The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorfauziyati75, 2024-03-30 22:51:11

MAJLIS JAMUAN TAHUN 6

MAJLIS JAMUAN TAHUN 6

1 SEKOLAHKEBANGSAANCHEMBONG 71300, REMBAU, N.SEMBILAN KERTASKERJA MAJLIS JAMUAN TAHUN6 SK CHEMBONG 2023/2024 6 FEBRUARI 2024 (SELASA)


2 JAMUAN TAHUN6 SKC 2023/2024 1.0 PENDAHULUAN Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan khususnya kepada murid-murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Chembong. Majlis ini diadakan untuk meraikan murid tahun 6 yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah dan seterusnya akan menyambung pendidikan mereka ke sekolah menengah.Justeru, pihak sekolah telah memberi kepercayaan kepada Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab untuk mengelolakan perjalanan majlis ini. 2.0 MATLAMAT Adalah diharapkan dengan penganjuran majlis ini akan dapat : Menjadi motivasi kepada murid yang telah bertungkus lumus dalam akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2023 – 2024. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid Tahun 6. Mengikat hubungan silaturahim antara murid-murid dan guru-guru. 3.0 KUMPULAN SASARAN Semua murid tahun 6 SK Chembong Sesi 2023-2024 Pentadbir,semua guru dan staf SK Chembong 4.0 TARIKH / MASA 6 Februari 2024 (Selasa) / 3.00 petang- 5.00 petang 5.0 TEMPAT Restoran Ikan Bakar Sungai Rembau 6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS Pengerusi Encik Mat Nordin bin Mustafa (Guru Besar Sk Chembong) Penasihat Encik Norazmi bin Ab. Latib (GPK Pentadbiran) Puan Norashikin binti Majid (GPK Hal Ehwal Murid) Puan Nor Azura binti Hashim (GPK Kokurikulum)


3 Penyelaras Puan Noorfauziyati binti Rasalli Setiausaha Puan Suhayati binti Idris Bendahari Puan Nasrah Edayu binti Mohd Saleh Sambutan (YDP PIBG) Guru Besar dan Semua Guru Penolong Kanan Persiapan Tempat Encik Nizuannudin bin Rasip Pendaftaran Puan Nur Atikah binti Mohd Nor Puan Maizatul Akmam binti Solehan Puan Aqilah Nadhirah binti Mazhanash Hiasan dan “Bunting” Puan Siti Zubaidah binti Abu Samah Puan Nasrah Edayu binti Mohd Saleh Cik Ezlinirdayu binti Jailani P.A Sistem Encik Muhamad Syafie bin Yusof Encik Nadzrul Reduan bin Kamarudin Cenderahati Puan Salziah binti Marsidi (Murid) Puan Suhayati binti Idris (Guru) Protokol dan Kawalan Murid Encik Muhmad Afian bin Badaruddin Encik Mohd Rosli bin Udin Pengacara Majlis Puan Norzita binti Ahamad Bacaan Doa Ustaz Mohd Rosdi bin Sulaiman Buku Program Puan Faezah binti Abdul Kadir


4 Folder Murid Puan Maswati binti Sulaiman Puan Nuraizila binti Mohd Radi Jamuan Puan Norhayati binti Aris Puan Ardinah Shafinie binti Abdul Rahman Dokumentasi Puan Mardaweena binti Ab Malek Cik Ain Liyana binti Ainol Azmi Ucapan wakil murid Cik Zaharahni binti Md Sehat Bidang Tugas Pengerusi Memastikan kelancaran gerak kerja Jawatankuasa Pelaksana Mengetuai AJK Sambutan Memastikan dana kewangan program cukup. Penasihat Membantu pengerusi dalam melicinkan perjalanan program Memangku tugas pengerusi semasa ketiadaannya Penyelaras Menyediakan kertas kerja program Memberi taklimat awal kepada Jawatankuasa pelaksana Menyelaras semua gerak kerja Jawatankuasa Pelaksana mengikut perancangan. Setiausaha Membuat surat memohon sumbangan daripada PIBG Membuat surat permohonan sumbangan daripada individu korporat Membuat surat jemputan wakil PIBG Membuat surat memohon sumbangan murid. Bendahari Menyimpan dan mengawal kewangan Menyediakan laporan perbelanjaan. Protokol dan kawalan murid Merancang dan memastikan perjalanan program mengikut protokol yang betul. Mengawal disiplin murid Sambutan Mengalu-alukan ketibaan YDP PIBG. Persiapan Tempat Menghubungi lokasi program Menetapkan tarikh tempahan dan masa program Menentukan susun atur meja VIP,guru dan murid. Pengacara Majlis Menyediakan teks pengacara majlis Memilih dan melatih pengacara dari kalangan murid Bacaan Menyediakan teks bacaan doa


5 Doa Memilih dan melatih murid memimpin bacaan doa. Hiasan dan “Bunting” Menyediakan dan meghiaskan “bunting” yang besesuaian dengan program Cenderahati Menempah cenderahati yang bersesuaian untuk VIP,guru dan murid. Pendaftaran Menyediakan borang pendaftaran kehadiran dan tempat pendaftaran Mengedarkan buku program dan cenderahati kepada VIP dan guru Buku Program Menyediakan buku program - Hard Copy kepada VIP - Soft Copy kepada Guru P.A Sistem Menyediakan P.A Sistem dan memastikannya berfungsi dengan baik sepanjang program berjalan. Folder Murid Membuat pembelian folder murid Melabelkan nama di hadapan folder murid Memasukkan dokumen-dokumen yang berkaitan di dalam folder. Jamuan Memilih menu Membuat tempahan makanan mengkut bilangan peserta Ucapan Wakil Murid Menyediakan teks untuk wakil murid berucap Melatih murid wakil murid bercakap. Dokumentasi Mengambil gambar sepanjang program dan menyerahkan softcopy rakaman gambar kepada penyelaras untuk penyediaan laporan. 7.0 CADANGAN TENTATIF MAJLIS 2.30 petang : Ketibaan guru dan murid : Pendaftaran 2.40 petang : Ketibaan pentadbir 2.50 petang : Ketibaan YDP PIBG 3.00 petang : Ucapan alu-aluan pengacara majlis 3.10 petang : Bacaan doa 3.15 petang : Jamuan makan 4.00 petang : Ucapan Wakil Murid Tahun 6 4.10 petang : Ucapan Guru Besar 4.20 petang : Penyampaian folder dan “chocolate bouquet” oleh YDP PIBG. 5.00 petang : Majlis bersurai


6 8.0 CADANGAN PERBELANJAAN Bil Perkara Kuantiti (unit) Jumlah 1 “Bunting” dan hiasan “Bunting” – 2 keping Bunga/Riben –RM60 RM 220 2 Cenderahati (120 orang) YDP PIBGRM20X1 orang = RM20 PentadbirRM15X 4 orang= RM60 Guru dan stafRM10X45 orang = RM450 Murid-RM10X70 orang=RM700 RM 1230 3 Jamuan (Pakej Hi-Tea) RM10.50 X 120 orang YDP PIBG- 1 orang Pentadbir – 4 orang Guru dan staf- 45 orang Murid- 70 orang RM 1260 4 Buku Program YDP PIBG -1 Pentadbir -4 RM 20 5 P.A Sistem Kos sewa =RM100 RM 100 6 Folder murid RM 7X70 orang RM 490 7. Ink,Label Folder dan Kertas Sijil Ink,Kertas label dan Kertas A4 RM 200 JUMLAH KESELURUHAN RM 3520


7 9.0 SUMBER KEWANGAN Sumber Perkara Jumlah Kutipan daripada murid (Jamuan RM10 dan Folder Murid RM10) RM20 X 70 orang murid RM 1400 Dana Badan Bertindak Tahun 6 RM 1000 Bimbingan & Kaunseling RM 8 X 70 orang murid RM 560 PIBG RM 560 JUMLAH KESELURUHAN RM 3520 PENUTUP Diharapkan Majlis Tahun 6 ini akan berjalan dengan lancar dan dapat memberi impak yang positif terhadap motivasi dan semangat murid-murid untuk sentiasa berusaha pada masa akan datang.Justeru, para guru dan ibu bapa sentiasa mendoakan dan mengharapkan kejayaan anakanak dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.Mudah-mudahan mereka akan menjadi insan yang cemerlang dan terbilang pada suatu hari nanti. Disediakan oleh, Disemak oleh, ………………………………… ………………………………… (Noorfauziyati binti Rasalli) (Norazmi bin Ab. Latib) Penyelaras, Penolong Kanan Pentadbiran, Majlis JamuanTahun 6 SK Chembong SK Chembong. Disahkan oleh, ……………………………………. (Mat Nordin bin Mustafa) Guru Besar, SK Chembong.


8


Click to View FlipBook Version