1.0 PENGENALAN
Boria adalah merupakan sejenis seni persembahan teater tradisional yang
terkenal terutama di negeri Pulau Pinang. Sejak kemunculan teater tradisional boria
ini, ia menjadi sebuah identiti kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang dan masih
diamalkan sehingga hari ini. Walaupun dipercayai boria berasal dari Parsi dan
dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh askar-askar India selatan, boria telah
diubahsuai dan dimajukan lagi oleh orang Melayu di Pulau Pinang.
Menurut kajian Mohd Ghazali Abdullah (1995), dalam naskhahnya: Teater
Tradisional Melayu, pada tahun 1845 boria mula dibawa masuk oleh Tentera
rejimen Madras yang ke-21 ke Pulau Pinang yang kemudiannya dipindahkan ke
kubu pertahanan Pulau Pinang. Menurut beliau juga, titik permulaan kepada
perkembangan teater tradisional boria di Pulau Pinang setelah Tentera Rejimen
Madras serta sebuah syarikat British, East India Company telah membawa masuk
golongan pekerja yang berasal dari kawasan wilayah Beri dan Chulia, India ke Pulau
Pinang.
Menurut En. Omar bin M.Hashim, Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang
– tahun 2016 oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, beliau menceritakan
semasa di temuramah, Pada tahun awal era kegemilangan boria ini dipersembahkan
dengan sangat meluas di Pulau Pinang tetapi masa kini teater dipersembahkan di
daerah-daerah tempatan sahaja. Beliau juga menceritakan setelah mengikut
peredaran zaman, boria diubahsuai mengikut citarasa dan keperluan komuniti
tempatan. Pada masa kini, boria dipersembahkan pada hari kebangsaan dan pesta-
pesta di Pulau Pinang, tapak-tapak ekspo dan sebagainya dengan tujuan memajukan
pelancongan. Selain itu, pertandingan-pertandingan boria juga turut diadakan di
peringkat sekolah, negeri dan juga di peringkat kebangsaan tujuannya bagi
memastikan boria tidak hilang dek arus kemodenan dan juga generasi baru masih
dapat mengetahui kewujudan boria ini.
Persembahan boria di peringkat kampung-kampung biasanya menggunakan
pentas biasa iaitu di atas pelantar kayu yang di bina dengan ketinggian lebih kurang
satu meter. Menurut En. Omar juga biasanya pentas ini tidak memerlukan set atau
peralatan. Peralatan-peralatan kecil sahaja yang dipegang oleh para peserta boria. Di
bahagian belakang adalah tempat perserta dan pemain muzik ditempatkan semasa
persembahan. Di ruang bahagian hadapan pelantar ini adalah merupakan gelanggang
untuk persembahan boria. Apabila perayaan negeri persembahan boria biasanya
pentas dewan digunakan tetapi peralatan dan set masih tidak diperlukan. Pada masa
kini, isi-isi penceritaan dalam persembahan boria telah banyak perubahan dan
tertumpu kepada tema yang berhubungkaitkan dengan tujuan persembahan dan isu-
isu masyarakat semasa dan kadang kala dimasukkan juga cerita tentang masyarakat
Cina atau India malah terdapat juga cerita daripada filem turut dikisahkan dalam
pementasan boria.
1.1 LATAR BELAKANG DAN SEJARAH BORIA
Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979), dalam bukunya Sejarah Boria,
menyatakan timbulnya kewujudan teater tradisional boria ini ada mempunyai kaitan
dengan suatu upacara yang dinamakan upacara ta’ziya yang telah diamalkan dalam
masyarakat kaum Syiah serta punca terwujudnya upacara ta’ziya ini setelah
terjadinya satu kejadian kewafatan cucu Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saidina Hassan
dan Hussein r.a. Kewafatan beliau yang penuh tragik. Bagi memperingati peristiwa
tersebut oleh masyarakat kaum Syiah tentang kewafatan beliau, mereka akan
mengadakan upacara berkabung.
Dalam upacara berkabung, bagi memperingati peristiwa yang menyayat hati
ini, lakonan dan dilakonkan dan diiringi oleh seseorang penyair yang akan
mendendangkan syair-syair mengisahkan Saidina Hussein r.a dikepung musuh.
Apabila dendangan syair ini memceritakan tentang kejadian pembunuhan Saidina
Hussein r.a, maka pengikut-pengikut Syiah ini akan meratap sambil menjerit dan
memukul-mukul badan dengan sekuat hati sehingga berdarah. Mereka menganggap
perbuatan ini bertujuan untuk menebus dosa mereka kerana membiarkan Saidina
Hussein r.a menemui ajalnya di tangan tentera-tentera Muawiyah bin Ali Suffian.
Untuk acara akhir pula, satu perarakan diadakan yang membawa lambang tangan
berwarna merah serta bendera-bendera berwarna merah putih yang melambangkan
kumpulan-kumpulan boria di Pulau Pinang di sekitar kawasan perkuburan Saidina
Hussein r.a. Kemudianya upacara yang menjadi sambutan kaum syiah ini mula
mengalami perubahan mengikut arus masa apabila teater boria mula masuk ke
semenanjung Malaysia terutamanya di Pulau Pinang. Menurut penyataan Abdullah
dalam tesis Thavamalar Tausee Ganu (2007), tujuan utama teater boria ini dibentuk
adalah untuk hiburan semata-mata dan bukan untuk memperingati kewafatan
Saidina Hassan dan Hussein r.a. Beliau turut menyatakan, teater tradisional boria
juga telah dimodenkan mengikut konsep hiburan dan arus masa di samping
mengekalkan tradisinya.
Pada pertengahan abad ke-19, persembahan teater boria hanya melibatkan
lagu vokal dan tarian di bawa ke Pulau Pinang oleh askar-askar India selatan yang
beragama Islam. Persembahkan ketika itu diadakan selama 10 hari pada bulan
Muharam untuk mengingati peristiwa Karbala dan meratapi kematian Saidina
Hussein r.a. kemudian penduduk-penduduk tempatan yang berketuruan India selatan
yang lebih dikenali dengan gelaran Jawi-Pekan telah mempersembahkan seni boria
di Pulau Pinang.
1.2 PERSEMBAHAN BORIA
Pada asalnya para pelakon boria adalah lelaki sahaja. Jika terdapat watak
wanita di dalam lakonan maka ia akan dilakonkan oleh pelakon lelaki yang akan
memakai pakaian wanita sambil menukar nada suara seakan-akan suara wanita
itulah keunikan persembahan boria ketika itu. Selepas itu, pada tahun 1950 an, telah
tertubuhnya pasukan boria wanita. Setiap lakonan dan persembahan yang
disampaikan akan dipenuhi dengan lawak jenaka untuk memberi rasa geli hati
kepada penonton.
Menurut Rahmah Bujang, (1987) dalam bukunya Boria: A Form of Malay
Theatre, terdapat dua elemen penting yang diamalkan oleh kelompok masyarakat
Melayu dalam persembahan teater tradisional iaitu elemen lagu dan tarian. Elemen
ini akan menyempurnakan lakonan yang berunsur aksi simbolik dalam sesebuah
persembahan teater. Terdapat juga beberapa tema yang ditampilkan dalam
persembahan teater tradisional boria ini kebiasaanya menyentuh isu-isu seperti
aspek social, perkahwinan, propaganda politik, isu keagamaan dan pendidikan.
Hasilnya, secara tidak langsung dapat menyampaikan pengetahuan berunsur mesej
dan nasihat kepada penonton.
Menurut Rahmah Bujang (1987) juga, terdapat dua segmen dalam teater
tradisional boria ini yang merangkumi pengisian iaitu bahgian pengenalan dan
persembahan. Di bahagian pengenalan biasanya akan dimulakan dengan lakonan
sketsa yang menyampaikan nasihat,mesej dan lawak jenaka. Manakala dibahagian
kedua adalah berbentuk persembahan yang mengandungi nyanyian, tarian dan
muzik. Kedua-dua segmen ini sangat penting dalam persembahan teater boria ini
dan saling bergantungan di antara satu sama lain untuk menentukan mutu
persembahan. Untuk menghasilkan sebuah persembahan yang asli dan bermutu
maka kedua-dua pengisian bahagian ini akan digabungkan dan dimainkan secara
berkelompok. Persembahan teater tradisional boria boleh di katakan menjadi salah
satu medium yang bukan sahaja menyampaikan pengetahuan kepada penonton
malah turut menjadi satu hiburan kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang.
1.3 ASAL USUL PERKATAAN BORIA
Ramai yang masih tertanya-tanya, dari manakah munculnya perkataan boria
ini? Menurut H.T. Haughton didalam buku Rahmah Bujang (1987) Boria: A Form
of Malay Theatre, perkataan Boria ini katakan diambil dari perkataan Hindustan
yang membawa maksud 'tikar' atau ‘tikar sembahyang’ atau ‘tikar gulung’.
Perkataan ini muncul oleh kerana kumpulan boria ketika itu menggunakan pakaian
yang diperbuat daripada tikar untuk menggambarkan kesengsaraan Saidina Hussein
r.a di Karbala.
Selain itu, ada juga sesetengah pengkaji berpendapat perkataan boria ini
berasal dari perkataan 'borai' yang membawa maksud gila atau sasau disebabkan
oleh kelakuan pemain serta pakaian mereka semasa persembahan seperti orang gila.
Perkataan borai ini dikatakan berasal dari bahasa Hindustan.
Terdapat juga satu lagi pendapat yang mengatakan bahawa boria ini merujuk
kepada satu kaum yang dinamakan Bori yang berasal dari Gujerat, India. Dikatakan
bahawa kaum Bori ini telah berpindah serta menetap di negeri Pulau Pinang satu
ketika dahulu. Pendapat lain juga ada yang mengatakan bahawa timbulnya nama
boria ini hasil dari gabungan bori dan ria, maka terjadilah perkataan boria ini.
1.4 PENCAPAIAN:
1. Tokoh Seni Budaya – Boria - tahun 2014 Karyawan P Pinang
2. Tokoh Seni Budaya – tahun 2014 oleh Politeknik Seberang Perai.
3. Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang – tahun 2016 oleh Jabatan
Kebudayaan Kesenian Negara
4. Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH) - tahun 2018 oleh
Jabatan Warisan Negara.
5. Tokoh Seni Budaya Maal Hijrah 2019 - PEMENANG P. Pinang.
6. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat George Town World Heritage
2020
7. Anugerah Kehormat Juri Kategori Program dan Aktiviti Warisan
Kebudayaan melalui nominasi Ghazal Parti George Town World Heritage
2020.
8. Kumpulan Boria Omara Pulau Pinang Kategori Pengiktirafan
Kesinambungan Budaya George Town World Heritage 2020
1.5 SEJARAH RINGKAS MENGENAI EN. OMAR BIN HASHIM
Nama saya: Omar Hashim atau dikenali dengan
panggilan Omara. Asal: Orang Pulau Pinang. Seorang
Penggiat Seni. Aktiviti: Penulis blog, skrip, buku, lirik,
rangkap karangan boria, puisi dll. Mengurus: Semua
aktiviti seni, antaranya Boria, Ghazal Parti,
Persembahan Kebudayaan Seni dan Warisan,
Persembahan Pentas, Pengambaran, Rakaman dll. Tuan
Punya Blog: Warisan Boria, Warisan Ghazal Parti, Di
Sepanjang Riwayatku, Galapagos, Omara Norizeight
Ventures dll. Boleh dihubungi melalui: Email –
[email protected] Telefon – 0174430091
dan 0134220091 , Facebook – omar hashim omara
Dua beradik Omar dan
Yusof
Darjah 4 Sekolah Keb. Bagan Tuan Kechil Butterworth
1970 Tingkatan 4 Sek. Dato' Onn
Butterworth
Zaman remaja simpan sideburn
Remaja 1975
Sekarang ini
Tahun 2022
1.6 Rujukan
Rahmah Bujang. (1987). Boria: A Form of Malay Theatre. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies. (m.s 124).
Mohd Ghazali Abdullah (1995), dalam bukunya Teater Tradisional Melayu
Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979), dalam bukunya Sejarah Boria
Thavamalar A/P Tausee Ganu (2007), Thesis; cabaran yang dihadapi oleh jabatan
kebudayaan Kesenian dan warisan negeri pulau pinang dalam Menerapkan
penghayatan dan kesedaran teater Tradisional boria dalam kalangan
golongan belia pulau Pinang. Universiti Malaysia Sarawak
Abdul Hadi Qusairy Bin Mohd Hanifah (2016), Thesis; Cabaran Mempromosikan
Seni Persembahan Boria Di Pulau Pinang. Universiti Malaysia Sarawak