
Bila diri tak dihargai dan tak dilayan dengan baik, tapi masih tetap buat yang
terbaik - itu sabar...
Bila dia menangis di malam hari, tapi keesokan pagi dia nampak macam biasa -
itu sabar...
Bila dia cuba untuk bersangka baik dengan apa yang dia lalui - itu sabar...
Bila dia kekal bertahan walaupun sebenarnya dia dah tak tahan - itu sabar...
Bila dia menjaga hati orang lain sehingga lupa akan hati sendiri - itu sabar...
Bila dia seringkali dilukai tapi dia sentiasa rawat sendiri - itu sabar...
Bila perkara yg diharapkan tidak terjadi tapi dia masih berharap - itu sabar...
Bila hidup tak seindah yang dibayangkan tapi dia tetap teruskan kehidupan -
itu sabar...
Bila doanya belum dimakbulkan Tuhan tapi dia tak putus asa utk berdoa -
itu sabar...
Imam Ghazali menyebut dalam dalam kitabnya, Ihya' Ulumuddin bahawa terdapat
lebih 74 perkataan sabar di dalam al-Quran!
Bayangkan, begitu banyaknya perkataan itu yang sudah pasti ada sebab kenapa
ALLAH SWT mahukan hamba-Nya bersabar.
Sebenarnya, sifat sabar ini akan mendekatkan jiwa hamba-Nya kepada Yang
Maha Esa.
Tidak mungkin seseorang itu bersabar melainkan dia teringatkan Tuhannya kerana
sabar adalah penawar yang mendekatkan diri pada-Nya.
Kita bukan sahaja dituntut bersabar ketika menghadapi ujian sahaja, bahkan juga
dalam memerangi hawa nafsu.
Sebagaimana firman ALLAH SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar
sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka
dengan tidak terkira."
(Surah al-Zumar: 10)

PENYAKIT ORANG BAIK

Antara penyakit yang perlu dirawat kepada orang yang beramal ialah riya’ (untuk
menunjuk atau dilihat manusia ketika beramal) dan sum’ah (beramal agar didengar
oleh orang lain). Amal yang dilakukan tidak ikhlas kerana Allah.

Riya’ dan sum'ah ialah syirik kecil yang merosakkan ibadah. Sesiapa yang
melakukan ibadah kerana menginginkan pujian manusia, hakikatnya dia telah
menghapuskan pahala ibadah tersebut. Dia tidak akan mendapatkan apa-apa ganja-
ran daripada Allah SWT kelak.

Penyakit ini hanya menghinggapi ‘orang baik’ sahaja. Orang jahat dan tidak
mengenali Allah SWT tidak memiliki sifat-sifat ini kerana mereka tidak melakukan iba-
dah sama sekali. Mereka akan menjadi bara api neraka tanpa dihisab.

Adapun orang yang baik ini, maka ia mesti terus menjaga kemurnian ibadahnya. Se-
tiapkali melakukan ibadah, dia wajib meluruskan niatnya agar ibadahnya diterima
oleh Allah SWT, terutamanya apabila manusia mula menyebut-nyebut kebaikannya
dan memuji dirinya.

Syeikh Ali al-Khawas berkata: “Jika engkau sedang berada di jalan istiqamah, lalu
seseorang memujimu, maka itu satu peringatan atas kekurangan yang terdapat di
dalam diri. Maka periksalah dirimu. Carilah sebabnya, kenapa manusia memujimu?
Boleh jadi Allah melihat hatimu menyukai pujian, maka Allah memberikan pujian itu
untukmu sebagai satu-satunya balasan atas ibadah tersebut. Seperti seorang ayah
yang menggembirakan anaknya dengan gelang dan kalung tiruan.”

Untuk menghindari sifat ini, kita wajib mengetahui tanda-tandanya. Pastikan tanda-
tanda tersebut tidak terdapat dalam diri kita.

Saidina Ali bin Abi Talib RA pernah berkata: Tanda riya’ tiga perkara:

1. Malas beramal jika bersendirian

2. Rajin beramal jika dalam ramai

3. Menambah amalan jika dipuji dan menguranginya jika dicela.



Doa #1

Ini adalah doa Nabi Sulaiman AS apabila mendengar seekor semut yang me-
nyuruh semua semut di lembah itu masuk ke sarang keranaa khuatir akan dipi-
jak oleh Nabi Sulaiman dan tenteranya. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah
kelebihan memahami bahasa binatang seperti burung.

Wahai Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu
yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku, dan agar
Engkau redai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan
hamba-hamba-Mu yang soleh.
An-Naml: 19

Doa #2

Doa ini diajarkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda berdepan
dengan kaum musyrikin yang tidak mahu menerima kebenaran agama Islam.

Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada hasutan syaitan-syaitan;
Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tid-
ak menghampiriku.
al-Mu’minun: 97-98

Doa #3

Doa ini diajarkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Wahai Tuhanku, ampunkanlah dan kurniakan rahmat dan sememangnya
Engkau sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat.
al-Mu’minun: 118

Doa #4

Nabi Ibrahim berdoa ketika berdebat dengan orang yang menyembah berhala.
Nabi Ibrahim terkenal kerana banyak berdoa kepada Tuhan.

Wahai Tuhanku, berikanlah aku hikmah (ilmu pengetahuan mengenai agama)
dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang soleh.
al-Shu’ara’: 83

Doa #5

Nabi Ayub diserang penyakit yang sangat teruk sehingga ditinggalkan isterin-
ya. Kemudian, Nabi Ayub berdoa lalu diperkenankan dan sembuh daripada
penyakitnya.

Sesungguhnya aku ditimpa penyakit. Engkaulah sahaja Yang Maha Penyayang
daripada segala yang penyayang.
al-Anbiya’: 83

Doa #6

Ini adalah doa Nabi Adam dan Hawa apabila mereka telah makan buah yang
dilarang Allah. Kemudian, mereka diturunkan ke bumi.

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiyai diri kami sendiri dan kalau Engkau
tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah
kami antara orang yang rugi.
al-A’raf: 23

Doa #7

Nabi Ibrahim berdoa supaya keturunannya menjaga solat. Maka, ini adalah doa
yang sangat penting supaya keturunan kita menjaga solat yang menjadi tiang
agama.

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah
juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permo-
honanku.
Ibrahim: 40

Doa #8

Doa Nabi Musa yang seringkali kita baca dan sangat mudah untuk dihafal.

Wahai Tuhanku, lapangkan bagiku dadaku: Dan mudahkanlah bagiku tugasku;
Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku; supaya mereka faham perkataanku.
Taha: 25-28

UNIT PENDIDIKAN ISLAM
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR

16 NOVEMBER 2020 / 30 RABIUL AWAL 1442


Click to View FlipBook Version