HIASAN DALAMAN RUMAH & INDUSTRI SELESA TRENDY MEWAH 2023030626310 (003464074-A)
Pendahuluan 1 Pengenalan 2 Visi & Misi 2 Latar Belakang Syarikat 3 Carta Organisasi 4 Biodata Pemilik 5 Produk & Servis 6 Sijil SSM 7 Sampel Projek 8 Penutp 9 Table of Contents
Kerjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sememangnya penuh cabaran tetapi menjanjikan pulangan yang lumayan bagi mereka yang bersabar dan bekerja keras. Namun begitu, peluang perniagaan tidak mudah dikenal pasti dan hanya individu yang mempunyai sifat dan ciri-ciri keusahawanan sebenar dapat menghidu peluang tersebut. Pada masa yang sama mereka berupaya memberi penumpuan dan menjana daya pemikiran berterusan dalam bidang yang diceburi. Mereka sentiasa mengkaji senario dan masalahmasalah semasa, kehendak pengguna, kemahiran individu dan kumpulan, produk atau servis dari pesaing, keperluan pasaran dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, mereka akan bertambah yakin, lebih kompetitif, bersemangat dan merangka strategi yang sesuai untuk merebut peluang-peluang yang ditawarkan. Bidang perabot adalah satu bidang yang sangat mencabar. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai pandangan dan keinginan yang berbeza terhadap reka bentuk perabot dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu, cabarancabaran inilah menjadikan sektor perabot ini lebih menarik. Perniagaan dalam bidang perabot menjadi pilihan kerana peluang dalam bidang ini sangat luas. Hal ini kerana, sektor pembangunan seperti perumahan kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ini menyebabkan sektor perabot menjadi sibuk kerana permintaan semakin meningkat. Menceburi bidang keushawanan di usia muda bukan lah satu perkara yang mudah. Kerana saingan adalah dari mereka yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan ini. Tapi itu bukanlah satu alasan untuk anak muda menceburi bidang ini. Kesabaran dan kerja keras adalah penentu sama ada mampu atau tidak untuk menceburi bidang ini. PENDAHULUAN 1
PENGENALAN Treand Legacy telah ditubuhkan pada 26 Januari 2023 dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dengan milikan tunggal. Beralamat di G-1 & G-2, Bangunan ARENA, 55, Lorong Perak 12, Kawasan Perusahaan Mergong, 05150, Alor Setar, Kedah. Syarikat ini ditubuhkan dibawah program teknousahawan oleh MARA di bawah seliaan KBNET, Institut Kemahiran Mara (IKM) Alor Setar. Kursus yang mengambil masa 2 tahun ini bertujuan untuk melahirkan usahawan peringkat antarabangsa sambil dibantu oleh KBNET. Kami menjalankan perniagaan sebagai perunding rekaan dalaman yang mengkhususkan mereka bentuk dan memasang perabot yang ditempah oleh pelanggan seperti kabinet dapur, almari baju dan lain-lain. Selain itu, kami juga membuat, menjual perabot hiasan dalaman seperti meja, kerusi dan rak. Treand Legacy ingin fokus kepada bisnes hiasan dalaman yang selesa, trendy dan mewah serta komited menjadi trendsetter dalam industri hiasan dalaman, kabinet di Malaysia. Treand Studio akan menjadi: •Hub kepada pelanggan untuk menempah perabot dan hiasan dalaman rumah yang lengkap •Antara syarikat yang berdaya saing di sekitar Kedah & Pulau Pinang •Syarikat yang menawarkan servis rekaan dan pemasanagan perabot yang professional dan bersistem Treand Studio berusaha berganding tenaga dan beriltizam untuk mencapai misi dengan: •Menghasilkan produk yang berdaya saing dengan produk di pasaran tempatan. •Sentiasa memuaskan hati pelanggan dari segi kualiti dan layanan. •Mewujudkan budaya kerja professional dan harmoni. •Mewujudkan semangat kerja berpasukan yang beramanah,profesional dan produktif. •Berazam memberikan pulangan dan imbuhan yang tinggi kepada setiap kakitangan setanding atau melebihi tahap pasaran. •Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk menguruskan dan melaksanakan projek yang berkualiti. Visi Misi 2
Alamat G-1 & G-2, Bangunan ARENA, 55, Lorong Perak 12, Kawasan Perusahaan Mergong, 05150, Alor Setar, Kedah. No. Pendaftaran Syarikat 2023030626310 (003464074-A) No. Telefon 0125336040 E-mel [email protected] Tarikh Penubuhan 26 Januari 2023 No. Akaun x Akaun Bank Maybank Jenis Perniagaan Bumiputera dan pemilikan tunggal LATAR BELAKANG SYARIKAT 3
CARTA ORGANISASI Founder & Designer NUR AWANI NAJWA BINTI MOHAMAD RAMZI Pengarah Operasi ZAHRULAIL B.NORDI Pengarah Akaun IZHARUL FAHMI B.ZAHRULAILI Pengarah Pengurusan FATIN ILANI BINTI ZAHRULAIL Pengurus Pembuatan Pengurus Pemasangan Pengurus Pemasaran & Jualan Pengurus Projek 4
BIODATA PEMILIK NUR AWANI NAJWA BINTI MOHAMAD RAMZI Asal | Alor Setar, Kedah No.Kad Pengenalan | 000312020706 Keturunan | Melayu Agama | Islam Taraf Pendidikan | 2016 -2017 (MRSM Taiping) | 2018 - 2019 (Kolej Matrikulasi Kedah) - Sains Komputer & Biologi | 2019 - 2022 (Universiti Teknologi Mara Perlis - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran | 2022 - 2024 (Institut Kemahiran Mara Alor Setar) - Diploma Teknousahawan Rekabentuk & Pembuatan Perabot Kemahiran | Perekabentuk Dalaman & Kabinet | Pengurusan Data Maklumat & Laman Web | Penghasilan Konten Digital & Sosial Media | Editor & Videografi E-mel | [email protected] 5
Treand Legacy adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan rekaan dalam rumah dan membuat pelbagai jenis perabot seperti, pembahagi didnding 'wall partition', kabinet tv, almari pakaian, kabinet dapur dan hiasan dalaman yang trendy dan terkini seiring dengan perkembangan hiasan dalaman global. Skop servis dan pembuatan perabot kami termasuk perabot rumah, sekolah dan juga pejabat kerajaan mahupun swasta. Pembuatan kabinet dan hiasan dalaman menjadi teras kepada syarikat kami kerana kami mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam sektor hiasan dalaman bermula dari pemasaran, reka bentuk, pembuatan dan pemasangan. Aktiviti teras kami ialah menerima dan membuat perabot tempahan khas dan dalam pada masa yang sama, kami juga membuat pemasangan produk hiasan dalaman lain seperti “spc flooring”, dan “wainscotting”. Produk hiasan ini ditempatkan didalam galeri kami bersama contoh produk tempahan kami yang lain seperti, kabinet dapur, kabinet tv dan almari. PRODUK & SERVIS 6
SIJIL SSM 7
SAMPEL PROJEK 8
Treand Studio merupakan sebuah perniagaan yang sedang berkembang di dalam bidang rekaan dan pembuatan perabot. Oleh itu, kami akan sentiasa berusaha menambah baik prestasi dan kualiti bagi menjayakan setiap projek yang di amanahkan. Pada masa yang sama, kami juga berusaha untuk menjamin kredibiliti dan akauntabiliti perniagaan untuk jangka masa yang panjang bagi menjamin keupayaan perniagaan untuk kekal bersaing secara sihat Kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan akan menyumbang kepada peluang pekerjaan terhadap masyarakat setempat dan juga secara langsung meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat secara amnya. Dasar kerajaan untuk melahirkan usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing akan tercapai sekiranya lebih ramai usahawan tempatan diberikan peluang untuk menunjukkan bakat serta keupayaan masingmasing di dalam menguruskan perniaagaan mereka. Justeru, perkara ini akan menjurus kepada kemajuan dalam sektor ekonomi serta menyumbang kepada kenaikan KDNK negara pada masa hadapan. Berdasarkan perkara di atas, kami amat mengharapkan kerjasama yang sewajarnya dari pelbagai pihak yang terlibat untuk sama-sama berganding bahu bagi merealisasikan setiap perancangan yang telah ditetapkan untuk kepentingan semua. Insya Allah, akhir kata kami berharap semoga Treand Studio akan terus diberikan kepercayaan oleh pelanggan untuk merekabentuk kediaman idaman mereka pada masa akan datang. Amin. Sekian, terima kasih PENUTUP 9
H I A S A N D A L A M A N R U M A H & I N D U S T R I + 6 0 1 2 5 3 3 6 0 4 0 t r e a n d l e g a c y 2 3 @ g m a i l . c o m T r e a n d L e g a c y t r e a n d l e g a c y . m y G - 1 & G - 2 , B a n g u n a n A R E N A , 5 5 , L o r o n g P e r a k 1 2 , K a w a s a n P e r u s a h a a n M e r g o n g , 0 5 1 5 0 , A l o r S e t a r , K e d a h .