Kertas Kerja Projek Kokurikulum
Ikhtiar Hidup
“Sihat, Cekal, Kental”
Kumpulan / Unit: TESL 1 (Rendah)
Kod dan Nama Kursus: MPU2071 Pengurusan Kokurikulum
Nama Pensyarah: Awang bin Abdullah
Tarikh Hantar: 15 Ogos 2021
Nama Pelajar Angka Giliran Nombor Matrik Nombor Kad
Pengenalan
Ili Nabila binti Zamberi 2021082400003 D21080640 940318-11-5060
Kertas Kerja Projek Kokurikulum: Ikhtiar Hidup
Anjuran Guru Pelatih, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Unit Beruniform Pengakap
SJK(C) Chong Hwa
1.0 PENDAHULUAN
Bayangkan anda tersesat di dalam hutan, kesejukan, kepanasan, kelaparan, dan kesakitan.
Apakah yang akan anda lakukan? Adakah anda akan terus menyerah atau anda akan hadapi
dengan tenang, kritis dan kreatif? Sesungguhnya, situasi kecemasan itu boleh berlaku
kepada sesiapa sahaja tanpa mengira tempat, waktu, dan keadaan. Pendidikan kokurikulum
pula mempunyai visi jelas yang ingin menzahirkan pelajar secara holistik dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekiranya ditimpa situasi kecemasan, ilmu ikhtiar hidup akan memberi pendedahan, solusi,
dan keyakinan kepada murid-murid pada peringkat awal untuk keluar daripada situasi
tersebut dan bersemangat meneruskan kehidupan.
Seperti yang kita tahu, manusia memerlukan tiga unsur untuk kelangsungan hidup iaitu
makanan, tempat tinggal, dan pakaian. Projek Kokurikulum: Ikhtiar Hidup kali ini dilancarkan
bagi mengasah murid-murid tentang ilmu kelangsungan hidup dari unsur pemakanan dan
kesihatan. Murid-murid haruslah mengenal pasti tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang
selamat dimakan sekiranya berlaku kecemasan. Untuk manfaat kesihatan, pengetahuan
tentang herba tradisional dapat membantu murid-murid untuk mencegah pelbagai penyakit.
Herba-herba tradisional pula amat mudah diperoleh sama ada di rumah, di hutan atau
persekitaran kita. Konsep inilah yang menjadi intipati dalam pertandingan kali ini iaitu murid
akan didedahkan dengan informasi tentang herba tradisional dan diminta untuk
mengenalpasti herba tradisional itu sendiri secara praktikal.
2.0 TEMA
Sihat, Cekal, Kental
3.0 TARIKH PROGRAM
8 Ogos - 12 Ogos 2021
4.0 OBJEKTIF
4.1 Kognitif
4.1.1 Murid memperoleh pengetahuan asas tentang ikhtiar hidup sama ada di
rumah, hutan atau mana-mana sahaja.
4.1.2 Murid mempelajari ilmu herba tradisional sebagai khasiat pemakanan.
4.2 Psikomotor
4.2.1 Murid dapat mencari dan menggunakan herba tradisional untuk manfaat
kesihatan dalam mencegah penyakit.
4.2.2 Murid dapat bertindak secara cekal dan kental apabila berdepan dengan
situasi kecemasan.
4.3 Afektif
4.3.1 Murid dapat membina keyakinan untuk meneruskan kehidupan.
4.3.2 Murid memupuk minat terhadap alam semulajadi dan menghayati
keindahan ciptaan Tuhan.
5.0 PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN
5.1 Penyertaan
5.1.1 Peserta mestilah terdiri daripada murid Tahap 2 iaitu Tahun 4 daripada Unit
Beruniform Pengakap.
5.1.2 Pertandingan ini merupakan penyertaan secara individu.
5.1.3 Penglibatan murid diwajibkan sekurang-kurangnya 5 penyertaan murid.
5.2 Had Masa
5.2.1 Tempoh pertandingan adalah selama 1 minggu.
5.2.2
Hari pertama diperuntukkan untuk penerangan aktiviti ‘Ikhtiar Hidup’
menggunakan modul bersama guru pembimbing.
5.2.3 Peserta hendaklah menghantar respon pada setiap akitiviti yang dijalankan
mengikut masa yang telah ditetapkan dalam tempoh 5 hari.
5.2.4 Had masa bagi menjawab soalan kuiz kesihatan ialah selama 30 minit.
5.2.5 Had masa bagi menjawab soalan Herbs Treasure Hunt ialah selama 1 jam.
5.2.6 Penilaian akan berlangsung pada 13 Ogos 2021.
5.3 Format Pertandingan
5.3.1 Pertandingan dilaksanakan secara dalam talian di platform Google Form.
5.3.2 Pertandingan yang dijalankan ialah Kuiz Kesihatan tentang khasiat herba
tradisional dan Herbs Tresure Hunt (Herba Tradisional dan Khasiatnya)
5.3.3 Kedua-dua aktiviti bagi pertandingan SIHAT, CEKAL, KENTAL akan
dilaksanakan pada pautan Google Form
5.3.4 Kuiz Kesihatan: Khasiat Herba Tradisional boleh dicapai melalui pautan
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdyM1nGsRfhPqlEpmlNRGYSN
U4ta0e6aLRbA7kCFKNbmpz0Pw/viewform
5.3.5 Tresure Hunt: Herba Tradisional dan Khasiatnya boleh dicapai melalui pautan
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScIDjMmoh6tPcvo03vmY-
0tFg3CYdr4KDDq__79r-pkPgLMSw/viewform
5.3.6 Arahan bagi setiap aktiviti pertandingan telah dinyatakan pada setiap Google
Form. (sila rujuk pautan pertandingan)
5.3.7 Peserta perlu memuatnaik gambar herba tradisional bagi Pertandingan
Tresure Hunt pada setiap soalan pembayang yang diberikan. Resolusi bagi
setiap gambar tidak melebihi 10MB.
5.4 Pembatalan Penyertaan
5.41 Peserta yang tidak menepati syarat dan kriteria menjawab soalan di Google
Form yang diberikan bagi Kuiz Kesihatan dan Herbs Treasure Hunt akan
dibatalkan penyertaan dengan budi bicara juri dan jawatankuasa program.
5.4.2 Peserta yang menjangkau tempoh masa pertandingan selama 7 hari tidak
dibenarkan mengikuti pertandingan ini.
5.5 Penghakiman
5.5.1 Juri pertandingan akan menilai dari segi masa, bahan yang ditemukan serta
peratus skor kedua-dua kuiz yang disertai murid.
5.5.2 Setiap peserta perlu menepati setiap syarat yang ditetapkan agar tiada
pembatalan penyertaan yang dibuat oleh pihak juri hakim.
5.5.3 Keputusan hakim adalah muktamad.
5.6 Rubrik Pemarkahan
5.6.1 Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai peratusan skor penuh sebanyak
100%.
5.6.2 Skor markah bagi setiap aktiviti adalah seperti yang dilampirkan di Jadual 1:
Item Skor markah / Jumlah Keseluruhan
item %
Kuiz 1: Kuiz Kesihatan 10 X 10 100%
Kuiz 2: Herbs Treasure 10 X 10 100%
Hunt
5.7 Hadiah dan Sijil Penyertaan
5.7.1 Hadiah akan diberikan kepada tempat pertama hingga tempat ketiga bagi
murid yang layak.
5.7.2 Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua murid yang terlibat dalam
pertandingan ini.
5.7.3 Setiap peserta akan mendapat hebahan keputusan pertandingan yang akan
diumum pada 13 Ogos 2021.
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Nilai Jumlah
RM 6.00
1 Hadiah Tempat Pertama RM 6.00 X 1 orang
RM 4.00
(Skipping rope) RM 2.00
RM 0.00
2 Hadiah Tempat Kedua (Cat Air) RM 4.00 X 1 orang RM 12.00
3 Hadiah Tempat Ketiga (Alat RM 2.00 X 1 orang
Tulis) RM 0.00 X 3 keping
4 Cetakan Sijil
7.0 SUMBER PENDAPATAN
Unit-Beruniform Pengakap
8.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran A
9.0 JAWATANKUASA INDUK
Rujuk Lampiran B
10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran C
11.0 PENUTUP
Dengan ini, doa dan harapan agar program yang dirancang akan dapat dilaksanakan
dengan baik dan memberikan pengalaman dan pengetahuan baru kepada guru pelatih.
Komitmen dan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak amat diperlukan untuk
memastikan program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Sila patuhi SOP sepanjang
pertandingan di adakan. Segala kerjasama yang dihulurkan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :
________________________ _______________________ ________________________
( Pn. Ili Nabila Zamberi ) (Cik Hong Hui Ying) ( En. Teo Boon Hian )
Guru Interim PK Kokurikulum Guru Besar
Rujukan
Aman, A. H. (2017). Pengurusan Persatuan Edisi Kedua. Petaling Jaya: Penerbit Sasbadi
Sdn. Bhd.
Production, M. (2021). Masakan Rimba Pengakap [Video]. Retrieved from
https://www.youtube.com/watch?v=G_1alR0fOxc
Rashid, N. A. (2018). Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru Edisi Kedua.
Shah Alam: Oxford Fajar.
RTM. (2016). SPM - Fakta atau Auta - Khasiat Rempah Ratus dan Herba [16 Feb 2016] [Video].
Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=tKxVbB88LlA
RTM. (2016). SPM - Fakta Atau Auta- Khasiat Herba Tradisional [19 Apr 2016] [Video].
Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=FwVAbxe6X9Y
Zakaria, J., Harun, M. T., & Salamuddin, N. (2018). Amalan Pengurusan Sukan dan Rekreasi.
Perak: Simplandin Resources.
Link Projek Kokurikulum: Ikhtiar Hidup
Video Pendahuluan
https://www.youtube.com/watch?v=roi9vdQUoR0
Video Gimik dan Informasi
https://www.youtube.com/watch?v=vrmVJCol750
Borang Penyertaan Pertandingan
https://forms.gle/gGqbLW3G9Sw4a6ym6
LAMPIRAN A
CADANGAN TENTATIF PROGRAM
TARIKH: 8 OGOS 2021-13 OGOS 2021 (7 HARI)
TARIKH AKTIVITI CATATAN
8 OGOS Taklimat ringkas mengenai pertandingan ‘Sihat, Cekal Semua murid
dan Kental oleh Puan Ili Nabila melalui platform online. Pengakap Tahun 4
12 OGOS Tarikh Akhir Pengumpulan Google Form jawapan para Semua murid
peserta oleh guru penasihat unit-beruniform pengakap Pengakap Tahun 4
masing-masing.
13 OGOS
Pemilihan pemenang dan penyerahan e-Sijil melalui Semua murid
WhatsApp dan pemberian hadiah secara pos atau pandu Pengakap Tahun 4
lalu oleh AJK hadiah.
LAMPIRAN B
CADANGAN JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM PERTANDINGAN IKHTIAR HIDUP
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHONG HWA, WAKAF TAPAI
Pengerusi : Encik Teo Boon Hian
(Guru Besar SJK (C) Chong Hwa, Wakaf Tapai)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Ong Chooi Sian
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Tan Chiu Sze
(Guru Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 3 : Cik Hong Hui Ying
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Ili Nabila binti Zamberi (Guru Interim SJK (C) Chong Hwa, Wakaf Tapai)
Bendahari : Pn. Ili Nabila binti Zamberi
Penyelaras : Guru Penasihat Unit-Beruniform Pengakap Tahun 4
LAMPIRAN C
CADANGAN JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM PERTANDINGAN IKHTIAR HIDUP
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHONG HWA, WAKAF TAPAI
Buku Program/ Poster : Pn. Ili Nabila binti Zamberi
Video Gimik Pelancaran: Pn. Ili Nabila binti Zamberi
Pn. Toh Rong Hsin
Ketua Juri : Encik Teo Boon Hian (Guru Besar)
Pembantu Juri : Guru Penasihat Unit-Beruniform Pengakap
Hadiah: Pn. Ili Nabila binti Zamberi
Pn. Toh Rong Hsin
Cik Hong Hui Ying
LAMPIRAN D
Senarai Semak Projek Kokurikulum: Ikhtiar Hidup
1. Kertas Kerja Projek
2. Poster Pertandingan
3. Borang Penyertaan Pertandingan
4. Google Form Kuiz Kesihatan: Herba Tradisional
5. Google Form Herbs Treasure Hunt
6. Surat Permohonan
7. Surat Jemputan
8. Surat Kebenaran
LAMPIRAN E
Poster Pertandingan
LAMPIRAN F
登嘉楼哇加打北中华国民型华文小学
SJK(C) Chong Hwa, Wakaf Tapai,
21040 Marang, TEL: 09-6801166
Terengganu Darul Iman.
Fax: 09-6802166
Email:
[email protected]
Ruj. Kami : SJKCCHWT
Tarikh : 8 Ogos 2021
Ibu bapa / penjaga
.................................................................
.................................................................
Tuan / Puan,
SURAT KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA
Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan
Pertandingan Sihat, Cekal, Kental bagi semua ahli pengakap yang terdiri daripada murid Tahun
4. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang ikhtiar hidup
dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.
2. Butiran lanjut program pertandingan ini adalah seperti yang berikut:
Hari : Setiap hari persekolahan
Tarikh : 8 Ogos hingga 12 Ogos 2021
Tempat : Kediaman murid
Pautan : Google Form (pautan link akan diedarkan dalam aplikasi
Whatsapp Unit Beruniform)
3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kebenaran daripada ibu / bapa / penjaga
kepada murid-murid untuk mereka menyertai pertandingan ini.
Sekian dalam makluman.
“Mendepani Pendidikan Global”
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
..........................................................
Guru Penasihat Pengakap
SJKC Chong Hwa, Wakaf Tapai,
Marang.
BORANG JAWAPAN
Guru Besar
SJK (C) Chong Hwa, Wakaf Tapai,
21040 Marang,
Terengganu.
09-6801166
Tuan,
SURAT KEBENARAN IBU / BAPA / PENJAGA
Adalah saya : ......................................................................................................
No. KP : ...................................................... Ibu / bapa / penjaga murid bernama
..................................................................................................................... yang belajar di sekolah
ini di kelas : ...................................... dengan ini memberi kebenaran kepada * anak / anak jagaan
saya untuk turut serta dalam aktiviti / program PERTANDINGAN SIHAT, CEKAL, KENTAL.
bertempat di : Kediaman Masing-masing
pada 8 OGOS 2021 hingga 12 OGOS 2021
Saya faham bahawa pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang
sewajarnya. Dengan ini saya memberi pengakuan bahawa saya tidak akan membuat apa-apa
tuntutan atau mengambil apa-apa tindakan undang-undang / mahkamah terhadap pihak sekolah
ataupun sesiapa yang ada kaitan dengan program / aktiviti ini atas apa-apa kemalangan,
kecacatan, kematian atau sebarang kecederaan terhadap anak jagaan saya semasa dan
sepanjang program ini berjalan.
Tandatangan ibu / bapa / penjaga Tarikh
....................................................... ....................................................
登嘉楼哇加打北中华国民型华文小学 LAMPIRAN G
SJK(C) Chong Hwa, Wakaf Tapai,
21040 Marang, TEL: 09-6801166
Terengganu Darul Iman. Fax: 09-6802166
Email:
Ibu bapa / Penjaga Murid Tahun 4 [email protected]
SJK (C) Chong Hwa, Wakaf Tapai, Ruj. Kami : SJKCCHWT ( )
21040 Marang, Tarikh: 8 Ogos 2021
Terengganu.
Tuan/Puan,
MAKLUMAN PROGRAM PERTANDINGAN SIHAT, CEKAL, KENTAL
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Unit Beruniform Pengakap sekolah akan melaksanakan
Pertandingan Sihat, Cekal, Kental bagi semua ahli pengakap yang terdiri daripada murid Tahun
4 hingga 6. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang
ikhtiar hidup dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.
3. Butiran lanjut program pertandingan ini adalah seperti yang berikut:
Hari : Setiap hari persekolahan
Tarikh : 8 Ogos 2021 hingga 12 Ogos 2021
Tempat : Kediaman murid
Pautan : Google Meet
4. Sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan dan puan di dalam menjayakan program
ini didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian dalam makluman.
“Mendepani Pendidikan Global”
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
..........................................................
Guru Penasihat Pengakap
SJK (C) Chong Hwa, Wakaf Tapai
登嘉楼哇加打北中华国民型华文小学 TEL: 09-6801166
SJK(C) Chong Hwa, Wakaf Tapai,
21040 Marang, Fax: 09-6802166
Terengganu Darul Iman.
Email:
Ibu bapa/Penjaga Murid Tahun 4 [email protected]
SJK (C) Chong Hwa, Wakaf Tapai Ruj. Kami : SJKCCHWT ( )
21040 Marang,
Terengganu Darul Iman Tarikh: 30 Julai 2021
Tuan/ Puan,
JEMPUTAN MENJAYAKAN PROGRAM PERTANDINGAN SIHAT, CEKAL, KENTAL
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput untuk menjayakan Pertandingan
Sihat, Cekal, Kental yang dijalankan secara dalam talian di bawah Unit Beruniform Pengakap
sekolah. Pertandingan ini melibatkan semua ahli Pengakap daripada Tahun 4, 5 dan 6.
3. Butiran lanjut program pertandingan ini adalah seperti yang berikut:
Hari : Setiap hari persekolahan
Tarikh : 8 Ogos hingga 12 Ogos 2021
Tempat : Kediaman murid
4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan
dapat mengikuti dan menjayakan pertandingan ini bersama anak-anak disamping mengeratkan
lagi hubungan kekeluargaan.
5. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan dan puan di dalam menjayakan program ini
amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
..........................................................
Guru Penasihat Pengakap
SJK (C) Chong Hwa, Wakaf Tapai