The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Book Keganasan Rumah Tangga

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anamolly30, 2023-05-24 23:11:32

Keganasan Rumah Tangga

E-Book Keganasan Rumah Tangga

KEGANASAN RUMAH TANGGA Monieca Clare (20DDT22F1035) Densiana Molly (20DDT22F1019) Jelvera Ryannie (20DDT22F1083) Gevenissa Yong (20DDT22F1022)


Pengenalan 02 Cara Mengatasi Keganasan Rumah Tangga 06 Faktor 03-04 Contoh Isu yang Pernah Berlakunya Keganasan Rumah Tangga 07 Kesan 05 Kesimpulan 08 ISI KANDUNGAN Keganasan Rumah Tangga 01 Kumpulan 2 Rujukan 09


Keganasan Rumah Tangga 02 Pengertian tentang Keganasan Rumah Tangga PENGENALAN Apakah itu keganasan rumah tangga? Keganasan Rumah Tangga bermaksud perlakuan ganas terhadap pasangan atau bekas pasangan. Ia terdiri daripada fizikal dan gangguan seksual, keganasan pertuturan (maki hamun dan cacian), ugutan, gangguan/pengabaian emosi dan kewangan. Keganasan rumahtangga, kebiasaanya berulang dan menjadi semakin teruk dan berterusan walaupun selepas penceraian. Ini adalah disebabkan pendera ingin terus berkuasa dan mahu mengawal mangsa. Kebanyakan pendera adalah diantara golongan lelaki dan mangsa adalah merupakan golongan wanita atau kanak-kanak. Kumpulan 2


Keganasan Rumah Tangga 03 FAKTOR-FAKTOR KEGANASAN RUMAH TANGGA 1.Kekurangan ilmu keibubapaan 2. Kegagalan Mengawal Kemarahan atau Sikap Panas Baran Ilmu keibubapaan yang kurang dapat mendorong kepada keganasan dalam rumahtangga. Hal ini kebiasaanya berlaku kepada pasangan muda yang baru berkahwin. Ketiadaan ilmu keibubapaan ini menyebabkan mereka salah mendidik anakanak mereka. Misalnya, terdapat pasangan muda yang menggangap memukul anak merupakan salah satu cara untuk mendidik anak yang berkesan. Akan tetapi, disebaliknya anak mengalami kecederaan fizikal dan trauma. Di samping itu, terdapat juga pasangan yang saling menunding jari untuk menjaga anak padahal menjaga anak merupakan tanggugjawab mereka bersama. Hal ini dapat menyebabkan anak terabai dan penderaan secara mental dan fizikal berlaku. Kegagalan untuk mengawal kemarahan atau sikap "Panas Baran" sesetengah pasangan ini merupakan salah satu punca keganasan dalam rumah tangga berlaku. Sikap "panas baran" ini menyebabkan sesetengah pasangan ini hilang pertimbangan sehinggakan sanggup memukul anak-anak dan pasangan masing-masing. Mereka tidak dapat mengawal emosi mereka ketika mereka marah. Sebagai contoh, suami cepat naik tangan apabila anak-anak dan isteri membuat kesilapan kecil. Hal ini akan menyebabkan keganasan dalam sesebuah rumahtangga berlaku dan hal ini juga akan meninggalkan trauma kepada anak-anak dan pasangan masing-masing. Kumpulan 2 3. Masalah Kewangan Masalah kewangan yang dihadapi ketua keluarga juga membawa kepada keganasan dalam rumahtangga. Masalah kewangan dalam rumahtangga ini menyebabkan kerap kali berlaku pertengkaran antara suami isteri. Anak-anak juga tidak terkecuali dalam pertengkaran ini. Kebiasaanya keluarga yang menghadapi maslah kewangan yang teruk ialah keluarga yang berpendapatan rendah tetapi mempunyai terlalu ramai anak-anak. Hal ini menyebabkan si suami akan melempiaskan tekanannya kepada si isteri dengan memukulnya. Kadangkala anakanak ini juga akan menjadi mangsa tempat melepaskan tekanannya terhadap kewangan. Lebih mengeruhkan lagi keadaannya sekiranya si suami meminjam wang daripada lintah darat. Hal ini menyebabkan si isteri dan anak-anak mengalami kecederaan fizikal dan trauma yang mungkin boleh menyebabkan kemurungan jika berterusan


4. Pegangan Agama yang Rapuh 5. Pengamalan Gaya Hidup Tidak Sihat Selain daripada masalah kewangan, pegangan agama yang rapuh juga membawa kepada keganasan dalam rumah tangga. Pegangan agama yang rapuh menyebabkan pasangan salah faham terhadap bentuk didikan kepada anak-anak yang dianjurkan oleh agama. Seperti contoh, terdapat agama yang menganjurkan supaya anak-anak dirotan ataupun didenda sekiranya melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Pasangan yang pegangan agamanya yang rapuh akan mentafsirkan ajaran ini dengan salah. Mereka akan merotan dan mendenda anak-anak mereka sehingga mendatangkan kecederaan dan trauma sedangkan merotan dan mendenda yang dimaksudkan oleh agama tersebut adalah untuk tujuan mendidik dan memberi pengajaran semata-mata. Pengamalan gaya hidup yang tidak sihat juga membawa kepada keganasan dalam rumahtangga. Pengambilan alkohol dan dadah oleh pasangan menyebabkan pertengkaran antara pasangan kerap berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka akan hilang rasa tanggungjawab terhadap keluarga. MInuman beralkohol dan dadah akan menyebabkan pasangan hilang kewarasan sehingga sentiasa marah-marah dan memukul anak-anak serta pasangan. Terdapat juga suami penagih dadah yang sanggup melacurkan isterinya untuk memperoleh wang bagi membeli dadah. Selain itu, suami yang terlibat dengan judi akan menyebabkan keganasan dalam rumahtangga. Judi akan menyebabkan masalah kewangan kepada keluarga. Oleh itu, si suami selalunya akan memaksa isteri dan anak-anaknya untuk bekerja bagi mendapatkan sumber kewangan. Jika isteri dan anak-anak ingkar, maka mereka akan didera sehingga mengalami kecederaan yang teruk. FAKTOR-FAKTOR KEGANASAN RUMAH TANGGA Keganasan Rumah Tangga 04 Kumpulan 2


Keganasan rumah tangga adalah masalah serius yang melibatkan tindakan kekerasan fisik, emosional atau seksual yang dilakukan dalam konteks hubungan rumah tangga. Keganasan rumah tangga memberikan beberapa kesan terhadap pihak-pihak yang terlibat: 1.Korban Korban keganasan rumah tangga adalah pihak yang paling terkesan secara langsung. Mereka mungkin mengalami kecederaan secara fisik dan emosional yang yang serius. Kesehatan mental dan fisik mereka juga terpengaruh dan berkemungkinan besar akan mengalami trauma jangka panjang. Korban dalam keganasan rumah tangga ini juga mungkin mengalami isolasi sosial, gangguan hubungan dan kesulitan dalam membangun kehidupan yang stabil dan bahagia. 2. Pelaku Walaupun mungkin terlihat kontradiktif, pelaku keganasan rumah tangga juga mengalami kesan yang negatif. Pelaku berkemungkinan mendapat kesan fizikal seperti luka atau calar jika mangsa bertindak agresif semasa pergelutan atau mempertahankan diri. Walaupun pelaku tersebut berasa puas, dia selalunya dipandang serong oleh masyarakat dan mungkin akan menyebabkan dia kehilangan pekerjaan apabila diambil tindakan oleh mahkamah. 3. Anak-anak Anak-anak yang membesar dalam lingkungan kekerasan rumah tangga dapat memberikan kesan yang serius terhadap mental mereka. Mereka mungkin akan mengalami trauma dan depresi. Dalam jangka masa yang panjang, anak-anak tersebut mungkin akan berisiko tinggi dalam kesulitan belajar, fokus terhadap sesuatu, masalah perilaku dan kurang keyakinan diri. Mereka juga cenderung mengulangi pola kekerasan di kemudian hari atau menjadi korban kekerasan dalam hubungan mereka sendiri. 4.Masyarakat. Kegagalan rumah tangga yang melibatkan kekerasan dapat menyebabkan gangguan sosial dalam masyarakat. Ketika kekerasan rumah tangga terjadi secara terbuka atau tidak terkendali, hal itu mencerminkan kegagalan sistem pendukung dan perlindungan sosial. Hal ini dapat menciptakan perasaan tidak aman dan ketidakpercayaan antaranggota masyarakat, serta mengganggu hubungan antarpersonal dan keharmonisan komunitas. Keganasan Rumah Tangga 05 KESAN-KESAN KEGANASAN RUMAH TANGGA Kumpulan 2


Keganasan Rumah Tangga 06 CARA - CARA MENGATASI KEGANASAN RUMAH TANGGA 1.Dapatkan Kaunseling 2. Jalankan rawatan pemulihan Jika ibubapa mempunyai maslah ketagihan, masalah rumahtangga ataupun masalah persendirian seperti panas baran, usahakanlah untuk dapatkan kaunseling dari mereka yang pakar. Ketahui apa punca utama permasalahan ibubapa dan dapatkan bantuan dan pandangan dai kaunselor. Pujuklah pasangan sebaiknya jika masalah berpunca dari mereka dan sepanjang sesi kaunseling, berilah sokongan yang terbaik kepada mereka. Untuk pasangan yang diuji dengan masalah yang lebih serius seperti masalah ketagihan dadah dan psikologi, ibubapa seharusnya dapatkan rawatan pemulihan secepatnya. Janganlah fikir bahawa diri sendiri atau pasangan tidak bolrh sembuh tetapi usahalah sebaiknya untuk pulih dari ketagihan dan masalah psikologi ini. Dengan rawatan yang betul, ramai yang telah pulih dan hidup bahagia bersama yang tersayang. Yang penting, jangan tunggu dan biarkan maslah berlarutan. 3. Sertai kumpulan sokongan Jika di negara barat, banyak kumpulan sokongan dan pertubuhan yang ditubuhkan untuk membantu dan mengatasi permasalahan sosial. Sebagai contoh, ada kumpulan sokongan untuk merawat masalah panas baran dan masalah psikologi. Jika ibu bapa terlibat dalam kumpulan dan pertubuhan ini, ibu bapa akan beljar tentang cara mengatasi masalah keganasan rumah tangga dengan bagaimana untuk bertindak apabila ia berlaku. Setidaknya, ibu bapa boleh mengadu kepada rakan dalam kumpulan sokongan ini dan mendapatkan serba sedikit pandangan dari mereka. Kumpulan 2


Keganasan Rumah Tangga CONTOH ISU YANG BERLAKU DI NEGARA Kes keganasan rumah tangga direkodkan dalam tempoh 228 hari, namun ia menunjukkan penurunan sebanyak 178 kes berbanding tempoh sebelum itu sejak 2 Oktober 2019 hingga 17 Mac lalu yang mencatatkan 3,258 kes. "Jumlah dicatatkan berkurangan berbanding empat fasa pertama PKP iaitu dari 18 Mac hingga 3 Mei lalu dengan penurunan sebanyak 400 kes. "Namun jumlah kes bagi semua negeri menunjukkan peningkatan bermula PKPB iaitu dari 4 Mei hingga kini," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam Puan Siti Kamsiah berkata, statistik menunjukkan sejak PKPP dan PKPB bermula pada 10 Jun hingga 31 Oktober lalu, jumlah kes kembali normal seperti sebelum PKP. "Tempoh PKPP itu menunjukkan jumlah kes adalah kembali normal kerana aktiviti semua sudah kembali normal. Setiap tempoh kawalan pergerakan ada perbezaan," katanya. Kumpulan 2 07


Keganasan Rumah Tangga 08 Kumpulan 2 Kesimpulannya daripada implikasi keganasan rumahtangga ini, kita perlulah mencegah lebih baik dari mengubati. Hal ini akan memberikan implikasi buruk kepada semua ahli keluarga. Perkara ini perlu dicegah terutama ianya akan memberi implikasi kepada kanak-kanak. Hal ini akan mengkaburkan masa hadapan mereka dan akan mengubah perspektif mereka terhadap hidup berkeluarga akibat daripada apa yang mereka perlihatkan dan didedahkan ketika mereka masih kecil. Apabila mereka sudah membesar, mereka juga berpotensi untuk mengulangi perkara yang sama kepada suami atau isteri dan keluarga mereka dan ianya akan menjadi satu kitaran yang berulang. Oleh itu, kita perlu mencegahkan daripada berlaku dengan cara membina keluarga yang aman dan harmoni. Ibu bapa memberi impak yang besar dalam peranan ini kerana mereka adalah contoh yang baik kepada mereka. Akhir sekali, kita perlulah mencegah jenayah keganasan rumahtangga ini bagi membentuk individu dan masyarakat negara yang stabil dan aman. Implikasi Keganasan Rumah Tangga KESIMPULAN


-Keganasan Rumah Tangga http://www.myhealth.gov.my/keganasan-rumahtangga/ -Punca berlaku Keganasan Rumah Tangga https://pendidikjalanan.blogspot.com/2021/06/puncaberlaku-keganasan-dalam-rumah.htm -Kesan Keganasan Rumah Tangga https://www.studocu.com/my/document/universititeknologi-mara/values-and-civilizationii/kesan keganasan-rumah-tangga/40461593 http://studentsrepo.um.edu.my/988/4/BAB_1.pdf -Punca Keganasan Rumah Tangga http://perbayudss.blogspot.com/2008/11/puncapunca-keganasan-rumah-tangga-dan.html? m=1#:~:text=Pertama%20dengan%20khidmat%20kauns eling.,keluarga%20daripada%20berkecai%20akibat%20k eganasan -Pengenalan Keganasan Rumah Tangga https://ikram.org.my/keganasan-rumah-tangga-janganberdiam-diri/ -Faktor Keganasan Rumah Tangga https://my.theasianparent.com/keganasan-rumahtangga/amp#amp_ct=1684983965183&_tf=From%20% 251%24s&aoh=16849835807075&referrer=https%3A%2 F%2Fwww.google.com Keganasan Rumah Tangga Rujukan Kumpulan 2 09


Click to View FlipBook Version